na'im's 7.A1 : Perbincangan 1 - OpenLearning

Soalan 1

Bincangkan perbezaan antara agama dan penganutnya. Misalnya, antara Hindu dan Hinduisme, Muslim dan Islam, dan sebagainya.
Islam telah meletakkan satu prinsip dan peraturan agama yang penting iaitu kewajipan yang jelas berbeza daripada amalan golongan bukan Islam baik daripada segi kepercayaan, cara ibadat mahupun budaya hidup. Asas bagi prinsip ini terkandung dalam banyak nas-nas dalam al-Quran dan al-Hadis. Dalam surah al-Jaathiah ayat 18, Allah swt telah memberitahu orang Islam bahawa mereka telah diberi syariat yang tersendiri. Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat (peraturan) dari urusan (agama itu), maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui. Melalui ayat ini, Allah swt sendiri telah menyeru orang Islam supaya mengikut syariat yang disediakan oleh Allah swt melalui Nabi Muhammad saw dan tidak sesekali meniru atau mencampur-adukkan dengan syariat dan peraturan agama umat terdahulu. Umat Islam mempunyai peraturan yang cukup berbeza berbanding Umat Yahudi dan Kristian. Hikmah daripada syariat yang Allah swt sediakan khusus kepada umat Islam adalah untuk mengelakkan golongan Yahudi dan Kristian mempunyai alasan untuk terus merosakkan kepercayaan umat Islam pada waktu itu mahupun pada masa kini. Sejarah sendiri mencatatkan bagaimana perisitiwa orang Yahudi mengeji Rasulullah saw kerana mengadap kiblat ke arah Baitul Maqdis ketika mengerjakan solat yang mana turut menjadi kiblat mereka. Sedangkan, ia sebenarnya adalah perintah Allah swt. Berkat kesabaran dan doa Rasulullah saw, maka turunlah ayat untuk mengubah arah kiblat daripada Baitul Maqdis ke Baitul Haram iaitu Kaabah. Masjid Kiblatain menjadi saksi kepada peristiwa tersebut. Sesungguhnya, peraturan dasar dalam ajaran Islam benar-benar tidak dipengaruhi oleh mana-mana agama terdahulu samaada Yahudi, Kristian, Majusi mahupun Paganisme sepertimana yang sering diperkatakan oleh pakar-pakar orientalis barat. Namun, sebagai salah satu agama samawi, Islam tidak boleh lari daripada mengungkap berkenaan tauhid(monotheisme) sepertimana ajaran-ajaran agama samawi yang lain. Jesteru itu, di bawah adalah beberapa perbezaan ketara antara Penganut Islam dan Bukan Islam yang mana menjadi sempadan jelas antara dua golongan ini: Larangan Rasulullah saw terhadap umatnya daripada menggunakan loceng sebagai seruan solat pada zaman awal Islam kerana ia menyerupai cara puak Yahudi dan Kristian. Seruan Azan akhirnya digunakan oleh Rasulullah saw berdasarkan mimpi yang dialami oleh salah seorang sahabat baginda.(Shahih Sunan Abi Dawud, no. 498) Larangan Rasulullah saw daripada mengerjakan solat pada waktu matahari terbit dan waktu ia sedang terbenam kerana ia adalah waktu sujud golongan penyembah matahari.(Shahih Muslim, no. 832) Larangan Rasulullah saw daripada menjadikan perkuburan para Anbiya’ dan Shalihin sebagai tempat ibadat kerana yang demikian itu adalah amalan golongan Yahudi dan Kristian.(Shahih Muslim, no. 530-532) Larangan Rasulullah saw daripada bersolat berbungkus sehelai kain tanpa mengilasnya di tempat kilasan kerana yang demikian itu adalah perbuatan golongan Yahudi.(Shahih Sunan Abi Dawud, no.635) Suruhan Rasulullah saw untuk memakai selipar atau khuf(yang terjamin sucinya) ketika melaksanakan ibadat solat adalah kerana golongan Yahudi tidak mengharuskannya. (Shahih Sunan Abi Dawud, no.652) Larangan Rasulullah saw daripada duduk bertongkat dengan tangan kiri dalam solat kerana yang demikian itu adalah cara duduk puak Yahudi.(Mustadrak al-Hakim, lihat: Jilbab al-Mar’ah,hal:175) Peringatan Rasulullah saw terhadap umatnya supaya bersahur apabila berpuasa kerana golongan Ahli Kitab berpuasa tanpa bersahur.(Shahih Muslim no.1096) Saranan Rasulullah saw terhadap umatnya supaya menyegerakan berbuka puasa kerana golongan Ahli Kitab melewatkannya.(Musnad Ahmad) Saranan Rasulullah saw supaya umatnya berpuasa Asyura(10 Muharram) iaitu sebanyak dua hari, hari ke-9 dan hari ke-10 kerana golongan Ahli Kitab berpuasa hanya pada hari ke-10 sahaja.(Shahih Muslim no.1134) Saranan Rasulullah saw supaya jemaah haji bergerak daripada Mudzalifah ke Mina sebelum terbit matahari kerana golongan Musyrikin lazimnya bergerak selepas matahari terbit sehingga sinarnya melepasi puncak Bukit Thubair di Mekah.(Shahih Bukhari no. 3626)

Soalan 2

Bincangkan bagaimana budaya setempat mempengaruhi amalan agama  masyarakat.
3.1 Pengaruh Media Massa 3.1.1 Definisi Media Massa Selaras dengan perkembangan pembangunan negara, media massa memainkan peranan penting didalam kehidupan seharian masyarakat Islam pada masa kini terutamanya di dalam pembangunan sesebuah negara dan berupaya mempengaruhi perilaku manusia (dari pelbagai aspek dan sudut) terutamanya di negara yang sedang pesat membangun. Media massa dijadikan sebagai satu medium untuk berkomunikasi diantara satu sama lain didalam menyalurkan pelbagai informasi agar saling mempengaruhi diantara satu sama lain. Media juga merupakan satu alat yang mampu merangsang dan mempengaruhi sikap serta tingkah laku individu atau masyarakat di dalam semua aspek kehidupan. Ianya berperanan di dalam membina identiti bangsa dan budaya untuk pembangunan secara keseluruhannya. Media massa terbahagi kepada dua iaitu media cetak (seperti surat khabar dan majalah) dan media elektronik (radio, televisyen). Media cetak dan media elektronik inilah yang memainkan peranan penting di dalam mencorak kehidupan manusia (seperti cara bersosial, pemikiran dan tingkah laku) manusia di pelbagai peringkat umur. Tanpa media massa, sesebuah negara itu akan menjadi pekak dan buta ekoran daripada tidak dapat mengikuti perkembangan terkini dari dalam dan luar negara. Pembangunan sesuatu negara itu turut bergantung kepada media samaada secara langsung mahupun tidak langsung. 3.1.2 Pengaruh Media Elektronik – Pengaplikasian / Peniruan Hasil Penontonan Rancangan- Rancangan Di Televisyen Saban hari kita menonton televisyen. Televisyen sudah menjadi alat siaran yang amat popular dan penting. Hampir semua rumah di negara kita mempunyai televisyen.kita bukan sahaja mempunyai enam saluran yang tidak perlu dibayar seperti tv1, tv2, tv3, ntv7, tv8 dan tv9, malah kita mempunyai saluran televisyen berbayar seperti Astro dan Unifi. Sebagai contoh, kesan daripada kita menonton televisyen menyebabkan jenayah meningkat, masyarakat kita semakin hilang nilai-nilai budaya yang baik, kanak-kanak disogokkan dengan pelbagai rancagan kartun yang kadangkala mempamerkan keganasan dan pelbagai iklan dan rancangan-rancangan yang boleh meruntuhkan nilai-nilai murni masyarakat Islam dan meruntuhkan akidah mereka. Ekoran daripada sentiasa didedahkan dengan pelbagai maklumat dan gambaran tentang isu keganasan, maka akan wujudlah segelintir masyarakat daripada golongan-golongan tertentu yang tidak berfikir secara rasional, akan menjadikan apa yang mereka lihat itu sebagai satu sumber ilham atau sumber idea untuk dijadikan sebagai satu realiti di dalam kehidupan seharian mereka di dalam melakukan keganasan seperti merompak, membunuh, merogol dan mencuri. Hal inilah yang akan membawa kepada peningkatan kes keganasan ekoran daripada pengalaman penontonan mereka. Kesan daripada penanaman perasaan takut akibat penontonan program yang mengandungi unsur-unsur keganasan dalam televisyen telah mewujudkan fenomena hilangnya kepercayaan masyarakat terhadap persekitaran. Manusia di dunia ini akan saling tidak percaya mempercayai di antara satu sama lain ekoran terlalu takut berlakunya keganasan seperti apa yang telah mereka tontoni di dalam televisyen. Oleh hal yang sedemikian, perasaan takut akibat terdorong oleh keganasan yang dipaparkan di kaca televisyen ini telah menghakis nilai semangat bermasyarakat (seperti tolong-menolong, bekerjasama, saling memahami, bantu-membantu dan berkasih sayang) di dunia ini. 3.1.3 Pengaruh Media Elektronik - Pengaruh Muzik (Radio) Pengaruh media masa melalui radio juga amat besar ke atas generasi muda terutamanya golongan remaja dan pelajar. Kewujudan bahan-bahan dengan nilai moral negatif di dalam lagu-lagu telah membawa masalah serius kepada perkembangan remaja masa kini. Terdapat lirik-lirik di dalam lagu yang dinyanyikan oleh artis-artis barat mahupun tempatan secara tidak disedari boleh memesongkan akidah seseorang individu yang menyanyikan lagu tersebut tanpa mereka sedari. Hal ini adalah ekoran daripada kurangnya pemantauan, bimbingan dan kawalan daripada pihak yang sewajarnya. Ianya boleh menyumbang kepada keruntuhan akidah individu tersebut. Sebagai contoh, remaja kini gemar mendengar radio untuk mengisi masa lapang mereka. Terdapat pelbagai siaran radio yang boleh mereka dengari seperti Hit f.m, Fly f.m, Era f.m, Sinar f.m, Muzik f.m dan sebagainya. Diantara muzik-muzik ataupun lagu-lagu yang di putarkan di radio pada masa kini adalah seperti Hip Hop, Blues, Pop Rock, Heavy Metal dan Rap. Remaja yang terlalu tabsub mendengarnya akan mengaplikasikan muzik tersebut di dalam hidup mereka. Hal ini termasuklah penghayatan kepada lirik-lirk lagu tersebut yang cenderung kea rah negatif seperti penggunaan ayat “ bawa aku pergi, tolong jangan bilang sama mama dan papa” di dalam sebuah lagu artis tempatan boleh salah ditafsirkan oleh remaja itu dalam pelbagai sudut. Lirik tersebut seolah-olah menggalakkan remaja membuat perkara yang tidak sepatutnya seperti lari dari rumah dan mengetepikan ibu bapa mereka sedangkan di dalam Islam kita perlu mengutamakan ibu bapa kita dan menyayangi mereka sebagaimana ibu bapa menyayangi diri kita sewaktu kecil. Oleh kerana terlalu taksub dan leka mempelajari lagu-lagu mahupun muzik baru, maka mereka terlupa akan tuntutan agama mereka untuk mempelajari al-Quran. Mereka akan menghindarkan diri mereka daripada membaca al-Quran mahupun mendengarnya. Mereka tidak akan mempersiapkan diri mereka untuk belajar membaca al-Quran daripada individu yang pakar dalam bidang agama. Hal ini menyebabkan mereka semakin jauh dari masyarakat dan membiarkan diri mereka di dalam dunia yang mereka cipta sendiri. Maka tidak wujudlah sikap berkenal-kenalan dan tolong menolong dan kerjasama dengan individu masyarakat yang lain. 3.1.4 Pengaruh Media Cetak – Majalah Hiburan Masalah ini bertambah rumit dan sukar apabila dengan kewujudan majalah-majalah hiburan dari dalam dan luar negara yang lebih banyak memfokuskan kepada berita dan artis yang bertentangan dengan nilai agama Islam dan budaya timur. Kebanyakkan gambar artis tersebut bergambar dengan tidak menutup aurat. Penyebaran bahan-bahan ini secara berleluasa telah menyalahi etika yang sedia ada di mana Islam menggalakkan berkenal-kenalan tetapi di dalam landasan yang betul dan sebagaimana yang telah di tetapkan. Hasilnya maka wujudlah masalah berkomunikasi di antara individu terbabit dengan masyarakat setempat. 3.2 Kurang Didikan Agama Dan Kurang Penekanan Nilai-Nilai Murni Didikan agama dan nilai - nilai murni adalah sangat penting dan perlu di terapkan dalam setiap individu bagi mengelakkan diri masing - masing daripada melakukan aktiviti atau gejala yang tidak bermoral. Dewasa ini, didikan agaman dan nilai - nilai murni semakin kurang di terapkan dan di praktikkan oleh golongan masyarakat tidak mengira bangsa mahu pun agama. Secara umumnya, dalam setiap agama mahupun etnik, terutamanya masyarakat yang beragama Islam, didikan agama dan nilai - nilai murni merupakan salah satu elemen yang perlu di terapkan di dalam diri setiap individu. Terdapat beberapa faktor yang telah menyebabkan kurangnya didikan agama dan penerapan nilai-nilai murni. Diantaranya ialah : 3.2.1. Kurang Pendedahan Dan Perhatian Daripada Ibu Dan Bapa. Seperti yang telah kita sedia ketahui, seiring dengan pembangunan masa kini, kebanyakan ibu bapa sibuk mengutamakan kerjaya mereka berbanding dengan meluangkan masa bersama-sama keluarga mereka. Hal ini dilakukan adalah untuk memenuhi keperluan anak - anak mereka di dalam kontek duniawi sahaja seperti mengumpul harta dengan alasan untuk kesenangan anak - anak apabila mereka sudah tiada kelak. Aset - aset seperti harta benda di lihat sebagai aspek penting untuk kehidupan anak - anak mereka di masa hadapan sehinggakan mereka terlupa untuk menerapkan nilai - nilai murni serta pendidikan agama di dalam diri anak mereka. Apabila ibu bapa terlalu sibuk mencari harta dunia, maka masa untuk bersama anak - anak menjadi berkurangan. Ibu bapa tidak akan pernah ada masa untuk solat berjemaah bersama anak-anak mereka. Malah mereka juga tidak mempunyai masa untuk makan bersama dengan anak-anak mereka. Selain itu juga, apabila ibu bapa terlalu sibuk, ada di antara mereka terlupa untuk menghantar anak-anak mereka ke institusi sepatutnya untuk menambahkan pengetahuan anak mereka tentang agama Islam seperti menghantar anak mereka ke sekolah agama. Hal ini menyebabkan tiada wujudnya hubungan komunikasi dua hala diantara ahli keluarga. Maka wujudlah sikap mementingkan diri sendiri, anak-anak mereka tidak menghormati ibu bapa mereka dan tiada wujudnya perhubungan atas dasar kasih sayang. Ekoran daripada itu, maka tidak sejahteralah keluarga tersebut kesan daripada kepincangan yang berlaku. 3.2.2 Pengaruh Rakan Sebaya Remaja ialah satu tahap di mana mereka gemar bercampur dan bergaul antara satu sama lain. Dengan kesibukan ibu bapa dan kurangnya perhatian, mereka akan lebih cenderung untuk beralih arah kepada rakan-rakan sebaya mereka sebagai pengganti kepada kedua ibu bapa mereka. Mereka akan lebih mudah meluahkan apa sahaja yang mereka rasakan dan alami berbanding dengan ibu bapa mereka. Oleh yang demikian, hal ini menyebabkan mereka mudah terpengaruh dengan sikap dan tingkah laku rakan-rakan mereka terutamanya kearah keburukan kerena sudah menjadi naluri seorang remaja untuk mencuba sesuatu yang baru walaupun ianya mendatangkan keburukan. Rakan - rakan yang di cari biasanya daripada golongan yang sama dengan mereka sebagai contoh, remaja yang kurang di beri perhatian oleh ibu bapa, di beri kebebasan yang tiada had dan sebagainya. Golongan seumpama ini biasanya suka melakukan aktiviti yang kurang sihat kerana tiada atau kurangnya didikan agama dan nilai - nilai murni dalam diri. Sebagai contoh, percakapan sesama sendiri. Remaja zaman kini mempunyai cara pertuturan tersendiri dimana mereka lebih gemar mencampur adukkan bahasa ibunda mereka dengan bahasa asing dan seringkali menggunakan bahasa yang agak kesat. Sudah menjadi kebiasaan dimana mereka menggunakan bahasa yang mengetepikan adat - adat kesopanan dan budi bahasa. Oleh kerana terbiasa menggunakan pertuturan sedemikian maka, perilaku itu telah di jadikan sebagai ikutan dan amalan di dalam kehidupan seharian. Selain itu, pengaruh melepak di kelab - kelab malam juga menjadi tabiat dan hobi anak - anak muda zaman sekarang. Hal ini adalah ekoran daripada ibu bapa yang tidak menghiraukan atau terlalu memberi kebebasan kepada anak - anak mereka untuk keluar sesuka hati tanpa mengira masa. Hal ini juga adalah disebabkan oleh kesibukan ibu bapa di dalam mengejar harta dan terlalu sibuk bekerja sehinggakan tiada masa untuk memantau anak - anak mereka. Ekoran daripada itu, ianya menyebabkan anak - anak mereka bergaul dengan remaja yang tidak bermoral dan turut serta melakukan aktiviti tidak bermoral yang sememangnya bertentangan dengan ajaran Islam. 3.2.3 Islam Atas Dasar Nama – Islam Sekular Sikap yang tidak ambil peduli mengenai hukum hakam Islam juga menjadi faktor penyumbang. Di sekolah dan institusi - institusi pengajian ada memndedahkan mengenai agama Islam dan aspek nilai - nilai murni, tetapi dek kerana sikap individu itu sendiri yang tidak mahu mengambil peduli menyebabkan masalah ini semakin menular. Sebagai contoh, dalam subjek mata pelajaran agama Islam ada menekankan aspek menutup aurat adalah wajib dalam agama Islam, namun begitu cuba kita lihat, anak - anak muda zaman sekarang yang kebanyakannya beragama Islam tanpa segan silu mendedahkan aurat masing - masing walaupun dia sendiri tahu dan sedar bahawa membuka aurat itu adalah haram. Ibu bapa pula tidak pernah menegur cara pemakaian anak - anak dan secara tidak langsung sikap tidak ambil peduli semakin menebal dalm diri anak - anak. Cara pemakaian yang lebih kepada budaya barat langsung tidak menunjukkan ciri - ciri wanita timur dan Islam menjadi fesyen kepada anak - anak muda zaman sekarang. Islam sekular boleh di definisikan sebagai seorang yang beragama Islam itu telah memisahkan urusan duniawinya daripada agamanya. Agama Islam itu hanya digunakan untuk mengatur hubungan peribadinya dengan Tuhan, sedangkan hubungan sesama manusia diatur hanya dengan berdasarkan kesepakatan sosial. Masyarakat Islam pada masa kini lebih cenderung mengamalkan gaya hidup sekular atau dalam istilah lainnya mengamalkan cara hidup barat dan tidak berlandaskan agama Islam. Mereka lebih gemar menyingkirkan agama Islam daripada mempraktikkannya di dalam kehidupan seharian mereka ekoran daripada terlalu taksub menurutkan kata-katahawa nafsu jahat yang dipengaruhi oleh hasutan syaitan dan tidak bertitik noktah kesesatannya. Di dalam apa jua perkara yang mereka lakukan, mereka tidak membawa bersama mereka agama Islam tersebut termasuklah di dalam aktiviti politik, sosial dan ekonomi. Segala apa yang mereka lakukan berlandaskan nafsu semata tanpa memikirkan kesan ekoran daripada perbuatan mereka. Masyarakat Islam sekular boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu majoritinya adalah berasal daripada Islam keturunan di mana mereka dilahirkan oleh ibu bapa mereka yang beragama Islam tetapi mereka tidak mengamalkan cara hidup Islam. Dalam kata lainnya, Islam hanya pada nama. Manakala minoritinya adalah daripada kalangan orang kafir yang mendapat hidayah untuk memeluk agama Islam. Apabila mereka berkahwin, mereka terpaksa mengikut ajaran Islam tetapi apabila mereka berpolitik dan bersosial mereka menyingkirkan Islam. Ekoran daripada fenomena ini maka muncullah politik sekular dan sosial sekular dimana mereka menghalalkan yang haram buat mereka selagi mana ianya mendatangkan faedah buat mereka. Sebagai contoh: isu solat tidak boleh di tegur kerana itu adalah termaktub sebagai isu peribadi. Ini bermakna, sekiranya mereka tidak menunaikan solat, masyarakat lain tidak boleh mempersoalkannya. Salah satu alasan yang bakal mereka berikan adalah kekangan waktu bekerja yakni urusan duniawi semata-mata sedangkan solat itu adalah tiang agama dan telah menjadi salah satu tuntutan yang wajib kita laksanakan di dalam beragama. Hal ini juga berlaku didalam aktiviti sosial masyarakat Islam dan sekular dimana pergaulan di antara lelaki dan perempuan tidak ada batasannya. Mereka mengamalkan bersekedudukan diantara lelaki dan perempuan tanpa ikatan yang sah di sisi agama. Mereka tidak suka menutup aurat dan lebih suka mendedahkan tubuh mereka dengan berpakain seksi dan mengiurkan. Maka terhasillah anak-anak daripada hubungan terlarang iaitu melalui zina dan juga ekoran daripada kes jenayah sosial iaitu rogol. Anak-anak hasil seks bebas ini digugurkan sesuka hati seperti tiada nyawa yang perlu dihargai. Ada di antaranya dibunuh sejurus selepas di lahirkan dengan niat untuk menutup malu mereka dari pandangan masyarakat umum. Zuriat yang terhasil daripada benih-benih yang haram ini akhirnya berkembang dari hari ke hari sehingga mencapai angka yang kita sendiri tidak menjangkakan. Masyarakat islam sekular ini juga sanggup memeluk agama lain seperti Kristian,Hindu dan lain-lain kerana jatuh cinta kepada lelaki kafir. Fenomena isteri dan suami berlaku curang juga semakin hebat diperkatakan tetapi tidak pernah diketengahkan. Isteri yang berfahaman Islam sekular ini lebih rela membenarkan suaminya menyimpan perempuan simpanan daripada membenarkan suaminya berpoligami kerana bagi mereka bermadu itu adalah pahit. Mereka juga minum arak, berjudi, menagih, mengedar dadah dan seringkali mempermainkan agama Islam. Mereka lebih cenderung bersikap assabiyyah iaitu bersifat perkauman yang sempit seperti wujudnya kumpulan black metal, hip hop, mat rempit, punk dan sebagainya yang mana ianya boleh menyesatkan akidah dan akhlak mereka. Saban hari mereka sentiasa terus menerus melakukan dosa dan bergelumbang di dalam dosa. Kebanyakan daripada masyarakat Islam sekular ini lebih gemar mengamalkan gaya hidup orang bukan islam atau lebih cenderung kearah budaya barat. Mereka lebih gemar meniru dan mengikuti perkembangan dunia fesyen dari barat sedangkan masyarakat barat tidak pernah menggemari pemakain masyarakat Islam. Malah pemakaian masyarakat Islam di anggap kolot pada pandangan mata barat.

Comments

Chat