W NUR NABIHAH BT W NOOR RUSHAZIZ's 9.A1 : AKTIVITI 1 - OpenLearning

Soalan 1

Kenalpasti ciri-ciri utama sistem pendidikan di Malaysia berdasarkan sejarah perkembangannya dari zaman sebelum merdeka hingga kini.
1. SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA( 1600 – 1990 ) . Sistem pendidikan penjajah telah digantikan dengan sistem pendidikan kebangsaan.Sistem yang terdahulu tidak mengambil kira pembangunan, pembentukan identitikebangsaan dan perpaduan negara. Lantaran itu kesedaran dikalangan pemimpin danrakyat Malaysia timbul bahawa betapa mustahaknya satu bentuk sistem pendidikanmengikut acuan kita sendiri.Maka dengan itu Penyata Razak (1956) dan Laporan Rahman Talib ( 1960 ) menjadi asaspembentukan sistem dan Dasar Pendidikan ( Pelajaran ) Kebangsaan seperti termaktubdalam Akta Pelajaran Kebangsaan 1961. Kemudian sebuah Jawatankuasa Kabinet telahditubuhkan dalam tahun 1974 untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan Kebangsaan.Tujuan untuk memperbaiki perlaksanaannya supaya matlamat melahirkan satumasyarakat yang bersatu padu dan berdisipilin serta memenuhi keperluan tenaga rakyatyang terlatih bagi pembangunan negara dapat dicapai. Laporan Jawatankuasa ini telahditerbitkan dalam tahuan 1976.Kertas kerja ini akan melihat evolusi sistem pendidikan kebangsaan yang sentiasaberubah dari awal hingga kini dan terjelmanya Falsafah Pendidikan Negara secaratersurat. Sehubungan dengan itu seharusnya kita menyorot kembali sejarahperkembangan pendidikan di zaman silam, zaman penjajahan British, sebelum merdekadan selepas merdeka. Akhirnya akan membawa kepada satu isu bersangkutanperlaksanaan dasar yang terbaru untuk dibicarakan dalam kertas ini iaitu pelajar-pelajar yang lulus PMR dengan sekurang-kurangnya mendapat 1D, boleh dinaikkanke tingkatan 4. Isu ini telah dilaksanakan dalam tahun 1998. Di kalangan wargapendidik mereka melihat isu ini dalam berbagai persepsi ada yang pro dan ada yangkontra dalam perkara ini.SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA( 1600 – 1990 )Sejarah Awal Pendidikan di Tanah MelayuCorak pendidikan yang ada di waktu ini berbentuk bukan formal. Ia wujud danberkembang bersama-sama pengembangan agama Islam di negari-negeri SemenanjungTanah Melayu dan kepulauan Melayu pada abad ke 14. Pedagang Arab dan India yangberagama Islam datang ke kawasan Asia Tenggara. Di waktu itu wujudnya institusipendidikan yang dinamakan ‘sekolah pondok’. Sekolah pondok ini dibangunkan dandimajukan bersama secara gotong royong di kalangan masyarakat setempat. Pada abadke 18 dan 19 di Terengganu, Kelantan dan Kedah yang paling banyak sekolah pondok.Ramainya tokoh-tokoh agama muncul menyebarkan agama Islam di Semenanjung TanahMelayu. Sekolah pondok juga merebak di Semenanjung Tanah Melayu termasukSingapura. Sehingga sebelum abad ke 20 masih tiada sistem dan organisasi pendidikanberbentuk formal. -1- 2. Pendidikan Di waktu Penjajahan Inggeris (1800 hingga 1956)Sistem pendidikan diwaktu ini adalah warisan budaya pendidikan zaman pemerintahanInggeris. Diwaktu zaman ini terbentuk lima jenis persekolahan iaitu Sekolah VernukularMelayu, SekolahVernukular Cina , Sekolah Vernukular India, Sekolah VernukularInggeris dan Sekolah Agama ( Madrasah ). Ciri-ciri sebegini rupa terbentuk keranamengambil kira faktor politik, ekonomi ,sosio-budaya dan agama.Pendidikan Sebelum Merdeka ( 1941 hingga 1956 )Waktu pemerintahan Jepun ( 1941 hingga 1956 ) Pendidikan Tamil dan PendidikanMelayu diteruskan dengan ditambah bahasa Jepun. Penubuhan sekolah Nippon-Go untukmenggantikan Sekolah Vernukular Cina dan Inggeris. Pengajaran lebih ditekankan lagu-lagu klasik Jepun dan Kebudayaan Jepun.Selepas tamat Perang Dunia Kedua 1946 , Inggeris kembali semula ke Tanah Melayu.Keadaan sistem pendidikan diwaktu ini bercelaru, orang Melayu telah mula kuatsemangat nasionalisme dan masyarkat Cina, India masih mahu kekal bermastautin diMalaya. Selain daripada itu dikalangan orang Melayu mula timbul kesedaran untukmemajukan pendidikan. Melalui pendidikan, ekonomi dan sosial orang Melayu ditingkatkan.Atas desakan dan kesedaran orang Melayu untuk memperluaskan peluang pendidikanuntuk kanak-kanak Melayu. Kaum Melayu mula mendesak pihak kerajaan Inggerismemperbaiki keadaan pendidikan di sekolah-sekolah Melayu. Maka pada tahun 1950satu Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh L.J.Barnes telah ditugaskan untukmenyemak dan memperbaiki keadaan pendidikan orang Melayu. Pada tahun 1951terbentuklah Jawatankuasa L.J.Barnes fokusnya kepada pendidikan orang Melayu danmembawa kepada seluruh sistem pendidikan perlu dirombak semula.Perkembangan Pendidikan Dari Tahun ( 1957 hingga 1970 )Dalam waktu ini bagi menjelaskan perkembangan pendidikan ada baiknya dilihatkronologi peristiwa perkembangan yang berlaku didalam sistem pendidikan untukmemberikan gambaran yang jelas mengenainya. - Malaya merdeka pada 31 Ogos 1957 - Laporan Rahman Talib 1960 - Pendidikan rendah percuma - Peperiksaan masuk sekolah menengah dimansuhkan 1964 - Pendidikan menengah komprehensif atau pendidikan aneka jurusan Diperkenalkan 1965 - Peperiksaan darjah lima diperkenalkan 1967 - Jawatankuasa perancangan pelajaran tinggi dibentuk membawa tertubuhnya Majlis Pelajaran Tinggi 1968. ITM,TAR,UKM. -2- 3. - 1967 Laporan Khir Johari dikemukakan dan Akta Bahasa Kebangsaan diluluskan. - Peristiwa 13 Mei 1969 .- ekoran dari itu Dasar Ekonomi Baru dan Rukun Negara sebagai panduan, perumusan dari pendidikan dan matlamatnya. - Majlis Operasi Kebangsaan- kehidupan kampus pelajar UM. Laporan Majid 1971 dikemukakan. - Laporan Murad 1973 – kandungan keciciran pelajar - Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran atau Laporan Kabinet 1979. - Laporan Kabinet mencadangkan-KBSR terlaksana 1983 dan KBSM pada 1989.Perkembangan Pendidikan dari Tahun 1970 hingga 1990Tahun-tahun diantara 1970 hingga 1990 merupakan era penyusunan semula sistempendidikan di Malaysia. Usaha dan tumpuan yang lebih bagi pihak kerajaan reformasimenyeluruh dalam sistem pendidikan. Ini bertujuan bagi mencapai matlamat membinasebuah masyarakat yang bersatu padu yang mempunyai identiti sendiri.Oleh itu dasar-dasar pendidikan yang mendokong semangat kebangsaan. Penyusunanorganisasi pendidikan yang selaras meliputi peringkat sekolah pada peringkat Sek.Mendan Sek.Ren sama ada di Semenanjung, Sabah dan Sarawak supaya mengikuti dasarkerajaan. Struktur kurikulum untuk sekolah, pendidikan guru dan pendidikan tinggisupaya wujud kesinambuangan dan kerelevanan peringkat-peringkat pendidikan.Seterusnya ia dapat memperbaiki keadaan demokrasi dan ekuti dalam pendidikan agarwujud kesamarataan penyertaan untuk etnik dan geografi.RumusanPendidikan dalam zaman sebelum pemerintahan Inggeris ia bercorak non-formal.Kedatangan penjajah pula telah banyak menimbulkan masalah dan mempengaruhiperkembangan sistem pendidikan. Pendidikan agama telah berubah corak denganpenubuhan Sekolah Agama Islam yang moden dikenali dengan nama ‘Madrasah’.Laporan L.J.Barnes ( 1951 ) merupakan komponen yang penuh kontroversi. Iamemperlihatkan kepentingan sesuatu etnik sahaja. Laporan Razak ( 1956 ) dan LaporanRahman Talib ( 1960 ) telah menjadi asas penggubalan Dasar Pendidikan KebangsaanDasar –dasar yang penting dikemukakan oleh Laporan tersebut dimaktub ke dalam AktaPelajaran 1961. Sehingga tahun-tahun selepas kemerdekaan hingga 1970 dianggappenyusunan semula sistem pendidikan bukan sahaja di Semenanjung juga di Sabah diSarawak. Tahun tujuh puluhan hingga sembilan puluhan bolehlah dianggap sebagai erapembangunan dan pengukuhan sistem pendidikan serta memperolehi pendidikanberkualiti. -3- 4. DASAR PENDIDIKAN NEGARAPendahuluanPada umumnya dasar pendidikan negara digubal pada peringkat pusat oleh Kabinet,Kerajaan dan Kementerian Pendidikan melalui sistem Jawatankuasa. Tujuannya ialahmembentuk satu sistem pendidikan yang seragam menyeluruh dan diterima pakai seluruhnegara.Pengubalan ini satu usaha yang rumit. Ia harus dilakukan dengan teliti, dibuat kajian dandilihat pelbagai sudut. Sesuatu dasar yang digubal itu dijadikan satu kod etika atauamalan dalam pendidikan supaya ia tidak berlaku penyelewengan. Dasar pendidikanmerupakan satu sistem rangkaian maklumat atau media yang menjelmakan idealisme,falsafah, matlamat dan objektif pendidikan negara. Ini bermaksud meliputi ruang lingkuppelbagai aspek dan elemen dalam masyarakat iaitu sosial,politik, adat resam, agama, hak,ketatasusilaan, kewarganegaraan, bahasa dan sebagainya. Ia juga mengambil kirakepelbagaian atau variasi budaya, etnik dan kedudukan geografi. Usaha ini menjuruskepada matlamat mencapai integrasi nasional.Selain daripada itu dasar pendidikan yang digubal memberi tumpuan berbagai aspek dankomponen dalam sistem pendidikan termasuk perkara pendidikan formal, jenispendidikan, kurikulum, pentadbiran, penyertaan dan agihan insfrastuktur. Dasar itu diberiperhatian untuk memastikan pengukuhan prinsip demokrasi, kesamarataan dankesejagatan dalam pendidikan.Selepas merdeka kerajaan yang memerintah telah menyusun semula sistem pendidikan .dasar-dasar pendidikan yang ada diperkukuhkan dalam perlembagaan dan undang-undang . Dasar yang digubal diperakukan oleh undang-undang supaya ia lebih telus danmengelakkan salah faham serta hak dan keistimewaan golongan masyarakat yang lain.Latar BelakangGolongan yang dipertanggungjawabkan mengubal dasar ialah golongan yang diberikuasa oleh kerajaan. Golongan yang dimaksudkan ialah pemimpin , pemerintah ataupentadbir. Tujuan dasar itu digubal bagi melindungi hak, status, prestij dan faedah bagiseluruh organisasi atau masyarakat. Dalam membentuk dasar tersebut ada unsur tekanandan desakan agar dasar itu menjadi amalan dan menjamin kejayaan perlaksanaannya.Sesetengah dasar kerajaan dinyatakan secara formal dalam dokumen-dokumen urusanpentadbiran. Sebagaimana kita ketahui dasar pemerintah negara dapat dilihat padaundang-undang dan perlembagaan yang telah didaulatkan.Dilihat aspek pendidikan sesetengah negara di dunia pengubalan dasar pendidikanmengambil kira berbagai-bagai aspek kehidupan masyarakat. Sama ada pendidikanformal atau tidak formal dianggap agen yang dipertanggungjawabkan untuk prosessosialisasi dan pembudayaan ahli-ahli masyarakat khususnya generasi yang akan datang. -4- 5. Perubahan dasar ini tidak pula melangsungkan perubahan seluruh sistem pendidikan iahanya berbentuk pengukuhan atau pemantapan kepada dasar-dasar yang sedia wujud.Elemen yang mempengaruhi unsur dasar pendidikan ialah masyarakat. Masyarakatsebagai penentu kepada sistem pendidikan kerana ia bersangkutan ideologi negara iaitusama ada ideologi demokrasi sosiolis, kapitalis, totalitarian, autorian, marxis, komunisdan Islam. Selain daripada itu yang dilihat dari aspek orientasi sosial ,orientasi ekonomi,orientasi politik, orientasi pembangunan, fahaman agama kepelbagaian kaum, teknologidan pengaruh perkembangan antarabangsa.Oleh demikian pengubalan dasar dan keputusan mengenai urusan pendidikan negara inidilakukan pada peringkat pusat tertinggi iaitu Kementerian Pendidikan melalui SistemJawatankuasa yang dianggotai oleh tujuh buah jawatankuasa. Jawatankuasa ialah Jawatankuasa Perancangan Pendidikan ahli-ahli anggotanya ialah Menteri Pendidikan ( Pengerusi) Timbalan-Timbalan Menteri Pendidikan, Ketua pengarah dan dua oarang timbalannya,Ketua Setiausaha dan dua orang timbalannya, Pengarah Bahagian Perancangan danPenyelididikan ialah Jawatankuasa Kurikulum, Jawatankuasa Bahagian PendidikanTinggi, Jawatankuasa Pembangunan, Jawatankuasa Buku Teks, Jawatankuasa Kewangandan Jawatankuasa Biasiswa dan Latihan.Dasar-dasar baru yang ingin dilaksanakan diumumkan secara langsung oleh MenteriPendidikan atau melalui pekeliling-pekeliling rasmi ke Bahagian-Bahagian, JabatanPendidikan Negeri dan Sekolah-Sekolah.Pengertian DasarDari sudut bahasa dan dalam bidang sains sosial dasar sama ertinya dengan asas, iaituketetapan yang menjadi pegangan dan tongak tindakan dan urusan. Perkataan BahasaInggeris dasar ertinya policy. Dari segi estimologinya, policy berasal dari perkataanGreek iaitu polis yang bermakna ‘city-state. Dalam bahasa Latin bermaksud politiayang merujuk kepada negara. Manakala perkataan policie digunakan dalam MiddleEnglish ia membawa maksud merujuk kepada pengendalian urusan awam ataupentadbiran kerajaan.Tinjauan LitateurPerkara pokok yang dapat dilihat disini ialah pengubalan dasar yang lama dan tidakditerima pakai digantikan yang baru bersesuaian tuntutan masa dan zaman. Oleh itupengubalan dasar ini merupakan satu proses yang begitu kompleks.Proses pengubalan dasar terbahagi kepada enam langkah Fowler ( 1990 ) mengikuturutan ,iaitu pengenalpastian isu ( issue definition ) , penyusunan agenda ( agenda setting) pengubalan dasar ( policy formulation ) , penerimaan dasar ( policy adaption )pelaksanaan ( implementation ) dan penilaian ( evalution ). -5- 6. Model ini merupakan satu model yang wujud dalam kitaran kehidupan kita perluperhatian ahli politik untuk menyelesaikan masalah atau isu yang timbul. Adakalanyakerajaan atau pemimpin politik begitu peka isu yang dicetuskan melalui media-mediatempatan . Sekiranya sesuatu isu dikenalpasti dan diberi perhatian utama oleh kerajaan,sudah tentu ia dimasukkan ke dalam agenda dasar untuk proses pengubalan yangterkandung dasar tersebut dikemukakan dalam parlimen untuk diterima dan diperakukanseterusnya dilaksanakan diperingkat kementerian sehingalah ke peringkat akar-umbi.ObjektifnyaObjektifnya dasar ini dinyatakan dalam pendahuluan kepada Akta Pelajaran 1961 iaitu:" Bahawasanya Dasar Pelajaran seperti yang disytiharkan dalam Ordinan Pelajaran 1957ialah untuk menubuhkan satu sistem pendidikan yang akan dapat memenuhi keperluannegara dan menggalakkan perkembangan kebudayan, sosial, ekonomi dan politiknya."Kenyataan ini secara am sahaja jika dilihat dari sudut objektifnya. Akan tetapi dari aspekperlaksanaannya, Kementerian Pendidikan dengan berasaskan kepada Penyata Razak1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 telah mentafsirkannya sebagai menyatu padukankanak-kanak sekolah berbilang kaum serta menyediakan tenaga kerja. Tenaga kerja inibermaksud tenaga rakyat yang terdapat dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet bagi aspekekonomi.Apabila Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan, objektifnya yang telah dibentukdiperkukuhkan lagi bidang tugasnya. Antara lain tujuannya ialah dibawah DasarPendidikan adalah diharapkan dapat memenuhi keperluan tenaga rakyat negara dalamjangka masa panjang dan jangka masa pendek bermatlamatkan untuk melahirkanmasyarakat bersatu padu,berdisiplin dan terlatih. Sehinggalah membawa pembentukanFalsafah Pendidikan Negara yang diasaskan kepada inspirasi negara dinyatakan dalambentuk penulisan, menekankan kepada usaha melahrkan insan yang berilmu danberakhlak, seimbang dan harmonis, yang boleh mencapai kesejahteraan diri dan dapatmemberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.Usaha ini berterusan ke arah matlamat penting bagi sistem pendidikan negara.Proklamasi Dasar Pendidikan KebangsaanBahawasanya dasar pelajaran seperti yang distiharkan dalam Ordinan Pelajaran 1957ialah untuk menubuhkan satu sistem pelajaran yang akan dapat memenuhi keperluan satusistem pelajaran yang akan dapat memenuhi keperluan negara dan mengalakkanperkembangan kebudayaan, sosial , ekonomi dan politik.“ Bahawasanya adalah difikirkan perlu bahawa setakat yang sejajar dengan itu, denganmengadakan pengajaran yang cekap dan dengan mengelakkan perbelanjaan awam yangtidak berpatutan, perhatian hendaklah diberi kepada prinsip am bahawa murid-muridhendaklah dididik mengikut kemahuan ibubapa mereka. Dan bahawasanya peruntukkanselanjutnya adalah dikehendakki untuk menentukan agar dasar tersebut dilaksanakan -6- 7. secara berkesan, termasuk khususnya, peruntukkan bagi perkembangan yang progressifbagi suatu sistem pelajaran dalam mana Bahasa Kebangsaan adalah menjadi bahasapengantar utama.”Proklamasi dasar Pendidikan Kebangsaan memperlihatkan penekanan kepada satu bentuksistem pendidikan uang mengutamakan Bahasa Kebangsaan sebagai alat komunikasidalam pengajaran dan pembelajaran bagi semua peringkat pendidikan

Soalan 2

Bincangkan bagaimana ciri-ciri yang dinyatakan di atas mempengaruhi perhubungan antara pelajar-pelajar pelbagai kaum dan agama.
1. Menyedari bahawa hubungan etnik tidak hanya dipengaruhi oleh unsur etnik semata-mata tetapi juga dipengaruhi oleh unsur-unsur sosial yang lain. 2. Mengetahui bahawa perspektif kesepaduan sosial melihat masyarakat sebagai sebuah entiti sosial yang memiliki keupayaan untuk membentuk kesejahteraan dalam masyarakat. 3. Memahami konsep akomodasi, akulturasi, amalgamasi dan asimilasi yang membentuk toleransi antara etnik ke arah menghasilkan kesepaduan sosial dalam kehidupan seharian.

Comments

Chat