Soalan 1
Kenalpasti ciri-ciri utama sistem pendidikan di Malaysia berdasarkan sejarah perkembangannya dari zaman sebelum merdeka hingga kini.Sistem Pendidikan Sebelum Kedatangan British (sebelum 1824) Pada zaman ini pada umumnya merupakan pendidikan yang tidak menekankan soal formal. Penekanan hanyalah kepada pengajaran kitab suci Al-Quran, tingkah laku dan akhlakyang baik, pengetahuan dan juga sifat kerohanian. Terdapat juga sebilangan pelajar yang mempelajari pendidikan agama di sekolah-sekolah pondok yang ditubuhkan oleh para ulama Islam yang terkenal pada zaman tersebut.Sekolah-sekolah jenis ini masih boleh dilihat sekarang di negeri-negeri seperti Kelantan,Terengganu dan Kedah. Pada amnya pendidikan tradisi ini mempunyai kurikulum yang terlalu sempit keranapelajaran adalah terhad kepada teks Al-Quran sahaja. Namun, kelebihan yang boleh diperolehidaripada aspek pengajaran sebegini ialah ia telah berjaya mewujudkan ramai tokoh agamayang bukan sahaja terkenal dalam bidang agama, tetapi juga mempunyai tahap etika yangamat tinggi.SISTEM DAN STRUKTUR PENDIDIKAN SEMASA PENJAJAHAN BRITISH (1786-1956) TEMPOH PERTAMA (1784-1941) Perkembangan Sekolah Vernakular Melayu (1786-1941)Pada zaman ini, kerajaan British telah mula mengambil perhatian terhadap pendidikan dinegeri-negeri Selat. Blundell (Gabenor negeri Selat) telah mencadangkan supaya ditubuhkansekolah-sekolah Vernakular Melayu di negeri-negeri Selat dengan bantuan kerajaan British.Pada tahun 1856, Blundell dengan bantuan kewangan daripada DYMM Temenggung Johor telah menubuhkan dua buah sekolah Vernakular Melayu di Singapura. Selepas itu, pada tahun1858 hingga 1863, kerajaan British telah menubuhkan beberapa buah sekolah Melayu di PulauPinang dan Melaka. Mata pelajaran-mata pelajaran yang biasa diaplikasikan di sekolah-sekolah Vernakularialah Bacaan, Mengarang, Ejaan, Menulis, Ilmu Hisab, Latihan Jasmani dan Ilmu Alam.Gerakan bimbingan juga mula dikembangkan di Tanah Melayu ketika ini. Pejabat PelajaranNegeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Tanah Melayu Bersekutu mengeluarkan “A Guide ToCareers In Malaya For Parents, Teachers and Pupils”. Buku tersebut mengandungi analisissenarai kerja yang terdapat di dalam perkhidmatan kerajaan. Pada awal kurun ke-20, mata pelajaran Perkebunan dan Anyaman telah ditambah kedalam kurikulum sekolah. Murid-murid akan memasuki Darjah I hingga Darjah IV. Selepas itu,hanya sebilangan kecil pelajar sahaja yang berpeluang melanjutkan pelajaran ke Special Malay Class, di mana mereka dapat meneruskan persekolahan di sekolah Inggeris kelak. Perkembangan Sekolah Vernakular CinaSekolah Vernakular Cina yang pertama telah didirikan oleh Persatuan Mubaligh London dinegeri Melaka pada tahun 1815, dan kemudiannya di Singapura pada tahun 1819. Pada tahun1900, dua orang menteri dan pendidik dari negeri China, Kang You Wei dan Liang Qi Chautelah mendirikan sekolah Vernakular Cina dan menggabungkan pengajaran Confucious dengan pengajaran sains Barat. Kurikulum yang diperkenalkan adalah berorientasikan kepada negaraChina. Sesetengah sekolah dijadikan pusat untuk menyebarkan sentimen anti British.Pentadbiran Inggeris kemudiannya telah mengawal segala aktiviti sekolah dan kurikulumnya menjadi bertambah baik.Perkembangan Sekolah Vernakular Tamil Perkembangan sekolah Vernakular Tamil bermula semasa perkembangan ladang getah, kelapasawit, kopi dan gula di Tanah Melayu. Terdapat ramai buruh dari negara India telah diambiluntuk bekerja di estet-estet. Pendidikan dalam bahasa Tamil diberi di salah sebuah sekolahcawangan Singapore Free School mulai tahun 1834. Kumpulan-kumpulan mubaligh Kristianbanyak memberi sumbangan kepada perkembangan pendidikan formal dalam bahasa Tamilpada peringkat awalnya. Sehingga tahun 1938, terdapat 13 buah sekolah Tamil kerajaan, 511buah sekolah estet, 23 buah sekolah mubaligh dan 60 buah sekolah Tamil swasta di seluruh Semenanjung Tanah Melayu. Sepertimana sekolah Vernakular Melayu, sekolah-sekolahVernakular Tamil terhad pada peringkat rendah sahaja dan seperti sekolah-sekolah Cina,kurikulum sekolah-sekolah Tamil berorientasikan negara asal mereka, India. Buku-buku dan tenaga pengajar dibawa dari Sri Lanka dan India.Perkembangan Sekolah Inggeris.Pada peringkat awal, kebanyakan sekolah Inggeris didirikan daripada hasil usaha kaummubaligh Kristian. Pada tahun 1816, Penang Free School telah ditubuhkan dan mempunyaibeberapa matlamat seperti berikut:1. untuk semua bangsa;2. mendidik supaya berdisiplin, berkelakuan baik dan rajin;3. ibu bapa yang berkemampuan dikehendaki membayar yuran sekolah dengan kadar berpatutan;4. murid akan belajar membaca dan menulis Bahasa Inggeris dan mempelajari Ilmu Kira-kira; 5. murid Melayu akan diajar Bahasa Melayu;6. rancangan yang sama diadakan juga untuk bangsa lain;7. murid akan diajar tentang pekerjaan seperti pertukangan menjahit dan lain-lain;8. diajar supaya menghormati ibu bapa dan agama Kristian. Pada tahun 1826, Melaka Free Schol ditubuhkan serta disusuli dengan penubuhanVictoria Insitute pada tahun 1893, Sekolah King Edward VII di Taiping pada tahun 1906. Padaawal kurun ke-20, semua Free School telah diambil alih oleh kerajaan. Pada tahun 1905 pula,sebuah sekolah Melayu iaitu Malay College Kuala Kangsar ditubuhkan khas untuk anak-anakMelayu peringkat atasan.TEMPOH KEDUA (1946-1957)Sistem dan Struktur Pendidikan Sebelum Merdeka Pihak Jepun telah menakluki Tanah Melayu pada tahun 1941 sehingga tahun 1945.Pada zaman ini, kebanyakan sekolah diajar dalam bahasa Jepun.Selepas kekalahan pihak Jepun ke atas pihak Inggeris, kurikulum asal telah diaplikasikan semula. Walau bagaimanapun, beberapa laporan cadangan terhadap kurikulum baru telahdigubal. Laporan-laporan yang dimaksudkan ialah Laporan Barnes 1951, Laporan Fenn-Wu1951, Ordinan Pelajaran, Dasar Pelajaran Kebangsaan dan Laporan Razak 1956. Di antara cadangan yang telah dikemukakan ialah menuntut kerajaan supayamenyediakan kemudahan-kemudahan pelajaran dan pembelajaran serta menyediakan guru-guru terlatih di sekolah-sekolah. Guru-guru ini merangkumi mereka yang mempunyai rekod penilaian yang baik serta mempunyai etika pengajaran yang boleh dicontohi oleh para pelajar.Sistem Pendidikan Awal Kemerdekaan (1957-1969) Sistem pendidikan pada zaman ini masih berorientasikan sistem yang telah tercatat didalam Laporan Razak. Pada tahun 1959, cawangan Universiti Malaya telah ditubuhkan di KualaLumpur. Kursus-kursus yang ditawarkan ialah Kejuruteraan, Sastera dan Sains. Pada tahun inijuga Laporan Rahman Talib diwujudkan iaitu pada tahun 1960.Sistem Pendidikan Kebangsaan selepas 1969 Dalam jangka waktu ini, ideologi negara bagi sistem pendidikan adalah Rukun Negara dan tumpuannya adalah sejajar dengan pembangunan negara. Aspek yang sangat penting dalam pendidikan iaitu berkaitan dengan etika turut ditekankan dalam Rukun Negara, iaitu„Kesopanan dan Kesusilaan‟. Aspek ini sering diaplikasikan dalam banyak mata pelajaran yangdiajar di sekolah-sekolah bagi mewujudkan para pelajar yang tinggi moral dan etika mereka.Perkembangan Sistem Pendidikan Kebangsaan Selepas 1979 Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran ditubuhkan pada bulanSeptember 1974 untuk mengkaji pelaksanaan sistem pelajaran kebangsaan bagi: “Mengkaji semula matlamat dan berkesannya sistem pelajaran sekarang, termasuk kurikulumnya, dalam rangka dasar palajaran yang wujud, dengan tujuan untuk memastikan bahawa keperluan tenaga rakyat negara dapat dipenuhi sama ada dari segi jangka pendek mahupun jangkapanjang, dan lebih- lebih lagi untuk memastikan bahawa sistem pelajaran itu dapat memenuhi matlamat negara ke arah melahirkan masyarakat yang bersatupadu, berdisiplin dan terlatih.”(Sumber: Education In Malaysia, 1980) Mengikut Laporan Kabinet pada tahun 1979 bagi peringkat sekolah rendah iaitukurikulum, kemahiran adalah tertumpu kepada bidang komunikasi, alam sekitar, perkembangan diri yang menekankan aspek 3M dan perkembangan bakat, membantu murid yang lemah sertamengadakan program pengayaan, pengajaran pemulihan diperbaiki lagi dan Kurikulum BaruSekolah Rendah dicadangkan. Bagi peringkat sekolah menengah pula, sistem baru bagi pelajaran vokasional, jurusanperdagangan dipertingkatkan, penekanan terhadap mata pelajaran Matematik, Sains danBahasa, penekanan kepada aktiviti ko-kurikulum, bimbingan dan kaunseling diwujudkan disekolah serta Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah dicadangkan.Perkembangan terhadap pendidikan berterusan sehingga ke hari ini dan akan berlanjutan untukmasa-masa yang akan datang. Pelajar-pelajar yang dahagakan ilmu pengetahuan terusmeningkat dari setahun ke setahun dalam mendaftarkan diri mereka ke sekolah-sekolah rendahdan menengah di seluruh Malaysia.Perbezaan Tahap Pendidikan Dahulu, Sekarang dan Akan Datang Sejak pendidikan dijadikan satu institusi formal, harapan semua lapisan masyarakat ialah untuk melihat setiap pelajar yang terlibat mencapai tahap kecemerlangan bukan sahaja dalam satu bidang malah dalam semua bidang yang terdapat dalam sistem tersebut.
Soalan 2
Bincangkan bagaimana ciri-ciri yang dinyatakan di atas mempengaruhi perhubungan antara pelajar-pelajar pelbagai kaum dan agama.Memetik kata-kata Yusof Al Qaradhawi seorang sarjana dan tokoh pemikir Islam yang tersohor dan disegani masa kini, beliau mengatakan “Apabila kita hendak melihat wajah negara pada masa hadapan, lihatlah generasi mudanya pada hari ini, sekiranya golongan muda pada hari ini adalah dari kalangan yang berakhlak dan berhemah tinggi, tentunya negara kita akan datang adalah sebuah negara yang aman makmur tetapi jika keadaan sebaliknya maka bersedialah untuk berhadapan dengan kemungkinan buruk yang berlaku”. Oleh itu, untuk melihat maju atau mundur sesebuah negara bergantung kepada genarasi mudanya. Dalam konteks ini, pendidikan dilihat sebagai wahana terbaik dalam melahirkan generasi yang dinamik, progresif, cemerlang, berakhlak dan berhemah tinggi. Sememangnya sering diperkatakan bahawa anak muda merupakan pewaris kepada kepimpinan negara di masa hadapan. Golongan ini merupakan pelapis berjiwa kental yang menjadi aset dalam memacu kelangsungan pembangunan negara. Lantaran itu, pendidikan mampu mematangkan golongan muda dari aspek keintelektualan ilmu, kewarasan akal, kemurnian budi, kecerdasan minda dan keterampilan sahsiah. Rentetan itu, pembangunan insan dan negara harus ditekankan dan dijayakan dalam perkembangan pendidikan di Malaysia. Jika melihat kepada sorotan sejarah pendidikan di negara ini, pastinya kita sedar bahawa pendidikan di negara kita telah melalui pelbagai peringkat. Perkembangan pendidikan di Malaysia jelas menunjukkan perbandingan yang ketara dalam pembangunan insan dan Negara era sebelum merdeka dan zaman pascamerdeka. Pendidikan di Malaysia telah melalui saat suka dan duka serta sering berlaku perubahan demi perubahan untuk memartabatkan pendidikan di negara ini. Bermula dengan era masyarakat tradisional dan berubah pada era penjajahan. Pihak penjajah telah memperkenalkan Sekolah Vernakular, Sekolah Inggeris dan bagi memantapkan lagi sistem pendidikan pada masa itu beberapa laporan di buat antaranya Laporan Barnes 1950, Laporan Fenn-Wu 1951, Ordinan Pelajaran 1952 dan Laporan Razak 1956. Pendidikan selepas merdeka menunjukkan perkembangan yang ketara bermula dari tahun 1957 hingga 2010 yang memperlihatkan pelbagai usaha dalam meningkatkan mutu pendidikan di Malaysia.