SITI NADIAH BT. AHMAD SHAMSUDDIN
A149804
HUBUNGAN ETNIK SET 12
Topik 2
· Sila tonton Lagu 1Malaysia di bahagian awal video.
· Sila bincang soalan-soalan berikut dan kongsikan di dalam ruangan komen.
Soalan 1 :
Apakah wajah kepelbagaian yang dipaparkan di dalam lagu tersebut? Positif, negatif atau ideal? Mengapa anda berpandangan demikian?
Jawapan :
Pada pendapat saya mengenai di dalam lagu tersebut yang memaparkan wajah kepelbagaian yang positif kerana di dalam lagu tersebut ada menyentuh isu kesatuan kaum di Malaysia dimana rakyat berbilang kaum dan etnik bersatu bagi menyanyikan lagu tersebut dengan semangat patriotisme yang tinggi. Lagu tersebut juga menunjukkan unsur tarian yang datang daripada beberapa etnik di seluruh dunia. Di lirik lagu tersebut seakan-akan menyeru untuk bersatu kerana kita semua dalam satu negara. Hal ini penting untuk menjadikan negara kita menjadi negara yang gemilang dan terbilang walaupun terdiri dari pelbagai kaum dan etnik.
Soalan 2 :
Apakah simbol-simbol penyatupaduan yang ditunjukkan di dalam lagu 1Malaysia tersebut? Bagaimanakah simbol-simbol ini boleh membantu ke arah pengukuhan kesepaduan di antara rakyat negara ini?
Jawapan :
Simbol-simbol penyatupaduan yang ditunjukkan di dalam lagu 1 Malaysia ialah rakyat yang berbilang kaum bersama-sama menyanyikan lagu tersebut dengan penuh bersemangat patriotisme. Dengan nyanyian bersama ini, perpaduan dalam sesebuah negara yang mana sekiranya perkara ini berterusan dan memberi harapan untuk mencapai negara yang aman dan harmoni . Bendera Malaysia iaitu bendera jalur gemilang juga membuktikan kepelbagaian masyarakat yang hidup dalam satu negara yang gemilang.