1. Apakah tiga aspek yang memainkan peranan penting dalam proses membina kesepaduan antara etnik?
1. kesenian 2. media 3. makanan
2. Aspek kepelbagaian makanan memberikan ruang kepada pembentukan .............
kesepaduan sosial
3. Apakah dua jenis ruang sosial makanan?
ruang awam dan ruang bukan awam
4. Berikan maksud makanan yang termasuk dalam ruang bukan awam.
Makanan yang diterima atau juga tidak diterima oleh kumpulan masyarakat tertentu bergantung kepada faktor budaya, agama dan kepercayaan
5. Keperluan ................. bersifat relatif dan tidak bersifat mutlak tetapi keperluan ini merupakan sumber penting untuk meningkatkan kualiti hidup.
rohani
6. Karya yang dihasilkan Chuah Thena Teng sarat dengan unsur ................... apabila beliau mengubah teknik lukisannya yang berlatarbelakangkan negara Cina, tempat beliau mendalami ilmu seni lukis.
akulturasi
7. Sam Karuna telah memperbaharui teknik lukisannya melalui medium batik dengan memperkenalkan teknik yang dipanggil ....................
dyetic
8. Apakah dua badan yang telah menerbitkan beberapa iklan pesanan khidmat sosial yang berkaitan degan perpaduan?
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
9. Siapakah salah seorang rakyat negeri Perak yang telah menerima Ikon 1Malaysia yang telah berjaya membawa kehidupan rakyat di layar perak dan akhbar?
Datuk Mohamad Nor Khalid (LAT)
10. Perkembangan ................... telah membolehkan maklumat dalam semua bidang diserbarkan ke seluruh dunia dengan pantas merentas sempadan geografi.
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)