OpenLearning

Soalan 1

Hubungan antara agama dan etnik di Malaysia.
Agama merupakan fenomena penting dalam kehidupan manusia. Agama bukan sahaja membantu manusia untuk mengenal Tuhan, tetapi juga memberi kesejahteraan hidup. Di Malaysia, agama dan etnik telah menjadi identiti kelompok yang saling melengkapi sehinggakan kelompok etnik disamakan dengan kelompok agama. Orang Melayu dianggap sebagai orang Islam, orang India sebagai orang Hindu, orang Cina dan Siam sebagai orang Buddha serta masyarakat Orang Asli dan suku kaum bumiputera di pedalaman Sabah dan Sarawak sebagai penganut animisme. Mereka yang bertukar agama dianggap telah keluar daripada kelompok etnik. Takrif agama Secara umum agama bolehlah ditakrifkan sebagai hubungan antara manusia dengan sesuatu kekuasaan luar biasa yang dianggap dapat memberikan perlindungan. Hubungan yang dianggap suci ini membawa kepada rasa tunduk manusia kepadanya dan manusia mencintainya, mempercayai dan meminta perlindungan daripadanya. Dari perspektif antropologi, agama merupakan set peraturan yang mengatur hubungan manusia dengan kuasa ghaib, khususnya dengan Tuhan. Agama juga merupakan suatu sistem keyakinan yang dianut dan amalan yang diwujudkan oleh suatu kelompok atau masyarakat dalam mentafsirkan dan memberi respons terhadap apa-apa yang dirasakan dan diyakini sebagai yang ghaib dan suci. Daripada beberapa pendapat di atas, definisi agama boleh dilihat dari dua sudut, iaitu substantif dan fungsional. Takrif yang pertama melihat agama dari segi bentuk dan amalannya, sementara yang kedua, dari segi fungsi dan tujuan kewujudan agama tersebut. Agama merupakan fenomena penting dalam kehidupan manusia. Agama bukan sahaja membantu manusia untuk mengenal Tuhan, tetapi juga memberi kesejahteraan hidup. Di Malaysia, agama dan etnik telah menjadi identiti kelompok yang saling melengkapi sehinggakan kelompok etnik disamakan dengan kelompok agama. Orang Melayu dianggap sebagai orang Islam, orang India sebagai orang Hindu, orang Cina dan Siam sebagai orang Buddha serta masyarakat Orang Asli dan suku kaum bumiputera di pedalaman Sabah dan Sarawak sebagai penganut animisme. Mereka yang bertukar agama dianggap telah keluar daripada kelompok etnik. Takrif agama Secara umum agama bolehlah ditakrifkan sebagai hubungan antara manusia dengan sesuatu kekuasaan luar biasa yang dianggap dapat memberikan perlindungan. Hubungan yang dianggap suci ini membawa kepada rasa tunduk manusia kepadanya dan manusia mencintainya, mempercayai dan meminta perlindungan daripadanya. Dari perspektif antropologi, agama merupakan set peraturan yang mengatur hubungan manusia dengan kuasa ghaib, khususnya dengan Tuhan. Agama juga merupakan suatu sistem keyakinan yang dianut dan amalan yang diwujudkan oleh suatu kelompok atau masyarakat dalam mentafsirkan dan memberi respons terhadap apa-apa yang dirasakan dan diyakini sebagai yang ghaib dan suci. Daripada beberapa pendapat di atas, definisi agama boleh dilihat dari dua sudut, iaitu substantif dan fungsional. Takrif yang pertama melihat agama dari segi bentuk dan amalannya, sementara yang kedua, dari segi fungsi dan tujuan kewujudan agama tersebut. Agama merupakan fenomena penting dalam kehidupan manusia. Agama bukan sahaja membantu manusia untuk mengenal Tuhan, tetapi juga memberi kesejahteraan hidup. Di Malaysia, agama dan etnik telah menjadi identiti kelompok yang saling melengkapi sehinggakan kelompok etnik disamakan dengan kelompok agama. Orang Melayu dianggap sebagai orang Islam, orang India sebagai orang Hindu, orang Cina dan Siam sebagai orang Buddha serta masyarakat Orang Asli dan suku kaum bumiputera di pedalaman Sabah dan Sarawak sebagai penganut animisme. Mereka yang bertukar agama dianggap telah keluar daripada kelompok etnik. Takrif agama Secara umum agama bolehlah ditakrifkan sebagai hubungan antara manusia dengan sesuatu kekuasaan luar biasa yang dianggap dapat memberikan perlindungan. Hubungan yang dianggap suci ini membawa kepada rasa tunduk manusia kepadanya dan manusia mencintainya, mempercayai dan meminta perlindungan daripadanya. Dari perspektif antropologi, agama merupakan set peraturan yang mengatur hubungan manusia dengan kuasa ghaib, khususnya dengan Tuhan. Agama juga merupakan suatu sistem keyakinan yang dianut dan amalan yang diwujudkan oleh suatu kelompok atau masyarakat dalam mentafsirkan dan memberi respons terhadap apa-apa yang dirasakan dan diyakini sebagai yang ghaib dan suci. Daripada beberapa pendapat di atas, definisi agama boleh dilihat dari dua sudut, iaitu substantif dan fungsional. Takrif yang pertama melihat agama dari segi bentuk dan amalannya, sementara yang kedua, dari segi fungsi dan tujuan kewujudan agama tersebut. 

Soalan 2

Hubungan antara faktor politik dan agama di Malaysia.
Agama dan politik adalah dua perkara penting dalam kehidupan manusia. Namun, agama dan politik juga sering mengundang perdebatan dan polemik. Justeru, ada dalam kalangan kita mahu mengelak daripada berbicara mengenai agama dan politik kerana ia boleh membawa perbalahan dan perbezaan pandangan yang akhirnya menjurus kepada konflik. Bagaimanapun, kita tidak dapat mengelak daripada menyentuh soal agama dan politik dalam kehidupan. Agama dan politik umpama darah daging yang meresapi tubuh badan manusia. Majoriti manusia mempunyai pegangan agama dan pendirian politik masing-masing. Mungkin hanya segelintir yang tidak memilih mana-mana agama dan menolak politik secara mentah-mentah. Pada era globalisasi dan dunia tanpa sempadan, identiti semakin kabur. Manusia adalah warga dunia yang sering terdedah dengan interaksi dan pengalaman global. Banyak pihak percaya globalisasi mengikis identiti agama kerana nilai umum dan sejagat semakin diterima. Globalisasi perkukuh identiti agama Namun, dari satu sudut lain, globalisasi juga memperkukuhkan identiti agama dalam kehidupan manusia khususnya Islam. Buktinya, apabila identiti agama semakin dikaburkan dengan nilai umum dan sejagat seperti demokrasi dan hak asasi manusia, manusia mencari semula dan menonjolkan agama sebagai ciri dan identiti mereka. Dalam erti kata lain, agama menjadi semakin penting oleh penganutnya sebagai satu cara dan kaedah membezakan dengan penganut yang lain. Apatah lagi, nilai umum dan sejagat yang dijaja atas nama demokrasi dan hak asasi manusia mengancam identiti dan jati diri asal mereka. Usaha memperjuang dan memperkukuh kedudukan agama sering menjadi faktor yang boleh mencetuskan polemik, lebih-lebih lagi ia mencabar kepercayaan agama lain yang secara kebetulan membawa faham dan pemikiran berbeza dan cenderung kepada perjuangan liberal. Malaysia adalah contoh terbaik bagaimana sensitiviti agama semakin kuat dalam konteks globalisasi. Menariknya, geseran antara agama ini berlaku bukan disebabkan perkara pokok, tetapi hal cabang. Mutakhir ini kita dikejutkan dengan bantahan masyarakat Islam di Taman Medan di Petaling Jaya yang menuntut agar tanda salib besar di premis itu diturunkan. Bantahan itu dibuat atas alasan tanda salib itu boleh mencabar akidah dan kepercayaan majoriti penduduk kawasan itu yang beragama Islam. Peristiwa ini jelas menggambarkan bagaimana rapuhnya hubungan antara agama di Malaysia jika ia tidak ditangani dengan bijaksana. Soal kecil dan boleh diselesaikan dengan kefahaman ilmu berpotensi menjadi barah dalam masyarakat jika usaha menangani perbezaan agama tidak giat dilaksanakan. Selain agama, politik juga sering menjadi bahan pengukuh yang membezakan manusia. Malangnya, politik lebih dinilai dari kaca mata parti politik dari melihatnya secara lebih terbuka. Polarisasi politik ini menjadi semakin serius apabila semua perkara dipolitikkan secara sempit sehingga mahu bercakap soal Islam dan Melayu pun dikaitkan dengan parti politik. Malah, kegiatan politik di negara ini tidak lagi berlandaskan ilmu politik, sebaliknya emosi dan amarah yang memperkukuhkan perbezaan fahaman politik dalam masyarakat. Terlalu banyak slogan cuba dicadangkan pemimpin politik seperti politik budiman dan sebagainya, namun politik tetap dinilai dari kaca mata parti politik yang sempit. Memelihara peranan agama dan politik amat penting dalam memastikan kehidupan manusia yang harmoni. Justeru, Islam memperakukan agama dan politik tidak boleh dipisahkan. Konsep din wa daulah atau agama dan politik ini disokong oleh beberapa ulama dan pemikir Islam, antaranya Imam Al-Ghazali yang menyifatkan hubungan antara agama dan politik umpama dua sisi dalam satu syiling.

Comments

Loading
Error: Loading CSS chunk vendors-node_modules_fortawesome_pro-regular-svg-icons_faGlobe_js-node_modules_fortawesome_pr-d462f3 failed. (error: https://assets.openlearning.com/chunks_live/vendors-node_modules_fortawesome_pro-regular-svg-icons_faGlobe_js-node_modules_fortawesome_pr-d462f3.8fd07ef9993d3220.css)

Chat