Soalan 1
Isu Murtad dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia.GEJALA murtad di kalangan orang Islam negara ini sudah sampai ke tahap kritikal. Bilangan kes orang yang dilahirkan Melayu-Islam yang mohon tukar nama asal serta saudara baru yang tidak mengamalkan cara hidup Islam atau mahu balik ke agama asal meningkat tahun demi tahun. Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria menggemparkan seluruh negara apabila menyebut bilangan mereka yang murtad mencapai hampir suku juta. Semasa pendedahan ini dibuat pada tahun 2008 dulu, ramai yang tidak percaya. Ada juga yang mempersenda, kononnya beliau menyebut angka macam membilang jari saja. Hakikat semakin ramai orang Islam yang terpesong sangat menakutkan. Bekas Mufti Kuala Lumpur Ustaz Shaari Bustamah pernah memaklumkan bahawa bilangan murtad di ibu kota sehingga Julai 1997 ialah 3,000 orang. Kajian di Jabatan Statistik menunjukkan terdapat 4,776 permohonan pada tahun 1989 sahaja. Mengikut rekod Mahkamah Syariah, seramai 863 kes telah dirujuk kepadanya antara tahun 2000 hingga 2010 bagi tujuan menukar status agama Islam. Daripada bilangan ini, 168 kes telah diluluskan. Kajian lain menunjukkan bahawa 519 permohonan menukar nama Islam kepada bukan Islam dihantar kepada Jabatan Pendaftaran Negara antara 1994 dan 1997, yang mana 48 peratus permohonan diluluskan. Portal bebas Malaysiakini melaporkan bahawa 686 permohonan tukar status agama telah dirujuk kepada pihak Mahkamah Syariah dan daripada itu, 135 kes diluluskan. Paling banyak ialah di Sabah (238 permohonan; 67 diluluskan), Negeri Sembilan (172; 33), Selangor (99), Wilayah Persekutuan (56;10), Perak (47;12) dan Pulau Pinang (36;1), diikuti Melaka (12:3), Pahang (8;7), Johor (8), Kedah (5;1), Perlis (3;1), manakala Sarawak dan Kelantan masing-masing 1 permohonan. Walaupun bilangan kes berbeza-besa mengikut sumber, yang jelasnya ia kian meningkat. Beberapa siri Program Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) telah diadakan bagi menzahirkan kebimbangan ini serta sokongan umat Islam terhadap gerakan membasmi kemurtadanan dikalangan orang Islam. Setakat ini, HIMPUN telah diadakan di Shah Alam, Selangor; Kuala Kangsar, Perak dan Paroi, Negeri Sembilan. Seterusnya, HIMPUN akan diadakan di Pulau Pinang pada 28 Januari 2012. Pengerusi HIMPUN, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, bilangan kes permohohan dan kelulusan murtad menggambarkan ianya satu isu besar dan serius yang perlu diberi perhatian dan ditangani semua pihak. Menurutnya, sebahagian besar permohonan diterima untuk keluar Islam terdiri daripada golongan saudara baru. Usaha sedang dilakukan untuk mengemaskini maklumat agar mendapat gambaran yang lebih jelas mengenai gejala ini dikalangan saudara baru. Manakala dikalangan orang Melayu asal, gejala murtad banyak dikalangan golongan remaja lingkungan umur 20an. Menurutnya lagi, antara faktor berlakunya gejala murtad ialah masalah kemiskinan, kesempitan hidup dan juga kurang ilmu mengenai Islam. Daripada pemerhatian dan pengalaman, didapati bahawa selain lemah pegangan agama serta jahil mengenai hukum hakam dan akidah, golongan terbabit mudah terpengaruh dengan agama lain. Faktor perkahwinan juga boleh mendorong seseorang Islam menjadi murtad. Inilah yang diperolehi daripada siasatan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas 12 orang Islam yang diselamatkan di Gereja Methodist Damansara Utama pada Ogos tahun lalu.
Soalan 2
Isu Hak Penjagaan Anak Bagi Pasangan Yang Salah Seorang daripada Mereka Memeluk Islam.Jawatankuasa Fatwa Perlis mengeluarkan fatwa yang menyatakan hak penjagaan anak diserahkan kepada pasangan yang lebih layak tanpa mengira agama mereka. Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata jawatankuasa tersebut mendapati adalah tidak adil untuk menentukan hak penjagaan anak semata-mata berdasarkan agama ibu bapa kerana keseluruhan kebajikan dan kepentingan kanak-kanak itu menjadi keutamaan. Katanya, fatwa tersebut boleh memberi isyarat kepada titik perubahan dalam kes hak penjagaan anak dibicarakan di Mahkamah Syariah terutama kes membabitkan ibu bapa apabila mereka memeluk agama Islam. "Keseluruhan kebajikan kanak-kanak termasuk keperluan fizikal, moral dan emosi mereka. Ibu bapa yang lebih berkemampuan menyediakan keperluan ini perlu mendapat hak penjagaan sama ada mereka Islam atau tidak," kata Dr Mohd Asri kepada The Star. Beliau berkata mahkamah perlu mengadili pasangan yang lebih sesuai dengan mengkaji latar belakang dan corak kehidupan mereka selain mengambil kira pilihan kanak-kanak. "Jika kedua-dua pasangan mampu menjaga kanak-kanak itu, maka kanak-kanak berhak memilih untuk tinggal bersama ibu atau bapa mereka," katanya. Dibawah perintah ini, pasangan yang beragama Islam masih wajib untuk memperkenalkan agama itu kepada anak-anak sama ada mereka mendapat hak penjagaan atau tidak. Namun, Dr Mohd Asri berkata agama tidak boleh dipaksa ke atas mereka. Jawatankuasa Fatwa itu juga memutuskan bahawa hak penjagaan perlu diberikan secara automatik kepada ibu sekiranya masih menyusukan anak tersebut. "Jika kanak-kanak itu tidak lagi menyusu badan dan belum matang, maka hak penjagaan perlu diberikan kepada pasangan yang lebih layak atau seseorang yang rapat dengan kanak-kanak itu," kata Dr Mohd Asri. Fatwa terbaharu itu, katanya, merupakan perubahan dalam amalan semasa dalam Mahkamah Syariah dimana agama merupakan faktor utama dalam menentukan pertikaian dalam hak penjagaan anak. "Kes yang sering berlaku pada hari ini adalah kedua-dua pasangan bukan Islam dan apabila salah seorang daripada mereka memeluk agama Islam. Jika dibicarakan di Mahkamah Syariah, maka hak penjagaan diberikan kepada pasangan yang beragama Islam. "Ini sebenarnya tidak tepat, kerana tidak ada asas bagi keputusan tersebut sama ada dalam al-Quran atau hadis," katanya. Fatwa yang diluluskan Majlis Agama Islam Perlis (Maips) itu baru-baru ini juga menjadi panduan umum kepada pasangan beragama Islam yang sering rasa bersalah kerana menyerahkan hak penjagaan anak kepada pasangan bukan Islam. "Kami mengeluarkan fatwa ini untuk memaklumkan mereka bahawa bukan menjadi satu dosa apabila memberikan hak penjagaan kepada pasangan bukan Islam terutama jika individu itu lebih berkemampuan untuk menjaga kanak-kanak itu," katanya.
Soalan 3
Isu Penurunan Salib di Kampung Medan.Kisah Taman Medan: Meletak rasional di tempatnya SECARA peribadi, saya kurang bersetuju dengan tindakan segelintir penduduk Taman Medan yang berkumpul di hadapan sebuah unit rumah kedai untuk meminta pihak gereja menurunkan salib besar yang terpampang di luar premis. Pada saya, perkara ini mungkin boleh diselesaikan dengan cara lebih baik iaitu dengan bertemu sendiri Pastor yang mengendalikan tempat tersebut dan meminta supaya dia menurunkan salib ataupun penduduk melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa tempatan (PBT). Bagaimanapun, reaksi masyarakat terhadap perkara yang telah terjadi juga adalah sangat mengecewakan. Penduduk yang berkumpul terus dihukum sebagai ekstremis dan pelampau agama, tanpa mengetahui punca sebenar perkara tersebut terjadi. Masalah akar kepada insiden berkenaan ialah kewujudan gereja itu sendiri, yang tidak mengikut undang-undang yang ditetapkan oleh PBT. Gereja tersebut merupakan unit rumah kedai yang tidak mempunyai permit untuk beroperasi sebagai rumah ibadat. Mana-mana lot kedai yang hendak ditukar kepada tempat ibadat atau pusat meditasi mesti mematuhi Seksyen 70 (12) Akta 133 dan permohonan bertulis dengan aktiviti dinyatakan hendaklah dikemukakan untuk kelulusan. Jika ingin mendirikan masjid sekalipun memerlukan kelulusan pihak berkuasa. Malah, tanda salib itu juga telah dipasang tanpa permit, kerana undang-undang telah jelas bahawa semua tempat ibadat yang ingin memaparkan logo atau simbol pada bangunan mesti mempunyai permit majlis yang merupakan PBT, tidak kiralah sama ada salib, tugu Buddha, patung agama Hindu dan sebagainya. Satu fakta yang mungkin majoriti masyarakat terlepas pandang ialah penduduk kawasan tersebut terdiri daripada 90 peratus orang Islam. Malah, penduduk Taman Medan bukanlah tidak membenarkan penganut agama lain untuk beribadat, tetapi mereka hanya meminta supaya simbol tidak perlu dipaparkan secara terang-terangan di tempat awam, walaupun kewujudan gereja itu sendiri boleh dipertikaikan. Ini mungkin kerana faktor sensitiviti masyarakat setempat dan sebagai orang yang tidak tinggal di kawasan tersebut, kita haruslah menghormati hak mereka juga. Jika kita memaksa pandangan kita terhadap penduduk di situ, maka kitalah sebenarnya yang tidak mempunyai toleransi dalam hidup bermasyarakat. Pada masa yang sama juga, pembinaan masjid di Moyog, Penampang, Sabah juga ditentang oleh masyarakat setempat atas alasan penduduk di situ terdiri daripada majoriti Kristian. Tetapi berita begini tidak mendapat tempat di media-media liberal dan alternatif pula. Inilah hipokrasi yang jelas dan nyata yang ditunjukkan sebahagian media liberal di negara kita. Sebagai umat Islam, kita diajar untuk menghormati penganut agama lain. Kita juga diajar untuk menyelidik berita terlebih dahulu, terutama jika berita tersebut datang daripada orang-orang fasik, seperti media liberal Malaysiakini, The Malaysian Insider dan FMT yang akan mengambil apa sahaja peluang untuk memburukkan imej orang Islam. Tindakan segelintir ‘public figure’ seperti Menteri Besar Selangor dan seorang artis hijrah juga tidak banyak membantu meredakan keadaan. Tidak perlulah kita sibuk menghentam orang semata-mata mahu nampak hebat dan ‘open’ di media sosial. Muhammad Farhan Nasri Hamdan *** NILAILAH DENGAN KERANGKA SYARAK: Sekarang ni, isunya secara mudah begini: 1) Malaysia tak larang penganur agama lain nak bina gereja, kuil atau tokong. Bahkan banyak je kat Malaysia. Tak di sekat pun. CUMA, Kebenaran untuk membina rumah ibadah seperti gereja dan kuil ini adalah ketat. Ada akta yang mengawalnya. Data menunjukkan kadar penganut agama dan skala/jumlah rumah ibadah yang dibina adalah tidak munasabah. Tindakan boleh diambil terhadap pihak yang melanggar syarat ditetapkan mengikut peruntukan Seksyen 128 dan Seksyen 129 Kanun Tanah Negara 1962 (Akta 56), Seksyen 20 dan Seksyen 26 Akta Jabatan Perancang Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) dan Seksyen 70(12) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1975 (Akta 133)," Ini tidak bermakna penganut agama lain tidak boleh membina rumah ibadat cuma mereka perlu melakukan permohonan melalui Jawatankuasa Rumah Ibadat Bukan Islam terlebih dulu untuk mendapatkan kelulusan dan dinilai oleh Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan negeri. 2) DAN, gereja tu di bina secara HARAM dan tiada permit. Boleh rujuk di sini:http://www.ismaweb.net/2015/04/gereja-haram/ 3) Seterusnya, dalam FIQH KENEGARAAN, ulama'-ulama islam telah berbincang tentang isu "boleh tak di sebuah negara islam, agama lain mengangkat syiar mereka seperti jual arak terang-terang, jual babi terang-terang dan angkat salib terang-terang. Maka, ini adalah pendapat ulama': "Mereka tidak dilarang sama sekali untuk menunjukkan secara terang-terangan penjualan babi dan arak serta tanda lambang salib dan membunyikan loceng gereja pada sebuah kampung yang tiada padanya penduduk Muslim. Adapun pada sebuah perkampungan Islam, maka dilarang sama sekali mereka mengangkat tanda lambang salib atau mempamerkan berhala mereka pada kerayaan mereka". ( Kitab "بدائع الصانع في الترتيب الشرعي, tulisan Imam Al-Kasani) "Tiada masalah bagi orang bukan Islam untuk mengekalkan tempat ibadat mereka yang lama, bahkan mereka berhak untuk memperbaharuinya. Adapun untuk membina rumah ibadat yang baru pada perkampungan Islam, maka perkara itu adalah dilarang..." (Kitab حقوق أهل الذمة, tulisan Abul A'la Al-Maududi) 4) Maka berdasarkan apa yang ulama' sebut di atas, jika sesuatu kawasan tu majoriti muslim, tak boleh tegakkan syiar agama lain. Jika di situ kawasan majoriti non muslim, maka tiada masalah. 5) Tapi, pendekatan di Malaysia adalah sederhana. Boleh buat rumah ibadat agama lain, CUMA, pastikan ikut saluran yang betul, bukan secara haram. 6) Maka, teguran saya: Kepada gereja, gunalah saluran yang betul untuk bina gereja, bukan dengan cara haram. Kepada penduduk Taman Medan, gunalah saluran yang betul untuk berdemontrasi, jika ada jalan yang lebih murni, utamakan. *** Wallahua'lam. Isu dah pun selesai. Pihak gereka telah menurunkan salib, penduduk kampung pun dah aman.
Soalan 4
Isu Penggunaan Kalimah Allah oleh Masyarakat Kristian.Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah Allah. Ulasan / Hujah 1. Perkataan Allah yang digunakan oleh umat Islam adalah merujuk kepada Allah Yang Maha Esa dan lafaz Allah yang telah digunakan oleh orang-orang Kristian adalah merujuk kepada ‘Tuhan Bapa’ iaitu salah satu oknum daripada akidah triniti. Ia berbeza sama sekali dengan apa yang dimaksudkan oleh Reverand Datuk Murphy Pakiam, Archbishop of Kuala Lumpur bahawa perkataan Allah telah lama digunakan oleh orang-orang kristian sejak sebelum kedatangan kedatangan Rasullah s.a.w. Selain daripada itu, lafaz Allah juga tidak pernah disebut di dalam teks bahasa Greek yang merupakan bahasa asal penulisan Bible. Ini adalah kerana perkataan Tuhan dalam bahasa Greek adalah ‘Theos’ bukannya Allah. 2. Perkataan Allah juga tidak pernah terdapat di dalam bahasa asal Perjanjian Lama yang dikenali sebagai Taurat dan Perjanjian Baru yang dikenali sebagai Bible.Ini adalah kerana Perjanjian Lama ditulis dalam bahasa Hebrew manakala Perjanjian Baru ditulis dalam bahasa Greek. 3. Kalimah Allah Lafz al-Jalalah adalah khusus dan mutlak untuk agama Islam dan mafhumnya berbeza dengan mafhum Allah yang digunakan oleh agama lain seperti kristian. 4. Perintah mahkamah yang dipohon oleh Catholic Herald Weekly untuk mengisytiharkan bahawa larangan penggunaan kalimah Allah yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan bukan eksklusif kepada agama Islam boleh memberi kesan yang besar kepada kedudukan agama Islam sekiranya orang Islam sendiri tidak peka dan perhatian yang sewajarnya tidak diberikan oleh pihak berkuasa agama negeri ini. 5. Walaupun dari segi sejarah kalimah Allah telah digunakan sejak sebelum kedatangan Islam lagi, namun penggunaannya adalah berbeza dan perlu dilihat dari segi substancenya. Kalimah Allah yang digunakan oleh Kristian adalah bersifat Taslis dan syirik, sedangkan bagi Islam ia bersifat tauhid. 6. Kalimah Allah merupakan lafaz suci yang perlu dijaga dan berkait dengan akidah. Umat Islam perlu peka dan bertanggungjawab dalam isu ini. Sikap membenarkan sesiapa sahaja menggunakan kalimah tersebut semata-mata untuk menunjukkan bahawa Islam meraikan agama lain hanya akan mendatangkan mudharat yang lebih besar kepada agama dan umat Islam. 7. Umat Islam perlu tegas dalam menjaga kesucian dan identiti agama kerana bersikap terlalu terbuka sehingga membenarkan perkara-perkara yang menjadi hak Islam disalahgunakan oleh agama lain adalah amat merbahaya kerana matlamat utama Kristian menggunakan kalimah Allah adalah untuk mengelirukan umat Islam dan menyatakan bahawa semua agama adalah sama.
Soalan 5
Isu Penggunaan Kalimah Allah oleh Masyarakat Kristian.Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah Allah. Ulasan / Hujah 1. Perkataan Allah yang digunakan oleh umat Islam adalah merujuk kepada Allah Yang Maha Esa dan lafaz Allah yang telah digunakan oleh orang-orang Kristian adalah merujuk kepada ‘Tuhan Bapa’ iaitu salah satu oknum daripada akidah triniti. Ia berbeza sama sekali dengan apa yang dimaksudkan oleh Reverand Datuk Murphy Pakiam, Archbishop of Kuala Lumpur bahawa perkataan Allah telah lama digunakan oleh orang-orang kristian sejak sebelum kedatangan kedatangan Rasullah s.a.w. Selain daripada itu, lafaz Allah juga tidak pernah disebut di dalam teks bahasa Greek yang merupakan bahasa asal penulisan Bible. Ini adalah kerana perkataan Tuhan dalam bahasa Greek adalah ‘Theos’ bukannya Allah. 2. Perkataan Allah juga tidak pernah terdapat di dalam bahasa asal Perjanjian Lama yang dikenali sebagai Taurat dan Perjanjian Baru yang dikenali sebagai Bible.Ini adalah kerana Perjanjian Lama ditulis dalam bahasa Hebrew manakala Perjanjian Baru ditulis dalam bahasa Greek. 3. Kalimah Allah Lafz al-Jalalah adalah khusus dan mutlak untuk agama Islam dan mafhumnya berbeza dengan mafhum Allah yang digunakan oleh agama lain seperti kristian. 4. Perintah mahkamah yang dipohon oleh Catholic Herald Weekly untuk mengisytiharkan bahawa larangan penggunaan kalimah Allah yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan bukan eksklusif kepada agama Islam boleh memberi kesan yang besar kepada kedudukan agama Islam sekiranya orang Islam sendiri tidak peka dan perhatian yang sewajarnya tidak diberikan oleh pihak berkuasa agama negeri ini. 5. Walaupun dari segi sejarah kalimah Allah telah digunakan sejak sebelum kedatangan Islam lagi, namun penggunaannya adalah berbeza dan perlu dilihat dari segi substancenya. Kalimah Allah yang digunakan oleh Kristian adalah bersifat Taslis dan syirik, sedangkan bagi Islam ia bersifat tauhid. 6. Kalimah Allah merupakan lafaz suci yang perlu dijaga dan berkait dengan akidah. Umat Islam perlu peka dan bertanggungjawab dalam isu ini. Sikap membenarkan sesiapa sahaja menggunakan kalimah tersebut semata-mata untuk menunjukkan bahawa Islam meraikan agama lain hanya akan mendatangkan mudharat yang lebih besar kepada agama dan umat Islam. 7. Umat Islam perlu tegas dalam menjaga kesucian dan identiti agama kerana bersikap terlalu terbuka sehingga membenarkan perkara-perkara yang menjadi hak Islam disalahgunakan oleh agama lain adalah amat merbahaya kerana matlamat utama Kristian menggunakan kalimah Allah adalah untuk mengelirukan umat Islam dan menyatakan bahawa semua agama adalah sama.
Soalan 6
Isu Kepala Lembu di Kuil / Rumah Penganut Hindu.Kita semua harus faham, Islam menghormati hak mereka beragama dan memiliki rumah ibadah, Pembinaan kuil atau mana – mana rumah ibadah yang diperlukan penganut agama masing – masing di dalam negara umat Islam tidak lah salah menurut pandangan Islam, asal sahaja ia tidak menganggu hak orang ramai atau ketenteraman awam dan tidak pula keterlaluan iaitu melebihi keperluan dan kapisiti penganut agama tersebut. Aku lihat antara alasan sebab mereka membantah adalah akibat bunyi bising dari kuil tersebut. Tak kira apabila berlangsungnya acara keagamaan hindu atau perkahwinan mereka. Pada pendapatku ini adalah alasan yang paling hampeh pernah ku dengar. Sebelum kamu nak sokong alasan ni , cuba fikir bagaimana pula kalau masjid di bina di kawasan yang majoritinya bukan Islam. Bukankah nanti orang yang bukan Islam boleh sebut yang sama. Kalau kamu protes bunyi loceng ketika acara agama mereka sebagai bunyi bising. Bagaimana ketika azan berkumandang? Adakah mereka (yang bukan Islam) akan menjadikannya sebagai alasan mengganggu ketenteraman mereka? Jawapannya mudah! TOLERANSI … TOLERANSI DALAM BERAGAMA…. yang perlu diberi kefahaman ini bukan mereka yang bukan Islam tetapi mereka yang Islam. Ingat Rasulullah tak pernah mengajar kita berbuat zalim terhadap mereka yang bukan seagama dengan kita.Islam tidak bermusuh dengan sesiapa semata – mata kerana agamanya berbeza dengan Islam . Islam hanya akan bangkit menentang apabila Islam dihina dan diperlekeh sebagaimana Islam sangat menghormati siapa jua yang menghormati dan memelihara kesucian Islam.