Soalan 1
Isu Murtad dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia.Murtad merupakan satu jenayah besar dalam Islam.Ia dianggap sebagai menghina Islam, menghina Allah S.W.T. dan Rasulullah S.A.W., jadi hukuman bunuh perlu disabitkan di Malaysia. Kejadian ini boleh melalui ucapan, perbuatan dan iktiqad iaitu kepercayaan dan keyakinan dalam hati. Sebab-sebab berlakunya murtad termasuklah kesan daripada fahaman-fahaman anti-agama, faktor perkahwinan dan kurangnya tenaga pengajar yang bertauliah. Cara yang dapat dilakukan untuk menangani masalah ialah menyediakan tenaga pengajar, mengadakan kelas agama dan undang-undang antara negeri patut diselaraskan.
Soalan 2
Isu Hak Penjagaan Anak Bagi Pasangan Yang Salah Seorang daripada Mereka Memeluk Islam.Undang-undang asal penjagaan kanak-kanak, Guardianships of Infants Act 1961 (GIA) jelas menunjukkan si bapa berhak menjadi penjaga utama si anak. Maka sudah tentu ada percanggahan. Undang-undang sedemikian membawa mudharat kepada kanak-kanak terbabit; yang mana satu hendak diiikut, ibu atau bapa yang menganuti agama berlainan. Dari segi undang-undang, kanak-kanak itu hanya boleh dibesarkan sebagai Muslim. Penjaga mempunyai hak untuk memberikan nama, menentukan pendidikan anak, tindakan disiplin, pemilihan agama, pentadbiran harta dan perubatan.
Soalan 3
Isu Penurunan Salib di Kampung Medan.Penduduk Taman Medan di Petaling Jaya telah mengadakan satu perhimpunan secara aman di hadapan satu bangunan lot kedai, yang mana terletaknya lokasi satu gereja baru di Taman Medan, Petaling Jaya. Perhimpunan tersebut dibuat adalah bertujuan untuk menuntut agar tanda salib yang terpampang di premis itu diturunkan. Atas desakan yang dibuat oleh penduduk Taman Medan, pihak gereja akhirnya akur dan bersetuju untuk menurunkan lambang salib tersebut. Isu ini juga sudah menjadi viral di laman sosial seperti facebook malah banyak respon yang diberikan berhubung dengan perkara ini. Ada yang menyokong malah ada juga yang mengutuk sekeras-kerasnya perkara ini. Penduduk mengatakan bahawa, pemandangan atau pandangan pertama mereka apabila membuka tingkap ialah tanda salib yang terpampang di premis tersebut dan mereka berasa cemas melihat tanda salib tersebut. Mereka berasa tidak selesa dan sensitif terhadap tanda tersebut. Mereka juga memberi alasan bahawa tanda salib tersebut mencabar akidah dan kepercayaan penduduk kawasan itu yang majoritinya beragama Islam. Beberapa persoalan yang perlu dibincangkan mengenai isu ini iaitu: 1. Mengapa tanda salib baru sekarang menjadi isu atau dijadikan isu sedangkan tanda salib telah lama digunakan sejak dari dulu lagi namun tidak pernah menimbulkan sebarang masalah? 2. Adakah rasa hormat dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum sudah semakin terhakis sehinggakan berlakunya isu ini? 3. Adakah dengan hanya terlihat atau melihat tanda /alib tersebut, akidah dan kepercayaan seseorang akan terus goyah atau berubah?
Soalan 4
Isu Penggunaan Kalimah Allah oleh Masyarakat Kristian.Memang telah termaktub di antara larangan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia menerusi keputusan kabinet yang bertarikh 16 Mei 1986 bagi mana-mana agama selain Islam untuk menggunakan empat perkataan iaitu Allah, Solat, Baitullah dan Kaabah. Malah ada sesetengah negeri yang menambahkan lagi beberapa perkataan yang dianggap boleh mendatangkan kekeliruan dan bahaya kepada umat Islam apabila digunakan oleh bukan Islam. Namun yang peliknya kenapa masih lagi ada yang cuba menuntut kerajaan Malaysia untuk membenarkan mereka menggunakan kalimah Allah bagi tujuan penerbitan bahan bercetak mereka? Mungkin kita boleh menjangkakan bahawa alasannya ialah kalimah Allah tersebut adalah kalimah terjemahan dari Bahasa Inggeris yang menggunakan kalimah God dalam Bible terbitan Bahasa Inggeris yang telah sekian lama digunakan. Sama ada kita sedar ataupun tidak, tuntutan ini sebenarnya amat berbahaya kepada umat Islam sekiranya dibenarkan, kerana ianya lebih banyak menimbulkan kekeliruan di dalam masyarakat. Cubalah kita bayangkan kekeliruan yang akan timbul di dalam masyarakat terutamanya kepada golongan muda dan juga kepada kanak-kanak Muslim apabila terbaca iklan-iklan atau papan-papan tanda yang berbunyi "...Aku adalah anak Allah" atau "...damai sejahtera dari Allah, Bapa kita dan dari Tuhan Jesus Kristus" atau "...anak Allah yang hidup" yang semuanya merupakan terjemahan terus dari Bible terbitan Bahasa Inggeris. Sebenarnya banyak lagi ayat-ayat atau ungkapan-ungkapan yang diterjemahkan ini boleh mengundang kekeliruan yang akhirnya boleh membatilkan fahaman agama.
Soalan 5

Soalan 6
Isu Kepala Lembu di Kuil / Rumah Penganut Hindu.Masalah kepala lembu menjadi tajuk utama dan isu negara. Sekumpulan penduduk Seksyen 23 Shah Alam dengan beberapa NGO Melayu mengarakkan kepala lembu ke bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor sebagai membantah cadangan pemindahan kuil Hindu ke kawasan mereka. Tindakan penduduk Seksyen 23 Shah Alam adalah kerana bantahan mereka tidak diberi perhatian oleh pihak berkuasa.Penduduk yang tinggal di Seksyen 19 juga menghadapi masalah yang sama berhubung kuil yang telah berlarutan begitu lama. Setiap kali kuil itu diarahkan berpindah pasti ada campur tangan pemimpin politik yang akan melewatkan proses itu. Campur tangan inilah yang menyukarkan pihak berkuasa untuk bertindak. Aktiviti perarakan kaum India telah banyak membawa masalah kepada penduduk yang majoritinya beragama Islam. Walaubagaimanapun, masalah pemindahan kuil telah diselesaikan secara aman. Melalaui isu ini, kita dapat melihat dengan jelas betapa pentingnya sikap toleransi dalam kehidupan seharian.