Izzaty Husna Binti Mohd Isa
D070180
UPSI
Urutan sejarah Malaysia daripada selepas tamat perang dunia ke-2 pada tahun 1945 sehingga sekarang menunjukkan 3 era penting yang dapat diukur. Ianya adalah era konflik pada tahun 1945 hingga 1960, era stabil tapi tegang pada tahun 1961 hingga 1970 dan era kesepaduan sosial pada 1971 sehingga kini. Pola hubungan etnik di Malaysia sejak tahun 1946 hingga kini memperlihatkan pola turun naik dalam hubungan etnik,tetapi pada amnya keadaan Malaysia adalah aman damai dengan hubungan etnik yang harmoni sesuai dengan hakikat.
Era konflik (1945-1960)
Selepas perang dunia kedua tamat,keadaan kehidupan rakyat sangat daif dengan persekitaran fizikal dan sosial yang memerlukan pembangunan. Suasana ketika itu memang sangat kritikal dan terbuka kepada potensi negatif dan pelbagai masalah. Masalah yang paling besar ketika itu ialah konflik etnik antara etnik Cina dengan Melayu yang tercetus daripada tindakan satu pasukan anggota komunis bernama Bintang Tiga yang mengacau bilaukan Cina dan Melayu selama 14 hari selepas tamatnya penaklukan Jepun, pada 16 Ogos 1945. Kesan kepada psyche Melayu dan Cina selepas terjadinya peristiwa ini pernah diungkapkan sebagai timbulnya perasaan distant and distrust antara kedua –dua kelompok etnik ini. Akan tetapi konflik tersebut jarang disebut di Malaysia kerana konflik etnik yang berlaku pada 13 Mei 1969 telah diberikan perhatian besar-besaran. Disebabkan konflik dan ketidakstabilan dan keadaan tidak aman ini berlanjutan maka, kerajaan Kolonial British telah mengishtiharkan Malayan Union pada 1 April 1946 sebagai kerajaan baru selepas perang di Tanah Melayu. Tetapi rakyat tidak bersetuju dengan Malayan Unoin dan akhirnya Malayan Union dibubarkan pada 31 Januari 1948, melalui Perjanjian Persekutuan 1948. Maka dari perjanjian tersebut wujudnya Persekutuan Tanah Melayu. Hail dari peranan pelbagai parti –parti telah menjadi kerangka yang membolehkan perbezaan dan kepelbagaian di Malaysia dapat dipertahankan biarpun cabaran datang bertalu-talu.
Era stabil tapi tegang (1961-1970)
Secara ringkasnya,era ini adalah mengenai rusuhan etnik Melayu-Cina di Singapura pada 21 Julai dan 3 September 1964 iaitu ketika Singapura masih dalam Malaysia. Akibatnya kira-kira 40 nyawa terkorban dan ribuan lagi ditangkap. Rusuhan ini diikuti dengan rusuhan yang besar iaitu rusuhan antara Mekayu-Cina di Kuala Lumpur pada 13 Mei 1969. Selepas dari tragedi tersebut, pelbagai usaha yang dilakukan oleh kerajaan antaranya penubuhan Majlis Perundingan Rakyat,Jabatan Perpaduan Negara,Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Era kesepaduan Sosial (1971- hingga kini)
Era ini adalah era berlakunya mampatan interaksi antara masyarakat,negara dan pasaran telahpun dijalankan dengan positif biarpun mengalami beberapa kekurangan mahupun kelebihan berlaku kerana perkembangan global. Perkara utama dalam era ini adalah kemakmuran dan kestabilan politik, gabungan perkembangan ekonomi yang pesat dan suasana politik yang aman. Kesimpulannya, kesepaduan sosial di Malaysia adalah terbina atas lapisan jarngan hubungan yang rumit lagi kompleks di dalam mahupun diluar negeri.
Ini adalah contoh video dari youtube: https://www.youtube.com/watch?v=BbnWd1IXXIk