Soalan 1
Hubungan antara agama dan etnik di Malaysia.Dalam konteks Malaysia, kebebasan beragama diamalkan mengikut lunas-lunas yang telah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Walaupun Islam adalah agama rasmi negara, namun penganut agama lain boleh mengamalkan agama mereka tanpa sekatan. Pendekatan ini selaras dengan kehendakan dan semangat agama Islam itu sendiri, "tiada paksaan dalam agama".Sejak merdeka, kerajaan Malaysia telah menggubal pelbagai dasar untuk mencapai tahap keadilan sosial yang maksimum agar setiap rakyat tanpa mengira bangsa dan agama dapat hidup aman dan harmoni. Pendekatan evolusi dalam usaha memantapkan nilai-nilai Islam dalam sistem pentadbiran dan pengurusan negara senantiasa diteruskan. Pendekatan ini tidak menjejaskan kestabilan masyarakat. Perkongsian kuasa secara syura yang digunakan sejak merdeka, memang menjadi nadi dalam kerajaan Islam, seperti yang ditunjukkan oleh Rasullullah s.a.w di zaman kerajaan Madinah. Ketika itu, kehadiran Yahudi turut diambil kira dan cara ini telah membolehkan kerajaan ditadbir dengan cara lebih selesa. Dalam konteks kepelbagaian kaum dan agama di Malaysia, masyarakat bukan Islam perlu diberi perhatian dan dijaga. Malah setiap tindak tanduk kita hendaklah tidak menimbulkan rasa tidak selesa hingga menjejaskan ketenteraman dan kesejahteraan masyarakat. Keupayaan pelbagai kaum untuk duduk semeja dalam merancang pembangunan negara adalah satu perkongsian kuasa yang bijak dan memberi manfaat dan faedah kepada pembangunan negara. Ketenteraman ini penting bagi membolehkan kerajaan memberi tumpuan yang serius untuk melaksanakan gagasan 1Malaysia yang bermatlamatkan ‘rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan'. Pengiktirafan yang diterima oleh Malaysia daripada masyarakat Antarabangsa khasnya negara-negara Islam adalah amat jelas memperlihat kejayaan negara sebagai sebuah negara Islam yang berjaya melaksanakan dan mengendalikan keperluan umat Islam dan penganut agama lain secara adil. Kita telah mendahului negara-negara Islam lain dalam memenuhi tuntutan Islam sebagai cara hidup merangkumi pelbagai aspek kehidupan. Demi meastikan pencapaian ini terus berkekalan, setiap lapisan masyarakat mempunyai tanggungjawab besar untuk memastikan kerajaan yang dipilih betul-betul faham dan serius mendukung pengiktirafan ini.
Soalan 2
Hubungan antara faktor politik dan agama di Malaysia.Telah jelas bahawa agama dan politik memang tidak boleh dipisahkan. Malahan apa-apa pun perbuatan yang dilakukan oleh manusia tidak boleh lari dari agama. Apalah gunanya nikmat agama yang telah diberikan oleh tuhan jika kita tidak dapat melaksanakannya dalan kehidupan. Sejarah telah membuktikan bahawa banyak kehancuran telah berlaku ke atas umat yang tidak menjadikan agama sebagai sandaran terutamanya dalam bidang politik. Cukuplah apa yang berlaku dan haruslah kita ambil tauladan supaya tidak berulang lagi. Adalah wajib bagi kita untuk memperjuangkan yang hak dan batil serta melaksanakannya.