NurHaida Izzani's 1.A3 : Video - OpenLearning

NURHAIDA IZZANI BINTI ISMAIL

E20161013887

KUMPULAN  C

EN MOHD SYARIEFUDIN BIN ABDULLAH

UPSI

 

Berdasarkan video, saya dapat menyimpulkan bahawa Malaysia telah melalui pelbagai tragedi sebelum dan selepas kemerdekaan dicapai.  Malaysia mengalami era konflik, tegang tapi stabil dan kesepaduan. Era konflik ini berlaku selepas Perang Dunia Kedua.  Era konflik ini termasuklah zaman Jepun, mogok pekerja dan tragedi 13 Mei 1969. Selepas kemerdekaan, tragedi  darurat  pula tercetus. Era konflik ini melibatkan banyak  pertumpahan darah. Apabila kestabilan mula dicapai, berlaku tragedi berdarah 13 Mei 1969 yang menggugat kembali keamanan negara. Tragedi 13 Mei melibatkan rusuhan kaum yang berlaku pada tahun 1969 adalah kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Ia lebih dikenali sebagai Peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa ini telah mengakibatkan kehilangan nyawa dan harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan Pilihan Raya 1969. Tragedi yang berlaku pada 13 Mei 1969 ini merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia. Majlis Keselamatan Negara merumuskan antara faktor tragedi ini berlaku adalah kerana ekonomi orang Melayu yang ketinggalan dari kaum lain apabila Dasar Ekonomi Baru dibentuk. 

Comments

Chat