1. Bagaimanakah kandungan buku-buku teks dapat memupuk hubungan etnik?
Kandungan buku-buku teks dapat memupuk hubungan etnik dengan memberi pendedahan kepada murid supaya mengenali sejarah negara. Matapelajaran sejarah juga dapat memberi semangat kepada anak muda menghargai pejuang pejuang kemerdekaan dan menghargai nilai kemerdekaan yang perlu dipelihara.
2. Industri hiburan sebagai mekanisme pemupukan jalinan hubungan dalam kalangan masyarakat pelbagai budaya di Malaysia.
Industri hiburan seperti filem tempatan mengisahkan keperwiraan tokoh-tokoh perjuangan kemerdekaan menunjukkan suatu usaha yang baik dan wajar digalakkan kerana ia memberi pendedahan tentang sejarah negara dan dapat memberi semangat kepada ank muda untuk menghargai kemerdekaan negara.
3. Apresiasi seni (seni lakon, seni tampak, seni suara, seni reka, dll) dalam masyarakat pelbagai kaum.
Dalam konteks seni dan kebudayaan yang melibatkan masyarakat secara keseluruhannya ianya banyak memberi manfaat serta penting dalam pertumbuhan hubungan antara kaum. Melalui aktiviti-aktiviti seni dan kebudayaan ini penglibatan masyarakat dalam memberi impak ke atas daya kecergasan fizikal, perpaduan kaum, dan pertumbuhan ekonomi.
4. Apakah kawalan-kawalan yang diperlukan dalam memupuk perpaduan kaum di Malaysia?
Dalam memupuk perpaduan kaum di Malaysia, terdapat beberapa kawalan yang perlu di jalankan. Hal ini dapat di jalankan dengan meletakkan akta didalam perlembagaan seperti akta hasutan 1948 di mana menghalang mana-mana pihak untuk melalukan perilaku menghasut masyarakat.
5. Orientasi parti politik yang ada sekarang lebih cenderung ke arah polarisasi kaum atau perpaduan?
Pertentangan pendapat tentang hak-hak kerakyatan timbul perselisihan di antara kaum sehingga kini. Perkara berkenaan telah bermula sejak dulu lagi sebelum merdeka. Perasaan ini diapi-apikan lagi oleh pihak-pihak tertentu demi untuk mencapai matlamat dan kepentingan peribadi. Ini berlaku daripada zaman penjajahan British lagi dimana kerajaan British mengamalkan konsep pecah dan perintah yang membuatkan masyarakat berpolarisasi.
6. Orientasi Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) yang ada sekarang lebig cenderung ke arah polarisasi kaum atau perpaduan?
Organisasi bukan kerajaan (NGO) yang ada sekarang seperti Rakan Cop, SUHAKAM dan ALIRAN lebih cenderung kearah perpaduan kaum kerana organisasi ini lebih memperjuangkan kesejahteraan sejagat dengan tidak mengira kaum.
7. Permainan tradisional masyarakat Malaysia sebagai warisan dan wadah memupuk persafahaman antara pelbagai etnik.
Penumpuan penglibatan aktif semua golongan dalam aktiviti permainan tradisional dapat menyumbang ke arah membangun individu secara total, memper-erat perpaduan negara serta mempertingkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia. ia juga dapat mempertingkat meningkatkan kecergasan fizikal masyarakat sebagai contoh permainan galah panjang, takraw dan sebagainya kerana apabila mereka bermain bersama di dalam suasana yang gembira dan kondusif, mereka dapat menunjukkan seratus peratus potensi diri dan seterusnya menjamin kesihatan diri kerana aktiviti senaman seumpama ini dapat membakar kalori di dalam badan.