uumcazwa's 1.A4 : Perbincangan - OpenLearning

Secara umum, etnik terbahagi kepada dua konsep iaitu perpaduan dalam kepelbagaian dan kesepaduan sosial. Memang tidak dinafikan perpaduan dalam kepelbagaian berbeza daripada kesepaduan sosial. 

 

Perpaduan bermaksud satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta memiliki perasaan cinta bangga kepada negara. Dari sudut sosial, perpaduan didefinisikan sebagai rasa kesatuan yang merentas pemisahan fizikal dan psikologikal. Psikologi sosial ialah kajian tentang pengaruh sosial terhadap perilaku manusia. Dari segi antropologi-sosiologi pula, didefinisikan sebagai rumusan bagaimana manusia mengurus dan menyusun perbezaan sosial di kalangan mereka. Antropologi-sosiologi ialah kajian tentang masyarakat dan budaya. 

 

Kesepaduan sosial membawa maksud fenomena sosial yang dipacu oleh idaman mendalam terhadap perpaduan.

 

Kesimpulannya, perpaduan ialah kesamaan atau kesatuan; satu bangsa, agama, bahasa, negara. Ia adalah satu gambaran masyarakat yang sempurna dan tidak boleh menjadi kenyataan kerana di Malaysia mempunyai penduduk yang berbilang kaum dan mempunyai pegangan,kepercayaan dan bahasa yang berbeza. Manakala, kesepaduan sosial pula lebih realistik dalam konteks Malaysia dan konsep ini diutarakan untuk menjelaskan fenomena yang berlaku di Malaysia di mana penduduk yang terdiri daripada pelbagai kaum dapat hidup bersatu dan aman.

 

https://www.openlearning.com/https://www.openlearning.com/courses/etnik/Pages/PerpaduanAtauKesepaduan0

Comments

Chat