|
NO |
TAJUK |
BIDANG |
LAPORAN/CATATAN RINGKAS |
|
1. |
Perubatan tradisional |
Kesihatan |
Melayu - Menggunakan tumbuh-tumbuhan semulajadi atau herba. - Merujuk pakar perubatan islam atau Darussyifa’ - Cina - Menggunakan Herba, Perubatan Diagnostik, Rawatan Acupressure India - Ayurveda, Pitta, Kappa, Siddha dan Vata.
|
|
2.
|
Sukan tradisional mengikut kaum |
Sukan & Rekreasi |
Melayu - Batu Seremban - Sepak Raga - Congkak - Galah Panjang - Gasing Cina - Go - Xiang Qi - Yo yo Cina - Mahjong India - Kho-Kho - Chaturanga - Kabadi |
|
3. |
Amalan pantang larang selepas bersalin |
Adat resam |
Melayu - Melenggang perut/kirim perut - Dilarang mencaci atau menceritakan kecacatan, dikhuatiri anak yang bakal lahir juga akan cacat. - Dilarang memukul, mendera atau mencederakan mana-mana haiwan, dikhuatiri anak yang bakal lahir mengalami kecacatan. - Dilarang memaku, memahat, mengail atau menyembelih binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahir bibir terbelah atau mengalami kecacatan.
Cina - Dilarang makan daging arnab. Jika memakan, bayi yang dilahirkan akan mempunyai bibir arnab. - Dilarang makan daging anjing. Jika memakan, bayi yang dilahirkan akan suka menggigit orang, terutamanya semasa menyusui bayi. - Dilarang makan daging ayam jantan, barulah bayi tidak menangis pada tengah malam. - Dilarang makan ketam, barulah bayi tidak asyik mengeluarkan air liur. - Dilarang makan makanan yang bersifat sejuk seperti aiskrim, tembikai. Kemungkinan membawa kepada masalah keguguran bayi. - Dilarang mengambil gunting atau penyepit kuku. Bayi yang dilahirkan akan mengalami kecacatan.Dilarang mengangkat tangan melebihi paras bahu. Ibu tidak mudah mengimbangi diri.
India - Daun sireh perlu dikunyah oleh ibu berpantang setiap kali selepas makan. - Dilarang keluar rumah berseorangan pada waktu malam. - Dilarang tidur pada waktu siang atau tidur berlebihan. - Dilarang melakukan perbuatan-perbuatan buruk seperti mengumpat, membuat fitnah, bergaduh, menyembelih haiwan dan sebagainya. - Dalam tempoh 2 bulan selepas bersalin, si ibu perlu menghindarkan diri daripada melakukan kerja2 yang berat.
|
|
4. |
Upacara kelahiran, perkahwinan, dan kematian |
Agama; budaya; adat resam & kepercayaan |
Melayu - Upacara kelahiran melayu ialah kelahiran Wanita yang mengandungkan anak sulung akan menjalankan upacara melenggang perut oleh seorang bidan .Adat ini juga dipanggil Kirim Perut oleh masyarakat Melayu di bahagian utara Semenanjung Malaysia dan di sesetengah tempat dikenali sebagai Mandi Tian - Upacara perkahwinan ialah meninjau atau menengok.Tujuan adat ini dilakukan bagi memastikan si gadis masih belum berpunya kerana islam melarang meminang tunangan orang. - Upacara Kematian ialah memandikan jenazah, menkafankan jenazah, melakukan solat jenazah dan akhirnya menanam di tanah perkuburan Islam.
Cina - Upacara kelahiran Cina. Wanita-wanita Cina yang baru melahirkan anak terpaksa berpantang selama empat puluh hari hari. Ibu tidak dibenarkan mandi air sejuk kerana dibimbangi masuk angin. Pusat bayi yang baru dilahirkan diikat dan dililit dengan sehelai kain pada perutnya. Ini bertujuan untuk mengelakkan perut bayi dimasuki angin dan untuk mengeringkan tali pusat. - Upacara perkahwinan cina. Hari perkahwinan akan dilangsungkan setelah setahun bertunang atau mengikut tempoh yang dipersetujui oleh kedua belah pihak. Sebelum tiba hari perkahwinan sekiranya terdapat kematian di kalangan ahli keluarga bakal pengantin, perkahwinan itu mesti ditangguhkan pada tahun hadapan ataupun selama seratus hari. Pengantin akan memakai pakaian yang diperbuat daripada kain sutera dan disulam benang emas. Baju pengantin sebaik-baiknya bewarna putih, merah atau kuning. - Upacara kematian pula. Selepas mayat dimandikan,mayat akan disapu dengan minyak wangi dan disolek. Ia bertujuan untuk mengharumkan si mati terutama apabila berada di alam akhirat. Kemudiannya mayat tersebut dipakaikan dengan pakaian yang cantik. Lazimnya pakaian tersebut adalah pakaian yang dipakai ketika hari perkahwinan. Oleh itu adalah menjadi kewajipan masyarakat Cina menyimpan pakaian perkahwinan untuk dipakai sewaktu meninggal dunia. Kemudian mayat akan dimasukkan ke dalam keranda yang diperbuat daripada kayu yang diukir menarik mengikut status si mati.
India - Upacara Kelahiran Bayi. Sebaik sahaja bayi dilahirkan, sami atau sesiapa sahaja yang berpengetahuan tinggi mengenai agama Hindu akan membisikkan Gayatri Mantiram iaitu sejenis mantera Tuhan di telinga bayi sebelum tali pusat dipotong. Bayi yang baru dilahirkan juga akan disapu madu bercampur minyak sapi pada lidahnya. Minyak savvennai yang merupakan campuran minyak bijan, minyak lenga dan mambu juga kadangkala digunakan untuk kecantikan dan supaya bayi tidak diserang sebarang penyakit. - Upacara Perkahwinan. Adat mukuurtta kaal akan diadakan pada hari yang baik mengikut firasat masyarakat India. Untuk menjalankan adat tersebut sebatang pokok yang masih muda dan lurus akan ditebang untuk dijadikan mukurtta kaal. Majlis perkahwinan dimulakan dengan upacara niccayam (ikat janji) dengan memberi hadiah seperti pakaian dan lain-lain. Kad undangan disapu dengan air kunyit dibawa ke kuil dalam jumlah ganjil sebagai tanda rasmi undangan perkahwinan. Upacara Kanggenam iaitu menanam sebatang pokok yang lurus dan disapu dengan serbuk kunyit tiga hari sebelum hari perkahwinan dilangsungkan. Pengantin lelaki tidak dibenarkan keluar selama tiga hari sebelum hari perkahwinan. Upacara perkahwinan dilakukan oleh Pedanda dengan berdoa supaya pengantin hidup bahagia hingga hari tua. - Upacara Kematian ialah kepala mayat dihadapkan ke arah selatan dan sebuah lampu minyak atau kaamaatci amman vilakku dipasang dinyalakan. Kemudian sebiji kelapa terbelah dua dan sirih pinang diletakkan berhampiran si mati. Kemenyan dan kapur barus diasap sebagai simbol ketenangan jiwa si mati. Serbuk suci atau tiruniiru disapu pada dahi si mati sebelum disembahyang.mayat akan dibalut dengan menggunakan kain dan kunyit disapu pada mata untuk membunuh kuman dan seterusnya duit syiling diletakkan di atas dahi. Lalu mayat akan dibakar. Terdapat beberapa upacara iaitu menanggalkan thaali, vaaikkarisi, dan kollic catti. |
|
5. |
Makanan/Minuman tradisional |
Makanan; budaya |
Melayu - Nasi Lemak - Rendang - Ketupat - Lemang - Otak-otak Cina - Kuih bulan - Zong zi - Kuih Bakul India - Muruku - Tosai - Roti Canai
|
|
6. |
Perjuangan kemerdekaan |
Politik |
Melayu - Tunku Abdul rahman Cina - Tun Sir Henry H.S Lee India - Tun V.T Sambanthan
|
|
7.
|
Pemodenan dan pembangunan negara |
Politik; sosioekonomi |
Tun Dr.Mahathir: - Antara sumbangan beliau adalah Dasar Pandang ke Timur, Penswastaan dan Dasar Perindustrian Negara. - Oleh itu, beliau kini dikenali sebagai ‘Bapa Pemodenan’, kerana terdapat pelbagai pembangunan yang telah maju dan menjadikan negara Malaysia dipandang oleh negara luar seperti pembinaan Litar Formula 1, kemajuan pembangunan di Putrajaya dan Cyberjaya, Pelancaran Dasar Perindustrian Negara yang mana menyaksikan kewujudan Industri Automobil Negara (Proton dan Modenas), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Transit Aliran Ringan (LRT).
|