Nur Syukriyah Idris's 7.A3 : Perbincangan 3 - OpenLearning

Soalan 1

Isu Murtad dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia.
GEJALA murtad di kalangan orang Islam negara ini sudah sampai ke tahap kritikal. Bilangan kes orang yang dilahirkan Melayu-Islam yang mohon tukar nama asal serta saudara baru yang tidak mengamalkan cara hidup Islam atau mahu balik ke agama asal meningkat tahun demi tahun. Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria menggemparkan seluruh negara apabila menyebut bilangan mereka yang murtad mencapai hampir suku juta. Semasa pendedahan ini dibuat pada tahun 2008 dulu, ramai yang tidak percaya. Ada juga yang mempersenda, kononnya beliau menyebut angka macam membilang jari saja. Hakikat semakin ramai orang Islam yang terpesong sangat menakutkan. Bekas Mufti Kuala Lumpur Ustaz Shaari Bustamah pernah memaklumkan bahawa bilangan murtad di ibu kota sehingga Julai 1997 ialah 3,000 orang. Kajian di Jabatan Statistik menunjukkan terdapat 4,776 permohonan pada tahun 1989 sahaja. Mengikut rekod Mahkamah Syariah, seramai 863 kes telah dirujuk kepadanya antara tahun 2000 hingga 2010 bagi tujuan menukar status agama Islam. Daripada bilangan ini, 168 kes telah diluluskan. Kajian lain menunjukkan bahawa 519 permohonan menukar nama Islam kepada bukan Islam dihantar kepada Jabatan Pendaftaran Negara antara 1994 dan 1997, yang mana 48 peratus permohonan diluluskan. Portal bebas Malaysiakini melaporkan bahawa 686 permohonan tukar status agama telah dirujuk kepada pihak Mahkamah Syariah dan daripada itu, 135 kes diluluskan. Paling banyak ialah di Sabah (238 permohonan; 67 diluluskan), Negeri Sembilan (172; 33), Selangor (99), Wilayah Persekutuan (56;10), Perak (47;12) dan Pulau Pinang (36;1), diikuti Melaka (12:3), Pahang (8;7), Johor (8), Kedah (5;1), Perlis (3;1), manakala Sarawak dan Kelantan masing-masing 1 permohonan. Walaupun bilangan kes berbeza-besa mengikut sumber, yang jelasnya ia kian meningkat. Beberapa siri Program Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) telah diadakan bagi menzahirkan kebimbangan ini serta sokongan umat Islam terhadap gerakan membasmi kemurtadanan dikalangan orang Islam. Setakat ini, HIMPUN telah diadakan di Shah Alam, Selangor; Kuala Kangsar, Perak dan Paroi, Negeri Sembilan. Seterusnya, HIMPUN akan diadakan di Pulau Pinang pada 28 Januari 2012. Pengerusi HIMPUN, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, bilangan kes permohohan dan kelulusan murtad menggambarkan ianya satu isu besar dan serius yang perlu diberi perhatian dan ditangani semua pihak. Menurutnya, sebahagian besar permohonan diterima untuk keluar Islam terdiri daripada golongan saudara baru. Usaha sedang dilakukan untuk mengemaskini maklumat agar mendapat gambaran yang lebih jelas mengenai gejala ini dikalangan saudara baru. Manakala dikalangan orang Melayu asal, gejala murtad banyak dikalangan golongan remaja lingkungan umur 20an. Menurutnya lagi, antara faktor berlakunya gejala murtad ialah masalah kemiskinan, kesempitan hidup dan juga kurang ilmu mengenai Islam. Daripada pemerhatian dan pengalaman, didapati bahawa selain lemah pegangan agama serta jahil mengenai hukum hakam dan akidah, golongan terbabit mudah terpengaruh dengan agama lain. Faktor perkahwinan juga boleh mendorong seseorang Islam menjadi murtad. Inilah yang diperolehi daripada siasatan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas 12 orang Islam yang diselamatkan di Gereja Methodist Damansara Utama pada Ogos tahun lalu.

Soalan 2

Isu Hak Penjagaan Anak Bagi Pasangan Yang Salah Seorang daripada Mereka Memeluk Islam.
KAJIAN BERKENAAN HAK PENJAGAAN ANAK DAN STATUS AGAMA ANAK TERSEBUT JIKA SALAH SEORANG IBU BAPANYA MEMELUK AGAMA ISLAM 1. PENDAHULUAN Isu pengislaman Saudara Mohd Ridzuan Abdullah atau K Patmanathan, 40, bekas penganut Hindu, telah menimbulkan satu polemik yang perlu dinilai dari sudut Syarak terhadap beberapa isu. Isu yang akan dibincangkan di sini adalah Status agama tiga orang anak beliau iaitu Tevi Darsiny (12 tahun), Karan Dinesh (11 tahun) dan Prasana Diksa (1 tahun). Hak penjagaan anak. Status perkahwinan selepas pengislaman. 2. STATUS AGAMA ANAK-ANAK SELEPAS SALAH SEORANG PASANGAN SUAMI ISTERI MEMELUK AGAMA ISLAM 2.1 Pandangan Islam Terhadap Status Anak Apabila Hanya Salah Seorang Ibu Bapa Memeluk Islam. Dalam menjelaskan status anak-anak selepas salah seorang ibu bapa memeluk Islam sedangkan pihak yang kedua tetap berada dalam agama asal, para fuqaha Islam telah berselisih pandangan kepada beberapa pandangan: Pandangan Pertama: Anak-anak adalah mengikut agama Islam sama ada yang memeluk Islam adalah bapa ataupun ibu. Pandangan ini adalah pandangan yang dipegang oleh kebanyakan para fuqaha Islam daripada mazhab al-Hanafiyyah, al-Syafi`iyyah dan al-Hanabilah[1]. Maka berdasarkan kes yang berlaku, Tevi Darsiny (12 tahun), Karan Dinesh (11 tahun) dan Prasana Diksa (1 tahun) adalah diiktibar sebagai beragama Islam kerana mengikut agama yang dianuti oleh bapanya. Hujah pandangan pertama ini adalah hadith Rasulullah yang berbunyi: عَنْ عَائِذِ بْنِ عَمْرٍو الْمُزَنِيِّ عَنِ النَّبِيِّ  قَالَ : (( الإسْلاَمُ يَعْلُوْ وَلاَ يُعْلَى )) . رواه البيهقي والدارقطني والروياني . Daripada A'idz bin Amr Almuzani, daripada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : "Islam tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya." Pandangan Kedua: Anak-anak adalah mengikut agama Islam apabila yang memeluk Islam adalah bapa. Sekiranya yang memeluk Islam adalah ibu, anak-anak tidak dianggap beragama Islam. Pandangan ini adalah pandangan yang dipegang oleh al-Imam Malik. Hujah yang dipegang oleh al-Imam Malik adalah seseorang anak adalah dinasabkan kepada si ayah dan bukannya dinasabkan kepada si ibu. Maka kerana itulah keislaman si ayah sahaja yang akan menyebabkan si anak turut beragama Islam sebagai mengikut agama si ayah[2]. Maka berdasarkan kes di atas, Tevi Darsiny (12 tahun), Karan Dinesh (11 tahun) dan Prasana Diksa (1 tahun) adalah tetap diiktibar sebagai beragama Islam kerana mengikut agama yang dianuti oleh bapanya. 2.2 Cadangan Terhadap Penyelesaian Isu Ini Berdasarkan kajian ringkas di atas, dapatlah disimpulkan bahawa anak-anak kepada saudara Mohd Ridzuan Abdullah adalah beragama Islam kerana mengikut agama Islam yang telah dianuti oleh beliau. Namun disebabkan pihak isteri beliau masih beragama Hindu yang berkeras untuk menjaga anak-anaknya dan membesarkannya dalam agama Hindu, semestinya kenyataan kita untuk mengekalkan status ketiga-tiga anak mereka berdua sebagai beragama Islam akan menimbulkan satu ketegangan antara masyarakat Islam dan masyarakat bukan Islam secara umumnya. Atas dasar ingin mencari jalan yang paling baik dengan meraikan pandangan-pandangan para ulama, kami mencadangkan perkara-perkara di bawah: a) Menerangkan kepada masyarakat di Malaysia bahawa maksud anak-anak tersebut berstatuskan agama Islam adalah mereka bertiga dianggap sebagai seorang Islam sepanjang tempoh mereka belum lagi mencapai umur baligh. Status keislaman mereka sebelum tempoh baligh akan berkait rapat dengan pembahagian harta pusaka khususnya[3]. b) Apabila anak-anak tersebut telah mencapai umur baligh, mereka akan diberikan hak untuk memilih sama ada ingin memeluk agama Islam ataupun memeluk agama Hindu. Pandangan ini adalah pandangan yang dipegang oleh al-Imam al-Thauriyy ( الثوري ) .[4] c) Kami tidak mendapati sebarang masalah sekiranya nama ketiga-tiga anak saudara Mohd Ridzuan Abdullah dikekalkan dengan nama asal melainkan sekiranya makna nama mereka mengandungi unsur-unsur syirik dan makna-makna yang buruk.

Soalan 3

Isu Penurunan Salib di Kampung Medan.
Seperti yang kita sedia maklum, baru-baru ini kira-kira 50 penduduk Taman Medan di Petaling Jaya telah mengadakan satu perhimpunan secara aman di hadapan satu bangunan lot kedai, yang mana terletaknya lokasi satu gereja baru di Taman Medan, Petaling Jaya. Perhimpunan tersebut dibuat adalah bertujuan untuk menuntut agar tanda salib yang terpampang di premis itu diturunkan. Atas desakan yang dibuat oleh penduduk Taman Medan, pihak gereja akhirnya akur dan bersetuju untuk menurunkan lambang salib tersebut. Isu ini juga sudah menjadi viral di laman sosial seperti facebook malah banyak respon yang diberikan berhubung dengan perkara ini. Ada yang menyokong malah ada juga yang mengutuk sekeras-kerasnya perkara ini. Antara respon yang diterima adalah seperti personaliti tv Wardina, yang menyuarakan pendapatnya di laman sosial facebook miliknya menyatakan bahawa tanda salib tersebut tidak perlu untuk diturunkan dan menganggap perbuatan tersebut seperti membuli penganut agama Kristian. Apa yang menarik perhatian saya tentang isu ini ialah, alasan yang diberikan oleh penduduk Taman Medan mengenai tanda salib tersebut. Berdasarkan artikel The Malaysian Insider, Penduduk mengatakan bahawa, pemandangan atau pandangan pertama mereka apabila membuka tingkap ialah tanda salib yang terpampang di premis tersebut dan mereka berasa cemas melihat tanda salib tersebut. Mereka berasa tidak selesa dan sensitif terhadap tanda tersebut. Mereka juga memberi alasan bahawa tanda salib tersebut mencabar akidah dan kepercayaan penduduk kawasan itu yang majoritinya beragama Islam. Terdapat beberapa persoalan yang timbul dan bermain di fikiran saya mengenai isu ini iaitu: 1. Mengapa tanda salib baru sekarang menjadi isu atau dijadikan isu sedangkan tanda salib telah lama digunakan sejak dari dulu lagi namun tidak pernah menimbulkan sebarang masalah. 2. Adakah rasa hormat dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum sudah semakin terhakis sehinggakan berlakunya isu ini? 3. Adakah dengan hanya terlihat atau melihat tanda /alib tersebut, akidah dan kepercayaan seseorang akan terus goyah atau berubah?

Soalan 4

Isu Penggunaan Kalimah Allah oleh Masyarakat Kristian.
Dari satu sudut, kita dapati, pelbagai pandangan diutarakan dengan melihat dari pelbagai sudut. Secara asasnya, apa yang paling penting adalah, prinsip Islam itu sendiri dalam menilai isu sebegini. Berdasarkan pengamatan dari segenap aspek, baik dari hujah mereka yang membenarkan mahupun hujah mereka yang melarang, kesimpulan umum yang dapat dibuat adalah, ianya lahir (samada bersetuju atau menolak) daripada hujah-hujah yang zhonniyyah atau tidak muktamad. Namun, ketika berhadapan dengan sesuatu isu setempat, pendirian seseorang ahli ilmu atau ulama’ selalunya dibina atas timbangan keilmuan yang teliti, setelah melihat segenap sudut yang perlu diperhatikan termasuklah maslahat sesebuah masyarakat Islam di tempat tersebut. Oleh yang demikian, dalam isu penggunaan kalimah “Allah” bagi orang-orang Kristian ataupun orang-orang kafir yang lain, pendirian seseorang ahli ilmu itu hanyalah berbentuk tarjih (menguatkan salah satu pendapat) setelah menilai isu ini dari pelbagai sudut. Penggunaan Kalimah Allah dan Toleransi Beragama Allah s.w.t. mengakui kebenaran Islam bahkan mengiktiraf hanya Islam sebagai suatu kebenaran dan hanya Islam merupakan agama yang benar yang mengandungi segala ajaran yang benar dalam segenap sudut samada dari sudut aqidah, hukum-hakam dan akhlak. Berdasarkan ajaran Islam juga, hanya dengan aqidah murni Islam sahaja, seseorang dapat selamat daripada api neraka. Walaupun Islam memberi kebebasan beragama kepada sesiapa sahaja dari kalangan orang-orang kafir, namun Islam tetap mengajak umat manusia kepada menerima ajaran Islam yang murni dan tidak pernah mengiktiraf agama-agama mereka sebagai kebenaran. Ini kerana, hanya Islam sahaja merupakan agama yang boleh menjamin kesejahteraan manusia di dunia dan di akhirat. Maka, konsep toleransi dalam Islam tidak membawa kepada sama-rata atau persamaan secara mutlak, tetapi masih wujud konsep eksklusifnya seperti hanya Islam sahaja diterima sebagai agama di sisi Allah s.w.t., hanya penyembahan kepada Allah s.w.t. sahaja secara tauhid, yang diterima di sisi Allah s.w.t. dan selain konsep kehambaan ini, tidak menyelamatkan seseorang daripada kekal dalam neraka. Penggunaan Kalimah ALLAH Menurut Islam Kalimah ALLAH adalah satu nama khas bagi merujuk kepada Tuhan yang Maha Esa, Maha Agung lagi Maha Sempurna. Kalimah ALLAH dalam Islam merujuk kepada zat Tuhan yang bersifat dengan segala sifat kesempurnaan dan keesaan serta berlepas dari sebarang sifat kekurangan. Dalam Islam, kalimah “ALLAH” bukan sekadar suatu kata nama, tetapi merangkumi konsep ketuhanan yang bersifat dengan kesempurnaan dan keesaan. Maka, apabila kita berkata bahawasanya, Tuhan yang kami sembah adalah Allah, bererti, Allah s.w.t. yang disembah tersebut bersifat dengan sifat-sifat yang telah disebutkan terutamanya aspek kesempurnaan dan keesaan-Nya. Kalau seseorang berkata: “Saya menyembah Allah” tetapi yang dimaksudkan adalah tuhan yang terdiri daripada tiga oknum atau salah satu daripada oknum tuhan trinity, maka ianya suatu yang menyalahi “dasar dan prinsip” Islam sebenar. Allah s.w.t. sendiri sudah menjelaskan bahawa kalimah “Allah” adalah suatu nama bagi merujuk kepada satu-satunya Tuhan yang Maha Benar dengan sifat-sifat yang disebutkan. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: “Katakanlah: "Dia-lah Allah, yang Maha Esa. (1) Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. (2) Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan, (3) Dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia." (Surah Al-Ikhlas: 1- 4) Ayat ini merupakan pendirian Islam yang jelas menunjukkan Islam menolak sebarang kepercayaan ketuhanan selain daripada konsep ketuhanan Allah s.w.t.. Konsep ketuhanan yang sebenar yang merujuk kepada Tuhan yang sebenar yang bernama Allah mempunyai sifat-sifat berikut: - MAHA ESA (Al-Ahad) - AS-SHOMAD (Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu) - Tidak beranak dan tidak diperanakkan. - Tidak ada yang serupa denganNya. Daripada penjelasan surah Al-Ikhlas ini menunjukkan secara jelas bahawa, tiada agama lain selain Islam yang boleh menamakan tuhan mereka sebagai “ALLAH” menurut agama Islam, termasuklah agama Kristian, kerana hanya agama Islam yang menjelaskan konsep ketuhanan dengan intipati tauhid yang murni ini. Adakah “Allah” yang ingin dimaksudkan oleh orang-orang Kristian bersifat dengan keseluruhan sifat-sifat yang telah disebutkan dalam surah Al-Ikhlas tersebut? Kalau tidak, maka Islam secara jelas menolak konsep ketuhanan mereka yang mereka rujuk sebagai “Allah” tersebut. Adakah prinsip ajaran Islam yang menolak kepercayaan triniti orang-orang Kristian dalam konsep ketuhanan, dalam masa yang sama tidak menolak penggunaan nama Allah (nama Tuhan yang Maha Benar) kepada tuhan yang mempunyai konsep ketuhanan yang salah? Orang-orang Kristian samada memilih untuk mengesakan Allah s.w.t. dalam penyembahan dan menafikan Nabi Isa a.s. sebagai anak tuhan, maka bolehlah memanggil tuhan tersebut dengan nama Allah ataupun tidak dibenarkan menggunakan nama Allah bagi merujuk kepada tuhan triniti mereka. Kekhususan Nama Allah s.w.t.. Imam As-Syirbini dalam Tafsir As-Siraj Al-Munir menafsirkan kalimah ALLAH dalam surah Al-Ikhlas tersebut dengan berkata: “ALLAH ialah Tuhan yang bersifat dengan ketuhanan dan keesaanNya.” Imam Al-Khazin pula berkata yang bermaksud: “((ALLAH)) ialah kata nama khusus bagi Allah yang hanya khusus untukNya s.w.t.. Ia (nama) itu bukan terbit dari mana-mana kata terbitan dan tidak ada sesiapa berkongsi nama tersebut denganNya. Inilah pegangan yang sahih dan terpilih. Dalilnya adalah firman Allah: “Apakah kamu mengetahui ada seorang yang sama dengan Dia (yang patut disembah)?” iaitu: tidak dikatakan kepada selainNya dengan nama ALLAH...” [Tafsir Al-Khazin pada tafsir Surah Al-Fatihah] Sheikh Muhammad Ali As-Shobuni juga ketika menjelaskan tentang kalimah ALLAH dalam Shofwah At-Tafasir pada surah Al-Fatihah berkata: “((ALLAH)) Suatu nama khusus bagi Zat Maha Agung yang mana tidak ada yang berkongsi nama tersebut denganNya…” [1/18] Sheikh Sa’id Hawa dalam kitab Tarbiyyatuna Ar-Ruhiyyah pada menjelaskan zikir dengan Ism Mufrad berkata yang bermaksud: “(Allah) adalah satu-satunya nama yang merujuk kepada segenap zat, sifat, nama-nama dan perbuatan-perbuatan Allah s.w.t.. Adapun nama-nama yang lain merujuk kepada sifat-sifaNya. Kemudian, nama ALLAH tersebut tidak dinamakan kepada selain ALLAH (Tuhan yang disembah oleh umat Islam).” Kalau kita rujuk kepada tulisan-tulisan para ulama’ Islam, hampir kesemuanya tidak membenarkan lafaz ALLAH digunakan bagi merujuk kepada tuhan-tuhan lain selain Allah atau kepada konsep ketuhanan yang bercanggah dengan tauhid. Ini kerana, ALLAH bermaksud TUHAN yang MAHA ESA dan ia sangat berkaitan dengan konsep keesaan Tuhan itu sendiri. Inilah secara prinsip dalam Islam di mana tidak boleh menamakan kepada tuhan-tuhan selain Allah dengan nama Allah s.w.t.. Secara dasarnya, berdasarkan penerangan para kebanyakan ulama’ sendiri, kata nama “Allah” khusus untuk Allah s.w.t. yang disembah oleh orang-orang Islam dengan konsep ketuhanan yang murni (keesaan dan kesucian). Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: “Maka (Zat yang demikian) itulah Allah, Tuhan kamu yang sebenarnya; Maka tidak ada sesudah kebenaran itu, melainkan kesesatan. Maka bagaimanakah kamu dipalingkan (dari kebenaran)?” (Surah Yunus: 32)

Soalan 5

Soalan 6

Isu Kepala Lembu di Kuil / Rumah Penganut Hindu.
Demonstrasi kepala lembu adalah suatu demostrasi telah diadakan di depan pintu pagar Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK), Shah Alam, Selangor pada hari Jumaat, 28 Ogos 2009 selepas sembahyang Jumaat dengan menggunakan kepala lembu sebagai lambang protes. Daripada ribuan jemaah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, kira-kira 200 jemaah lelaki telah berjalan kaki sejauh 2 km, berarak ke bangunan SUK Shah Alam iaitu ibu pejabat Menteri Besar Selangor Tan Seri Abdul Khalid Ibrahim dan Rodziah Ismail. Salah seorang daripada mereka membawa kepala lembu yang masih berdarah dan dipijak-pijak sebagai tanda protes terhadap kerajaan campuran Pakatan Rakyat yang seolah-olah 'lembu dicucuk hidung'. Dalam laman web sebelumnya ,memang ada cadangan membawa kepala lembu. Kepala lembu itu mulanya tersangkut di pagar masjid Shah Alam . Lembu dan babi pernah mencetuskan peristiwa 'Black hole Culcutta' di India.

Comments

Chat