SYIFA AZZAHRA BINTI AZAHAR's 7.A3 : Perbincangan 3 - OpenLearning

Soalan 1

Isu Murtad dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia.
GEJALA murtad di kalangan orang Islam negara ini sudah sampai ke tahap kritikal. Bilangan kes orang yang dilahirkan Melayu-Islam yang mohon tukar nama asal serta saudara baru yang tidak mengamalkan cara hidup Islam atau mahu balik ke agama asal meningkat tahun demi tahun.Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria menggemparkan seluruh negara apabila menyebut bilangan mereka yang murtad mencapai hampir suku juta. Semasa pendedahan ini dibuat pada tahun 2008 dulu, ramai yang tidak percaya. Ada juga yang mempersenda, kononnya beliau menyebut angka macam membilang jari saja. Hakikat semakin ramai orang Islam yang terpesong sangat menakutkan. Bekas Mufti Kuala Lumpur Ustaz Shaari Bustamah pernah memaklumkan bahawa bilangan murtad di ibu kota sehingga Julai 1997 ialah 3,000 orang. Kajian di Jabatan Statistik menunjukkan terdapat 4,776 permohonan pada tahun 1989 sahaja. Mengikut rekod Mahkamah Syariah, seramai 863 kes telah dirujuk kepadanya antara tahun 2000 hingga 2010 bagi tujuan menukar status agama Islam. Daripada bilangan ini, 168 kes telah diluluskan. Kajian lain menunjukkan bahawa 519 permohonan menukar nama Islam kepada bukan Islam dihantar kepada Jabatan Pendaftaran Negara antara 1994 dan 1997, yang mana 48 peratus permohonan diluluskan.

Soalan 2

Isu Hak Penjagaan Anak Bagi Pasangan Yang Salah Seorang daripada Mereka Memeluk Islam.
Pandangan Islam Terhadap Status Anak Apabila Hanya Salah Seorang Ibu Bapa Memeluk Islam. Dalam menjelaskan status anak-anak selepas salah seorang ibu bapa memeluk Islam sedangkan pihak yang kedua tetap berada dalam agama asal, para fuqaha Islam telah berselisih pandangan kepada beberapa pandangan: Pandangan Pertama: Anak-anak adalah mengikut agama Islam sama ada yang memeluk Islam adalah bapa ataupun ibu. Pandangan ini adalah pandangan yang dipegang oleh kebanyakan para fuqaha Islam daripada mazhab al-Hanafiyyah, al-Syafi`iyyah dan al-Hanabilah[1]. Maka berdasarkan kes yang berlaku, Tevi Darsiny (12 tahun), Karan Dinesh (11 tahun) dan Prasana Diksa (1 tahun) adalah diiktibar sebagai beragama Islam kerana mengikut agama yang dianuti oleh bapanya. HAK PENJAGAAN ANAK Pendapat Ulamak Para ulama di dalam keempat-empat mazhab membincangkan tentang perkara ini . Para ulama bermazhab Syafie dan Hanbali rahimahumullah meletakkan bahawa hak penjagaan mestilah kepada seorang Islam. Orang kafir tidak layak untuk mendapat hak penjagaan anak tersebut. Manakala para ulama bermazhab Hanafi dan sebahagian ulama Maliki rahimahumullah tidak meletakkan Islam sebagai syarat untuk penjagaan. Ini bermakna jika penjaga tersebut (ibu atau bapa) salah seorang daripada mereka masih di dalam agama asal (non muslim) maka mereka masih boleh mempunyai hak untuk menjaga.

Soalan 3

Isu Penurunan Salib di Kampung Medan.
Isu penurunan salib ini sememangnya sangat menyinggung perasaan masyarakat yang menganut agama Kristian di Malaysia. Dalam masa yang sama, ,masyarakat Kristian sekali gus merupakan golongan minoriti merasakan berlakunya penindasan terhadap kepercayaan yang diamalkan. Keadaan ini menjadi persoalan di mana hak kebebasan beragama yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Lantaran daripada kejadian ini, pelbagai pihak terutama pengguna media sosial membuat pelbagai spekulasi.Salib merupakan satu simbolik kepada agama Kristian dan dalam Perlembagaan jelas menyatakan sebagai rakyat Malaysia kita perlu saling menghormati dan menerima budaya sesama kerana kita tinggal dalam satu bumbung yang sama. Kesimpulannya, sebagai masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, agama dan budaya kita perlu berfikiran terbuka dan saling menghormati sesama. Apapun perbezaan antara kita baik dari segi budaya dan agama, kita perlu menerima sesama dengan sikap keterbukaan serta saling mengasihi sesuai dengan gagasan IMalaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri kita.

Soalan 4

Isu Penggunaan Kalimah Allah oleh Masyarakat Kristian.
Mengulas mengenai isu penggunaan kalimah Allah seperti yang digunakan oleh Herald Catholic dalam terbitan bahasa Melayunya, mungkin ada beberapa fakta menarik yang boleh dikongsi untuk renungan kita bersama.Memang telah termaktub di antara larangan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia menerusi keputusan kabinet yang bertarikh 16 Mei 1986 bagi mana-mana agama selain Islam untuk menggunakan empat perkataan iaitu Allah, Solat, Baitullah dan Kaabah. Malah ada sesetengah negeri yang menambahkan lagi beberapa perkataan yang dianggap boleh mendatangkan kekeliruan dan bahaya kepada umat Islam apabila digunakan oleh bukan Islam. Namun yang peliknya kenapa masih lagi ada yang cuba menuntut kerajaan Malaysia untuk membenarkan mereka menggunakan kalimah Allah bagi tujuan penerbitan bahan bercetak mereka?Mungkin kita boleh menjangkakan bahawa alasannya ialah kalimah Allah tersebut adalah kalimah terjemahan dari Bahasa Inggeris yang menggunakan kalimah God dalam Bible terbitan Bahasa Inggeris yang telah sekian lama digunakan.Sama ada kita sedar ataupun tidak, tuntutan ini sebenarnya amat berbahaya kepada umat Islam sekiranya dibenarkan, kerana ianya lebih banyak menimbulkan kekeliruan di dalam masyarakat. Cubalah kita bayangkan kekeliruan yang akan timbul di dalam masyarakat terutamanya kepada golongan muda dan juga kepada kanak-kanak Muslim apabila terbaca iklan-iklan atau papan-papan tanda yang berbunyi "...Aku adalah anak Allah" atau "...damai sejahtera dari Allah, Bapa kita dan dari Tuhan Jesus Kristus" atau "...anak Allah yang hidup" yang semuanya merupakan terjemahan terus dari Bible terbitan Bahasa Inggeris. Sebenarnya banyak lagi ayat-ayat atau ungkapan-ungkapan yang diterjemahkan ini boleh mengundang kekeliruan yang akhirnya boleh membatilkan fahaman agama.Walau bagaimanapun, bagi menyingkap kekeliruan yang telah berlaku ini, elok rasanya kita melihat kepada asal-usul bahasa kitab-kitab itu sendiri. Bagi orang Islam dan juga bukan Islam, mudah untuk difahami dan diberitahu bahawa bahasa asal al Quran adalah Bahasa Arab. Dan apakah pula bahasa yang digunakan untuk kitab Injil (Bible) dan kitab Taurat? Bagi mereka yang mengkaji sejarah, secara jujur mereka akan katakan bahasa asal untuk kitab Taurat ialah Bahasa Hebrew, dan bahasa yang digunakan untuk menulis Kitab Injil (Bible) ialah Bahasa Greek.Sekiranya fakta penggunaan bahasa ini boleh diterima sebagai asas perbincangan, maka ulasan seterusnya selepas ini akan menjadi lebih mudah. Malah bagi orang Islam, tidak perlu untuk kita menjadi pakar tentang kitab Taurat atau Injil (Bible) untuk mengupas isu gawat yang sedang berlaku ini.Persoalannya sekarang ialah apakah perkataan yang digunakan untuk Tuhan dalam bahasa Hebrew dalam kitab Taurat dan makna perkataan Tuhan dalam bahasa Greek untuk kitab Injil (Bible).? Sekiranya Herald Catholic boleh memahami persoalan asal bahasa ini mungkin kekeliruan penggunaan perkataan Allah tidak timbul.Ini adalah kerana perkataan Hebrew yang membawa maksud Tuhan ialah Elohim, Eloh, El dan juga Yahweh. Ini dapat diperhatikan menerusi Perjanjian Baru, di dalam The Gospel of St. Matthew bab 27: 46 yang menyebut :Kira-kira jam tiga berserulah Jesus dengan suara nyaring: "Eli, Eli, lama sabaktani?" (Ertinya : Tuhan-Ku, Tuhan-Ku, mengapa Engkau meninggalkan aku?")Sementara di dalam bahasa Greek pula perkataan yang membawa maksud Tuhan ialah Theos. Sepertimana yang tertulis dalam buku-buku sejarah atau buku-buku tamadun besar dunia, orang-orang Rom menyembah Tuhan yang dikenali sebagai Hotheos. Dan sekiranya terdapat di kalangan mereka yang menyembah Tuhan yang dianggap palsu, mereka akan memanggil Tuhan tersebut sebagai Tintheos.Jika diteliti kita akan dapati bahawa untuk kedua-dua bahasa sama ada Hebrew ataupun Greek yang dijadikan penulisan bagi kedua-dua kitab suci ini, tidak terdapat satu pun kalimah Allah digunakan.Namun begitu ada juga di kalangan mereka yang memberi alasan bahawa penggunaan kalimah Allah ini ialah berdasarkan penggunaan kalimah Allah di dalam kitab Bible versi Bahasa Arab.Bible versi Arab ini tidak dikenali sebagai Holy Bible tetapi lebih dikenali sebagai Kitab al-Muqaddas. Dan di dalam terjemahan Bible Melayu pula mereka menamakannya sebagai Kitab Berita Baik.Lanjutan daripada itu juga perlu kita fahami bahawa kalimah Allah yang wujud di dalam Bible bahasa Arab tersebut adalah kerana sesetengah Kristian Arab seperti yang terdapat di Mesir, Syria, dan beberapa negara lain yang muncul sebelum kedatangan Nabi Muhammad s.a.w. menerima dan meyakini faham Keesaan Tuhan. Di mana faham ini jauh berbeza dengan faham Trinity (tiga dalam satu) sepertimana doktrin kebanyakan Kristian pada hari ini.Maka dengan itu hujah yang dijadikan sandaran untuk membenarkan mereka menggunakan kalimah Allah ini adalah tidak dapat diterima kerana golongan Kristian Trinity sendiri tidak menerima bahkan mengkafirkan golongan Kristian Unity.Selain daripada hujah tersebut terdapat juga pandangan yang menyatakan bahawa kekeliruan tidak akan timbul jika penggunaan kalimah ini dibenarkan kerana kalimah Allah yang hendak digunakan tersebut adalah merujuk kepada terjemahan dari kalimah God dalam Bible bahasa Inggeris sedangkan kalimah Tuhan pula adalah terjemahan dari kalimah Lord.Pandangan ini juga sebenarnya mengelirukan malah bertentangan dengan apa yang dinyatakan dalam Bible itu sendiri. Apakah bezanya antara Allah dan Tuhan dalam agama Kristian?Sekiranya kalimah Tuhan merujuk kepada Jesus sedangkan kalimah Allah merujuk kepada Tuhan Bapa di dalam Syurga, maka perlulah difahami dengan jelas di sini bahawa kalimah Tuhan dan Allah adalah dua perkataan yang merujuk hanya kepada Allah sahaja. Bagi membuktikan hal ini kita boleh merujuk kepada The Gospel Of St Mark 12:29 yang menyebut:Jawab Jesus: Hukum yang terutama ialah : Dengarlah wahai Bani Israel, Tuhan Allah kita, Tuhan Yang Esa".Dalam ayat ini siapakah Tuhan Yang Esa yang dimaksudkan di dalam ayat di atas? Adakah ianya merujuk kepada Jesus? Pastinya tidak! Malah kalimah Tuhan yang dimaksudkan di atas adalah merujuk kepada Allah semata-mata. Dan hal ini sekali lagi bertentangan dengan apa yang telah dinyatakan bahawa kalimah Lord (Tuhan) di dalam Bible adalah merujuk kepada Jesus.Sekiranya penghujahan ingin diteruskan lagi dengan menyatakan bahawa dalil yang paling jelas yang menunjukkan kalimah Tuhan adalah merujuk kepada Jesus dan kalimah Allah pula merujuk kepada Tuhan Bapa seperti yang sering dirujuk di dalam The Gospel Of St. Matius 16:22 yang menyebut:Tetapi Petrus menarik Jesus ke samping dan menegur Dia, katanya: "Tuhan (Jesus), Semoga Allah (Tuhan Bapa) menjauhkan hal itu".Sekiranya ini dijadikan hujah dan alasan, maka mereka yang berkenaan perlu menyelesaikan dahulu percanggahan yang terdapat di antara kedua ayat yang telah dinyatakan tadi. Sama ada Tuhan itu merujuk kepada Jesus sahaja ataupun juga merujuk kepada Allah.Malah kata-kata Jesus sendiri menjelaskan keEsaan Allah sepertimana yang terdapat dalam The Gospel of St. John 20:17 yang menyebut:Kata Jesus kepadanya: Janganlah engkau memegang aku, sebab aku belum pergi kepada Bapa, tetapi pergilah kepada saudara-saudaraKu dan katakanlah kepada mereka bahawa sekarang Aku akan pergi kepada BapaKu dan Bapamu, AllahKu dan Allahmu."Dalam kata lain Jesus bukanlah Allah ataupun Tuhan Yang Maha Berkuasa kerana Jesus sendiri menyatakan bahawa Tuhan yang sebenar ialah Allah.Maka jelaslah di sini bahawa kewajaran pihak kerajaan Malaysia melarang penggunaan kalimah Allah untuk digunakan oleh bukan Islam patut disokong oleh segenap masyarakat termasuk bukan Islam sendiri. Ianya adalah bertujuan untuk mengelakkan kekeliruan di kalangan masyarakat apabila kalimah yang tidak tepat digunakan oleh mereka yang mempunyai kepentingan tertentu akan mengundang padah yang akhirnya membawa kerugian kepada semua pihak. Adalah suatu yang amat malang apabila kesejahteraan hidup beragama di negara ini yang telah sekian lama bertahan atas dasar tolak ansur dan saling memahami, tiba-tiba digoncang oleh tangan-tangan yang tidak bertanggungjawab yang sengaja ingin mencetus suasana ketegangan dan huru-hara.

Soalan 5

Soalan 6

Isu Kepala Lembu di Kuil / Rumah Penganut Hindu.
Tanggal 31 Ogos merupakan ulangtahun hari kemerdekaan Malaysia. Namun begitu, sambutan menyambut tarikh kemerdekaan pada tahun ini agak terjejas ekoran berlakunya peristiwa ‘demonstrasi kepala lembu berdarah’ oleh penduduk seksyen 23, Shah Alam, Selangor. Peristiwa tersebut berlaku pada 28 Ogos, 3 hari sebelum sambutan hari merdeka. Hasilnya, satu perarakan ‘Kepala lembu berdarah’ dari masjid negeri ke pejabat SUK negeri, berlaku selepas solat jumaat. Menurut sumber-sumber yang dipercayai, demostrasi tersebut berpunca daripada bantahan penduduk seksyen 23 yang tidak bersetuju dengan pemindahan kuil dari seksyen 19 ke 23. Sebab utama bantahan penduduk di kawasan tersebut ialah majoriti penduduk seksyen 23 adalah Melayu. Persatuan Pengajian Islam Uniten (PPIUNITEN) melihat serius perkara ini kerana ianya melibatkan sensitiviti banyak pihak. Hakikat utama yang mesti disedari oleh semua warga Malaysia amnya, penduduk Shah Alam khususnya ialah mengenai kepelbagaian kaum di Malaysia. Kepelbagaian ini membawa maksud kemajmukan budaya dan cara hidup rakyat Malaysia. Tindakan membawa ‘Kepala Lembu Berdarah’ adalah tindakan yang boleh memarakkan bara api dalam kalangan masyarakat Malaysia untuk jangka masa panjang. Tambahan pula terdapat usaha daripada pihak tertentu yang bertindak ‘mencurah minyak tanah ke api’ dengan menyebarkan surat layang berunsur perkauman (Melayu) ekstream bertebaran di atas jalan serta di Surau Seksyen 23. Sejumlah besar Pasukan Gerakan Am (PGA) yang ditugaskan menbuat tinjau di sekitar kawasan tersebut telah menjelaskan bahawa beberapa Pegawai Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) datang memadamkan contengan-contengan yang berbaur perkauman sempit itu dengan cat ringkas beberapa hari lepas. Tindakan yang tidak popular ini mesti dicegah dari sekarang dan berharap tidak akan berulang lagi pada masa hadapan kerana ia bercanggah dengan aspirasi Perdana Menteri Malaysia sendiri, Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak iaitu 1MALAYSIA! Oleh itu kunci utama untuk hidup dalam situasi ini ialah sikap saling memahami antara satu sama lain. Cara duduk semeja adalah cara yang terbaik bagi meleraikan permasalah yang berlaku ini. Maka, Persatuan Pengajian Islam UNITEN mencadangkan agar sesi perbincangan antara kerajaan negeri dan penduduk tempatan perlu diadakan secara lebih kerap. Hal ini supaya komunikasi dua hala menjadi lebih berkesan, lalu segala permasalahan dapat diselesaikan dengan cara yang lebih baik. Tidak kira sama ada isu berbangkit timbul dari pihak penduduk mahupun kerajaan negeri. Menurut sumber kerajaan negeri, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah menjemput seluruh penduduk tempatan dan wartawan sendiri menyertai dialog harmoni bersamanya pada Sabtu, 5 September di Dewan Banquet MBSA. Mengharapkan agar kerajaan negeri lebih mengambil berat mengenai segala suara dari rakyat negeri memandangkan kerajaan Negeri telah mendapat mandat baru dari rakyat negeri Selangor sejak pilihan raya umum lalu. Sewajarnya pihak kerajaan negeri menjalankan tugas sebagai pemegang amanah pengurus tadbir negeri yang telah diberikan. Akhir kata, berharap supaya menjadi kewajaran bagi semua pihak yang terlibat supaya duduk berbincang serta mengkaji situasi yang telah, sedang dan akan berlaku sebelum bertindak dengan lebih lanjut lagi. Segala tindakan yang kurang tepat akan merencatkan keharmonian masyarakat tempatan dan Malaysia yang telah wujud sejak sekian lama.

Comments

Chat