MELINA BINTI SUBARI
225443
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
KUMPULAN O
DR. SYED SULTAN BEE BINTI PACKEER MOHAMED
Aktiviti 2.A3 : Refleksi kendiri pengalaman harian dan pelan tindakan individu sebagai agen penyatupaduan
Tuliskan esei tentang pengalaman harian anda dalam konteks hubungan etnik. Anda boleh menulis berdasarkan pengalaman anda di dalam peringkat usia yang berbeza, misalnya dari zaman kanak-kanak dan kemudiannya melangkah ke usia remaja, hinggalah ke masa kini. Di dalam esei ini, kenalpasti dan tonjolkan peristiwa-peristiwa khusus dalam kehidupan anda yang relevan dengan konsep-konsep dan perbincangan mengenai hubungan etnik yang telah dipelajari di dalam topik ini.
Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai etnik sama ada di semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Dengan jumlah penduduk yang hampir 30 juta orang, Malaysia masih dapat mengekalkan keamanan dan kemakmuran. Sikap toleransi antara etnik juga masih wujud. Sebagai rakyat Malaysia banyak pengalaman yang saya peroleh semasa bekerja dan berkawan dengan masyarakat pelbagai etnik. Sejak kecil lagi saya telah didedahkan dengan suasana kehidupan yang meriah dengan persahabatan masyarakat dari pelbagai etnik. Kedua ibu bapa saya mempunyai sahabat daripada pelbagai etnik seperti cina dan india. Pada setiap perayaan, kami akan menyambutnya dengan penuh meriah. Sikap hormat-menghormati antara satu sama lan turut dipupuk didalam diri kami.
Apabila meningkat remaja, saya telah bekerja di sebuah kedai alat tulis dan berpeluang mengenali rakan-rakan baru dari etnik yang lain. Hubungan persahabatan kami sangat erat dan tidak pernah berlaku perselisihan faham. Saya tidak pernah merasa kekok atau malu dengan rakan-rakan saya yang lain apabila kami berkongsi pengalaman kehidupan masing-masing. Kami jadikan pengalaman yang dikongsi sebagai salah satu pengajaran dan berusaha agar kehidupan kami menjadi lebih baik. Dari segi agama dan budaya, rakan-rakan saya dari etnik yang lain tidak pernah memperikaikannya dan menghormati agama dan budaya antara satu sama lain. Walaupun berlainan budaya, kami tetap menyambut dan berkunjung ke rumah rakan-rakan ketika hari perayaan.
Pengalaman bersama rakan berlainan etnik ini merupakan sesuatu yang sangat berharga. Saya bukan sahaja dapat mengenali mereka, bahkan juga dapat mempelajari sesuatu yang baru. Hubungan yang erat antara kami menyebabkan kami tidak pernah bermusuhan walaupun kadang kala topik yang sensitif dibincangkan. Pemikiran yang matang dan sikap yang terbuka membolehkan kami duduk bersama-sama untuk membincangkan hal-hal yang sensitif terutama mengenai agama. Pada pendapat saya, jika seseorang itu tidak berfikiran terbuka, mereka akan mengalami kesukaran untuk menjalinkan hubungan persahabatan dengan etnik yang lain.
Kehidupan yang aman sememangnya diidamkan oleh setiap orang terutama bagi masyarakat yang hidup dalam negara yang mempunyai pelbagai jenis etnik. Keamanan ini harus dikekalkan kerana kita akan saling bergantungan antara satu sama lain pada masa hadapan. Ramai yang tidak mengetahui bahawa kehidupan kita adalah saling memerlukan antara satu sama lain terutama dari segi pasaran dan ekonomi yang telah diceburi oleh banyak etnik.
Semasa saya di universiti, saya juga mempunyai banyak pengalaman berkawan dengan pelajar dari etnik yang berbeza. sebagai pelajar pengajian tinggi, kami tidak pernah memandang agama dan budaya itu sebagai satu masalah untuk kami bekerjasama. Tindakan para pensyarah meletakkan kami didalam kumpulan yang mempunyai pelbagai etnik membolehkan kami mengeratkan lagi silaturahim dengan mereka. Perbincangan antara kami juga tidak pernah mencetuskan perbalahan kerana kami yakin setiap orang mempunyai kekuatan dan kelemahan masing-masing. Rakan- rakan saya dari pelbagai etnik ini sentiasa memberi bantuan dan tunjuk ajar kepada saya. Mereka tidak pernah meminta balasan kerana mereka beranggapan bahawa itu adalah tanggungjawab mereka untuk sama-sama berjaya dalam pelajaran. Hubungan persahabatan kami bukan sekadar didalam kelas malah kami juga akan melakukan aktiviti luar bersama-sama. Aktiviti seperti riadah diwaktu petang merupakan aktiviti yang sering kami lakukan.
Berdasarkan pengalaman yang saya lalui bersama rakan-rakan dari pelbagai etnik, saya dapat simpulkan bahawa kita tidak boleh memandang serong kepada orang lain. Hal ini kerana sikap yang tidak negatif tidak seharusnay wujud dalam diri masyarakat terutama sekali di Malaysia. Kita juga seharusnya mengelak daripada membincangkan isu-isu sensitif kerana tidak semua orang boleh berfikiran terbuka. Sikap yang mulia harus dipupuk dalam diri masyarakat Malaysia agar mereka tidak membezakan individu itu hanya kerana etnik mereka. Oleh itu, langkah-langkah penyatupaduan etnik harus dilaksanakan agar tiada masalah tentang perbezaan etnik dinegara ini.
1. Apakah yang dapat anda katakan mengenai refleksi kendiri anda berdasarkan persoalan berikut:
(a) Adakah anda seorang yang tebal atau tipis batas etniknya?
Saya adalah seorang yang tipis batas etniknya. Hal ini kerana saya mempunyai ramai kenalan dari pelbagai etnik. Saya juga mempunyai banyak pengalaman yang menarik dengan mereka. Rakan-rakan saya dari pelbagai etnik juga tidak pernah menganggap etnik itu merupakan satu halangan untuk kami berkenalan antara satu sama lain.
(b) Apakah pengalaman saling kebergantungan yang anda alami?
Saya pernah bekerjasama dengan rakan dari etnik lain untuk menyiapkan satu projek sukar dan memerlukan komitment yang tinggi. Kami saling bantu-membantu antara satu sama lain semasa projek itu dilaksanakan. Kami juga bertukar pendapat dan idea agar projek yang dilaksanakan itu berjaya seperti yang dirancang.
(c) Apakah takrifan harian dan takrifan autoriti yang berkait dengan pengalaman hidup anda sendiri?
Takrifan harian adalah kebergantungan sesuatu etnik itu terhadap etnik lain dalam kehidupan harian masing-masing.
Takrifan autoriti adalah berdasarkan ciri-ciri fizikal atau budaya sesebuah etnik itu sebagai contoh agama yang dianuti oleh etnik tersebut.
(d) Apakah bentuk rundingan sosial yang anda lakukan di dalam mengalami kehidupan sebagai ahli masyarakat pelbagai etnik di negara ini?
Perbincangan dan toleransi adalah jalan yang terbaik untuk membentuk satu rundingan sosial agar semua berpuas hati dengan keputusan akhir yang dibuat dan ia dapat mencapai kata sepakat yang lebih kukuh. Perbincangan ini juga membolehkan sesuatu masalah diselesaikan dengan lebih cepat. Banyak idea dan pendapat boleh diperolehi melalui perbincangan kerana setiap orang mempunyai pengalaman dan pandangan yang berbeza.
2. Rangkakan satu pelan tindakan bagi merancang langkah-langkah praktikal yang boleh anda lakukan di dalam memainkan peranan sebagai seorang agen penyatupaduan di dalam masyarakat pelbagai etnik di negara ini. Gambarkan pelan tindakan anda dalam bentuk lakaran/jadual atau apa-apa bentuk audio-visual yang sesuai dan kongsikan di ruangan komen.
|
Langkah-langkah |
Huraian |
|
Menyediakan aktiviti-aktiviti luar seperti bersukan |
Aktiviti ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan silaturahim malah dapat mendidik masyarakat agar kekal sihat dan cergas. |
|
Perbanyakkan iklan-iklan yang berunsurkan penyatupaduan etnik |
Kebanyakan masyarakat lebih terpengaruh dengan media sosial, jadi iklan berunsur penyatupaduan yang disiarkan di media sosial boleh memberi kesan positif kepada mereka. |