Soalan 1
Kenalpasti ciri-ciri utama sistem pendidikan di Malaysia berdasarkan sejarah perkembangannya dari zaman sebelum merdeka hingga kini.Pendidikan Melayu yang awal menekankan pengajaran Quran dan pengetahuan asas membaca, menulis dan mengira(3M). Pendidikan Melayu diadakan hanya diperingkat rendah sahaja. Anak-anak Melayu yang bercita-cita tinggi dan ingin melanjutkan pelajaran terpaksa memasuki sekolah menengah Inggeris di bandar. Tujuan utama sekolah-sekolah Melayu diasaskan pada abad ke 19 dan awal abad ke 20 ialah untuk membolehkan anak-anak Melayu terus kekal di desa, mewarisi kemiskinan keluarga. Oleh itu pendidikan yang berbentuk sekular dalam bahasa melayu dihadkan kepada empat tahun sahaja dengan skop dan kokurikulum yang terhad. Pendidikan Melayu tidak dapat mengubah cara hidup orang Melayu atau menyumbangkan kepada mobiliti menegak di kalangan masyarakat melayu. Pada awal abad ke 20), bagi menampung permintaan yang bertambah terhadap Pendidikan menengah, Maktab Melayu Kuala Kangsar diasaskan mengikut model English Grammar School pada tahun 1905. Akan tetapi, sekolah ini adalah khas untuk golongan bangsawan sahaja. Latihan guru-guru melayu dimulakan pada tahun 1984 di Teluk Belanga, Singapura. Pada tahun 1922, bagi memenuhi permintaan yang bertambah terhadap guru-guru sekolah melayu yang berkelayakan, Maktab Perguruan Sultan Idris telah ditubuhkan. Kemudian penubuhan terhadap Maktab Perguruan Perempuan Melayu di Melaka pad a tahun 1935. Jelaslah di sini ,dasar pentadbiran Inggeris ialah untuk menjaga kepentingan mereka sendiri. Orang-orang Melayu tidak digalakkan ke Bandar, cuba memisahkan orang melayu daripada kemajuan perbandaran dan perindustrian. Pendidikan Arab Dan Agama Satu lagi jurusan persekolahan untuk menampung persekolahan anak-anak melayu ialah sekolah Arab dan Agama. Sekolah ini dikendalikan secara tidak formal dan kurikulumnya menekankan pengajaranQuran serta pendidikan moral dan kerohanian. Selepas perang Dunia Pertama, sekolah-sekolah Arab dan Agama telah muncul di merata-rata tempat di semenanjung Tanah Melayu terutama di negeri Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang.
Soalan 2
Bincangkan bagaimana ciri-ciri yang dinyatakan di atas mempengaruhi perhubungan antara pelajar-pelajar pelbagai kaum dan agama.Selepas perang dunia kedua perkembangan politik negeri China, India , dan negara jiran banyak berubah , Masyarakat pendatang menganggap Tanah Melayu sebagai tempat kediaman mereka dan kebangkitan nasionalisme Melayu melihatkan tentang masalah kerumitan kaum tentang pendidikan. Orang Melayu mula mendesak ,supaya Kerajaan membaiki mutu pendidikan di sekolah – sekolah Melayu serta menambahkan peluang bagi melanjutkan pelajaran, Sebuah jawatan kuasa ditubuhkan iaitu sebuahjawatankuasa Barnes, Laporan Barnes ini diterbitkan pada awal tahun 1951,dan mencadangkan supaya ditubuhkan sekolah-sekolah kebangsaan dari bahasa berbilang kaum sama ada menggunakan bahasa Inggeris atau bahasa Melayu sebagai pengantar utamanya. Sekolah cina dan Tamil akan ditukar secara beransur- ansur kepada sekolah Kebangsaan dengan memperkenalkan aliran Kebangsaan. Cadangan tersebu ditentang hebat oleh orang Cina.Laporan Fenn Wu, memperakukan untuk mengekalkan serta pembaikan Sekolah Cina telah memburukkan lagi pertikaian yang hangat tentang pendidikan di Tanah Melayu , Laporan Jawatankuasa Fen Wu telah mengemukakan cadangan-cadangan yang pada asasnya menyokong konsep penggunaan tiga bahasa iaitu bahasa melayu, bahasa Inggeris, dan bahasa Cina dijadikan bahasa pengantar.