TEOH JOO FONG's Refleksi Video 3.1: Limpahan Kemakmuran Merentasi Kumpulan Etnik - OpenLearning

Question 1.

Bincangkan hubung kait antara pembangunan ekonomi dengan hubungan etnik di Malaysia (sebelum merdeka, selepas merdeka dan sekarang). Discuss on the relationship of Malaysia's economic development and ethnic relations from pre-independence, after independence and current situation point of view.
Pertumbuhan dan pembangunan ekonomi amat berkait rapat dengan kestabilan sosiopolitik dalam sesebuah negara. Kekayaan negara perlu diagihkan dengan adil dan saksama agar semua etnik dapat menikmati faedah pembangunan. Penerusan dasar ekonomi bebas penjejah telah mewujudkan isu ekonomi di kalangan masyarakat pelbagi etnik di Tanah Melayu. Sebelum merdeka, penjajah hanya berminat untuk mengaut hasil dan keuntungan daripada tanah jajahan dan membawanya ke negara asal. Dasar penjajah dan sistem ekonominya telah mewujudkan jurang di antara bandar dan luar bandar serta antara Pantai Timur dan Pantai Barat. Selepas merdeka, cabaran utama ialah memajukan ekonomi negara untuk faedah rakyat, mengurangkan jurang perbezaan pembangunan dan membasmi kemiskinan. Dasar Pembangunan Negara dapat dilihat dalam Rancangan Pembangunan Lima Tahun Negara. Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan pada tahun 1970 sebagai reaksi kepada peristiwa 13 Mei 1969 dan punca utama peristiwa ini ialah jurang ekonomi antara kaum, politik perkauman dan prasangka. Dasar Ekonomi Baru terangkum dalam RRJP1 yang mencakupi empat rancangan lima tahun Malaysia.

Question 2.

Terangkan bagaimanakah kedudukan ekonomi Bumiputera / Kaum Cina / Kaum India / Kaum lain sebelum dan selepas Dasar Ekonomi Baru? Nyatakan impak Dasar Ekonomi Baru ke atas kumpulan etnik di Malaysia. Explain the economic ranking and situation namely for the Bumiputras, the Chinese, the Indians and other ethnicity after the implementation of New Economic Planning. State the impacts of the New Economic Policy on the Malaysian ethnic group.
Sebelum wujudnya Dasar Ekonomi Baru (DEB), setiap kaum mempunyai tahap pencapaian ekonomi dan mempunyai tahap pemilikan ekonomi yang berbeza. Dari bancian penduduk pada tahun 1970, 49.3% dari semua keluarga di Semanjung Malaysia penerima pendapatan di bawah garis miskin. Dari jumlah semua keluarga miskin, 86% berada di kawasan luar bandar dan 14% lagi berada di kawasan bandar. Kadar kemiskinan mengikut kaum pada tahun 1970 adalah menunjukkan kaum Melayu adalah berada di atas sekali dengan 64.8% diikuti dengan kaum India sebanyak 39.2% dan kadar kemiskinan kaum Cina paling rendah iaitu 26%. Kadar kemiskinan yang tinggi ini telah dipercayai menjadi penyebab kepada peristiwa berdarah 13 Mei 1969 yang melibatkan rusuhan kaum dan seterusnya menyebabkan satu dasar bersepadu diwujudkan bagi memastikan kadar kemiskinan dapat dikurangkan terutama di kalangan orang-orang Melayu. Selepas Dasar Ekonomi Baru, kumpulan miskin di kawasan luar bandar dan kawasan bandar terdiri daripada pekebun kecil, penanam padi, pekerja estet, nelayan dan penternak berkurangan daripada 64.7% semasa tahun 1970 kepada 40% pada 1987. Bidang-bidang lain juga menunjukkan kekurangan. Kumpulan miskin di bandar terdiri daripada mereka yang terlibat dalam sektor perlombongan, pembuatan, pembinaan, pengangkutan, perdagangan dan perkhidmatan. Selepas pengenalan DEB kadar kemiskinan ini juga berjaya dikurangkan. Secara keseluruhan, pengenalan DEB didapati mutu kehidupan masyarakat bertambah baik. Misalnya dalam aspek kesihatan kadar kematian bayi dan kadar kematian kasar semakin berkurangan. Jangka hayat penduduk juga bertambah. Dalam aspek pelajaran pula, bilangan pelajar di sekolah rendah dan menengah menujukkan peninkatan yang mendadak. Begitu juga dengan kadar masyarakat yang kenal huruf. Bagi kemudahan awam, peratus penduduk luar bandar yang mendapat bekalan air paip dan bekalan elektrik serta kemudahan tandas yang sempurna juga meningkat. DEB telah membentuk sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan Bumiputera dalam semua lapangan dan peringkat kegiatan ekonomi supaya kaum Bumiputera dapat menjadi rakan seperjuangan kepada kaum bukan Bumiputera dalam kegiatan kegiatan ekonomi moden. Ia juga menambahkan hakmilik rakyat dalam pemilikan modal produktif negara kaum Bumiputera dan menyusun semula corak gunatenaga mengikut sektor dan jenis pekerjaan secara berperingkat melalui pertumbuhan ekonomi supaya dapat mencerminkan susunan kaum negara menjelang 1990.

Comments

Chat