Nurul Hanani UTHM Ssepuluh's 3.A3 : Aktiviti 3 - OpenLearning

1. Perubatan Tradisinal

Perubatan tradisional yang sinonim dengan masyarakat Melayu ialah perbomohan, ia merupakan upacara yang dijalankan oleh Tok Bomoh iaitu tabib kampung yang mengubati orang sakit dengan menggunakan ubat tradisional dan jampi-jampi yang tertentu dan sebagainya. Tok Bomoh biasanya mengubati penyakit ganjil yang berkaitan dengan kuasa ghaib misalnya santau,histeria dan rasukan hantu. Bagi masyarakat cina pula, akupunktur merupakan sejenis rawatan tradisional yang merawat pesakit dengan menggunakan tusukan jarum halus pada tubuh badan. Rawatan akupunktur bukan sahaja dapat mencegah penyakit, ia juga tidak memberi kesan sampingan melalui rawatan ini. Selain itu, rawatan akupunktur diluluskan oleh WHO sebagai rawatan traditional yang terbaik pada tahun 2003. Rawatan tradisional kaum india pula ialah Ayurveda. Ia merupakan perubatan tradisi yang mempunyai motif makro dimana mengambil insiatif secara semulajadi. Ayurveda mengambil berat tentang fizikal badan, mental dan emosi. Ketidakseimbangan antara ketiga-tiga ini boleh menyebabkan manusia mendapat penyakit serta ketidaksempurnaan dalam kehidupan. Meditasi dan Yoga merupakan teknik dalam ayurveda yang digunakan untuk ketenteraman fikiran dan seimbangkan badan. Manakala Maharishi Ayurveda merupakan elemen dalam ayurveda yang memberi maklumat tentang perubatan semulajadi yang menggunakan tumbuh-tumbuhan .

Kesimpulannya, sehingga kini perubatan tradisional masih lagi diamalkan walaupun perubatan moden mendominasi dalam menangani masalah kesihatan semasa. Malahan, kini setiap perubatan tradisional tersebut diamalkan oleh seluruh kaum.

 

2. Sukan tradisional mengikut kaum

Sepak raga adalah sukan tradisional kaum Melayu, yang bemula sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pada masa itu permainan ini dimainkan oleh golongan bangsawan. Namun pada masa sekarang sepak raga lebih dikenali dengan nama sepak takraw. Ia bukan hanya dimainkan oleh orang Melayu sahaja tetapi bangsa-bangsa lain, malah telah dikenali di seluruh. Selain itu, permainan ini telah dipertandingkan di peringkat antarabangsa. Bagi kaum cina, Mahjong atau mahjung merupakan permainan untuk empat orang yang berasal dari China. Mahjong membabitkan kemahiran, strategi, dan pengiraan, termasuk juga satu tahap nasib. Bergantung kepada variasi yang dimainkan, nasib boleh menjadi isu remeh atau faktor utama kejayaan. Di Asia, mahjong juga popular sebagai perjudian dan sebagai permainan komputer. Bagi kaum India, 'Kho-kho' merupakan satu permainan tradisional yang popular. Permainan yang berasal dari Maharashtra ini pada mulanya dimainkan menggunakan kereta kuda dan merupakan hasil pengubahsuaian daripada satu permainan 'Lari dan kejar' di mana seorang pemain akan berlari dan mengejar serta menyentuh pemain lain.

Banyak faedah yang boleh diperolehi dari permainan tradisional seperti boleh mengeratkan silaturahim sesama manusia, menyihatkan badan kerana mengeluarkan peluh dan dapat memelihara warisan budaya zaman berzaman berbanding permainan zaman sekarang yang lebih kepada permainan komputer dan bermain secara sendirian.

 

3. Amalan pantang larang selepas bersalin

Bagi kaum melayu, ibu-ibu yang baru bersalin perlu mengikuti 44 hari tempoh berpantang dengan menggunakan herba-herba, rempah dan minyak untuk membolehkan mereka sembuh dan segar sepenuhnya. Dalam tempoh berpantang, ibu-ibu tidak dibenarkan minum air dengan banyak . Ini dipercayai untuk mengelakkan perut daripada menjadi buncit. Bagi kaum Cina, salah satu prinsip utama amalan tradisional orang China selepas bersalin ialah menghalang badan dimasuki ‘angin’ yang dipercayai menjadi punca segala masalah sendi dan otot apabila umur meningkat tua. Satu amalan yang diketahui ramai dan diikuti ialah ibu-ibu yang bersalin tidak dibenarkan mandi atau mencuci rambut sepanjang waktu berpantang, iaitu sekurang- kurangnya 30 hari. Sama seperti orang Melayu dan Cina, orang India percaya bahawa amalan berpantang yang betul boleh membantu untuk mencegah masalah kesihatan apabila meningkat tua. Tempoh berpantang orang India juga adalah antara 30 hingga 40 hari.Mandi herba diamalkan dengan menggunakan pelbagai jenis daun untuk meningkatkan peredaran darah dan mengurangkan keletihan.‘Omam’, yang merupakan sejenis rempah, disapu di seluruh badan untuk membersihkan dan melembutkan kulit, serta untuk melegakan sakit.

Kesan rawatan tradisional dalam penjagaan selepas bersalin sangat dihargai oleh ramai ibu-ibu yang telah mengamalkannya .Ia telah terbukti bahawa ibu-ibu yang tekun mengikuti amalan berpantang cara tradisional akan kembali pulih sepenuhnya, segar, lansing dan bertenaga saperti semasa sebelum mengandung (pra-kehamilan). Amalan pantang larang ini diamalkan sejak zaman dahulu dan masih diteruskan oleh majoriti masyarakat Malaysia pada masa kini. Malah, ada juga amalan pantang larang dari etnik lain yang diterima dan diolah mengikut budaya sendiri.

 

4. Upacara kelahiran, perkahwinan dan kematian

1. Kelahiran

Bagi kaum Melayu, kelahiran disambut dengan adat Tanggal Pusat dan Naik Buai. Bayi akan diberi nama dan adat Cukur Jambul akan diadakan selepas 7 hari dilahirkan. Bayi kaum India pula disambut dengan upacara Aalati, mandi selepas bersalin dan mendodoi bayi. Kaum Cina pula akan mengadakan kenduri selepas sebulan bayi dilahirkan, adat mencukur rambut dan memberi nama yang terdiri dari 3 patah perkataan.

2. Perkahwinan

Istiadat kaum Melayu terdiri dari adat merisik, meminang, bertunang, berinai, akad nikah dan persandingan. Kaum Cina pula akan melalui fasa merisik, meminang, bertunang dan majlis perkahwinan. Kaum India akan merisik dahulu, kunjungan ke rumah pengantin, Ikat janji, Parisam, Kad Jemputan, Penyediaan Thaali, Mukkurtaa Kaal, upacara perkahwinan dan Kanggenam,

3. Kematian

Jenazah kaum Melayu akan dimandikan, dikafankan, disolatkan kemudian baru dikebumikan. Apabila berlaku kematian dalam masyarakat Cina, mayat akan dibersihkan dan dimandikan serta disapu dengan minyak wangi dan disolek. Selepas itu, tubuh mayat akan dipakaikan baju Kafan dan dimasukkan ke dalam keranda. Apabila seseorang india meninggal dunia, mayat tersebut akan dibersihkan dengan air yang bukan dari pair air. Mayat akan dipakaikan pakaian baru selepas dimandi. Mayat diletakkan di ruang tamu sebagai langkah menghormati tetamu. Upacara menanggalkan thaali akan dijalankan oleh isteri yang kematian suaminya dengan menanggalkan thaali yang dipakai semasa perkahwinan. Upacara Vaaikkarisi pula ialah upacara memasukkan makanan ke mulut mayat sebagai tanda pemberian yang terahkir. Mayat kemudian akan diusang ke tempat perkuburan dan diletakkan di atas kayu api. Pembawa Kollic catti akan mengelilingi mayat sebanyak kali mengikut arah jam. Mayat akan dibakarkan dan dikebumikan ke dalam tanah. Satu lubang akan dibuat di bahagian kepala mayat untuk mencurahkan susu dan memasukkan bijiran ke dalam lubang.

Upacara kelahiran, perkahwinan dan kematian masih dikekalkan cara istiadatnya dari dahulu hingga kini.

 

5. Makanan dan minuman tradisional

Masyarakat Melayu terkenal dengan makanan tradisi seperti belacan yang dimakan bersama ulam, nasi lemak,dodol, gula melaka, tapai dan berbagai lagi. Makanan tradisi masyarakat Cina pula ialah sup mee suah dan jiaozi. Makanan tradisi India pula ialah capati, ayam tandori, dan maruku.

Kepelbagaian kaum yang mendiami Malaysia membuatkan negara ini mempunyai aneka makanan dan sudah pastinya akan menarik minat pelancong untuk melancong ke negara ini. Namun, apa yang dilihat kini, makanan dan minuman tradisional ini hanya dapat dirasai ketika ada perayaan dan majlis-majlis tertentu sahaja. Oleh itu, kita mestilah mengekalkan makanan tradisional kaum masing-masing agar ia dapat di rasai dan di kenali oleh generasi yang akan datang.

6. Perjuangan kemerdekaan

Kehadiran British ke Semenanjung Tanah Melayu pada tahun 1786 telah menyemarakkan lagi usaha penentangan orang Melayu terhadap penjajah terutama apabila British mula mencampuri urusan pentadbiran tempatan. Penentangan bukan sahaja berlaku di Semenanjung Tanah Melayu malah juga di Sabah dan Sarawak. Kebangkitan gerakan anti-British memperlihatkan gelombang penentangan yang dilakukan oleh tokoh-tokoh Melayu seperti Penghulu Dol Said di Naning, Datuk Siamang Gagap di Seri Menanti dan Yamtuan Tunku Antah di Sungai Ujong, Dato’ Maharajalela, dan ramai lagi. Malah, bapa kemerdekaan Malaysia sendiri merupakan orang Melayu iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj. Selain itu, Tun Ong Yoke Lin yang juga merupakan salah seorang pejuang kemerdekaan dan anggota terakhir kabinet Malaysia pertama pimpinan Tunku Abdul Rahman. Wakil bagi kaum India pula ialah Tun V.T. Sambanthan.

Kesimpulannya, kemerdekaan yang dikecapi sehingga hari ini adalah hasil perjuangan pelbagai kaum di Malaysia. Di samping nilai-nilai murni yang diamalkan seperti hormat-menghormati, toleransi dan sebagainya.

 

7. Pemodenan dan pembangunan negara

Masyarakat pelbagai kaum menjalin bekerjasama dalam aspek politik mahupun sosioekonomi bagi menjanjikan persekitaran negara sentiasa berada dalam keadaan stabil dan makmur. Proses perubahan ini berlaku sejak negara mula mencapai kemerdekaan. Untuk mencapai keadaan yang sebegini, rakyat Malaysia telah melalui beberapa peringkat tranformasi dalam usaha mencapai persefahaman yang jitu ke arah memupuk perpaduan kaum. Sebelum negara mencapai kemerdekaan dari Inggeris, masih terdapat jurang dalam perhubungan antara kaum yang memisahkan mereka dari segi bahasa, budaya,pendidikan atau tempat tinggal. Masalah jurang pencapaian ekonomi di kalangan masyarakat Melayu dan bukan Melayu sering menjadi persoalan sehingga  membawa kepada peristiwa hitam dalam sejarah perpaduan negara  iaitu rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 yang berpunca daripada  ketidakseimbangan pengagihan pendapatan, pelajaran dan status sosial antara kumpulan etnik.

Kedudukan ekonomi negara turut terjejas berikutan peristiwa  tersebut. Memandangkan keadaan tidak menentu di dalam negara,kerajaan telah mewujudkan MAGERAN dengan meletakkan Rukunegara sebagai mekanisme ke arah mewujudkan perpaduan  semula di kalangan masyarakat pelbagai kaum. Di samping itu, kerajaan sedar akan masalah yang dialami oleh masyarakat iaitu jurang pendapatan antara Melayu dan bukan Melayu telah membawa kepada  peristiwa berdarah tersebut. Oleh yang demikian, kerajaan  memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) sebagai strategi ke arah mengukuhkan pendapatan dan ekonomi bumiputera Melayu dan   seterusnya dapat mengurangkan jurang ekonomi dengan masyarakat bukan Melayu. Pada pertengahan tahun 1970, DEB yang begitu bermakna telah dilancarkan oleh Tun Abdul Razak. Implikasi dasar ini terletak pada matlamatnya yang berbentuk serampang dua mata iaitu menghapuskan kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat untuk menghapuskan pengenalan kaum melalui kegiatan ekonomi. Selain itu terdapat juga pelaksanaan Perancangan Pembangunan Lima Tahun, Rancangan-rancangan kerajaan dalam ekonomi dan penglibatan etnik yang merangkumi Dasar Penswastaan Dalam Konteks Hubungan Etnik, Industri Automobil Nasional dan Penglibatan Etnik, Penyusunan Semula Masyarakat dan lain-lain.

 

Kerajaan sentiasa merancang dan mengimplementasikan dasar-dasar baru demi menjaga kemaslahatan rakyat Malaysia tidak kira kaum untuk memastikan Malaysia kekal aman, maju dan stabil kini dan di masa akan datang. Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia perlulah berganding bahu untuk melaksanakan hasrat tersebut dengan sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni dalam hidup bermasyarakat dengan kaum-kaum yang lain.

Comments

Chat