akram mazlan's 9.A3 : AKTIVITI 3 - OpenLearning

Jawapan Esei


Berdasarkan video diatas menunjukkan kepelbagaian masyarakat majmuk di Malaysia telah mendorong kepada kepelbagaian anutan dalam agama masing-masing. Antara agama utama di Malaysia ialah Islam, Kristian, Hindu dan Sikh. Setiap agama mempunyai simboliknya tersendiri seperti rumah ibadat. Ini dapat dilihat, Masjid merupakan simbolik kepada agama Islam, Gereja merujuk kepada agama Kristian, Tokong merujuk kepada agama Buddha, Kuil merujuk kepada agama Hindu, dan Gurdwara merujuk kepada Sikh. Di Malaysia, sungguh unik walaupun masyarakat mempunyai perbezaan agama yang dianuti, mereka tetap hidup harmoni dan boleh berkerjasama antara satu sama lain sekaligus mewujudkan Negara yang aman dan damai. Hal ini kerana, semua agama menyeru setiap penganutnya melakukan kebaikan. Tiada satu pun agama menyuruh penganutnya melakukan kejahatan kerana ianya boleh mendatangkan kemudaratan samaada kepada diri sendiri atau orang lain. Tambahan itu, dalam setiap agama mempunyai cara dan juga kepercayaan masing-masing seperti tradisional, Buddhisme, Animisme, Taoisme, serta Konfusiunisme. Sebagai orang yang menganut agama Islam, antara perkara asas dalam agama atau kerpercayaan saya ialah Al-Quran dan al-Sunnah. Setiap orang yang menganut agama Islam wajib percaya kepada Alquran dan al-Sunnah kerana keduanya adalah pegangan utama dalam agama Islam. Barang sesiapa yang melanggarnya atau mengikutinya, mereka akan mendapat ganjaran sama ada pahala atau dosa. Ia bergantung kepada kekuatan iman yang ada dalam diri setiap manusia tersebut. Saya yakin, dalam agama lain juga mempunyai pegangan dan kepercayaan masing-masing. Masyarakat di Malaysia tetap hidup dalam keadaan aman walaupun terdapat perbezaan dalam kepercayaan dan agama masing-masing. Kesimpulannya, walaupun mempunyai kepelbagaian agama tetapi masyarakat tetap hidup harmoni kerana kita hanya berbeza agama dan kepercayaan tetapi setiap agama menganjurkan supaya penganutnya melakukan kebaikannya

Comments

Chat