Soalan 1
Setelah menonton video tentang LO 1, maka bincangkan hubung kait antara pembangunan ekonomi dengan hubungan etnik di Malaysia (sebelum merdeka, selepas merdeka dan sekarang)Sebelum membicarakan tentang pembangunan ekonomi negara masa kiniserta pengaruhnya terhadap hubungan etnik di Malaysia, elok kiranya kitasingkapkan sedikit tentang sejarah pada abad ke-15 dengan kemunculanMelaka sebagai pusat perdagangan bebas, bahasa Melayu menjadi bahasa lingua franca dan pedagang-pedagang asing menerima hegemoniperdagangan Melayu.Sifat berkongsi kekayaan ekonomi Melaka di kalangan semua pedagang yangmengunjungi Melaka dapat diperhatikan melalui penerimaan dan restu Sultandan Pembesar Melayu terhadap mereka. Mereka menggunakan danmenggalakkan penyertaan pedagang asing seperti pedagang Gujarati, Chuliadan peminjam wang India (Chettiars). Dasar ini juga mengelakkan kelahiranMelayu kaya yang bakal menggugat kestabilan pemerintah. Perkara inidielakkan kerana hanya golongan pemerintah pada ketika itu yang wajarmempunyai kedudukan ekonomi yang baik.Hubungan ekonomi di Melaka pada ketika itu adalah mengikut peraturanekonomi yang ditetapkan oleh raja-raja Melayu mengikut Hukum KanunMelaka. Rakyat jelata Negeri Melaka dan pedagang asing terpaksa menerimasyarat-syarat dalam hukum ini bila menjalankan perdagangan di Melaka.Sepanjang pemerintahan sultan-sultan Melaka, tidak terdapat sebarangpenentangan sama ada dari rakyat Melaka sendiri mahupun pedagang-pedagang asing yang datang ke Melaka kerana dasar perniagaan yangdilaksanakan oleh Sultan sangat disenangi oleh mereka.Portugis yang menguasai Melaka pada abad ke-16 telah melenyapkan budayaperdagangan bebas untuk seketika. Portugis menjalankan dasar monopoli danpelbagai sekatan perdagangan dikenakan. Mereka memaksa kapal-kapalsinggah di Melaka untuk membayar cukai; 10% dikenakan untuk barangandari negara China dan 8% untuk barangan dari Teluk Benggal. Selain daripada itu, pedagang-pedagang juga dikehendaki mendapatkan surat izinsebelum dibenarkan untuk berdagang di Melaka. Keadaan ini telahmenyebabkan pedagang tidak puas hati dan ramai yang berpindah ke Acehdan Pedir.Keadaan bertambah buruk apabila Belanda menguasai Melaka pada tahun1641. Pelbagai dasar monopoli tambahan telah diperkenalkan oleh pihak berkuasa Belanda. Belanda mengawal barangan utama yang diimport dandieksport dari Melaka dengan tujuan untuk menetapkan harga jualanbarangan berkenaan. Belanda menguasai monopoli ke atas barangan sepertilada hitam, rempah-ratus, kayu cendana, timah dan pelbagai jenis kain.Pihak Belanda telah mengenakan duti sebanyak 10% dikenakan ke atasbarangan yang diimport dan 5% ke atas barangan eksport. Untuk mengautkeuntungan yang besar, pihak Belanda juga telah memaksa pedagang-pedagang singgah ke Melaka untuk menjalankan urusniaga mereka. Pihak Belanda juga telah mengadakan ikatan perjanjian ekslusif denganpemerintah-pemerintah Melayu di Negeri-negeri Melayu untuk menjual hasilnegeri mereka khususnya bijih timah kepada Belanda pada harga yangditetapkan dan menghadkan urusan perdagangan dengan pedagang-pedagang India. Tindakan pihak Belanda sedikit sebanyak tidak disenangioleh pemerintah tempatan, rakyat jelata dan pedagang-pedagang yang singgah untuk berniaga di Melaka. Keadaan ini berlanjutan sehinggalah pihak Inggeris menguasai Tanah Melayu pada ketika itu. Pembangunan ekonomi Malaya selepas merdeka adalah berasaskan beberapa rancangan pembangunan 5 tahun. Rancangan pembangunan negara boleh dibahagikan kepada dua fasa, pertama (1956-1970) dan kedua (1970-1990)yang berasaskan Dasar Ekonomi Baru.Rancangan Malaya Pertama bertujuan untuk meningkatkan pertumbuhanekonomi negara dengan menumpukan kepada sektor luar bandar. Selain itu,ia juga rancangan ini memfokuskan kepada mempelbagaikan keluaranpertanian supaya negara tidak hanya bergantung kepada pengeluaran getahserta menambahkan peluang pekerjaan bagi mengurangkan kadarkemiskinan.Dasar pembangunan yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan selepasmerdeka adalah untuk membawa kemajuan ekonomi kepada semua rakyat Tanah Melayu.Pada waktu ini tidak banyak wang yang diperuntukkan untuk perbelanjaan pembangunan ekonomi. Hampir separuh dari perbelanjaandihalakan kepada pertahanan dan keselamatan dalam negeri (bagimembendung ancaman komunis).
Soalan 2
Setelah memahami LO 2, terangkan bagaimanakah kedudukan ekonomi Bumiputera / Kaum Cina / Kaum India / Kaum lain sebelum dan selepas Dasar Ekonomi Baru? Sila pertimbangkan impak jawapan anda ke atas keadaan politik, ekonomi dan sosial semasa.kebanyakan orang Melayu didapati bekerja dalam sektor pertanian tradisional dan dengan kerajaan, manakala orang Cina dan India menguasai sektor perdagangan, pembuatan, perlombongan, binaan dan estet getah. Ini menyebabkan orang Melayu mendapat pendapatan yang lebih rendah daripada bukan Melayu. (Silcock, dalam Raja Mohammaad, 1982:27). Silcock seterusnya menganggarkan bahawa pada tahun 1947 dan 1957, orang Cina menerima 3/5, manakala orang Melayu menerima lebih sedikit daripada 1/5 daripada jumlah keseluruhan pendapatan Malaya (Malaysia Barat). Ini dapat dibuktikan dengan beberapa kajian tentang perbezaan perbelanjaan mengikut kaum (Wook Endut dalam Rahmah dan Zaini, 1988). Secara purata, isi rumah Melayu membelanjakan RM510.49 ke atas perbelanjaan penggunaan, manakala isi rumah Cina membelanjakan RM875.25, isi rumah India sebanyak RM813.88, dan isi rumah lain-lain kaum membelanjakan RM1026.42 ke atas perbelanjaan penggunaan. Perbelanjaan isi rumah Cina adalah 1.7 kali ganda daripada isi rumah Melayu. Bilangan ini menunjukkan ketidaksetaraan dalam agihan pendapatan di Malaysia. Hubungan Etnik Di Malaysia: Perspektif Teori Dan Praktik Nisbah perbelanjaan ke atas makanan isi rumah Cina dengan isi rumah Melayu ialah 1.5:1. Begitu juga dengan komuniti-komuniti lain, nisbahnya lebih besar berbanding dengan isi rumah Melayu. Dari segi nilai, isi rumah Melayu membelanjakan RM154.83 ke atas barangan makanan berbanding dengan isi rumah Cina dan India iaitu RM226.51 dan RM237.20. Setelah mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, kerajaan Malaysia telah menjalankan pelbagai usaha untuk membaiki keadaan tidak seimbang tersebut, tetapi keadaan pada tahun 1969 masih lagi jauh daripada memuaskan. Jumlah orang Melayu masih kurang yang bekerja di sektor perdagangan dan pembuatan moden, terutama di peringkat pengurusan, profesional, teknikal, pengawasan dan pengkeranian kerajaan Malaysia. Contohnya seperti apa yang dikatakan oleh Freeman: “Pada masa ini banyak dari jawatan-jawatan di peringkat tinggi dan kebanyakan dari jawatan-jawatan di peringkat tengah – akauntan, kerani, mekanik, tukang – adalah diisi oleh orang dari keturunan Cina, dan seseorang boleh berjalan dalam pejabat – pejabat banyak syarikat besar dan kecil, tanpa melihat lebih dari satu dua muka Melayu”
Soalan 3
Video LO 2 juga ada membincangkan berkenaan dasar-dasar yang telah dan akan dilaksanakan oleh kerajaan dalam memacu ekonomi negara. Huraikan dasar-dasar yang berkaitan dengan isu agihan dan pertumbuhan ekonomi di Malaysia.ANTARA AGIHAN DAN PERTUMBUHAN - Kadar kemiskinan paling tinggi dalam kalangan orang Melayu yang tertumpu kepada aktiviti pertanian tradisional. - Mengikut Banci Perbelanjaan Isi Rumah [ 2004-2005] secara purata sesebuah isi rumah di bandar memerlukan RM2, 503 sebulan manakala angka untuk Luar Bandar adalah RM1, 209. - Usaha membasmi kemiskinan: Mewujudkan peluang pekerjaan untuk yang menganggur Menambah daya pengeluaran dan pendapatan. Memberikan peluang peningkatan kerjaya bagi pekerja sektor rendah daya pengeluaran kepada sektor yang lebih lumayan. Mengurangkan jurang pendapatan antara kelompok etnik, bandar, dan luar bandar dan antara wilayah.. Memodenkan kehidupan di luar bandar. Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan, kesihatan, kemudahan infrastruktur dan lain-lain. KEMISKINAN KENAIKAN HARGA MINYAK Harga minyak mentah dunia, berpandukan harga minyak mentah jenis West Texas Intermediate (WTI), meningkat kerana: - Permintaan minyak mentah dunia yang tinggi (85.9 juta tong sehari pada tahun 2007), terutama daripada China dan India, berbanding dengan bekalan (84.9 juta tong sehari) yang mengakibatkan lonjakan harga minyak mentah dunia; - Keadaan geopolitik yang tidak stabil dan tidak menentu di beberapa negara OPEC seperti Iran dan Iraq yang menjejaskan pengeluaran minyak mentah; dan - Aktiviti spekulasi pembelian minyak mentah masa hadapan (futures trading). PENGURANGAN SUBSIDI BARANG Subsidi adalah sebahagian daripada ekonomi. Ia menjana pertumbuhan melalui peningkatan daya pengeluaran, menambah kuasa membeli dan mengurangkan inflasi. Sebaliknya jika subsidi ditarik balik, kos makanan akan meningkat kerana harga gula dan petrol meningkat. Pengurangan subsidi pasti akan menjejaskan taraf hidup rakyat. Kuasa membeli mereka akan jatuh dan akan diburukkan lagi oleh kenaikan harga barang dan perkhidmatan. Pengilang, penyedia perkhidmatan, pengedar dan pekedai akan menaikkan harga bagi menampung pengurangan atau penghapusan subsidi. Setiap peringkat rangkaian pembekalan (supply chain) akan menaikkan harga. KEMASUKAN PEKARJA ASING negara kita menanggung kerugian lebih daripada RM4 bilion melalui aliran keluar mata wang secara besar-besaran oleh pekerja asing yang menghantar wang kepada keluarga mereka. Hal ini menjejaskan imbangan pembayaran negara dan membantutkan perkembangan ekonomi negara. Manakala dari segi putaran modal pula, negara mengalami kerugian kerana kebanyakan wang yang dikeluarkan dalam bentuk gaji tidak digunakan untuk dibelanjakan di negara ini. Pihak hospital juga turut menanggung kerugian kerana ramai antara pekerja asing tidak melunaskan bil tuntutan yang dikenakan ke atas mereka. Sebagai contoh, pada 2006, pihak hospital di seluruh negara mengalami kerugian sebanyak RM6.75 juta bil hospital yang belum dibayar oleh pekerja asing. Manakala pada 2007, jumlahnya semakin meningkat kepada RM7.17 juta. KESAMARATAAN DAN HAK KEISTIMEWAAN PERKARA 8(1): Semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan sama rata di sisi undang-undang. Isu: Digunakan oleh sesetengah pihak untuk berhujah bahawa keadilan dan kesamarataan harus diperjuangkan dan dicapai di Malaysia. Mereka menuntut Perkara 153 PP yang berkaitan kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera perlu ditinjau semula.
Soalan 4
LO 3 menekan isu globalisasi dan ekonomi. Bincangkan peranan globalisasi dan impaknya kepada keadaan ekonomi multi-etnik di Malaysia. Juga fokus kepada kekuatan kepelbagaian etnik di Malaysia (yang tiada pada negara lain) dalam menyumbang kepada kelestarian ekonomi Malaysia.Kesan globalisasi ekonomi adalah sama ada kesan positif ataupun negatif . Di antara kesan positif globalisasi ekonomi ialah wujud perdagangan bebas,pengaliran modal secara bebas,menggalakkan persaingan,perluasan pasaran,pemindahan teknologi,peningkatan kualiti produk dan berlakunya aliran buruh mahir dan separa mahir.Implikasi negatif pula termasuklah penghakisan dasar perlindungan,penguasaan syarikat multinasional(MNC),ancaman terhadap barangan(Produk)perkhidmatan tempatan,ancaman ke atas industri kecil dan sederhana(IKS),kesukaran untuk mengawal aliran modal asing dan penghakisan kedaulatan ekonomi negara. Cabaran-cabaran tersebut perlu ditangani dengan bijaksana.Kerajaan Malaysia sentiasa peka terhadap kesan negatif yang dicetuskan oleh globalisasi ekonomi. Kerajaan Malaysia telah merangka dasar-dasar perlindungan yang praktikal untuk melindungi industri tempatan,terutamanya Industri Kecil Sederhana(IKS)dan juga dasar membantu usahawan bumiputera.Kesan dari globalisasi ini maka pengalaman Malaysia adalah positif oleh dasar ekonomi terbuka Malaysia. Selain itu,nilai perdagangan dunia semasa telah bertambah 16 kali ganda berbanding dengan tahun 1950.Malaysia juga telah memperoleh keuntungan daripada proses liberalisasi perdagangan dunia iaitu pertumbuhan ekonomi Malaysia ekoran dari pertumbuhan eksport negara. Sebagai sebuah negara kecil,Malaysia bergantung kepada pasaran luar negara. Pada masa kini,Malaysia merupakan negara pengeksport ke 17 dan negara pengimport ke 21 terbesar di dunia. Selain itu, Malaysia telah mengambil kesempatan dari proses awal globalisasi dalam industri elektronik iaitu dalam kawasan perdagangan bebas,menyediakan suasana yang liberal bagi operasi syarikat-syarikat antarabangsa serta menjadikan Pulau Pinang sebagai FREE TRADE ZONE. Pertumbuhan sektor ini menyumbang kepada peningkatan dalam eksport serta pembangunan ekonomi negara.Rangka pembangunan ekonomi yang selari dengan tuntutan ekonomi global,penting bagi memastikan ekonomi negara dapat bertindak balas terhadap perubahan dan cabaran ekonomi global yang semakin kompetitif sifatnya. Model Ekonomi Baru(MEB) dan Program Transformasi Ekonomi(PTE)merupakan tindak balas kerajaan terhadap senario dan cabaran ekonomi global hari ini.Pelancaran Pelan Hala Tuju ETP yang dilancarkan oleh Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra(PWTC)pada 25 Oktober lalu membuktikan kesungguhan dan komitmen kerajaan untuk membawa perubahan dan kemajuan ekonomi negara setanding dengan ekonomi negara-negara maju.