NURUL IMANINA AB KADIR's 9.A3 : AKTIVITI 3 - OpenLearning

Jawapan Esei


2 melibatkan tiga aspek penting iaitu guru, murid dan bahan. Jika dilihat dari aspek itu ianya juga sesuai diimplementasikan di kolej komuniti dimana: 1. Peranan seorang pensyarah adalah sebagai model kepada pelajar, oleh itu pensyarah perlu meningkatkan kemahiran dan kecekapan dalam berbahasa melayu supaya dapat menyampaikan pengajaran dengan bahasa yang bermutu, tepat menggunakan gaya dan laras yang betul. 2. Peranan pelajar pula adalah melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik kuliah dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa utama. Apabila pelajar dapat menggunakan bahasa Melayu dengan seluas-luasnya dalam percakapan dan pertuturan ini akan meningkatkan penampilan ilmu pengetahuan, nilai sahsiah diri dan mewujudkan suasana pembelajaran yang selesa. 3. Penggunaan bahan yang sesuai juga berkait rapat dengan pensyarah dan pelajar dimana bahan yang digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlulah menggunakan bahasa Melayu yang sesuai dengan modul pengajaran yang diajar. Melalui penubuhan kolej komuniti yang kini mempunyai 81 kolej komuniti di seluruh negara ianya mempunyai beberapa objektifnya untuk memastikan bahasa Melayu dapat digunakan sebagai pengantar utama sebagai modul pengajaran dan pembelajaran iaitu: 1. Menyediakan laluan alternatif kepada pelajar lepasan menengah dan pelajar yang tercicir daripada pendidikan formal untuk mengikuti latihan dan pengajian dalam bidang-bidang teknikal dan vokasional. 2. Menyediakan pendidikan seumur hidup kepada individu dan masyarakat setempat bagi meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat. 3. Memberi khidmat nasihat/kaunseling kepada masyarakat setempat bagi mempertingkatkan tahap pengetahuan dan perkembangan kerjaya mereka. Bagi memastikan kesinambungan kolej komuniti dalam menggunakan bahasa melayu adalah kerana pengambilan pelajar ke kolej komuniti hanyalah lulus bahasa melayu sebagai syarat utama. Jika dilihat disini pelajar yang memasuki ke kolej komuniti lebih mahir menggunakan bahasa melayu berbanding bahasa yang lain. Oleh itu, sekiranya bahasa melayu tidak digunakan dengan sepenuhnya di kolej komuniti maka pelajar yang tercicir ini akan terus tenggelam dalam pembelajaran dan matlamat untuk mempertingkatkan tahap pengetahuan dan perkembangan kerjaya juga akan musnah. Sewajarnya penggunaan bahasa melayu sebagai modul 3 pengajaran dan pembelajaran dapat digunakan sepenuhnya agar melahirkan modal insan yang bertaraf dunia dengan penggemblengan usaha yang berterusan dan bersepadu daripada sektor awam dan swasta. Menurut Penyata Razak (1956, perenggan 12) “..tujuan dasar pelajaran di dalam negeri ini ialah bermaksud hendak menyatukan budak-budak daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang besar, walaupun perkara ini tiada dapat dilaksanakan dengan serta-merta melainkan diperbuat dengan beransur.” Ia juga turut dihasratkan oleh mantan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad yang menyatakan pembinaan dan kemajuan bahasa Melayu akan memperkukuhkan perpaduan dan melahirkan bangsa Malaysia yang berjati diri yang beracuan Malaysia dan bukannya beracuan Barat atau Timur. Contohilah negara-negara lain yang masih teguh menjunjung dan menggunakan bahasa ibunda walaupun mempelajari bahasa lain seperti Jepun, Korea, China dan banyak lagi yang kini hebat dalam bidang teknologinya. 2. CABARAN Melalui bidang pendidikan, bahasa Melayu mampu merentangi segala cabaran untuk dinobatkan sebagai bahasa yang dapat diterima dan digunakan di peringkat dunia. Apabila penggunaan bahasa Melayu menjadi medium pengantaraan dalam pengajaran dan pembelajaran di kolej komuniti cabaran pensyarah adalah untuk memastikan pelajar-pelajarnya mampu berdaya saing, bertanggungjawab dan bijak serta dapat memartabatkan bangsa dan negara. Antara cabaran yang dihadapi oleh bahasa Melayu dalam sistem pendidikan sejak 56 tahun merdeka ialah:- 2.1Persaingannya dengan bahasa Inggeris iaitu apabila pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik/teknikal (PPSMI/PPSMTI) diperkenalkan. Sebagai akibatnya pengajaran sains, matematik dan teknikal sahaja menggunakan bahasa Inggeris. Ini menjadikan seolah-olah jurusan sains menjadi aliran Inggeris manakala jurusan sastera menjadi aliran Melayu. Namun begitu, bahasa Melayu masih lagi kekal menjadi bahasa pengantar dan bahasa rasmi akan tetapi peranannya sebagai bahasa ilmu dalam sains dan teknologi terbantut serta merta (Kamal Shukri, 2007).Sehinggalah Menteri Pelajaran ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan dasar PPSMI/PPSMTI dimansuhkan sepenuhnya pada 2012. Maka modul-modul pengajaran kolej komuniti yang digunakan ketika 4 itu bersifatdwibahasa ditukar sepenuhnya dalam bahasa Melayu.Penggunaan dwibahasa tersebut bagi membantu pelajar-pelajar kolej komuniti yang lemah dalam bahasa Inggeris memahami pembelajaran mereka dengan mudah. Tambahan pula mereka adalah pelajar yang tercicir daripada pendidikan formal. 2.2 Pelajar kolej komuniti menghadapi kesukaran untuk memahami istilah kejuruteraan yang kebanyakannya adalah dalam bahasa Inggeris. Malah, buku-buku rujukan luar untuk teknikal juga sukar didapati dalam bahasa Melayu. 2.3 Saingan terhadap pelajar lulusan kolej komuniti dalam menghadapi era pekerjaan. Lulusan kolej komuniti yang berasaskan bidang TVET ini lebih mahir berbahasa Melayu berbanding bahasa Inggeris. Anggapan dan pandangan masyarakat yang mengatakan jika disebut sahaja sains dan teknologi maka bahasa Inggerislah sebagai bahasa pengantarnya.Perkara ini perlulah ditangani dalam masyarakat kita. Walhal lihat sahaja negara maju seperti Perancis yang terkenal dengan bahasa French, Korea dengan bahasa Korea, Belanda dengan bahasa Dutch, Jepun dengan bahasa Nihongo, Denmark dengan bahasa Denmark, dan Sweden dengan bahasa Swedishnya. Negara-negara maju tersebut mampu mencipta serta menghasilkan pelbagai teknologi tinggi seperti kereta jenama dan telefon bimbit negara sendiri walaupun menggunakan bahasa ibunda mereka. sistem sekolah satu aliran pu;a merupakan satu wahana untuk membentuk identiti dan jati diri rakyat malaysia tanpa mengira kaum. Identiti dan jati diri setiap kaum di negara ini akan terus wujud sebagai kompenan yang penting yang mewarnai dan mewujudkan perpaduan sejati di malaysia. Melalui sekolah satu aliran, murid kaum lain masih berhak mempelajari bahasa ibunda masing-masing disamping membolehkan mereka memupuk dan mencapai matlamat perpaduan dan intergrasi nasional menerusi pendidikan. globalisasi dan liberalisasi memberi impak positif dalam pendidikan seperti meletakkan profesion perguruan sebagai profesion terpenting., kemahiran ict, ,meluaskan program pensiswazahan guru,, meluaskan pengetahuan guru bersifat global dan sebagainya

Comments

Chat