Nazatul Nasroh binti Fadli's 10.A2 : Konsep segregasi, integrasi dan saling kebergantungan - OpenLearning

Segregasi bermaksud permisahan atau pengasingan antara satu kumpulan etnik dengan kumpulan etnik yang lain dalam sesebuah negara. Pemisahan berlaku dalam beberapa keadaan antaranya dari segi kawasan tempat tinggal, sistem persekolahan dan kemudahan awam. Segregasi berlaku wujud sama ada didasari oleh undang-undang atau sebaliknya. Konsep segregasi dalam kehidupan yang saya hadapi ialah sewaktu di zaman persekolahan.

Integrasi maknanya ialah perpaduan, bekerjasama atau penyatuan. Dalam era globalisasi ini, integrasi menjadi semakin penting. Integrasi ini dapat dilihat dalam pelbagai situasi dan keadaan yang membolehkan sesuatu perkara itu dapat diintegrasikan. Mengikut pengalaman saya dalam integrasi ini, saya dapat lihat ketika berurusan dalam hal perniagaan. Sebagai contoh, saya membaiki kenderaan dibengkel etnik cina. Etnik lain seperti melayu dan india akan berinteraksi dalam bahasa melayu. Etnik cina dan india juga berbahasa melayu apabila  bertemu dan berbual dalam kehidupan seharian. Saling kebergantungan bermaksud pelbagai etnik saling memerlukan antara etnik yang lain. Pengalaman saya tentang saling kebergantungan ialah apabila saya membeli telefon bimbit. Pengeluar telefon tersebut adalah negara China. Jadinya saya perlu berjumpa dengan etnik cina kerana mereka fasih berbahasa cina. Maka mudahlah urusan dalam jual beli

Comments

Chat