Safrina syafril's 9.A3 : AKTIVITI 3 - OpenLearning

Jawapan Esei


Bahasa Melayu telah berfungsi sebagai bahasa pengantar di sekolah, maktab, politeknik dan universiti. Yang dimaksudkan sebagai bahasa pengantar pendidikan ialah bahasa yang digunakan sebagai alat perhubungan dalam P&P. Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan kemuncak bagi menentukan Bahasa Melayu digunakan sepenuhnya sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan. Sehingga kini, universiti itu telah melahirkan ratusan ribu siswazah yang menerima pendidikan dalam Bahasa Melayu. Ratusan tesis dan disertasi pada peringkat ijazah sarjana dan kedoktoran ditulis dalam Bahasa Melayu, dan puluhan, malahan ratusan, profesor telah menyampaikan syarahan perdana tentang pelbagai ilmu dalam Bahasa Melayu. Semua perkara ini tidak terhad kepada orang Melayu sahaja, tetapi melibatkan semua kaum yang menjadi warganegara Malaysia. Selain itu, bahasa Melayu juga memainkan peranan sebagai alat komunikasi dan wahana penyatuan bangsa. Berdasarkan fungsi bahasa Melayu sebagai wayang penyatuan bangsa mama dapat didefinisikan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa utama yang menjadi tunjang atau nadi kepada penyatuan masyarakat majmuk di negara ini meskipun wujudnya jurang perpisahan antara pelbagai golongan etnik yang tinggal dalam masyarakat di Malaysia. Tambahan pula, bahasa Melayu pernah diterima sebagai lingual Franca sejak 5 abad yang lalu dan digunakan sebagai urusan perdagangan dan hubungan diplomatik. Seterusnya, Bahasa Melayu digunakan dalam perbualan seharian, sebagai bahasa komunikasi juga dalam persuratan. Hal ini adalah untuk mewujudkan kefahaman dan kesepakatan pelbagai kaum di Malaysia. Bahasa Melayu ini menjadi signifikan dalam menjayakan misi ini kerana fungsi bahasa Melayu itu menjadi simbol permuafakatan antara etnik. Kesimpulannya, bahasa Melayu sangat berkesan sebagai bahasa pengantar. Bukan hanya di peringkat sekolah mahupun di institusi pengajian tinggi malah menjadi alat komunikasi dalam kalangan masyarakat. Walaupun rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai etnik dan bangsa, kesepaduan sesama bangsa masih utuh dan kukuh selaras dengan gagasan 1 Malaysia. Sesungguhnya, "Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh".

Comments

Chat