1. Bagaimanakah kandungan buku-buku teks dapat memupuk hubungan etnik?
Kandungan buku-buku teks dapat memupuk hubungan etnik melalui penggunaan bahasa yang sama iaitu Bahasa Melayu. Setiap kaum yang berbilang bangsa dan agama dapat memperolehi ilmu dan pengetahuan yang sama tanpa menyentuh isu-isu sensitif dalam kalangan bangsa.Selain itu, nilai-nilai yang terdapat dalam buku teks dapat memberi satu impak yang sangat besar terhadap pembaca terutama kepada pelajar yang masih kecil akan pentingnya hubungan etnik dalam kalangan rakyat Malaysia.Bahasa Melayu juga merupakan bahasa kebangsaan yang akan mengukuhkan lagi hubungan etnik dalam kalangan pelajar yang berbilang kaum di Malaysia.
2. Industri hiburan sebagai mekanisme pemupukan jalinan hubungan dalam kalangan masyarakat pelbagai budaya di Malaysia.
Rakyat Malaysia amat suka akan hiburan dan statistik menunjukkan lebih 70% rakyat Malaysia gemar hiburan berbanding dengan industri yang lain seperti seni, bisnes dan sebagainya.Hal ini demikian kerana artis menjadi penggerak utama di Malaysia untuk memupuk nilai hubungan etnik. Sebagai contoh yang kita dapat lihat,Daniel Lee yang merupakan penyanyi Malaysia yang paling terkenal kerana memenangi kejuaraan dalam Malaysian Idol musim kedua, iaitu satu rancangan realiti TV telah menyanyikan lagu Mimpi yang menggabungkan lagu bahasa Melayu dan Bahasa Cina dalam satu lagu yang menarik.Secara tidak langsung, perkara ini dapat memberi inspirasi kepada masyarakat untuk bersama mengetahui bahasa dan budaya masyarakat lain.
3. Apresiasi seni (seni lakon, seni tampak, seni suara, seni reka, dll) dalam masyarakat pelbagai kaum.
Maksud apresiasi adalah satu penilaian yang baik terhadap sesuatu karya yang dihasilkan dan seni pula bermaksud satu hasil ciptaan seseorang yang mempunyai ciri-ciri yang tertentu.Perkara ini dapat dilihat dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan karya seni merka yang tersendiri.Seni tampak adalah bersumberkan daya fikiran dan kesenian yang mutlak dalam minda seseorang dan seterusnya diterjemahkan kepada objek yang nyata serta boleh dilihat seperti gambar, arca, model dan sebagainya.Sebagai contoh, orang Melayu membuat rumah tradisional di Negeri Sembilan dibina sepenuhnya daripada kayu jati dan tidak menggunakan paku langsung. Ia dibina menggunakan alur rasuk yang dipegang oleh sendal. Contoh seni bina jenis ini dapat dilihat di Istana Lama Seri Menanti di Negeri Sembilan, yang dibina pada 1905.Selain itu, orang cina pula pandai membuat kombinasi seni bina yang jarang dilihat iaitu elemen Cina dan Barat ditunjukkan pada masjid Terengkera di Melaka. Rupanya seperti pagoda adalah contoh terbaik bentuk bumbung berpengaruh Cina, digabungkan dengan butiran Barat seperti pada birai dan susur.Orang India pula membina Kuil Sri Mahamariaman di Kuala Lumpur dan merupakan antara kuil yang paling cantik, dipenuhi hiasan seni yang halus dan teliti di negara ini. Skema corak yang teliti dalam kuil ini menggabungkan ukiran teliti, tampalan emas, motif dicat tangan dan jubin mewah dari Itali dan Sepanyol.
4. Apakah kawalan-kawalan yang diperlukan dalam memupuk perpaduan kaum di Malaysia?
Kawalan-kawalan yang amat diperlukan dalam memupuk perpaduan kaum dan etnik di Malaysia ialah pendidikan dan politik di Malaysia.Pendidikan yang sitetapkan oleh negara ini ialah Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan perkara ini dapat menjadikan bahasa Melayu sebagai satu bahasa perhubungan pelbagai etnik di negara ini tanpa menimbulkan sebarang masalah dan salah sangka.Selain itu, politik penting dalam sesebuah negara kerana ia dapat memberi arah dan tujuan kepada rakyat untuk terus berusaha dan dapat membangunkan negara ke arah yang lebih baik.Politik juga penting dalam perpaduan kerana salah faham yang wujud antara parti politik yang berbeza misi dan visi akan menyebabkan perpecahan dan seterusnya mengelakkan hubungan baik wujud antara kaum.
5. Orientasi parti politik yang ada sekarang lebih cenderung ke arah polarisasi kaum atau perpaduan?
Orientasi politik sekarang lebih cenderung ke arah polarisasi kaum.Masalah polarisasi telah wujud sejak zaman penjajahan British lagi. Pemerintahan mereka pada masa itu mempunyai dasar yang mengekalkan struktur kelas dan sosioekonomi kaum-kaum tertentu. Pihak British tidak menyediakan satu system persekolahan yang bersepadu. Sebaliknya mereka membiarkan kewujudan system pendidikan yang berbagai-bagai aliran termasuk aliran Inggeris, Melayu, Cina dan Tamil. Tujuannya ialah untuk memenuhi keperluan sektor tertentu dalam ekonomi zaman berkenaan. Meskipun akhirnya bilangan penuntut meningkat dengan pengetahuan berorentasikan pendidikan Inggeris sehingga ke hari ini, namun peluang-peluang menggunakan kelayakan tersebut sebagai mobility ke atas tidak terbuka kepada golongan rendah. Oleh itu, perbezaan kelas terus kekal. Sebagai contoh, sejak perkembangan perusahan getah dari permulaan abad ke 20, pihak British memerlukan tenaga kerja yang tetap. Jadi sejak 1905, sekolah-sekolah Tamil disediakan di estet-estet agar tenaga buruh bagi estet getah terjamin. Justeru itu, pihak British mendapat tenaga kerja yang tetap dan murah. Oleh kerana sekolah Tamil pada masa itu serba kekurangan dari pelbagai segi kemudahan dan tenaga pengajar, peluang bagi kaum India yang berkerja di estet untuk mendapat pekerjaan lain amat terbatas. Pendidikan Cina juga dikuasai oleh pihak penjajah bagi tujuan memenuhi keperluan tenaga kerja mereka. Dengan perkembangan ekonomi colonial di Semenanjung Malaysia pada awal kurun ke 20, sekolah-sekolah Cina juga turut berkembang. Sekolah-sekolah Cina dipengaruhi oleh fahaman Cina yang mengagung-agungkan pendidikan dan budaya Cina tradisional. Dengan ini, pihak pemerintah British pada masa itu telah berjaya memisahkan rakyat mengikut kaum atau etnik masing-masing. Jelas bahwa pengenalan kaum dengan peranan ekonomi yang merupakan masalah besar di Malaysia kini adalah akibat sistem sosioekonomi penjajah. Pertentangan pendapat tentang hak-hak kerakyatan timbul perselisihan di antara kaum sehingga kini. Perkara berkenaan telah bermula sejak dulu lagi sebelum merdeka. Perasaan ini diapi-apikan lagi oleh pihak-pihak tertentu demi untuk mencapai matlamat dan kepentingan peribadi..
6. Orientasi Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) yang ada sekarang lebig cenderung ke arah polarisasi kaum atau perpaduan?
Orientasi Organisasi Bukan Kerajaan(NGO) yang ada sekrang lebih cenderung ke arah polarisasi perpaduan.Perkara ini dapat dilihat melalui badan NGO yang gemar akan memberi bantuan kemanusiaan mangsa bencana alam tanpa mengira bangsa, budaya, agama dan kaum seseorang.Sebagai contoh,ahli usahawan dan doktor yang terkenal,Raja Shamri lebih suka memberi dana bantuan kepada mangsa banjir dengan sama rata tanpa menilai kaum atau bangsa seseorang.
7. Permainan tradisional masyarakat Malaysia sebagai warisan dan wadah memupuk persafahaman antara pelbagai etnik.
Permainan tradisional merupakan satu faktor yang dapat memupuk nilai kesefahaman dalam masyarakat tanpa kita sedari.Perkara ini dapat kita saksikan apabila sesuatu individu yang berlainan bangsa dan agama bersama-sama menyertai pertandingan gasing masyarakat Melayu yang memberi nilai kesabaran dan cara menyelesikan sesuatu masalah dengan baik.Pekara ini menunjukkan tentang satu etnik yang berbeza tetapi dapat memberikan sokongan dan semangat dalam merealisasikan perpaduan kaum di Malaysia.