YoonWeiMingUTHMseksyensepuluh's 2.A3 : Refleksi kendiri pengalaman harian dan pelan tindakan individu sebagai agen penyatupaduan - OpenLearning

Pada zaman kanak-kanak saya, saya kurang bergaul dengan rakan-rakan yang berlainan etnik. Ini adalah kerana pada waktu itu saya masih kecil dan tidak tahu betapa pentingnya perpaduan kaum terhadap pembangunan negara. Pada ketika itu, saya juga berada dalam Sekolah Jenis Kebangsaan dan kurang mempunyai peluang untuk bergaul dengan kanak-kanak yang berlainan etnik. Namun begitu, saya juga terlihat bahawa kanak-kanak india dan Melayu juga bercampur dengan rakan-rakan sesama etnik mereka sendiri sahaja.

Apabila tiba zaman remaja, saya telah pergi ke Sekolah Menengah Kebangsaan dan mempunyai lebih banyak peluang untuk bergaul dengan rakan-rakan yang berlainan etnik. Pada masa itu, fikiran saya juga lebih mantap dan saya telah sedar betapa pentingnya perpaduan kaum terhadap pembangunan negara. Jika sesebuah negara yang terdiri daripada pelbagai etnik dan kaum seperti negara Malaysia berlaku rusuhan kaum, reputasi negara akan jatuh dan pembangunan negara juga akan terbantut.

Sekarang, saya sudah sampai ke tahap universiti. Saya telah berpeluang untuk bergaul dengan lebih ramai kawan yang berlainan etnik. Ini adalah kerana pihak universiti menganjurkan banyak program yang melibatkan ramai pelajar yang terdiri daripada etnik yang berlainan. Pada pendapat saya, warna kulit adalah tidak penting, yang penting ialah hati naluri dan keperibadian kita. Kalau hati seseorang tidak baik, tidak kira dia dilahirkan mana mana kaum, dia tetap akan menjadi seorang yang jahat. Walaupun saya banyak kali berada dalam kesusahan, ramai rakan-rakan saya yang terdiri daripada kaum yang berbeza juga rela menghulurkan bantuan kepada saya dengan hati yang ikhlas. Oleh itu, saya berpendapat bahawa seseorang yang mementingkan konsep etnik adalah orang yang bodoh.

Saya seorang yang tipis batas etnik. Pada zaman yang serba moden ini, saya berasa bahawa batas etnik di mata masyarakat sekarang juga semakin tipis berbanding dengan masa dahulu. Ini semua hasil daripada perjuangan tokoh tokoh pada masa dahulu sebelum merdeka. Saya berpendapat bahawa kita perlu mendidik generasi muda yang akan datang supaya mementingkan semangat perpaduan supaya negara kita akan terus maju dan boleh bersaing di arus perdana. Malaysia adalah sebuah negara yang baik kerana terdapat pelbagai makanan yang sedap yang datang daripada kaum yang berbeza. Makanan makanan setiap kaum tersebut telah mewujudkan keadaan saling bergantungan antara kaum. Setiap kaum perlu sentiasa bertanya mengkaji resipi makanan bersama supaya makanan yang lebih sedap akan dapat dilahirkan. Keadaan ini hanya dapat dilihat di negara Malaysia dan tidak dapat dilihat di negara lain.

Takrifan harian bermaksud realiti sosial yang dialami oleh orang ramai dalam kehidupan harian mereka. Takrifan Harian, takrifan masyarakat awam berbeza dalam kehidupan seharian. Contoh takrifan harian dalam pengalaman hidup saya ialah saya pernah lihat sebahagian kecil orang melayu bertutur dalam bahasa Inggeris dalam pergaulan seharian mereka. Takrifan autoriti adalah realiti sosial yang ditakrifkan oleh pihak yang menjadi struktur kuasa dominan dalam negara. Takrifan Autoriti bersifat tetap. Sebagai contoh, saya penah melihat orang Melayu bertutur dalam Bahasa Melayu , dan mengamalkan adat resam serta budaya Melayu semasa musim perayaan mereka.

Sepanjang hidup saya, saya pernah melakukan rundingan sosial pendamaian. Pada suatu hari, saya ternampak seorang rakan India saya dan rakan Melayu tengah bertelingkar disebabkan sesuatu perkara yang remeh. Namun begitu, perkara yang remeh tersebut telah menjadi sesuatu isu yang besar apabila isu kaum disentuh. Ini adalah kerana isu kaum dan agama adalah isu yang amat sensitif terutamanya di negara yang terdiri daripada kaum yang berlainan seperti negara Malaysia. Saya telah menghentikan pertelingkahan tersebut dengan rundingan damaian sebelum pertelingkahan tersebut bertukar kepada pergaduhan. Saya menasihati kedua dua rakan saya bahawa perkara tersebut tidak berkaitan dengan isu perkauman dan mereka tidak patut mengungkit pasal isu perkauman. Jika isu agama dan kaum tidak diungkit, perkara tersebut tidak akan menjadi serius dan akan dapat diselesaikan dengan mudah. Secara kesimpulannya, saya berpendapat bahawa semangat perpaduan adalah antara aspek yang terpenting untuk memelihara keselamatan dan kedaulatan negara Malaysia supaya negara Malaysia akan terus maju dan taraf hidup rakyat Malaysia akan meningkat.

Comments

Chat