Soalan 1
Isu Murtad dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia.Cara Halus Semasa kecil, ramai dikalangan kita yang diajar lagu ini: Are you sleeping, are you sleeping, Brother John, Brother John. The morning bell is ringing, the morning bell is ringing, ding dong bell, ding dong bell. Penulis tidak tahu sama ada lagu ini masih diajar di sekolah-sekolah rendah atau tidak. Namun, ketika itu, penulis dan rakan-rakan lain tidak begitu faham maksudnya samada Brother John merujuk kepada paderi atau abang bernama John, dan samada morning bell yang dimaksudkan itu loceng gereja atau loceng di rumah. Seorang teman yang pernah belajar di sekolah Methodist di Sungai Siput, Perak berkata beliau juga tidak tahu maksud perkataan itu atau jenis sekolah di mana beliau dihantar.“Ketika itu, tidak ada sebab untuk meragui apa-apa kerana tak dengar pula unsure mengalihkan akidah sesiapa. Kawan Cina tetap dengan amalan dan kepercayaan mereka, begitu juga dengan kawan India, apatah lagi dengan kawan Melayu-Islam,” kata Hanizam Abdullah, seorang pengarang di Berita Harian. Baru-baru ini, sebuah pusat tuisyen percuma di Jalan Kuchai Lama didakwa cuba memesongkan akidah murid Melayu terutama daripada keluarga miskin dan setinggan sejak lapan tahun lalu. Anak-anak kecil diajar menyanyi lagu memuji Jesus Christ oleh sekumpulan muda mudi bukan Melayu. Antara lagu-lagu yang diajar termasuk Yes, I Know Jesus Loves Me dan Hari Ini Ku Rasa Bahagia yang memuji Christ sambil menunjukkan isyarat tangan simbol salib. Seorang tukang cuci, Rosiati Mohd Repha, 41, ibu kepada dua anak berumur tujuh dan 12 tahun belajar di pusat tiusyen itu, tidak sangka guru-guru di situ cuba menyebarkan ajaran Kristian secara halus. Beliau menghantar anak-anak ke sana kerana tiada yuran dikenakan. “Kerap anak-anak saya bawa balik hadiah kerana menang pertandingan menyanyi,” katanya, sambil mendapati anak-anaknya hanya menggunakan satu buku latihan sahaja yang bertulis ABC dan lukisan yang tiada kaitan dengan sukatan pelajaran tahun enam.” Bekas Pengerusi Rukun Tetangga kawasan tersebut, Rosiah Ibrahim, 52, berkata pusat tiusyen itu mengajar pelajar menyanyi lagu-lagu Kristian dan dipertontonkan video mengenai Jesus Christ. Kuiz mengenai agama Kristian sering diadakan dan hadiah diberi kepada pemenang. Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Abdullah Zaik Abdul Rahman berkata usaha untuk mengkristiankan orang Islam pada masa ini bukan sahaja menarik penganutnya ke dalam agama Kristian tetapi cukup dengan menjauhkan orang Islam daripada agamanya. Ujar beliau lagi, walaupun usaha itu berselindung di sebalik alasan kebebasan beragama, ia terang-terangan melanggar peruntukan Perlembagaan dalam Perkara 11 (4) yang tidak membenarkan sebarang aktiviti mengajak orang Islam keluar daripada agama. “Ini bermakna wujud larangan penyebaran lain-lain agama selain daripada Islam terhadap orang Islam dan kerajaan harus mengambil tindakan paling tegas untuk memastikan kesucian agama Islam dengan mengguna pakai segala peruntukan perundangan yang ada,” katanya. Pengaruh Media Sosial Setiausaha Agung ISMA, Aminuddin Yahya, berkata kajian Sekretariat HIMPUN mendapati golongan remaja wanita Islam yang melayari laman social Facebook (FB) antara mereka yang terdedah dengan aktiviti murtad. Trend terbaru ini cukup membimbangkan memandangkan mereka sering menggunakan FB untuk berkenalan dengan rakan-rakan lain. Ramai yang mudah terpengaruh dan akhirnya tidak teragak-agak meninggalkan Islam, terutama yang mana nipis akidah dan rendah pengetahuan agamanya. “Bermula dengan perkenalan selepas itu mahu berjumpa dan kemudiannya jatuh cinta. Ketika bercinta apa sahaja mereka sanggup lakukan termasuklah keluar agama. Melalui kajian yang kita lakukan, kebanyakan yang terlibat ialah belia dan remaja wanita.” Malah, katanya, sudah ramai yang dibaptiskan dan mengikuti upacara keagamaan. Namun, dengan bantuan dan kerjasama beberapa NGO Islam lain, ISMA telah berjaya menyelamatkan sebahagian daripada mereka yang terjebak dengan gejala ini. Perkara ini diakui Hanizam, yang pernah belajar di sekolah Methodist. Dalam sebuah rencananya di Berita Harian tahun lalu, beliau menulis: “Berlambak e-mel yang saya dapat, menghebahkan cerita wujudnya kumpulan yang semakin melebarkan pengaruhnya dalam usaha memurtadkan orang Melayu-Islam di Malaysia. Kata e-mel itu, waspada kalangan pemuda, pemudi yang nampak seragam baju putih, seluar hitam. Mereka memang baik dan sering mempamerkan sikap mengambil tahu mengenai kebajikan sasaran mereka.” Beliau memberi contoh seorang pelajar sekolah agama di Lembah Kelang yang lengkap berpurdah, bijak berhujah dan bersolat lima kali sehari tetapi di lehernya tersangkut rantai salib. Akhirnya, pelajar itu terpaksa menjalani kaunseling. Ulama kanan Iran Ayatollah Lotfollah Safi-Golpaygani baru-baru ini menetapkan FB sebagai bercanggah dengan ajaran Islam sekali gus berdosa menjadi ahlinya kerana menggalakkan peri laku tidak bermoral. Perangkaan rasmi menunjukkan bahawa bilangan pengguna FB di Iran ialah 17 juta orang, terutama golongan muda. Kira-kira 60 peratus daripada penduduk Iran berjumlah 70 juta adalah di bawah umur 30 tahun. Kata beliau: “Pada asasnya, perbuatan melayari mana-mana laman web yang menggalakkan peri laku tidak bermoral dan melemahkan pegangan agama bercanggah dengan Islam dan tidak dibenarkan selain menjadi ahli adalah haram. Hanya penggunaan laman web yang menekankan kriteria agama dan tidak membawa kepada sebarang peri laku atau etika tidak bermoral, tiada masalah.” Langkah Ke Depan Baru-baru ini, HIMPUN telah memanjangkan 10 resolusi kepada rakyat Malaysia, antaranya menyeru semua pihak menghormati dan mendokong peranan Raja-Raja Melayu untuk melaksanakan amanah sebagai ketua dan payung kepada pentadbiran Islam di negara ini. Resolusi itu juga menuntut kerajaan memasukkan undang-undang pencegahan yang tegas dan kukuh untuk memelihara kemuliaan Islam di dalam Perlembagaan, sebagai mengimbangi pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dilaporkan berkata: “This is not something that cannot be done. For those who don’t want to be Muslims anymore, what can you do? If they want to leave the religion, what are you going to do? You might as well let them go.” Petikan AFP bertarikh 10 Julai 2007 ini dikeluarkan seminggu selepas Siti Fatimah Abdullah dibenarkan murtad dan menggunakan nama asalnya, Revathi Masoosai. Dalam konteks inilah HIMPUN menuntut Kerajaan mengambil langkah segera menggubal undang-undang khusus membendung gejala memurtadkan umat Islam selaras dengan kedudukan Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan. Selaras ini, dicadangkan agar proses penyeragaman undang-undang syariah antara negeri dilaksanakan segera bermula dengan mewujudkan sistem pengurusan Hisbah. “Tindakan tegas hendaklah dikenakan terhadap mereka yang secara jelas memurtadkan orang Islam. Saya kesal kes memurtadkan yang dilakukan sebuah gereja di Kuala Lumpur beberapa tahun lalu tidak dikenakan tindakan,” kata Mohd Azmi. Turut digesa ialah kerangka jangka panjang dengan misi mengarus perdanakan syariah dalam semua aspek pengurusan dan sektor umat Islam di negara ini hendaklah segera dilaksanakan. “Sejak Merdeka, Islamisasi pentadbiran negara belummencapai tahap yang sepatutnya walhal peruntukan 3 dalam Perlembagaan Persekutuan sepatutnya menjadi payung undang-undang kepada semua usaha mengarus perdanakan syariah di negara ini,” kata Mohd Azmi. Selain penyeragaman syariah dalam bidang yang sudah diusahakan iaitu sektor kewangan negara termasuk perbankan, insuran, pajakan dan pelaburan, banyak lagi sektor yang harus diterjemahkan konsep Islam yang syumul dalam pentadbiran negara. Misalnya, undang-undang syariah bolehlah digubah di peringkat pusat supaya menjadi asas melaksanakan konsep pentadbiran Islam dalam semua bidang. “Jika transformasi terhadap Sistem Pengurusan Islam di negara ini mahu dilaksanakan dengan serius, kami menggesa keutamaan perlu diberi kepada mengujudkaan sistem hisbah seperti yang dituntut dalam pentadbiran Islam,” tambah beliau. Menjadikan prinsip hisbah sebagaimana yang dilaksanakan dalam pemerintahan Islam sejak zaman Rasulullah s.a.w sehingga zaman Khulafa ar-Rasyidin sepatutnya digubal sebagai perundangan sekaligus sebagai dasar. Beliau berpendapat penekanan kepada transformasi pengurusan Islam semestinya bermula daripada usaha mewujudkan skima melahirkan insan petugas yang berkualiti tunggak. Petugas yang diterap dengan kualiti ketakwaan, akhlak serta amanah dan pertanggungjawaban menjadi asas untuk merombak pengurusan yang sedia ada. Hal lain yang bersifat prasarana, profesionalisme dan struktur adalah aspek sekunder yang boleh dibangunkan kemudian setelah sistem pembinaan kualiti insane dilaksanakan dengan mantap. Mohd Azmi menggesa semua pihak mendekati isu yang menggugat akidah umat Islam melalui kegiatan pemurtadan diatasi dengan menguatkuasakan undang-undang yang berkesan serta dakwah dan dialog berterusan. HIMPUN juga menggesa pihak Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi supaya menggubal sistem pendidikan yang berpaksi kepada akidah tauhid dan penerapan akidah yang berkesan kepada pelajar. Selain itu, Kerajaan juga perlu mengadakan program penerangan menyeluruh agar masyarakat berbilang kaum dan agama dapat memahami Islam dan kedudukannya di dalam negara bagi memahami Islam dan kedudukannya di dalam negara bagi menghapus prasangka dan kekeliruan terhadap Islam. Kerajaan juga perlu mengawal kegiatan media berkaitan penyiaran yang menyentuh sensitiviti umat Islam dan keharmonian bernegara perlulah diambil tindakan yang tegas mengikut perundangan undang-undang yang ada. Manakala umat Islam pula diminta melupakan perbedaan fahaman politik dan lain-lan hambatan untuk bersama bersatu memikul tugas berat mempertahan dan menyelamatkan akidah umat daripada sebarag bentuk pencerobohan.
Soalan 2
Isu Hak Penjagaan Anak Bagi Pasangan Yang Salah Seorang daripada Mereka Memeluk Islam.Terdapat dua pandangan : 1)Pandangan Pertama: Anak-anak adalah mengikut agama Islam sama ada yang memeluk Islam adalah bapa ataupun ibu. 2)Pandangan Kedua: Anak-anak adalah mengikut agama Islam apabila yang memeluk Islam adalah bapa. Sekiranya yang memeluk Islam adalah ibu, anak-anak tidak dianggap beragama Islam. Pandangan ini adalah pandangan yang dipegang oleh al-Imam Malik. Cadangan Terhadap Penyelesaian Isu Ini: Menerangkan kepada masyarakat di Malaysia bahawa maksud anak-anak tersebut berstatuskan agama Islam adalah mereka bertiga dianggap sebagai seorang Islam sepanjang tempoh mereka belum lagi mencapai umur baligh. Status keislaman mereka sebelum tempoh baligh akan berkait rapat dengan pembahagian harta pusaka khususnya[3]. b) Apabila anak-anak tersebut telah mencapai umur baligh, mereka akan diberikan hak untuk memilih sama ada ingin memeluk agama Islam ataupun memeluk agama Hindu. Pandangan ini adalah pandangan yang dipegang oleh al-Imam al-Thauriyy ( الثوري ) .[4]
Soalan 3
Isu Penurunan Salib di Kampung Medan.SECARA peribadi, saya kurang bersetuju dengan tindakan segelintir penduduk Taman Medan yang berkumpul di hadapan sebuah unit rumah kedai untuk meminta pihak gereja menurunkan salib besar yang terpampang di luar premis. Pada saya, perkara ini mungkin boleh diselesaikan dengan cara lebih baik iaitu dengan bertemu sendiri Pastor yang mengendalikan tempat tersebut dan meminta supaya dia menurunkan salib ataupun penduduk melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa tempatan (PBT). Bagaimanapun, reaksi masyarakat terhadap perkara yang telah terjadi juga adalah sangat mengecewakan. Penduduk yang berkumpul terus dihukum sebagai ekstremis dan pelampau agama, tanpa mengetahui punca sebenar perkara tersebut terjadi. Masalah akar kepada insiden berkenaan ialah kewujudan gereja itu sendiri, yang tidak mengikut undang-undang yang ditetapkan oleh PBT. Gereja tersebut merupakan unit rumah kedai yang tidak mempunyai permit untuk beroperasi sebagai rumah ibadat. Mana-mana lot kedai yang hendak ditukar kepada tempat ibadat atau pusat meditasi mesti mematuhi Seksyen 70 (12) Akta 133 dan permohonan bertulis dengan aktiviti dinyatakan hendaklah dikemukakan untuk kelulusan. Jika ingin mendirikan masjid sekalipun memerlukan kelulusan pihak berkuasa. Malah, tanda salib itu juga telah dipasang tanpa permit, kerana undang-undang telah jelas bahawa semua tempat ibadat yang ingin memaparkan logo atau simbol pada bangunan mesti mempunyai permit majlis yang merupakan PBT, tidak kiralah sama ada salib, tugu Buddha, patung agama Hindu dan sebagainya. Satu fakta yang mungkin majoriti masyarakat terlepas pandang ialah penduduk kawasan tersebut terdiri daripada 90 peratus orang Islam. Malah, penduduk Taman Medan bukanlah tidak membenarkan penganut agama lain untuk beribadat, tetapi mereka hanya meminta supaya simbol tidak perlu dipaparkan secara terang-terangan di tempat awam, walaupun kewujudan gereja itu sendiri boleh dipertikaikan. Ini mungkin kerana faktor sensitiviti masyarakat setempat dan sebagai orang yang tidak tinggal di kawasan tersebut, kita haruslah menghormati hak mereka juga. Jika kita memaksa pandangan kita terhadap penduduk di situ, maka kitalah sebenarnya yang tidak mempunyai toleransi dalam hidup bermasyarakat. Pada masa yang sama juga, pembinaan masjid di Moyog, Penampang, Sabah juga ditentang oleh masyarakat setempat atas alasan penduduk di situ terdiri daripada majoriti Kristian. Tetapi berita begini tidak mendapat tempat di media-media liberal dan alternatif pula. Inilah hipokrasi yang jelas dan nyata yang ditunjukkan sebahagian media liberal di negara kita. Sebagai umat Islam, kita diajar untuk menghormati penganut agama lain. Kita juga diajar untuk menyelidik berita terlebih dahulu, terutama jika berita tersebut datang daripada orang-orang fasik, seperti media liberal Malaysiakini, The Malaysian Insider dan FMT yang akan mengambil apa sahaja peluang untuk memburukkan imej orang Islam. Tindakan segelintir ‘public figure’ seperti Menteri Besar Selangor dan seorang artis hijrah juga tidak banyak membantu meredakan keadaan. Tidak perlulah kita sibuk menghentam orang semata-mata mahu nampak hebat dan ‘open’ di media sosial.
Soalan 4
Isu Penggunaan Kalimah Allah oleh Masyarakat Kristian.kewajaran pihak kerajaan Malaysia melarang penggunaan kalimah Allah untuk digunakan oleh bukan Islam patut disokong oleh segenap masyarakat termasuk bukan Islam sendiri. Ianya adalah bertujuan untuk mengelakkan kekeliruan di kalangan masyarakat apabila kalimah yang tidak tepat digunakan oleh mereka yang mempunyai kepentingan tertentu akan mengundang padah yang akhirnya membawa kerugian kepada semua pihak. Adalah suatu yang amat malang apabila kesejahteraan hidup beragama di negara ini yang telah sekian lama bertahan atas dasar tolak ansur dan saling memahami, tiba-tiba digoncang oleh tangan-tangan yang tidak bertanggungjawab yang sengaja ingin mencetus suasana ketegangan dan huru-hara.
Soalan 5
Isu Penggunaan Kalimah Allah oleh Masyarakat Kristian.kewajaran pihak kerajaan Malaysia melarang penggunaan kalimah Allah untuk digunakan oleh bukan Islam patut disokong oleh segenap masyarakat termasuk bukan Islam sendiri. Ianya adalah bertujuan untuk mengelakkan kekeliruan di kalangan masyarakat apabila kalimah yang tidak tepat digunakan oleh mereka yang mempunyai kepentingan tertentu akan mengundang padah yang akhirnya membawa kerugian kepada semua pihak. Adalah suatu yang amat malang apabila kesejahteraan hidup beragama di negara ini yang telah sekian lama bertahan atas dasar tolak ansur dan saling memahami, tiba-tiba digoncang oleh tangan-tangan yang tidak bertanggungjawab yang sengaja ingin mencetus suasana ketegangan dan huru-hara.
Soalan 6
Isu Kepala Lembu di Kuil / Rumah Penganut Hindu.Lembu adalah haiwan mulia mengikut fahaman hindu dan simbol keagamaan mereka. Sudah tentu ia menjadi "sensitiviti kepada kaum hindu" bila ada orang mengambil kesempatan mempergunakan binatang itu sebagai simbol dan tujuan simbolik tertentu. Kalau sebelum ini islam/melayu di negara dikejutkan dengan penghinaan DAP terhadap islam dan orang2 melayu, hari ini pula penganut agama hindu terguris hati dengan penggunaan kepala lembu diperarakan tersebut.Sebaliknya dalam kes tersebut Samy Vellu bersama MIC menggesa masyarakat Malaysia supaya membantu kerajaan ke arah memperkukuhkan perpaduan dan keharmonian kaum selain memperdalamkan pemahaman berhubung "sensitiviti semua kaum" di negara ini. Masyarakat Malaysia perlu menghormati dan memandang mulia kebebasan beragama seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.Kenapa Samy tidak berkata begini "Dibolehkan masyarakat melayu dan kaum2 lain di negara ini menggunakan "lembu-lembu dan kepala lembu itu" itu sebagai simbol tujuan tertentu sebab mereka tidak tahu bahawa binatang itu adalah kecucian dalam agama kita..." sebaliknya Datuk Seri Samy Vellu membuat kenyataan bersabit dengan isu itu berlainan dengan cara kenyataan Nik Aziz bersabit dengan penghinaan islam oleh DAP tempohari. Samy mengajak masyarakat melayu di negara ini supaya lebih bersatu dan bersefahaman diantara kaum dan agama, sesuai dengan Pelembagaan Pesekutuan yang sudah termaktub sekian lama di negara ini.