1. Bagaimanakah kandungan buku-buku teks dapat memupuk hubungan etnik?
Kandungan-kandungan buku teks dapat memupuk hubungan etnik apabila kandungan di dalam buku tersebut menceritakan tentang konsep hubungan etnik, kepelbagaian etnik di Malaysia, kepentingan memupuk hubungan etnik dan lain-lain yang mana dapat menyedarkan para pelajar tentang pentingnya hubungan etnik dalam kehidupan seharian.
2. Industri hiburan sebagai mekanisme pemupukan jalinan hubungan dalam kalangan masyarakat pelbagai budaya di Malaysia.
Contoh indutri hiburan adalah seperti melalui lagu. Lagu-lagu patriotik ataupun yang lebih berkaitan dengan hubungan tnik seperti lagu 'satu Malaysia' dapat meningkatkan kesedaran dalam diri masyarakat mengenai perpaduan dan hubungan yang erat tanpa mengira etnik. Selain itu, iklan-iklan dan video-video yang berunsurkan hubungan etnik juga dapat memupuk jalinan hubungan antara masyarakat pelbagai budaya di Malaysia.
3. Apresiasi seni (seni lakon, seni tampak, seni suara, seni reka, dll) dalam masyarakat pelbagai kaum.
Perpaduan juga dapat dicapai secara tidak langsung melalui apresiasi seni yang melibatkan pelbagai kaum.
4. Apakah kawalan-kawalan yang diperlukan dalam memupuk perpaduan kaum di Malaysia?
Kawalan dalam mengelakkan berlakunya perpecahan antara kaum, serta menyemai sifat tolak ansur dan saling menghormati dalam diri masyarakat.
5. Orientasi parti politik yang ada sekarang lebih cenderung ke arah polarisasi kaum atau perpaduan?
Ya, jadi setiap parti politik mestilah menghormati antara satu sama lain dan tidak boleh mementingkan sesuatu kaum saja, namun sebaliknya perlulah bersikap adil kepada semua kaum.
6. Orientasi Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) yang ada sekarang lebig cenderung ke arah polarisasi kaum atau perpaduan?
Ya, jadi setiap badan bukan kerajaan(NGO) mestilah menghormati antara satu sama lain dan tidak boleh mementingkan sesuatu kaum saja, namun sebaliknya perlulah bersikap adil kepada semua kaum.
7. Permainan tradisional masyarakat Malaysia sebagai warisan dan wadah memupuk persafahaman antara pelbagai etnik.
Setiap etnik mempunyai permainan tradisional mereka tersendiri. Akan tetapi, permainan ini boleh dimain oleh semua orang tanpa mengira kaum. semasa bermain permainan tradisional, rakyat dapat memupuk persefahaman dan mengeratkan hubungan antara satu sama lain.