Soalan 1
Isu Murtad dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia.Peristiwa murtad seorang gadis melayu pada tahun 1950 yang bernama Natrah akibat kelemahan undang-undang Islam kepada undang-undang sivil ciptaan manusia seterusnya berlanjutan di Negara kita sehinggalah pelbagai kes murtad berlaku selepas itu seperti kes murtad Hartina Jamaluddin pada tahun 1988, peristiwa murtad Aisyah Bukhari pada tahun 1997 dan seterusnya pelbagai lagi sehinggalah kepada isu yang hangat baru-baru ini dengan kemunculan kes Azlina Jelani yang telah murtad dan mahu menukarkan nama dan perkataan agama Islam di kad pengenalannya kepada nama dan agama Kristian. Perbuatan seperti ini boleh mengakibatkan seseorang itu terputus hubungan sebagai suami isteri. Hal ini disebabkan perbezaan agama antara suami dan isteri. Selain itu, seseorang itu juga diharam menerima harta pusaka daripada waris beragama Islam. Ini kerana harta pusaka daripada pewaris hanya berhak dibahagikan kepada mereka yang beragama Islam sahaja. Orang yang murtad juga akan diharamkan untuk dikebumikan di tanah perkuburan Islam. Dan mereka akan menjadi penghuni neraka buat selamanya. Permasalahan murtad ini sebenarnya telah lama berlaku di dalam sejarah Islam dan ianya bermula sejak di zaman rasulullah lagi apabila wujud umat Islam yang munafiq dan beriman kepada baginda disebabkan takut dan masuk Islam hanya untuk kepentingan dunia seterusnya kufur dan lari daripada Islam apabila mereka merasakan wujud peluang untuk berbuat demikian seperti Abdullah ibn Jahsy dan Abdullah ibn Khathai juga seperti kisah yang terdapat di dalam hadith Muadz Ibn Jabal ra yang mengarahkan dibunuh yahudi yang murtad setelah memeluk Islam yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim. PERANAN IBUBAPA DALAM MENANGANI ISU MURTAD Perintah untuk mendidik anak telah disyaratkan kepada para bapa dan bagi ibunya pula diminta bertindak memberi pertolongan dan dorongan kepada pemimpin keluarga di dalam hal-hal yang berkaitan dalam cara didikan anak mengikut lunas Islam. Di dalam ayat Al-Quran jelas dinyatakan bahwa bapa dipertanggungjawabkan mengambil peranan sebagai pemimpin dan penentu dalam mendidik anak, sedangkan ibu berperanan dalam mendidik anak mengikut jalur-jalur kebijaksanaan yang telah ditetapkan berlandaskan ajaran Islam. Terdapat 2 objektif yang perlu dititik-beratkan oleh ibu-bapa dalam mendidik anak-anaknya. • Pertama, jangan membangkitkan perasaan marah di dalam hati anak-anak. • Kedua, harus mendidik secara berfikiran positif dan terbuka kepada mereka agar sesuai dengan ajaran, keperluan berhadapan dunia luar dari kelompok keluarga dan nasihat dalam Islam. Pada umumnya, anak-anak mudah menyimpan perasaan marah pada ibu bapa mereka, khususnya terhadap bapanya. Ini terjadi apabila bapa lebih menerapkan sifat kepemimpinan bersifat Ortodoksi pada masa anak-anak itu masih kecil dan menerap sifat kepemimpinan Partisipatori ketika anak-anak meningkat remaja. Akibat kekurangan iman, seorang bapa tidak menerapkan sifat kepemimpinan Ortodoksi hinggalah anak-anaknya telah meningkat remaja atau dewasa. Tindakan seperti ini akhirnya menimbulkan kemarahan pada anak-anak apabila cara tersebut diperbetulkan supaya berubah mengikut aliran yang benar. Selanjutnya, kemarahan akan timbul pada diri anak-anak, apabila seorang bapa tidak menunjuk teladan yang baik kepada anaknya. Bapa yang tegas dan suka mengarahkan anaknya agar rajin belajar, berdoa dan membaca Al-Quran, padahal ia tidak pernah menjadi teladan atau menyelam perasaan tekanan dan hati si anak dalam bidang-bidang ini, sangat menimbulkan kekecewaan dan kemarahan pada si-anak. Bapa yang bertindak tegas dalam mengajar anak-anak pada peringkat awal akan menyebabkan anak-anak tersebut apabila dewasa bertindak di luar batasan. Seseorang bapa adalah mendidik keluhuran pada Islam, Al-Quran dan Allah kepada anak-anaknya. Sesungguhnya, anak-anak adalah kurniaan Allah kepada kedua ibu-bapanya. MENANAM RASA SIFAT CINTA KEPADA ALLAH SWT Setiap keluarga muslim haruslah berusaha menerapkan rasa cinta anak-anak mereka kepada Allah swt dan kepada rasulullah dan bukannya mengajarkan anak-anak mereka merasa takut kepada Allah swt dengan mengugut mereka dengan kemurkaan Allah swt sehingga terhasil satu persepsi negatif terhadap rahmat tuhan dan Islam ini menjadi agama yang mengazab manusia dan bukannya pemberi rahmat dan juga bukan melatih mereka menjadi benci kepada sunnah rasulullah.. " Katakanlah; jika kamu benar-benar cintakan Allah maka ikutlah aku (rasul) maka Allah akan mencintai kamu dan mengampuni dosa kamu dan sesungguhnya Allah Maha Pengasih " Para ibubapa hendaklah mengalakkan anak-anak mencintai Allah swt dengan mengajarkan anak-anak akan sikap penyayang dan pengasih Allah swt, mengisahkan kepada mereka perkara-perkara yang memberi harapan dan kebaikan serta disamping menjelaskan kepada mereka larangan dan kemurkaan Allah yang mengandungi matlamat untuk kebaikan dan mencapai kebahagiaan. Jangan memberitahu anak-anak bahawa hendaklah bersolat dengan segera sekiranya kamu tidak mahu masuk ke neraka sebaliknya beritahulah anak-anak bahawa hendaklah segera bersolat untuk mendapat rahmat dan pahala kebaikan yang banyak. Biasakan anak-anak dengan ganjaran kebaikan dan rasa tenteram dengan agama sewaktu kecil sehinggalah mereka boleh berfikir sendiri dan pujuklah mereka dalam melakukan amalan kebaikan bukan dengan mengugut mereka sehingga akan nantinya dijadikan modal oleh sdengan mengambarkan kasih srasululah kepada umat sehingga lahir perasaan syukur dan sayang. Hiburkan anak-anak dengan kisah-kisah rasulullah dmenjadikan kisah-kisah rasul sebagai idola dan sebagai sumber motivasi dalam kehidupan dan memandu mereka dalam membuat keputusan. “Allah mengehendaki kemudahan bagi kamu dan sesungguhnya diciptakan manusia itu dalam keadaan yang dhaif (lemah) ” (Surah An-Nisa : 27). Latihlah mereka dengan sunnah rasulullah yang mudah dan menjadi perkara yang diperlukan oleh mereka dan bukannya dengan sunnah yang susah dan tidak diperlukan oleh mereka sebaliknya akan menjadi satu kesusahan kepada mereka. Sabda baginda : “ Sesungguhnya kamu diutuskan untuk memudahkan manusia dan bukan untuk mempersusahkan”. (hadith sahih, Riwayat jamaah kecuali Muslim). Latihlah mereka dengan bersiwak dengan mengunakan berus gigi dengan mengatakan sunnah ialah menjaga kebersihan mulut dan gigi disebalik memberikannya kayu sugi yang akan menyusahkan anak-anak mengunakannya dan membuatkan mereka hilang perasaan ibadah apabila nantinya menggunakan berus gigi dan membuatkan perasaan menunaikan sunnah hilang dari mereka lantaran disempitkan pemikiran mereka sunnah hanya pada kayu sugi. RENUNGAN KELUARGA DALAM MEMBESARKAN ANAK "Didiklah anak menurut jalan yang patut baginya, maka pada masa tuanya pula dia tidak akan menyimpang dari pada jalan itu" Al-Quran mengajar kita supaya mendidik anak- menurut ajaran Islam dan segala bentuk pendidikan yang dapat menerapkan pendidikan dan pengalaman Islam yang patut baginya. Seorang anak yang dididik dengan benar dan berfikiran positif dan terbuka dalam segala bentuk pendidikan mengikut lunas-lunas Islam, akan kekal menjadi umat Islam hinggalah keakhir hayatnya. Anak ini tidak akan menyimpang, ia tidak akan murtad, ia tidak akan meninggalkan agamanya dan ia akan setia dalam agamanya hinggalah keakhirnya. Betapa indah janji Allah ini bahawa akhirnya sudah pasti anak-anaknya tidak akan menyimpang dari jalanNya. Tetapi sering kita lihat dari pengalaman dan bacaan, bagaimana seorang anak yang rajin pergi ke sekolah, penuh didikan mengikut acuan Islam, ketika kecil hingga menjadi remaja tiba-tiba bertukar perwatakan imannya dan akhirnya hilang Islamnya entah mengapa?, atau seorang anak yang alim pada masa mudanya tetapi selepas dewasa berubah pegangan agamanya, hilang tanpa tujuan, misi dan visi yang terus kabur. Mengapa demikian ? Al-Quran menjelaskan penyebabnya, Ini terjadi kerana dididikan agama yang diberikan padanya tidak mencukupi serta iman dalam dada masih lagi bergoncang tanpa pendirian dan ketetapan yang luhur menurut ajaran Islam. Ajaran Islam dan pedoman yang diterapkan dalam keluarga masih tidak mencukup kerana adakalanya sebagai ibu bapa kita merasakan bahawa sebarang tindakan dan pengajaran yang diterapkan dalam diri anak-anak ini telah mencukupi, tetapi sebaliknya kita sering alpa bahawa anak-anak ini jika tidak diberikan pendidikan secara fikiran terbuka dan positif gBagiditerimanya dari keluarganya sendiri kerana ibu-bamenghadapi dunia luar yang penuh mencabar. PERANAN AHLI AGAMA DALAM MENANGANI ISU MURTAD DIKLANGAN UMMAT ISLAM KINI Ahli agama yang wujud sejak dahulu di tanahair kita seringkali mengajarkan aqidah agama Islam ini dalam kaedah yang salah ataupun lebih buruk mereka mengajarkan perkara yang salah sebagai aqidah Islam sehingga menyukarkan proses pemahaman akidah yang sahih oleh masyarakat melayu. “Dan jika kamu hanya mengikut orang ramai di muka bumi ini nescayalah mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah” (Al-An’am : 116). Manusia mempunyai fitrah yang sangat jelas dalam masalah tuhan iaitu mahukan perlindungan daripada tuhan-Nya dan mempunyai keinginan dan perasaan untuk mengenal tuhannya. Masalah ini jika melibatkan agama lain seperti Kristian, Budha dan Hindu akan mendapat jawapan yang mudah sehingga menyenangkan pengikutnya tetapi apabila menemui umat Islam melayu maka akan menjadi sukar diselesaikan. Bagi Hindu misalnya, apabila ditanya di manakah tuhannya maka mereka akan menjawab bahawa patung-patung dan simbol itu ialah tuhan mereka sehingga keyakinan mereka pada sesuatu benda itu menghidupkan semangat diri mereka. Juga ditanya bagaimanakah mereka akan mendapat perlindungan dari tuhan ? Maka dijawab ialah dengan menyembah para dewa dan tuhan patung mereka itu tanpa berbelah bagi. "Sesungguhnya Tuhan kamu itu Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam hari, kemudian Dia istiwaa (bersemayam) di atas 'Arsy". (Al-A'raf :54). PERANAN ILMU IMAN DALAM MEMBENDUNG GEJALA MURTAD YANG BERLAKU DEWASA KINI Gejala murtad berlaku disebabkan kejahilan merupakan satu hujah yang benar dan kenyataan yang perlu diterima sekalipun di dalam kes Aisyah Bukhari dikatakan gadis ini merupakan pelajar lulusan sijil tinggi agama namun hendaklah difahami sejauh manakah kebenarannya kaedah mengukur ilmu seseorang itu ialah dengan sijil dan peperiksaan yang diambilnya ? "Sesungguhnya yang takut pada Allah dari kalangan hamba-Nya ialah para Ulama” (Surah Al-Fathir : 28). Kejahilan yang berlaku kepada umat Islam ialah kejahilan terhadap ajaran Islam yang sahih serta mereka dijahilkan daripada mengetahui cara pengamalan Islam yang sebenar sehingga mereka tidak mengetahui keberkesanan agam Islam sebagai panduan hidup yang dapat membimbing manusia menuju kebahagiaan hidup. “Sesungguhnya hari ini telah aku sempurnakan pada kamu akan agama kamu dan aku sempurnakan nikmat-Ku pada kamu dan aku meredhai Islam sebagai agama kamu. " (Surah Al-Mai'dah : 3). Ilmu iman ialah pengetahuan yang menambahkan keimanan dan mengkaji serta meneliti perkara yang menguatkan keimanan manusia terhadap agama Islam melalui hujah naqli iaitu berdasarkan kitab dan sunnah serta hujah aqli iaitu berdasarkan akal dan kajian manusia melalui kebijaksanaan mereka dalam mencungkil kebenaran agama Islam sehingga dapat membuktikan kebenaran Islam dan menyingkap kebathilan dan kesalahan agama-agama lain yang menyalahi Islam. PANDANGAN ISLAM TERHADAP GOLONGAN MURTAD "Sesiapa yang menukar agamanya (Islam), maka kamu bunuhlah dia". Hadis riwayat Imam Ahmad, Bukhari, Abu Daud, Tirmizi, Ibnu Majah dan Nasa~ie. Orang murtad tidak harus dibiarkan dalam keadaan 'riddahnya' melainkan pihak yang berkuasa hendaklah menyuruhnya kembali bertaubat dan memeluk Islam, jika ia enggan, hendaklah dikenakan hukuman bunuh. Hukuman tersebut sekali-kali tidak bertentangan dengan 'dasar kebebasan beragama' atau dasar 'tidak ada paksaan dalam agama' Dalam hal ini, baginda Rasulullah SAW. telah memberi satu garis panduan berhubung dengan golongan murtad berdasarkan sebuah hadis yang tegas daripada baginda yang bermaksud: sebagaimana yang disebutkan dalam al-Quran kerana ia tidak tidak ada kaitan langsung dengan persoalan murtad. Sedangkan maksud 'tidak ada paksaan dalam agama' itu ertinya ialah bahawa orang-orang Islam tidak boleh sama sekali memaksa orang-orang kafir memeluk Islam kerana hakikat iman serta kesudahannya yang baik dan hakikat kufur serta akibatnya yang buruk terserah kepada manusia memilihnya setelah disebarkan dakwah islamiyah kepada mereka. Sabda baginda yang bermaksud: "Tidak halal darah seseorang muslim itu kecuali dengan salah satu dari tiga perkara: Orang yang telah berkahwin melakukan zina, nyawa dibalas dengan nyawa (membunuh dengan sengaja) dan meninggalkan agama yang berpisah dengan jamaah muslimin. " (Riwayat Bukhari & Muslim) PENYELESAIAN GEJALA RIDDAH MENURUT KACA MATA ISLAM Antara sebab-sebab percubaan murtad ialah kelemahan iman, tidak ada suasana yang boleh membentuk kekuatan iman dan tidak ada orang yang membimbing. Selain itu juga ada komplot tertentu bagi memecahbelahkan umat Islam melalui ajaran Kristian dan Hindu dengan meminum air holywater dan sebagainya. Cara-cara untuk mengatasinya: Antaracara mengatasinya ialah dengan berjaga-jaga daripada terpengaruh dengan ajaran agama yang sesat yang menyeleweng daripada akidah Ahli sunnah Waljamaahdan kesedaran melalui usaha-usaha dakwah. Selain itu juga menguatkuasakan Akta Pencegahan murtad dan Akta Pemulihan di Pusat-Pusat Pemulihan Akidah di negeri-negeri yang akan digazet dan dilaksanakan secepat mungkindan mengenalpasti kumpulan/gerakan yang cuba memurtadkan individu/umat Islam dan membuat aduan segera ke Jabatan Agama Islam Negeri yang berdekatan. Bagi untuk menguatkan iman, disarankan umat Islam kembali menghayati cara kehidupan Nabi Muhammad SAW yang ditunjukkan kepada kita melalui Al-Quran dan sunnahnya. Gejala riddah di Malaysia semakin serius berlaku. Murtad di kalangan orang Melayu kini sudah menjadi ancaman kepada kita. Indeks pencemaran akidah mengikut jabatan statistik dan perangkaan tahun 1989 sahaja, 4776 orang Melayu mohon tukar nama dari Melayu kepada bukan Melayu atas alasan keluar dari Islam.
Soalan 2
Isu Hak Penjagaan Anak Bagi Pasangan Yang Salah Seorang daripada Mereka Memeluk Islam.Jawatankuasa Fatwa Perlis mengeluarkan fatwa yang menyatakan hak penjagaan anak diserahkan kepada pasangan yang lebih layak tanpa mengira agama mereka. Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata jawatankuasa tersebut mendapati adalah tidak adil untuk menentukan hak penjagaan anak semata-mata berdasarkan agama ibu bapa kerana keseluruhan kebajikan dan kepentingan kanak-kanak itu menjadi keutamaan. Katanya, fatwa tersebut boleh memberi isyarat kepada titik perubahan dalam kes hak penjagaan anak dibicarakan di Mahkamah Syariah terutama kes membabitkan ibu bapa apabila mereka memeluk agama Islam. "Keseluruhan kebajikan kanak-kanak termasuk keperluan fizikal, moral dan emosi mereka. Ibu bapa yang lebih berkemampuan menyediakan keperluan ini perlu mendapat hak penjagaan sama ada mereka Islam atau tidak," kata Dr Mohd Asri kepada The Star. Beliau berkata mahkamah perlu mengadili pasangan yang lebih sesuai dengan mengkaji latar belakang dan corak kehidupan mereka selain mengambil kira pilihan kanak-kanak. "Jika kedua-dua pasangan mampu menjaga kanak-kanak itu, maka kanak-kanak berhak memilih untuk tinggal bersama ibu atau bapa mereka," katanya. Dibawah perintah ini, pasangan yang beragama Islam masih wajib untuk memperkenalkan agama itu kepada anak-anak sama ada mereka mendapat hak penjagaan atau tidak. Namun, Dr Mohd Asri berkata agama tidak boleh dipaksa ke atas mereka. Jawatankuasa Fatwa itu juga memutuskan bahawa hak penjagaan perlu diberikan secara automatik kepada ibu sekiranya masih menyusukan anak tersebut. "Jika kanak-kanak itu tidak lagi menyusu badan dan belum matang, maka hak penjagaan perlu diberikan kepada pasangan yang lebih layak atau seseorang yang rapat dengan kanak-kanak itu," kata Dr Mohd Asri. Fatwa terbaharu itu, katanya, merupakan perubahan dalam amalan semasa dalam Mahkamah Syariah dimana agama merupakan faktor utama dalam menentukan pertikaian dalam hak penjagaan anak. "Kes yang sering berlaku pada hari ini adalah kedua-dua pasangan bukan Islam dan apabila salah seorang daripada mereka memeluk agama Islam. Jika dibicarakan di Mahkamah Syariah, maka hak penjagaan diberikan kepada pasangan yang beragama Islam. "Ini sebenarnya tidak tepat, kerana tidak ada asas bagi keputusan tersebut sama ada dalam al-Quran atau hadis," katanya. Fatwa yang diluluskan Majlis Agama Islam Perlis (Maips) itu baru-baru ini juga menjadi panduan umum kepada pasangan beragama Islam yang sering rasa bersalah kerana menyerahkan hak penjagaan anak kepada pasangan bukan Islam. "Kami mengeluarkan fatwa ini untuk memaklumkan mereka bahawa bukan menjadi satu dosa apabila memberikan hak penjagaan kepada pasangan bukan Islam terutama jika individu itu lebih berkemampuan untuk menjaga kanak-kanak itu," katanya.
Soalan 3
Isu Penurunan Salib di Kampung Medan.Seperti yang kita sedia maklum, baru-baru ini kira-kira 50 penduduk Taman Medan di Petaling Jaya telah mengadakan satu perhimpunan secara aman di hadapan satu bangunan lot kedai, yang mana terletaknya lokasi satu gereja baru di Taman Medan, Petaling Jaya. Perhimpunan tersebut dibuat adalah bertujuan untuk menuntut agar tanda salib yang terpampang di premis itu diturunkan. Atas desakan yang dibuat oleh penduduk Taman Medan, pihak gereja akhirnya akur dan bersetuju untuk menurunkan lambang salib tersebut. Isu ini juga sudah menjadi viral di laman sosial seperti facebook malah banyak respon yang diberikan berhubung dengan perkara ini. Ada yang menyokong malah ada juga yang mengutuk sekeras-kerasnya perkara ini. Antara respon yang diterima adalah seperti personaliti tv Wardina, yang menyuarakan pendapatnya di laman sosial facebook miliknya menyatakan bahawa tanda salib tersebut tidak perlu untuk diturunkan dan menganggap perbuatan tersebut seperti membuli penganut agama Kristian Apa yang menarik perhatian saya tentang isu ini ialah, alasan yang diberikan oleh penduduk Taman Medan mengenai tanda salib tersebut. Berdasarkan artikel The Malaysian Insider, Penduduk mengatakan bahawa, pemandangan atau pandangan pertama mereka apabila membuka tingkap ialah tanda salib yang terpampang di premis tersebut dan mereka berasa cemas melihat tanda salib tersebut. Mereka berasa tidak selesa dan sensitif terhadap tanda tersebut. Mereka juga memberi alasan bahawa tanda salib tersebut mencabar akidah dan kepercayaan penduduk kawasan itu yang majoritinya beragama Islam.
Soalan 4
Isu Penggunaan Kalimah Allah oleh Masyarakat Kristian.Mengulas mengenai isu penggunaan kalimah Allah seperti yang digunakan oleh Herald Catholic dalam terbitan bahasa Melayunya, mungkin ada beberapa fakta menarik yang boleh dikongsi untuk renungan kita bersama. Memang telah termaktub di antara larangan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia menerusi keputusan kabinet yang bertarikh 16 Mei 1986 bagi mana-mana agama selain Islam untuk menggunakan empat perkataan iaitu Allah, Solat, Baitullah dan Kaabah. Malah ada sesetengah negeri yang menambahkan lagi beberapa perkataan yang dianggap boleh mendatangkan kekeliruan dan bahaya kepada umat Islam apabila digunakan oleh bukan Islam. Namun yang peliknya kenapa masih lagi ada yang cuba menuntut kerajaan Malaysia untuk membenarkan mereka menggunakan kalimah Allah bagi tujuan penerbitan bahan bercetak mereka? Mungkin kita boleh menjangkakan bahawa alasannya ialah kalimah Allah tersebut adalah kalimah terjemahan dari Bahasa Inggeris yang menggunakan kalimah God dalam Bible terbitan Bahasa Inggeris yang telah sekian lama digunakan. Sama ada kita sedar ataupun tidak, tuntutan ini sebenarnya amat berbahaya kepada umat Islam sekiranya dibenarkan, kerana ianya lebih banyak menimbulkan kekeliruan di dalam masyarakat. Cubalah kita bayangkan kekeliruan yang akan timbul di dalam masyarakat terutamanya kepada golongan muda dan juga kepada kanak-kanak Muslim apabila terbaca iklan-iklan atau papan-papan tanda yang berbunyi "...Aku adalah anak Allah" atau "...damai sejahtera dari Allah, Bapa kita dan dari Tuhan Jesus Kristus" atau "...anak Allah yang hidup" yang semuanya merupakan terjemahan terus dari Bible terbitan Bahasa Inggeris. Sebenarnya banyak lagi ayat-ayat atau ungkapan-ungkapan yang diterjemahkan ini boleh mengundang kekeliruan yang akhirnya boleh membatilkan fahaman agama. Walau bagaimanapun, bagi menyingkap kekeliruan yang telah berlaku ini, elok rasanya kita melihat kepada asal-usul bahasa kitab-kitab itu sendiri. Bagi orang Islam dan juga bukan Islam, mudah untuk difahami dan diberitahu bahawa bahasa asal al Quran adalah Bahasa Arab. Dan apakah pula bahasa yang digunakan untuk kitab Injil (Bible) dan kitab Taurat? Bagi mereka yang mengkaji sejarah, secara jujur mereka akan katakan bahasa asal untuk kitab Taurat ialah Bahasa Hebrew, dan bahasa yang digunakan untuk menulis Kitab Injil (Bible) ialah Bahasa Greek. Sekiranya fakta penggunaan bahasa ini boleh diterima sebagai asas perbincangan, maka ulasan seterusnya selepas ini akan menjadi lebih mudah. Malah bagi orang Islam, tidak perlu untuk kita menjadi pakar tentang kitab Taurat atau Injil (Bible) untuk mengupas isu gawat yang sedang berlaku ini. Persoalannya sekarang ialah apakah perkataan yang digunakan untuk Tuhan dalam bahasa Hebrew dalam kitab Taurat dan makna perkataan Tuhan dalam bahasa Greek untuk kitab Injil (Bible).? Sekiranya Herald Catholic boleh memahami persoalan asal bahasa ini mungkin kekeliruan penggunaan perkataan Allah tidak timbul. Ini adalah kerana perkataan Hebrew yang membawa maksud Tuhan ialah Elohim, Eloh, El dan juga Yahweh. Ini dapat diperhatikan menerusi Perjanjian Baru, di dalam The Gospel of St. Matthew bab 27: 46 yang menyebut : Kira-kira jam tiga berserulah Jesus dengan suara nyaring: "Eli, Eli, lama sabaktani?" (Ertinya : Tuhan-Ku, Tuhan-Ku, mengapa Engkau meninggalkan aku?") Sementara di dalam bahasa Greek pula perkataan yang membawa maksud Tuhan ialah Theos. Sepertimana yang tertulis dalam buku-buku sejarah atau buku-buku tamadun besar dunia, orang-orang Rom menyembah Tuhan yang dikenali sebagai Hotheos. Dan sekiranya terdapat di kalangan mereka yang menyembah Tuhan yang dianggap palsu, mereka akan memanggil Tuhan tersebut sebagai Tintheos. Jika diteliti kita akan dapati bahawa untuk kedua-dua bahasa sama ada Hebrew ataupun Greek yang dijadikan penulisan bagi kedua-dua kitab suci ini, tidak terdapat satu pun kalimah Allah digunakan. Namun begitu ada juga di kalangan mereka yang memberi alasan bahawa penggunaan kalimah Allah ini ialah berdasarkan penggunaan kalimah Allah di dalam kitab Bible versi Bahasa Arab. Bible versi Arab ini tidak dikenali sebagai Holy Bible tetapi lebih dikenali sebagai Kitab al-Muqaddas. Dan di dalam terjemahan Bible Melayu pula mereka menamakannya sebagai Kitab Berita Baik. Lanjutan daripada itu juga perlu kita fahami bahawa kalimah Allah yang wujud di dalam Bible bahasa Arab tersebut adalah kerana sesetengah Kristian Arab seperti yang terdapat di Mesir, Syria, dan beberapa negara lain yang muncul sebelum kedatangan Nabi Muhammad s.a.w. menerima dan meyakini faham Keesaan Tuhan. Di mana faham ini jauh berbeza dengan faham Trinity (tiga dalam satu) sepertimana doktrin kebanyakan Kristian pada hari ini. Maka dengan itu hujah yang dijadikan sandaran untuk membenarkan mereka menggunakan kalimah Allah ini adalah tidak dapat diterima kerana golongan Kristian Trinity sendiri tidak menerima bahkan mengkafirkan golongan Kristian Unity. Selain daripada hujah tersebut terdapat juga pandangan yang menyatakan bahawa kekeliruan tidak akan timbul jika penggunaan kalimah ini dibenarkan kerana kalimah Allah yang hendak digunakan tersebut adalah merujuk kepada terjemahan dari kalimah God dalam Bible bahasa Inggeris sedangkan kalimah Tuhan pula adalah terjemahan dari kalimah Lord. Pandangan ini juga sebenarnya mengelirukan malah bertentangan dengan apa yang dinyatakan dalam Bible itu sendiri. Apakah bezanya antara Allah dan Tuhan dalam agama Kristian? Sekiranya kalimah Tuhan merujuk kepada Jesus sedangkan kalimah Allah merujuk kepada Tuhan Bapa di dalam Syurga, maka perlulah difahami dengan jelas di sini bahawa kalimah Tuhan dan Allah adalah dua perkataan yang merujuk hanya kepada Allah sahaja. Bagi membuktikan hal ini kita boleh merujuk kepada The Gospel Of St Mark 12:29 yang menyebut: Jawab Jesus: Hukum yang terutama ialah : Dengarlah wahai Bani Israel, Tuhan Allah kita, Tuhan Yang Esa". Dalam ayat ini siapakah Tuhan Yang Esa yang dimaksudkan di dalam ayat di atas? Adakah ianya merujuk kepada Jesus? Pastinya tidak! Malah kalimah Tuhan yang dimaksudkan di atas adalah merujuk kepada Allah semata-mata. Dan hal ini sekali lagi bertentangan dengan apa yang telah dinyatakan bahawa kalimah Lord (Tuhan) di dalam Bible adalah merujuk kepada Jesus. Sekiranya penghujahan ingin diteruskan lagi dengan menyatakan bahawa dalil yang paling jelas yang menunjukkan kalimah Tuhan adalah merujuk kepada Jesus dan kalimah Allah pula merujuk kepada Tuhan Bapa seperti yang sering dirujuk di dalam The Gospel Of St. Matius 16:22 yang menyebut: Tetapi Petrus menarik Jesus ke samping dan menegur Dia, katanya: "Tuhan (Jesus), Semoga Allah (Tuhan Bapa) menjauhkan hal itu". Sekiranya ini dijadikan hujah dan alasan, maka mereka yang berkenaan perlu menyelesaikan dahulu percanggahan yang terdapat di antara kedua ayat yang telah dinyatakan tadi. Sama ada Tuhan itu merujuk kepada Jesus sahaja ataupun juga merujuk kepada Allah. Malah kata-kata Jesus sendiri menjelaskan keEsaan Allah sepertimana yang terdapat dalam The Gospel of St. John 20:17 yang menyebut: Kata Jesus kepadanya: Janganlah engkau memegang aku, sebab aku belum pergi kepada Bapa, tetapi pergilah kepada saudara-saudaraKu dan katakanlah kepada mereka bahawa sekarang Aku akan pergi kepada BapaKu dan Bapamu, AllahKu dan Allahmu." Dalam kata lain Jesus bukanlah Allah ataupun Tuhan Yang Maha Berkuasa kerana Jesus sendiri menyatakan bahawa Tuhan yang sebenar ialah Allah. Maka jelaslah di sini bahawa kewajaran pihak kerajaan Malaysia melarang penggunaan kalimah Allah untuk digunakan oleh bukan Islam patut disokong oleh segenap masyarakat termasuk bukan Islam sendiri. Ianya adalah bertujuan untuk mengelakkan kekeliruan di kalangan masyarakat apabila kalimah yang tidak tepat digunakan oleh mereka yang mempunyai kepentingan tertentu akan mengundang padah yang akhirnya membawa kerugian kepada semua pihak. Adalah suatu yang amat malang apabila kesejahteraan hidup beragama di negara ini yang telah sekian lama bertahan atas dasar tolak ansur dan saling memahami, tiba-tiba digoncang oleh tangan-tangan yang tidak bertanggungjawab yang sengaja ingin mencetus suasana ketegangan dan huru-hara.
Soalan 5

Soalan 6
Isu Kepala Lembu di Kuil / Rumah Penganut Hindu.SHAH ALAM, 31 Ogos: Sempena dengan hari Kemerdekaan negara 31 Ogos hari ini, kebanyakan penduduk Seksyen 23 menyifatkan demontrasi kepala lembu berdarah dan menconteng dinding dengan kata-kata kesat sebagai sesuatu yang ekstrem, keterlaluan serta tidak menghormati kepelbagaian penganut agama penduduk tempatan. Dakwaan mereka, insiden terbabit sebenarnya bukan mewakili suara penduduk tempatan yang rata-ratanya berpendidikan tinggi dan berpegangan moral, sebaliknya ia adalah usaha pihak-pihak tertentu demi kepentingan politik mereka sendiri. Bagaimanapun, kebanyakan responden tidak bersetuju dengan cadangan kerajaan negeri, memindahkan kuil Hindu ke kawasan kejiranan mereka. Namun, mereka yang ditemui menegaskan bahawa penduduk setempat hanya bersetuju menggunakan pendekatan bermesyuarat, rundingan, diplomasi dengan semua pihak, termasuk kerajaan negeri dalam isu pemindahan kuil tersebut. Jumaat lepas, sekumpulan NGO Melayu yang mendakwa mewakili penduduk Seksyen 23 Shah Alam berarak dari Masjid Negeri ke Pejabat SUK Selangor yang menempatkan Pejabat MB, dengan membawa kepala lembu yang masih berdarah. Sambil mengarak, mereka menyepak-nyepak kepala lembu itu dan memaki serta megutuk tindakan kerajaan negeri yang memutuskan untuk memindah kuil Hindu di Seksyen 19 ke satu tapak industri di Seksyen 23. ImageTiga pemimpin kerajaan negeri yang menjadi sasaran mereka iaitu Adun Batu 3 dan Exco kerajaan negeri, Rodziah Ismail, anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan MB, Tan Sri Khalid Ibrahhim. Kira-kira 10 anggota polis mengawal tindakan mereka namun tidak ada usaha memberhentikannya. Pada 18 Ogos lalu, akhbar Utusan melaporkan UMNO Selangor akan mengemukakan permohonan mahkamah untuk mendapatkan perintah injunksi bagi mengetepikan keputusan kerajaan negeri membina kuil di kawasan majoriti umat Islam di Seksyen 23 itu. Timbalan Pengerusi Perhubungannya, Datuk Noh Omar berkata, ini kerana bantahan penduduk terhadap keputusan itu adalah wajar serta mempunyai asas-asas kukuh selain bertentangan dengan konsep 1Malaysia yang berlandaskan prinsip Perlembagaan Persekutuan. Berikut adalah tinjauan Harakahdaily yang menemui penduduk Seksyen 23 sendiri sehari sebelum Kemerdekaan negara bagi mengetahui apa pandangan mereka mengenainya. PENDAPAT 1 Shahril bin Lan, jurujual berkata, "Saya waktu berkumpul mula-mula itu, saya ada datang. Tapi, saya tidak setuju. Saya tidak ikut (sertai mereka). "Rasa-rasanya cara itu memalukan orang-orang di sini. Saya rasa mentaliti mereka (yang terlibat), ini ada agenda-agenda tertentu, cuba memporak-perandakan ketenteraman. "Kita lebih suka cara diplomasi. Kalau dah berarak (dengan) kepala lembu, itu nak buat apa benda (melainkan) berniat politik parti-parti tertentu lah. Yang menyertai itu (orang tempatan) sebenarnya adalah lima (atau) enam orang je." Bagaimanapun, jelasnya lagi, penduduk tempatan rata-rata tidak bersetuju dengan cadangan kerajaan negeri, membina kuil di sini. Antara alasan yang diberikan, majoriti penduduk tempatan di sini, beragama Islam.