Soalan 1
Kenalpasti ciri-ciri utama sistem pendidikan di Malaysia berdasarkan sejarah perkembangannya dari zaman sebelum merdeka hingga kini.1).PENDIDIKAN PRA-SEKOLAH. Sekolah tadika (pra-sekolah) menerima kemasukan kanak-kanak daripada 4-6 tahun. Pengajian tadika bukan merupakan pengajian wajib dalam Pendidikan Malaysia. Namun begitu penubuhan tadika oleh pihak swasta amat menggalakkan. Setakat ini, sebahagian besar Sekolah Kebangsaan mempunyai kelas prasekolah. Namun kemasukan ke kelas ini dibuka kepada anak-anak dari keluarga berpendapatan rendah. 2).PENDIDIKAN RENDAH. - Pendidikan rendah bermula dari tahun 1 hingga tahun 6, dan menerima kemasukan kanak-kanak berumur 7 tahun sehingga 12 tahun. Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris merupakan mata pelajaran wajib dalam Sistem Pendidikan Malaysia. Sekolah rendah awam di Malaysia terbahagi kepada dua jenis, iaitu Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan. Kurikulum di kedua-dua jenis sekolah rendah adalah sama. Perbezaan antara dua jenis sekolah ini ialah bahasa pengantar yang digunakan. Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar di Sekolah Kebangsaan. Bahasa Tamil atau bahasa Mandarin digunakan sebagai bahasa pengantar di Sekolah Jenis Kebangsaan. Pada akhir tahun persekolahan sekolah rendah, ujian awam diadakan bagi menilai prestasi murid-murid. Ujian awam pada peringkat sekolah rendah dinamakan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Pelajar yang telah menduduki UPSR, dibenarkan melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah. 3).PENDIDIKAN MENENGAH. -Sekolah menengah awam boleh dilihat sebagai pelanjutan sekolah rendah. Bahasa Malaysia digunakan sebagai bahasa pengantar bagi semua mata pelajaran selain Sains (Biologi, Fizik dan Kimia) dan Matematik (termasuk Matematik Tambahan) Para pelajar perlu belajar dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Seperti di sekolah rendah, setiap tingkatan (darjah) mengambil masa selama satu tahun. Pada akhir Tingkatan Tiga (digelar peringkat menengah rendah), para pelajar akan menduduki Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).Berdasarkan pencapaian PT3, mereka akan dikategorikan kepada Aliran Sains atau Aliran Sastera.Aliran Sains menjadi pilihan ramai. Pelajar dari Aliran Sains dibenarkan untuk keluar dari Aliran Sains lalu menyertai Aliran Sastera tetapi sebaliknya tidak dibenarkan. Pelajar-pelajar yang tidak mendapat keputusan yang memuaskan pula boleh memilih untuk menjalani pengkhususan vokasional di sekolah teknik. 4).PENDIDIKAN PRA-UNIVERSITI. - Selepas SPM, para pelajar dapat membuat pilihan sama ada belajar dalam Tingkatan 6 matrikulasi, pengajian diploma di pelbagai institut pendidikan seperti Politeknik. Jika mereka melanjutkan pelajaran dalam Tingkatan Enam, mereka akan menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Tingkatan 6 yang terdiri daripada Tingkatan 6 Rendah dan Tingkatan 6 Atas mengambil masa selama dua tahun. STPM dianggap lebih susah daripada A-level kerana merangkumi skop yang lebih mendalam dan luas. Walaupun STPM biasanya diduduki bagi mereka yang ingin belajar di universiti awam di Malaysia, STPM turut diakui di peringkat antarabangsa. - Selain itu, para pelajar boleh memohon kebenaran untuk mengikuti program matrikulasi yang mengambil masa selama satu atau dua tahun. Pada suatu ketika dahulu, matrikulasi hanya mengambil masa selama satu tahun. Sejak tahun 2006, 30% daripada semua pelajar matrikulasi diberikan program yang mengambil masa selama dua tahun. 90% daripada tempat matrikulasi adalah disimpan untuk bumiputera. Program matrikulasi tidak seketat dengan STPM. Ramai berpendapat bahawa program ini mudah daripada STPM, dan dikatakan untuk membantu bumiputera belajar di universiti dengan mudah. Matrikulasi dikenalkan selepas kuota kemasukan universiti awam yang berdasarkan kaum dimansuhkan. 70% daripada pelajar kursus krtikal seperti perubatan, farmasi, pergigian dan perundangan ialah pelajar matrikulasi. Sebaliknya, kebanyakan kursus-kursus seperti Sarjana Muda Sains yang kurang diminati diambil oleh pelajar STPM. Pembela program matrikulasi mendakwa bahawa Tingkatan 6 adalah berbeza dengan program matrikulasi. Akan tetapi, program matrikulasi dan Tingkatan Enam memainkan peranan yang sama (kelayakan kemasukan universiti). - Sesetengah pelajar menerima pendidikan pra-universiti di kolej persendirian. Mereka mungkin memilih diploma, A-level, Program Matrikulasi Kanada atau kursus yang sama dari negara lain.Kerajaan mendakwa bahawa kemasukan universiti adalah berdasarkan meritokrasi tetapi terdapat terlalu banyak program pra-universiti yang berlainan tanpa piawai yang boleh dibandingkan. PENGAJIAN TINGGI. - Banyak subsidi diberi oleh kerajaan untuk menanggung pendidikan di universiti-universiti awam tempatan. Pemohon memerlukan kelayakan STPM, matrikulasi atau diploma yang diiktiraf, serta kelulusan-kelulusan lain yang setara yang diiktiraf Kerajaan. Keputusan yang baik dalam peperiksaan tidak menjamin kemasukan universiti awam. Ini adalah kerana tempat pengajian bagi sesetengah program adalah terhad. Contohnya, tempat untuk bidang perubatan adalah terhad dan adalah mustahil untuk universiti awam menerima semua pelajar-pelajar yang mendapat semua A dalam STPM. Justeru, adalah penting bagi pelajar untuk mendapatkan maklumat dari pihak sekolah ketika mengisi borang permohonan. - Pada tahun 2004, kerajaan menubuhkan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk mengawasi pendidikan pengajian tinggi. Kementerian ini dipimpin oleh Mustapa Mohamed pada ketika itu. Kini, KPT telah bergabung bersama dengan Kementerian Pelajaran Malaysia bagi membentuk Kementerian Pendidikan Malaysia yang diterajui oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin. - Kebebasan akademik fakulti universiti umum telah diragui. Pengkritik seperti Bakri Musa menggunakan contoh seperti ahli sains ditegur oleh Timbalan Perdana Menteri, Najib Razak kerana menerbitkan "kajian mengenai pencemaran udara". - Para pelajar juga dapat membuat pilihan untuk pergi ke institusi swasta bagi pendidikan peringkat tinggi. Banyak institusi memberi kursus dengan bekerjasama dengan institut atau universiti di luar negeri. Sesetengah universiti di luar negeri pula membuka cawangan di Malaysia. - Aliran keluar mereka yang cemerlang dari Malaysia menyebabkan Perdana Menteri pada masa itu (1995), Tun Dr Mahathir Mohamed melancarkan program menarik mereka pulang ke kampung halaman. Matlamat rancangan ini adalah untuk menarik 5000 orang yang cemerlang setiap tahun. Pada tahun 2004, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata dalam jawapan parlimen bahawa rancangan ini telah menarik 94 ahli sains (24 orang Malaysia) dalam bidang farmakologi, perubatan, teknologi semikonduktor dan kejuruteraan dari tahun 1995 hingga 2000. Semasa jawapan ini diberikan, hanya seorang masih berada di Malaysia. - Selain itu, terdapat juga Institut Pendidikan Guru Malaysia yang menawarkan program ijazah sarjana muda perguruan dan politeknik yang menawarkan kursus diploma dan sijil bagi yang berminat.Terdapat juga kajian yang dilakukan mengenai Sistem penilaian prestasi pelajar.
Soalan 2
Bincangkan bagaimana ciri-ciri yang dinyatakan di atas mempengaruhi perhubungan antara pelajar-pelajar pelbagai kaum dan agama.Individu daripada kumpulan ras dan etnik yang berlainan juga boleh berkahwin dan menghasilkan percampuran ras dan perkara ini biasa berlaku di dalam sebuah masyarakat pelbagai etnik seperti Malaysia. Percampuran ras ini menyebabkan ciri-ciri warisan fizikal sesuatu etnik, seperti warna kulit berubah. Malah, perkahwinan campur 50 Hubungan Etnik antara etnik Cina dengan etnik India di Malaysia pun melahirkan anak yang menyerupai “orang Melayu” dan hal ini juga memberikan kesan kekaburan kepada batas ras orang Melayu. Dari segi budaya juga, etnik Melayu, India, Cina, Kadazan Dusun, Iban, Bidayuh, dan sebagainya banyak meminjam unsur budaya, seperti bahasa, pakaian, makanan, dan agama antara satu sama lain. Sejarah Tanah Melayu juga membuktikan bahawa alam Melayu sebelum kedatangan penjajah barat telah berjaya membina masyarakat pelbagai budaya apabila wujudnya hubungan silang budaya yang berteraskan konsep permeable ethnicity dan canopy ethnicity. Kumpulan etnik di alam Melayu seperti Melayu, Jawa, Minangkabau, Banjar, Bajau, Kadazan Dusun, Murut, Iban, Bidayuh, Melanau, Bugis dan kumpulan etnik tempatan yang lain didapati tidak memiliki batas etnik yang tertutup. Batas kumpulan etnik mereka berubah-ubah kerana wujud hubungan silang kumpulan yang menyebabkan ciri-ciri kumpulan pinjam-meminjam hingga terbina integrasi budaya dan sosial antara satu etnik dengan etnik yang lain. Gambaran yang sama didapati berlaku juga dengan masyarakat Arab, Cina, Portugis dan India yang berhijrah ke alam ini. Akibat daripada hubungan melintasi batas kumpulan dan konsep kumpulan etnik yang berubah-ubah, kumpulan migran ini juga didapati melalui proses integrasi budaya dan sosial dengan masyarakat setempat hingga lahir subkelompok seperti Jawa Peranakan, Peranakan, Baba Nyonya dan Chettiar dalam kalangan mereka (Coppell 1997). Walaupun daripada definisi akademik, terdapat perbezaan terutamanya dari segi budaya antara kumpulan etnik sehingga wujudnya batas-batas etnik, tetapi batas-batas etnik ini bukannya sesuatu yang tetap. Dalam masyarakat kontemporari, ketebalan batas-batas etnik ini dipengaruhi oleh faktor sosioekonomi seperti material, status dan sosial. Sebagai contoh, seorang etnik Melayu menghantar keretanya untuk diservis di sebuah bengkel kereta milik etnik Cina atas banyak kemungkinan; bengkel kereta etnik Cina tersebut mungkin lebih cekap, lebih cepat, dekat dengan rumahnya atau etnik Cina itu adalah kawan baiknya. Contoh lain ialah etnik Cina dan etnik India suka membeli nasi lemak daripada etnik Melayu serta etnik Melayu dan etnik Cina pula suka membeli cendol daripada etnik India. Hal ini juga mungkin disebabkan nasi lemak yang dimasak oleh etnik Melayu adalah lebih tradisional dan lebih sedap. Cendol yang dibuat oleh etnik India juga kemungkinan lebih sedap daripada yang dibuat oleh etnik Melayu dan etnik Cina. Berdasarkan contoh yang diberikan, adalah jelas bahawa aktiviti harian dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik di Malaysia tidak dipengaruhi semata-mata oleh pengiraan etnik atau batas-batas etnik yang sedia ada. Setiap kumpulan etnik mempunyai kekuatan dan keunikan masing-masing dalam pelbagai aspek kebudayan dan sosioekonomi. Kepelbagaian inilah yang dapat mewujudkan satu hubungan yang positif antara kumpulan etnik kerana mereka saling melengkapi. Satu hubungan simbiosis atau saling kebergantungan wujud dan juga menipiskan batas- batas etnik sehingga membentuk satu sistem sosial yang kompleks, iaitu hubungan tidak lagi terhad kepada pengiraan etnik sahaja. Dalam suasana sosial sebegini, masyarakat lebih bersifat bersatu padu dan harmoni.