Question 1.
Agama sentiasa mengajar penganutnya erti kasih sayang dan perdamaian. Namun demikian, mengapa sering kali berlaku konflik agama di seluruh dunia? Religion teaches us about love and peace. But why we are still facing religious conflict in this world? (minimum 150 words)Ajeerah Saidah Binti Mohd Amin 0321007 Accounting and Finance Konflik agama sering kali berlaku kerana kurangnya persefahaman, komunikasi dan hormat antara penganut agama. Persefahaman antara agama adalah salah satu titik penting yang perlu ditekankan. Sesetengah orang tidak mahu memahami tentang agama lain. Mempunyai pengetahuan sedikit tentang agama lain akan memberi individu idea tentang agama lain selain agama mereka lalu secara automatik persefahaman dapat dicapai kerana dengan itu kita dapat sama sama menghormati agama masing-masing. Komunikasi, kekurangan komunikasi antara agama juga menjadi salah satu punca tercetusnya perbalahan. Berkomunikasi merupakan alat yang sangat penting agar dapat kita hidup dalam kasih sayang dan perdamaian. Seperti yang tertulis dalam soalan ini, kasih sayang dan perdamaian ditekankan oleh setiap ajaran didunia ini, namun cara untuk mendapatkannya adalah dengan komunikasi. Sebagai individu yang hidup dinegara yang berbilang bangsa dan agama, saya mendapati setelah berkomunikasi dengan penganut agama lain barulah saya dapat mengenal erti dan bertolak ansur dengan agama agama lain. Akhir sekali, hormat. Ini adalah unsur yang paling penting dalam mencapai kasih sayang dan perdamaian. Jika tiada Hormat, tiadalah perdamaian. Kita harus faham bahawa setiap agama mempunyai cara tersendiri dan walaupun sesetengah cara dalam agama itu tidak masuk dek akal kita, kita perlu juga hormat seperti mana penganut lain mengormati agama kita dan siapa tahu bagi mereka sesetengah dari cara agama kita tidak dapat diterima oleh kita. Misalnya saya sebagai seorang Muslim, sering kali ditanya 'Kenapa kamu perlu pakai tudung ? Mengapa lelaki boleh kahwin empat dalam agama kamu ? Mengapa kamu tidak dibenarkan makan khinzir dan minum arak?' walaupun ditanya pelbagai soalan, pada akhirnya rakan-rakan bukan islam tetap menunjukan hormat dan faham akan tuntutan agama saya seperti mana saya menghormati agama mereka.
Question 2.
Salah satu daripada ciri sejagat sesuatu agama ialah kemanusiaan.Berdasarkan pengalaman anda,terangkan bagaimana anda membantu rakan anda yang berlainan agama? One of the universal values of religion is humanity. Based on your experience, tell us how you have helped your friend from a different religious background. (minimum 100 words)Ajeerah Saidah Binti Mohd Amin 0321007 Accounting and Finance Sebagai seorang Muslim, saya diajar akan perlu tolong sesama insan tidak kira agama atau bangsa apa pun mereka kerna agama Islam merupakan agama yang indah. Agama Islam menyuruh para muslimin agar berbuat baik dan bermesra antara manusia kerana ia disifatkan sebagai tanggungjawab sosial. Maka apabila rakan rakan berlainan agama memerlukan bantuan saya, saya akan sentiasa cuba seboleh mungkin untuk membantu mereka kerana walaupun kita lain agama, kita tetap manusia yang sentiasa perlukan bantuan orang disekeliling. Malah jika kita berbuat baik bukan sahaja diri kita dipandang baik tetapi juga agama kita dipandang mulia kerana masyarakat akan lihat Islam mementingkan akhlak akhlak mulia dalam setiap diri seorang Muslim. Hal ini dinyatakan oleh Allah SWT dalam surah al-Hujuraat ayat 13: يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ Bermaksud: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan suku puak, supaya kamu saling berkenalan(dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).”