SYIFA AZZAHRA BINTI AZAHAR's 7.A1 : Perbincangan 1 - OpenLearning

Soalan 1

Bincangkan perbezaan antara agama dan penganutnya. Misalnya, antara Hindu dan Hinduisme, Muslim dan Islam, dan sebagainya.
AGAMA HINDU • Agama Hindu Agama ialah sekumpulan adat istiadat,budi pekerti dan gambaran kehidupan orang Hindu. Wujud sejak awal abad ke 8 S.M Juga dikenali dengan nama agama Brahma (daripada gelaran pendeta). Kitab suci yang terbesar iaitu Veda, UndangUndang Manu, Mahabharata,Gita, Vasishtha dan Ramayana. • Kitab Veda Mengandungi cerita tentang kehidupan bangsa Arya di India pada masa dahulu. Terdiri daripada empat jenis ; Rig Veda, Yajur Veda, Sans Veda dan Athar Veda. Setiap Veda ada empat bahagian iaitu Samhita, Brahman, Aranyaka dan Upanishads. • Memerintah Dan Diperintah Di Dalam Agama Hindu Tuhan dinamakan sebagai Brahma, Vishnu dan Siva atau dipanggil tiga dalam satu dan satu dalam tiga. Terdapat sistem kasta. - terbahagi kepada empat mengikut tugas seperti dalam Peraturan Manu iaitu Brahman : ketua agama Kshatriya : perajurit Vaishya : bertani dan berniaga Shudra : berkhidmat pada ketiga-tiga golongan yang dianggap mulia -golongan ini memuja lembu • Seseorang Brahmin menerima penghormatan daripada semua tuhan disebabkan keturunannya. Berhak memiliki semua harta Shudra. Tidak berdosa walaupun membunuh. Raja daripada golongan Kshatriya. Raja mesti dihormati walaupun masih kanak kanak. Shudra tidak boleh mengumpulkan harta melebihi golongan Brahmin. • Pusat ibadat terkenal di Malaysia: Kuil Murugan di Batu Caves. Terdapat patung Tuhan Murugan di hadapan§pintu masuk kuil tersebut. Sami merupakan ketua agama.Tanda warna pada dahi dikenali sebagai pottu§dan terdapat pelbagai warna. Dipakai secara berbeza antara lelaki dan wanita§ yang telah berkahwin dan sudah berkahwin. Susu dan bunga juga merupakan simbol suci. • Perayaan Agama Hindu Deepavali Perayaan utama penganut Hindu di Malaysia. Disambut pada akhir Oktober atau awal November. Bertemakan penghapusan kejahilan. Upacara Ganga Snanam (mandi minyak) pada pagi raya -untuk hapuskan dosa. Thaipusam Penganutnya akan menunaikan pelbagai nazar kepada Dewa§ Murugan AGAMA KRISTIAN • Mazhab daripada kepercayaan Yahudi yang menerima Jesus daripada Nazaret sebagai messiah atau kristus. Jesus sebagai penyelamat orang Yahudi seperti yang dijanjikan dalam Kitab Perjanjian Lama. Doktrin Triniti atau Tritunggal sebagai ajaran utama. Percaya selepas berakhir kehidupan Jesus Christ didunia wujud tuhan kekal didunia dalam bentuk Roh Suci atau Roh Kudus yang terdiri dari tiga makhluk iaitu Bapa, Anak dan Roh Suci. Menganggap Jesus sebagai jelmaan tuhan. • Jesus meninggal dunia untuk selamatkan manusia dari dosa. Agama ini mengajar bahawa tuhan menurunkan anaknya, Jesus sebagai hamba pilihannya yang dinamakan al-Masih. Bertujuan menolong manusia melakukan tugas keagamaan. Kitab suci iaitu Bible mengandungi Kitab Perjanjian Lama atau Bible Ibrani dan perjanjian Baru. Kitab tersebut menyatakan: - riwayat hidup dan ajaran Jesus -peringkat awal perkembangan gereja - menerangkan pengertian kepercayaan mengikut Jesus • Amalan penting yang berlaku di Gereja 1) pembaptisan -meraikan kemasukan seseorang dalam Kristian 2) Eukaris -dikenali sebagai Perhimunan Suci atau Makan Malam Terakhir - sebagai majlis makan roti dan wine sebagai tanda perpaduan antara penganut Kristian dan Jesus. Pemimpin gereja yang paling berkuasa ialah bishop Rom yangv dinamakan Paus di Barat dan Patriach di Constantinople di timur • Perayaan Agama Kristian Krismas Easter Good Friday Pada Hari Perayaan: Penganut berkumpul di gereja untuk beribadat.

Soalan 2

Bincangkan bagaimana budaya setempat mempengaruhi amalan agama  masyarakat.
pengaruh agama Islam merupakan satu peringkat baru dalam perkembangan budaya masyarakat Palau’ khususnya dari aspek sosial. Ajaran Islam yang sederhana ini telah menjadi daya penarik kepada penduduk tempatan untuk mendalami agama ini. Pengaruh agama Islam dalam kelompok etnik masyarakat Palau’ telah mengubah hampir keseluruhan cara hidup mereka agar selari dengan ajaran Islam. Hal ini demikan kerana, setelah Islam mula menerjah masuk ke dalam masyarakat Palau’ sedikit demi sedikit amalan animisme terhakis dalam kehidupan mereka. Jadi, ini terbukti bahawa agama Islam telah mempengaruhi budaya setempat dalam kalangan masyarakat Palau’. Agama Islam bukan setakat membicarakan soal ketaatan kepada Tuhan semata-mata tetapi turut membawa kepelbagaian budaya yang selari dengan ajarannya seperti, seni bina bangunan, sistem pendidikan, sistem ekonomi dan sebagainya.

Comments

Chat