Soalan 1
Kenalpasti ciri-ciri utama sistem pendidikan di Malaysia berdasarkan sejarah perkembangannya dari zaman sebelum merdeka hingga kini.Sebelum kedatangan kuasa penjajah pendidikan di Tanah Melayu berbentuk bukan formal dan tidak memberatkan perkembangan kongnitif pe1ajar-pelajar. Corak pendidikan yang ada pada ketika itu berjalan seperti biasa dengan pengajaran al-quran, tingkah laku, dan akhlak yang baik, pengetahuan kerohanian dan seni mempertahankan diri. Ini termasuklah pelajaran awal dalam bidang kraftangan serta perintis dalam bidang pertanian, perikanan dan perburuan. Pada peringkat lebih teratur terdapat satu sistem pendidikan agama yang disebut 'sekolah pondok ' yang ditubuhkan dan dikendalikan oleh ulama-ulama Islam yang terkenal. Pelajar-pelajar menuntut di madrasah agama dan tinggal di pondok yang di bina di sekelilingnya. Peringkat kedua dalam perkembangan sistem pendidikan di Tanah melayu berlaku semasa zaman penjajahan Inggeris ( 1824-1957 ). Pada peringkat ini pendidikan di Tanah melayu telah dikelola, dikendalikan, dikawal dan diletakkan di bawah kuasa penjajah Inggeris tanpa mempunyai satu falsafah yang konkrit atau Dasar pendidikan Kebangsaan. Pentadbiran pendidikan di Tanah melayu semasa ini adalah mengikut dasar penjajah iaitu "pecah dan perintah " serta dasar terbuka dan tiada campurtangan tentang pendidikan vernacular. Pendidikan Melayu Pendidikan Melayu yang awal menekankan pengajaran Quran dan pengetahuan asas membaca, menulis dan mengira(3M). Pendidikan Melayu diadakan hanya diperingkat rendah sahaja. Anak-anak Melayu yang bercita-cita tinggi dan ingin melanjutkan pelajaran terpaksa memasuki sekolah menengah Inggeris di bandar. Tujuan utama sekolah-sekolah Melayu diasaskan pada abad ke 19 dan awal abad ke 20 ialah untuk membolehkan anak-anak Melayu terus kekal di desa, mewarisi kemiskinan keluarga. Oleh itu pendidikan yang berbentuk sekular dalam bahasa melayu dihadkan kepada empat tahun sahaja dengan skop dan kokurikulum yang terhad. Pendidikan Melayu tidak dapat mengubah cara hidup orang Melayu atau menyumbangkan kepada mobiliti menegak di kalangan masyarakat melayu. Pada awal abad ke 20), bagi menampung permintaan yang bertambah terhadap Pendidikan menengah, Maktab Melayu Kuala Kangsar diasaskan mengikut model English Grammar School pada tahun 1905. Akan tetapi, sekolah ini adalah khas untuk golongan bangsawan sahaja. Latihan guru-guru melayu dimulakan pada tahun 1984 di Teluk Belanga, Singapura. Pada tahun 1922, bagi memenuhi permintaan yang bertambah terhadap guru-guru sekolah melayu yang berkelayakan, Maktab Perguruan Sultan Idris telah ditubuhkan. Kemudian penubuhan terhadap Maktab Perguruan Perempuan Melayu di Melaka pad a tahun 1935. Jelaslah di sini ,dasar pentadbiran Inggeris ialah untuk menjaga kepentingan mereka sendiri. Orang-orang Melayu tidak digalakkan ke Bandar, cuba memisahkan orang melayu daripada kemajuan perbandaran dan perindustrian. Pendidikan Arab Dan Agama Satu lagi jurusan persekolahan untuk menampung persekolahan anak-anak melayu ialah sekolah Arab dan Agama. Sekolah ini dikendalikan secara tidak formal dan kurikulumnya menekankan pengajaran Quran serta pendidikan moral dan kerohanian. Selepas perang Dunia Pertama, sekolah-sekolah Arab dan Agama telah muncul di merata-rata tempat di semenanjung Tanah Melayu terutama di negeri Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang. Pendidikan Cina Dasar terbuka dan tidak campurtangan Inggeris dalam hal ehwal sosial kaum pendatang menyebabkan wujudnya sekolah-sekolah cina dan tamil. Sekolah-sekolah ini dikendalikan oleh masyarakat masing-masing tanpa bantuan daripada lnggeris hinggalah tahun 1920-an se1aras dengan tradisi mengutamakan pelajaran dan mengekalkan kebudayaan serta identiti bangsa masyarakat Cina mula bergiat menubuhkan sekolah Cina sejak awal abad ke 19. Keadaan ini serupa di Sabah dan Serawak. Dasar tidak campur tangan lnggeris dalam pendidikan vernakular menyebabkan perkembangan politik dan ekonomi negeri Cina mempengaruhi sistem pendidikan masyarakat Cina di Semenanjung Tanah Melayu, Sabah Dan Sarawak. Kurikulumnya berorientasikan negeri Cina, dan buku-buku teks serta guru-guru juga dibawa masuk dari sana. Isi kurikulumnya menegaskan pengetahuan dalam bidanrg 3M iaitu membaca, mengira dan menulis serta lukisan, Bahasa Inggeris, Ilmu Alam, Sejarah, Kraftangan dan pengetahuan am. Pada tahun 1920-an pengaruh kuat sekolah Cina telah menyedarkan Kerajaan Inggeris tentang bahaya pertumbuhan sekolah Cina tanpa kawalan. Oleh itu pentadbiran lnggeris mula memperkenalkan satu undang- undang pada tahun 1920 iaitu Enakmen Pendaftaran Sekolah diwujudkan. Tujuannya untuk mengelakkan sekolah ini daripada terasing serta mengawal aktiviti sekolah ini. Bermula tahun 1924, sebahagian sekolah-sekolah cina ini menerima bantuan kewangan daripada kerajaan. Pada amnya, guru-ruru di sekolah ini tidak ada latihan formal sehinggalah selepas perang Dunia Kedua apabila program latihan kelas formal telah diadakan. Dasar pentadbiran Inggeris ini secara langsung atau tidak langsung mewujudkan jurang pendidikan di antara anak-anak Melayu dan Cina. Pendidikan Tamil Sekolah-sekolah Tamil didirikan di lading-ladang getah yang sebahagian besar kaum keturunan India ditempatkan, seperti sekolah- sekolah Cina, sekolah Tamil juga didirikan dan dikelolakan oleh masyarakat India sendiri. Pihak Kerajaan atau majikan ladang getah tidak memberi bantuan sama ada dari segi fizikal, kewangan dan pedagogi. Oleh itu sekolah - sekolah Tamil yang didirikan di ladang - ladang getah menghadapi beberapa kekurangan dari segi isi kandungan kurikulum, tenaga pengajar dan pedagogi. Sekolah ini adalah tidak berfungsi dan bersifat cul- de- suc iaitu sebahagian besar pelajarnya akan kekal di ladang getah menjadi buruh kasar. Pada tahun 1923, negeri-negeri Melayu Bersekutu telah meluluskan satu rang undang-undang. Satu peruntukan telah dimasukkan ke dalam ordinan ini iaitu majikan ladang getah diwajibkan membina sekolah bagi anak-anak pekerja mereka. Mubaligh kristian juga banyak memberi sumbangan kepada perkembangan pendidikan Tamil. Kurikulum di sekolah-sekolah Tamil ini disesuaikan mengikut negeri India, begitu juga kebanyakan guru serta buku -buku teks telah dibawa masuk dari India. Kurikulumnya nya menegaskan pengetahuan dalam kemahiran asas 3 M membaca, mengira,dan menulis karangan,ilmu alam dan kebersihan diri (personal hygiene)sebelum perang dunia kedua, program latihan guru kelas normal, selama 3 tahun telah dimulakan untuk guru-guru sekolah Tamil. Pendidikan di sekolah Tamil juga terhad di peringkat rendah sahaja.. Dasar pemerintahan Inggeris terhadap perkembangan pembangunan sekolah Tamil terus menambahkan lagi jurang pendidikan di antara tiga kaum utama di negara kita iaitu Melayu, Cina,dan India. Pendidikan Madrasah Sistem Pendidikan Madrasah mulai diperkenalkan bagi menyaingi sekolah-sekolah sekular. Kewujudannya mengekalkan ‘keislaman’ orang-orang Melayu terutamanya pada waktu orang Melayu menyerah dari segala segi kepada pemerintahan Inggeris[1]. Kebanyakkan golongan yang mengasaskan Madrasah terdiri daripada Kaum Muda yang mendapat pendidikan di Mesir. Kalau diperhatikan terdapat perbezaan yang nyata sistem pendidikan Madarasah dengan sistem pendidikan pondok terutama dari segi sistem pembelajaran yang teratur. Di Madrasah, cara pengajaran lebih berbentuk sekular yang tidak lagi menggunakan kaedah halaga dan pelajaran tadahan. Antara ciri-ciri sistem pendidikan di madrasah mempunyai kemudahan seperti pembahagian kelas, kewujudan jadual waktu dan pelajaran akademik. Sebagaimana dijelaskan oleh kenyataan di bawah ; .....madrasah mempunyai kurikulum yang tertentu serta struktur yang hampir menyerupai sekolah sekular. Namun, bahasa Arab kekal sebagai bahasa pengantar tetapi segala peluang diberikan bagi pelajar-pelajar mempelajari bahasa Inggeris dan juga subjek-subjek ‘moden’ seperti sains dan matematik.[2] Kaum Muda memainkan peranan penting mengembangkan sistem pendidikan madrasah. Mereka merupakan golongan konservatif yang mahu mengekalkan amalan tradisi orang Melayu dalam bidang agama[3]. Antaranya tokoh-tokoh yang berpendidikan Arab seperti Syed Sheikh al-Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin merupakan tokoh-tokoh berpengaruh dalam Kaum Muda. Madrasah al-Iqbal merupakan madrasah pertama didirikan di Singapura pada tahun 1907. Pada tahun 1917, Syed Sheikh al-Hadi menubuhkan Madrasah Al-Hadi di Melaka dan pada tahun 1919, beliau berpindah ke Pulau Pinang menubuhkan Madrasah al-Masyhor dengan kerjasama beberapa orang Arab[4]. Peranan Kaum Muda dalam majalah Al-Imam ada menerangkan betapa pentingnya pendidikan Islam dalam masyarakat Melayu terutama dalam pendidikan madrasah, iaitu mengusulkan suatu pembaharuan pada Sistem Pendidikan Islam. Menurutnya Sistem Pelajaran Islam haruslah didasarkan pengajaran rukun dan hukum yang benar dan dengan dasar ini mata-mata pelajaran bahasa, Arab, Bahasa Inggeris dan lain-lain yang bersangkutan dengan pelajaran moden hendaklah diajarkan[5] Di Kelantan, Pendidikan madrasah didokong oleh pendidikan bersifatkan keislaman dan tidak menghalangi mempelajari ilmu-ilmu moden dari Barat, kerana menganggap keseluruhan ilmu-ilmu itu berasal dari orang-orang Islam. Ini bermakna, peningkatan pemikiran orang-orang Melayu terhadap pendidikan agama dan duniawi diselaraskan dalam pendidikan madrasah mula diterima, pada hal, awal sistem pendidikan agama iaitu pendidikan pondok mula mencurigai pendidikan moden diterima pakai dalam pendidikan Melayu. Penubuhan Madrasah Muhammadiah pada tahun 1917 merupakan sokongan kepada pendidikan madrasah di Kelantan. Madrasah Muhammadiah melancarkan progaram pendidikan oleh Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang ditubuhkan pada tahun 1915, dengan pengajaran tiga bahasa iaitu Melayu, Arab dan Inggeris[6]. Pembaharuan sebenar dalam pendidikan Madrasah telah berkembang apabila pemikiran Za’ba[7] diketengahkan oleh pemerintahan British. Saranan beliau supaya setiap negeri-negeri di Malaya perlu menubuhkan madrasah dalam pendidikan mereka. Kepentingan ini dilihat, sifat madrasah ini bersifat maju dan moden dari kurikulum dan pentadbiran berbanding dengan sistem pondok. Inilah di antara faktor-faktor yang mendorong Za’ba mengalu-alukan penubuhan Madrasah Muhammadiah di Kelantan[8]. Perkembangan pendidikan Melayu dalam agama diperluaskan melalui madrasah yang memiliki kesempurnaan ilmu-ilmu agama dan dunia ketika itu. Dalam kerangka tersebut, keseimbangan kedua-dua ilmu dapat dipelajari oleh orang-orang Melayu selain pendidikan aliran Inggeris dan kolej-kolej dikelola oleh British. Perkembangan pendidikan madarsah di negeri-negeri Melayu merupakan hasil usaha Kaum Muda dalam memperjuangkan konsep bangsa Melayu dalam pendidikan. Kerangka tersebut merupakan pembaharuan dan kemajuan dalam pendidikan Melayu, terutamanya pelajaran orang-orang Melayu dapat dipertingkatkan serta dapat meneruskan ke peringkat yang tinggi, ini dapat memenuhi hasrat perjuangan Za’ba dalam memertabatkan orang-orang Melayu dalam pendidikan, sebagaimana yang dinyatakan oleh Adnan Hj. Nawang : .....Perkembangan tersebut menggembirakan Za’ba. Apabila terdapat pembaharuan dan kemajuan dalam pendidikan Melayu, khususnya dari segi cukup pelajaran dalamnya, Za’ba yakin akan terbukalah sedikit peluang untuk membolehkan anak Melayu melanjutkan pendidikan mereka ke peringkat yang lebih tinggi kemudiannya..[9] Pada hakikat itu, orang-orang Melayu sistem pendidikan Islam terjamin serta pendidikan dikembangkan lebih peringkat tinggi sebagaimana perjuangan Za’ba mahu anak-anak muda Melayu maju dalam pendidikan. Penubuhan madrasah ini, bukan hasil keseluruhan usaha Kaum Muda, malahan peranan kerajaan-kerajaan negeri menganggap kepentingan pendidikan Islam harus di ubah mengikut aliran zaman, pembaharuan dari sistem pendidikan lama bercorak pondok ke sistem pendidikan bari bercorak madrasah. Pendidikan Inggeris Pendidikan Inggeris mula diperkenalkan di tanah Melayu apabila penang Free School ditubuhkan pada tahun 1816 . Pada pertengahan abad ke 19, mubaligh kristian membantu menubuhkan beberapa buah sekolah Inggeris. Kebanyakan sekolah ini ditubuhkan di kawasan - kawasan bandar dengan bantuan kerajaan Inggeris. Kurikulumnya bercorak Kurikulum ber grammar School of Great Britain dengan tujuan mengeluarkan pegawai - pegawai tadbir rendah bagi memenuhi keperluan kuasa, metropolitan British. Pendidikan di sekolah-sekolah Inggeris diadakan pada peringkat rendah dan menengah. Bagi memenuhi keperluan guru pelatih, program latihan guru kelas normal dimulakan di Kuala Lumpur pada tahun 1905 dan di Pulau Pinang pada tahun I907. Kursus-kursus pendidikan peringkat diploma kemudiannya ditawarkan di Raffles College, Singapura. Manakala pembelajaran tinggi bermula dengan penubuhan Medical School di Singapura pada tahun 1905, dan pada tahun 1912, namanya telah ditukar menjadi King Edward VII Medical College. Raffles College yang ditubuhkan pada tahun 1928, menawarkan kursus-kursus dalam bidang Sastera dan Sains.
Soalan 2
Bincangkan bagaimana ciri-ciri yang dinyatakan di atas mempengaruhi perhubungan antara pelajar-pelajar pelbagai kaum dan agama.aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaarrrrtyttiyiihu7y7777777777777777bbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkllllllllllllllllllllllllllllllllddddddddddddddddddddddddddhhhhhhhhhhhhhhhhhh