Soalan 1
Kenalpasti ciri-ciri utama sistem pendidikan di Malaysia berdasarkan sejarah perkembangannya dari zaman sebelum merdeka hingga kini.- Majlis Operasi Kebangsaan- kehidupan kampus pelajar UM. Laporan Majid 1971 dikemukakan. - Laporan Murad 1973 – kandungan keciciran pelajar - Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran atau Laporan Kabinet 1979. - Laporan Kabinet mencadangkan-KBSR terlaksana 1983 dan KBSM pada 1989. Perkembangan Pendidikan dari Tahun 1970 hingga 1990 Tahun-tahun diantara 1970 hingga 1990 merupakan era penyusunan semula sistem pendidikan di Malaysia. Usaha dan tumpuan yang lebih bagi pihak kerajaan reformasi menyeluruh dalam sistem pendidikan. Ini bertujuan bagi mencapai matlamat membina sebuah masyarakat yang bersatu padu yang mempunyai identiti sendiri. Oleh itu dasar-dasar pendidikan yang mendokong semangat kebangsaan. Penyusunan organisasi pendidikan yang selaras meliputi peringkat sekolah pada peringkat Sek.Men dan Sek.Ren sama ada di Semenanjung, Sabah dan Sarawak supaya mengikuti dasar kerajaan. Struktur kurikulum untuk sekolah, pendidikan guru dan pendidikan tinggi supaya wujud kesinambuangan dan kerelevanan peringkat-peringkat pendidikan. Seterusnya ia dapat memperbaiki keadaan demokrasi dan ekuti dalam pendidikan agar wujud kesamarataan penyertaan untuk etnik dan geografi. - 5- Rumusan Pendidikan dalam zaman sebelum pemerintahan Inggeris ia bercorak non-formal. Kedatangan penjajah pula telah banyak menimbulkan masalah dan mempengaruhi perkembangan sistem pendidikan. Pendidikan agama telah berubah corak dengan penubuhan Sekolah Agama Islam yang moden dikenali dengan nama ‘Madrasah’. Laporan L.J.Barnes ( 1951 ) merupakan komponen yang penuh kontroversi. Ia memperlihatkan kepentingan sesuatu etnik sahaja. Laporan Razak ( 1956 ) dan Laporan Rahman Talib ( 1960 ) telah menjadi asas penggubalan Dasar Pendidikan Kebangsaan Dasar –dasar yang penting dikemukakan oleh Laporan tersebut dimaktub ke dalam Akta Pelajaran 1961. Sehingga tahun-tahun selepas kemerdekaan hingga 1970 dianggap penyusunan semula sistem pendidikan bukan sahaja di Semenanjung juga di Sabah di Sarawak. Tahun tujuh puluhan hingga sembilan puluhan bolehlah dianggap sebagai era pembangunan dan pengukuhan sistem pendidikan serta memperolehi pendidikan berkualiti.
Soalan 2
Bincangkan bagaimana ciri-ciri yang dinyatakan di atas mempengaruhi perhubungan antara pelajar-pelajar pelbagai kaum dan agama.pada 13 Mei 1969 telah membuka mata banyak pihak tentang pentingnya usaha-usaha yang lebih serius diberikan tumpuan dalam menguruskan perbezaan serta sensitiviti yang terdapat dalam sesebuah masyarakat majmuk seperti Malaysia. Berikutan peristiwa tersebut, Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) telah ditubuhkan. Pada 1 Julai 1969 Jabatan Perpaduan Negara dibawah perintah MAGERAN telah diwujudkan bagi menangani isu-isu berhubung pembinaan semula perpaduan masyarakat di negara kita. Penerimaan budaya orang lain samada dari segi pakaian, makanan atau tempat tinggal di taman-taman perumahan yang sama. Keadaan ini akan menggalakkan lagi hubungan etnik dalam kalangan rakyat melalui aktiviti setempat. Memperkasakan sekolah Wawasan. Sistem pendidikan pelbagai aliran menyebabkan ramai ibubapa menghantar anak-anak ke sekolah mengikut kaum masing-masing. Usaha untuk memupuk perpaduan hendaklah dimulai dari awal dengan membabitkan murid sekolah rendah dalam acuan yang sama. Maka usaha-usaha perlu diambil untuk memperkasakan sekolah kebangsaan dalam sistem pendidikan negara bagi meletakkan landasan yang lebih kukuh ke arah menyatu padukan rakyat berbilang kaum dinegara ini. Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Ia mula dilaksanakan pada tahun 2004 dan merupakan kursus latihan wajib selama tiga bulan secara berkhemah dan berasrama bagi remaja lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). PKLN dilaksanakan berteraskan Rukun Negara. Ia bertujuan untuk meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda, memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional. 2. Peranan Ngo Pertubuhan-pertubuhan yang diasaskan oleh golongan etnik sama ada pada peringkat negara atau persatuan seperti Pertubuhan Belia Malaysia, Dewan Peniagaan dan Perusahaan Malaysia, Pergerakan Belia 4B, Persatuan Belia Tamil, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia dan sebagainya perlulah dianggotai oleh pelbagai kaum untuk mempercepatkan lagi proses perpaduan antara kaum. 3. Peranan Masyarakat Skim Rukun Tetangga telah diperkenalkan pada tahun 1975 berikutan dengan kuat kuasanya Peraturan-Peraturan Perlu ( Rukun Tetangga 1975 ). Pada peringkat awal tujuan rukun tetangga adalah untuk mengawal keselamatan di kawasan kediaman masing-masing. Mulai 1 Januari 1983 kerajaan telah memperkenalkan satu pembaharuan dengan memberi penekanan pada konsep kejiranan yang bertujuan untuk memupuk serta mengukuhkan lagi semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat setempat. Pada tahun 2000, pendekatan Rukun Tetangga telah dipinda sekali lagi dengan memberi mandat yang lebih luas iaitu pembangunan masyarakat secara meluruh ke arah mewujudkan perpaduan nasional. Rumah terbuka akan diadakan oleh setiap rakyat Malaysia apabila tiba musim perayaan. Setiap golongan etnik di Malaysia akan sering kunjung mengunjungi ke rumah jiran tetangga walaupun berlainan etnik. Sebagai contoh, semasa perayaan Hari Raya Aidilfitri, etnik Cina, India, Kadazan, Iban dan pelbagai lagi akan mengunjungi ke rumah orang Melayu dan begitulah sebaliknya bagi etnik lain. Etnik Cina misalnya akan berusaha menyediakan makanan yang halal kepada etnik Melayu apabila menjemput etnik Melayu datang ke rumah sewaktu Tahun Baru Cina. Hal ini menunjukan etnik Cina begitu mengambil berat dan memahami budaya etnik Melayu. Begitu juga dengan etnik Melayu tidak akan menyajikan daging lembu kepada etnik India apabila mereka datang ke rumah semasa Hari Raya Aidilfitri. Pertimbangan ini memperlihatkan keharmonian hubungan etnik sentiasa terjalin kukuh dalam kalangan rakyat dan memahami dan menghormati budaya masing-masing 4 Peranan Guru Dalam Menangani Masalah Perpaduan Banyak sekolah di negara ini mempunyai pelajar berbilang kaum, yang menjadi tempat mulanya perkenalan kanak-kanak dan remaja dengan rakan-rakan dan remaja pelbagai kaum. Awalnya disekolah jugalah mereka belajar dan mula tahu mengenai adat resam, budaya dan agama rakan-rakan daripada kaum lain. Namun persahabatan terjalin mesra dalam pergaulan mereka tanpa berasa harus ada pengasingan atau peminggiran atas dasar kelainan itu. Pengalaman berkawan dengan rakan daripada kaum lain di alam persekolahan ini membina perspektif unit dalam diri kanak-kanak dan remaja sehinggalah dewasa apabila mereka mudah menerima serta mesra dalam pergaulan dengan rakan-rakan dari kaum yang lain. Sekolah merupakan satu pusat integrasi antara pelajar pelbagai kaum. Ia bukan sahaja tempat untuk menimba ilmu malah ia juga menjadi alat memupuk perpaduan di kalangan pelajar. Untuk itu, pihak sekolah perlu mengambil pelbagai langkah agar perpaduan serta integrasi dapat dipupuk sejak dari bangku sekolah kepada pemimpin masa hadapan. Antara langkah-langkah yang boleh diambil ialah Aktiviti kurikulum yang seragam Kurikulum yang dibina bukan sahaja bertujuan untuk memberikan ilmu pengetahuan dan maklumat berbentuk akademik sahaja, bahkan memupuk semangat perpaduan. Kurikulum ini berorientasiakan suasana Malaysia dan dilaksanakan melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) mulai tahun 1983. Mata pelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah serta Pendidikan Moral yang diperkenalkan dapat mengukuhkan pegangan agama, menanam sifat-sifat mulia seperti tolong-menolong, bekerjasama dan berfikiran optimis serta membentuk tingkah laku yang bersopan santun dan saling menghormati sesama manusia. Mahukah rakyat negara kita bersikap seperti kacang hantu? Yang hanya menambahkan lagi masalah di negara kita secara tidak langsung mencemarkan nama baik negara. Janganlah kita semua memandang enteng terhadap peranan pendidikan dalam mewujudkan semangat perpaduan kerana pendidikan merupakan benteng utama insan daripada ditipu oleh musuh-musuh negara yang berhajat untuk menghancurkan perpaduan kaum di negara kita. Mahukah perkara ini berlaku kepada kita dan generasi akan datang? Fikirkanlah, sesungguhnya melalui pendidikan sahaja yang dapat menjamin keutuhan perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Hanya sistem pendidikan memainkan peranan penting dalam pemupukan semangat perpaduan agar negara terpelihara daripada tipu helah pihak musuh. Perpaduan di peringkat sekolah dapat dicapai melalui mengadakan kurikulum yang seragam untuk semua sekolah. Kurikulum boleh dikatakan sebagai bidang pelajaran di sekolah. Menurut Mok Soon Sang, kurikulum merangkumi pengalaman kehidupan nyata dan tidak nyata yang diplih, diorganisasi dan disusun oleh sarjana pendidikan dan pakar kurikulum dengan secara teliti dan profesional, demi menjadikan pelbagai jenis aktiviti pembelajaran nyata dan tidak nyata seperti yang dijalankan dalam dan luar bilik darjah, untuk semua peringkat persekolahan. Aktiviti kokurikulum. Menurut http://suhaizlah.wordpress.com/2011/06/14/ antara-langkah-langkah ke--menwujudkan-perpaduan-di-kalangan-pelajar/ Kokurikulum merupakan satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja yang terancang. Kepentingan pelaksanaan aktiviti ini setara dengan kepentingan pelaksanaan aktiviti di dalam bilik darjah kerana peranannya juga turut menjadi penyumbang dan pelengkap kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di sekolah keseluruhannya. Aktiviti-aktiviti kokurikulum membantu pelajar untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang telah dipelajari di dalam bilik darjah. Peranan utama kokurikulum ialah untuk memupuk dan mengeratkan hubungan di kalangan pelajar dan juga antara sekolah dengan masyarakat. Dengan ini perpaduan mula berpucuk di kalangan pelajar dan secara langsung menuju ke arah integrasi nasional.