AHMAD FAIZ BIN MOHD AZHARUDDIN (AN 150063)
Dato Onn Jaafar adalah lagenda bangsa Melayu dan merupakan salah seorang tokoh yang sangat mahsyur dalam sejarah perjuangan kemerdekaan tanah air kita.Jasanya meniupkan semangat nasionalisme kepada orang Melayu tidak akan sesekali luput di ingatan dan masih segar terpahat di sanubari rakyat Malaysia.
Mantan Menteri Besar Johor ini merupakan pengasas dan yang di Pertua pertama UMNO,peneraju utama gerakan untuk menentang dan mengalahkan gagasan Malayan Union.Beliau juga merupakan pelopor dan pemangkin perpaduan dan kerjasama antara kaum di Malaysia.Laungan perjuangan HIDUP MELAYU yang dicetuskan oleh Dato Onn Jaafar tidak sekadar slogan tetapi terhimpun dengan perjuangan bangsa Melayu,membela kedudukan Raja-raja Melayu,agama,bahasa,kebudayaan,pendidikan,ekonomi dan hak-hak istimewa orang Melayu.Walaupun dalam sejarah menceritakan beliau keluar dari UMNO,pernah menubuhkan dua buah parti lain yang menjadi pembangkang dalam dewan perwakilan,tetapi jangan dilupa warisan perjuangannya menjadi teras yang menentukan arah hala tuju perjuangan bangsa Melayu.
Tujuan utama Dato Onn menubuhkan parti UMNO pada awalnya adalah untuk membela nasib orang Melayu pada ketika itu kerana pihak British terus mengabaikan kepentingan ekonomi orang Melayu dengan memberikan tumpuan lebih kepada ekonomi golongan bukan bumiputra iaitu cina dan india.Kemudian Dato Onn Jaafar ingin membuka keahlian kepada golongan bukan Melayu kerana beliau melihat daripada sudut perpaduan kaum itu amat penting sekiranya ingin merdeka dan bebas daripada cengkaman British tetapi cadangan beliau ditolak oleh semua ahli yang kebanyakannya orang Melayu kerana ketidaksediaan orang Melayu untuk menerima golongan bukan Melayu untuk menjadi ahli UMNO pada ketka itu.
Akhirnya Dato Onn Jaafar mengambil keputusan untuk keluar daripada parti UMNO kerana kecewa dan menubuhkan parti IMP dan parti Negara untuk meneruskan misi beliau dalam mempelbagai kaum dalam satu parti kerana beliau mempunyai visi yang jelas iaitu untuk menyatupadukan semua kaum dalam satu parti.