Question 1.
Agama sentiasa mengajar penganutnya erti kasih sayang dan perdamaian. Namun demikian, mengapa sering kali berlaku konflik agama di seluruh dunia? Religion teaches us about love and peace. But why we are still facing religious conflict in this world? (minimum 150 words)Setiap agama mengajar penganutnya menghormati penganut agama lain. Hal ini dapat membentuk sebuah masyarakat yang harmoni serta mampu mengeratkan sillaturrahim sesama manusia walaupun setiap antara mereka berpegang dengan kepercayaan dan agama yang berbeza-beza. Walaubagaimanpun, konflik agama di seluruh dunia telah mencetuskan peperangan dan huru-huru. Hal ini berlaku kerana wujudnya ketidaksefahaman antara agama. Ketidaksefahaman yang berlaku dalam kalangan masyarakat menyebabkan wujudnya perasaan tidak hormat akan kepercayaan dan agama penganut lain. Setiap manusia haruslah memahami kepercayaan dan agama penganut lain agar perbalahan sesama kita dapat dileraikan. Selain itu, tiada tolak ansur juga mampu mencetuskan konflik serta pergaduhan antara penganut-penganut agama. Sebagai contoh di Malaysia, penduduknya terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama, oleh itu, masyarakat haruslah menerima dengan secara terbuka akan setiap budaya atau perayaan yang dilangsungkan di Malaysia. Unsur perkauman juga mampu meleraikan perdamaian yang wujud sehingga kini.
Question 2.
Salah satu daripada ciri sejagat sesuatu agama ialah kemanusiaan.Berdasarkan pengalaman anda,terangkan bagaimana anda membantu rakan anda yang berlainan agama? One of the universal values of religion is humanity. Based on your experience, tell us how you have helped your friend from a different religious background. (minimum 100 words)Bantu membantu merupakan salah satu cara untuk mengeratkan sillaturrahim sesama manusia tidak kira warna kulit ataupun agama. Berdasarkan pengalaman saya, saya banyak membantu rakan-rakan saya yang lemah dari segi pelajaran. Pada pandangan saya, membantu rakan yang beragama lain amat mennyeronokkan. Selain itu saya juga dapat memahami dengan lebih mendalam akan cara bagaimana agama mereka dipraktikkan.