NUR RAIHAN BINTI AHMAD ZAKI's 7.A1 : Perbincangan 1 - OpenLearning

Soalan 1

Bincangkan perbezaan antara agama dan penganutnya. Misalnya, antara Hindu dan Hinduisme, Muslim dan Islam, dan sebagainya.
Agama merupakan fenomena penting dalam kehidupan manusia. Agama bukan sahaja membantu manusia untuk mengenal Tuhan, tetapi juga memberi kesejahteraan hidup. Di Malaysia, agama dan etnik telah menjadi identiti kelompok yang saling melengkapi sehinggakan kelompok etnik disamakan dengan kelompok agama. Orang Melayu dianggap sebagai orang Islam, orang India sebagai orang Hindu, orang Cina dan Siam sebagai orang Buddha serta masyarakat Orang Asli dan suku kaum bumiputera di pedalaman Sabah dan Sarawak sebagai penganut animisme. Mereka yang bertukar agama dianggap telah keluar daripada kelompok etnik. Takrif agama Secara umum agama bolehlah ditakrifkan sebagai hubungan antara manusia dengan sesuatu kekuasaan luar biasa yang dianggap dapat memberikan perlindungan. Hubungan yang dianggap suci ini membawa kepada rasa tunduk manusia kepadanya dan manusia mencintainya, mempercayai dan meminta perlindungan daripadanya. Dari perspektif antropologi, agama merupakan set peraturan yang mengatur hubungan manusia dengan kuasa ghaib, khususnya dengan Tuhan. Agama juga merupakan suatu sistem keyakinan yang dianut dan amalan yang diwujudkan oleh suatu kelompok atau masyarakat dalam mentafsirkan dan memberi respons terhadap apa-apa yang dirasakan dan diyakini sebagai yang ghaib dan suci. Daripada beberapa pendapat di atas, definisi agama boleh dilihat dari dua sudut, iaitu substantif dan fungsional. Takrif yang pertama melihat agama dari segi bentuk dan amalannya, sementara yang kedua, dari segi fungsi dan tujuan kewujudan agama tersebut. Antara agama besar yang terdapat di dunia sekarang ialah Islam, Kristian, Buddhisme, Hinduisme, Sikhisme, Jainisme, Judaisme, Shinto, Bahai dan Zoroastrianisme. Selain itu, ada juga sistem kepercayaan suku kaum primitif yang terasing dan terpisah di kawasan dunia yang berlainan dan berkembang secara bebas tanpa hubungan sejarah antara satu sama lain seperti praanimisme, animisme, fetisyme, shamanisme, dan totemisme. Mengapakah Manusia Beragama? Kebanyakan pengkaji sejarah agama sependapat bahawa agama ialah keperluan asasi setiap manusia. Oleh sebab itu, tiada sebuah masyarakat pun di dunia ini yang tidak mempunyai agama. Kepercayaan kepada agama merupakan sifat sejagat bagi seluruh manusia sama ada manusia moden ataupun primitif. Pemikiran tentang agama sudah wujud dalam diri manusia sejak mereka lahir lagi. Bukti penemuan arkeologi menunjukkan kehidupan manusia terawal sudah dipengaruhi oleh agama. Selain naluri semula jadi, manusia mengamalkan agama kerana warisan kebudayaan, faktor keselamatan, kesejahteraan, mengukuhkan ikatan persaudaraan dan mencari jawapan pada persoalan yang sukar dijawab. Warisan kebudayaan merupakan faktor utama menentukan agama seseorang manusia. Selalunya individu akan menganut agama yang dianuti oleh keluarga, suku kaum atau etnik yang diwarisi daripada satu generasi kepada satu generasi berikutnya. Misalnya, rata-rata etnik Melayu menganut agama Islam kerana keluarga dan nenek moyang mereka beragama Islam. Faktor keselamatan juga memainkan peranannya kerana apabila memeluk sesuatu agama seseorang berasa selamat dan percaya bahawa kuasa agung yang dipercayainya akan menjaga keselamatannya. Kuasa agung juga menjadi tempat mengadu hal serta mendapatkan pertolongan dan perlindungan. Faktor kesejahteraan di akhirat juga adalah penting kerana kebanyakan agama menjanjikan kesejahteraan di akhirat kepada penganut yang patuh kepada ajaran agama masing-masing. Faktor lain adalah kerana agama merupakan jawapan terhadap persoalan kehidupan yang sukar dijawab. Persoalan mengenai manusia dan hakikat diri, alam sekitar dan pengalaman ghaib yang tidak dapat dijangkau oleh akal fikirannya, semuanya dijawab oleh agama. Tegasnya, agama akan memberi jawapan kepada pertanyaan yang sukar dijawab oleh akal. Akhirnya, agama diminati kerana agama merupakan elemen pengukuhan ikatan persaudaraan. Mengikut Durkheim (1915) kepercayaan dan amalan yang sama dalam sesuatu agama akan menyatukan semua anggota yang menganutinya dalam satu komuniti bermoral. Peranan agama Kebanyakan ahli falsafah, malah ahli rasionalis Zaman Kecemerlangan seperti Condocet bersetuju bahawa agama, sungguhpun palsu pada suatu ketika dahulu, mempunyai fungsi tertentu dalam kehidupan peribadi mahupun sosial. Dari kaca mata ahli fungsionalis, agama mempunyai fungsi peribadi kepada pemeluknya kerana agama memberi darjat jaminan yang menenteramkan. Agama menimbulkan keberanian kepada manusia ketika dicengkam ketakutan, memberikan kegigihan dalam kesukaran, kekuatan pada saat- saat manusia dalam keadaan lemah dan meringankan beban jiwa dalam menghadapi kekecewaan. Agama memberi harga diri dalam menelan kekalahan, kerendahan hati apabila sedang berjaya dan juga kepekaan hati nurani. Sementara peranan agama dalam kehidupan sosial adalah sebagai asas moral, kesenian, kebudayaan, kesusasteraan dan kewujudan tamadun bagi sesuatu bangsa dan masyarakat.

Soalan 2

Bincangkan bagaimana budaya setempat mempengaruhi amalan agama  masyarakat.
Kepercayaan animisme merupakan bentuk kepercayaan paling awal sebelum kehadiranagama lain. kepercayaan ini berhubung kait dengan alam semula jadi.• Mereka percaya semua benda di dalam dunia ini mempunyai roh atau semangat yangmempengaruhi kehidupan manusia sama ada baik atau buruk.• Roh atau semangat ini perlu dipuja agar membawa kebaikan dan menambahkan rezeki.Keadaan ini telah mempengaruhi kehidupan mereka kerana terdapatnya aktiviti-aktivitimemuja pantai atau semangat padi bagi menjamin keselamatan dan menambahkan hasil padi.• Dengan ini timbullah konsep pantang larang, adat istiadat, undang-undang, kebudayaan dansebagainya. Bagi memuja semangat ini lahirlah tarian,nyanyian,drama,muzik ,unsurmainan,mentera,adat menanam,adat kematian dan sebagainya yang ada hubungan dengankepercayaan itu.• Kemunculan unsur budaya seperti tarian,nyanyian,unsur mainan dan sebagainya sebenarnyaberasaskan kepada kepercayaan kuasa ghaib seperti memuja semangat padi,hantu laut dansebagainya. unsur ini menjadi hiburan dan mainan yang pada asalnya merupakan upacarayang berkaitan dengan kuasa ghaib. Contohnya Main Puteri, Main Dewa, memutus ubat dansebagainya.• Berkaitan dengan unsur mainan dan tarian tadi maka lahirlah upacara jampi serapah yangbetujuan untuk melindungi permainan daripada segala bencana dan menghalau jin dan hantudaripada menggangu persembahan. Setiap persembahan ada peraturan dan pantang larangkerana asal usul sesuatu jenis persembahan selalunya dihubungkait dengan kuasa ghaib.• Dengan wujudnya pelbagai kepercayaan tersebut maka wujud satu golongan masyarakatyang dihubungkaitkan dengan upacara-upacara pemujaan seperti dukun,tabib,pawang,nenekkebayan dan sebagainya yang bertanggungjawab memulih diri seseorang yang dipercayaidisampuk atau hilang semangat.• Terdapat juga bentuk kepercayaan terhadap roh orang yang sudah mati. Mereka percayaindividu yang semasa hidupnya mempunyai kuasa hebat apabila mati akan tetap memberiperlindungan. Berdasarkan kepercayaan inilah masyarakat tempatan memuja roh si mati agardapat memberi perlindungan.

Comments

Chat