1. Bagaimanakah kandungan buku-buku teks dapat memupuk hubungan etnik?
Melalui kandungan didalam buku teks, pelajar dapat mempelajari dan memahami pelbagai budaya dan adat dari etnik yang lain. Jadi ia akan membantu pelajar agar saling menghormati budaya dan agama ynag dianuti oleh etnik-etnik yang terdapat dinegara ini.
2. Industri hiburan sebagai mekanisme pemupukan jalinan hubungan dalam kalangan masyarakat pelbagai budaya di Malaysia.
industri hiburan merupakan sebuah industri yang berjaya mengeratkan hubungan antara etnik dinegara ini kerana ia mengumpulkan masyarakat dari pelbagai etnik untuk bersama-sama bekerjasama dalam mencapai kejayaan masing-masing.
3. Apresiasi seni (seni lakon, seni tampak, seni suara, seni reka, dll) dalam masyarakat pelbagai kaum.
aspresiasi seni dalam masyarakat pelbagai kaum dapat membantu dalam mengeratkan hubungan sesama masyarakat. Ia dapat dikongsi dan dipelajari bersama-sama agar ia terus kekal dan tidak luput ditelan zaman.
4. Apakah kawalan-kawalan yang diperlukan dalam memupuk perpaduan kaum di Malaysia?
kawalan seperti pengawasan pihak berkuasa dalam membanteras jenayah diperlukan supaya ia dapat mengurangkan persepsi yang buruk terhadap sesebuah kaum. sebagai contoh, jenayah ragut yang sering dikaitkan dengan kaum melayu perlu dibanteras agar tidak menimbulkan sebarang persepsi negatif oleh kaum lain.
5. Orientasi parti politik yang ada sekarang lebih cenderung ke arah polarisasi kaum atau perpaduan?
orientasi parti politik yang ada sekarang lebih cenderung kepada polarisasi kaum kerana terlalu banyak parti-parti politik yang ditubuhkan hanya untuk mempertahankan hak kaum masing-masing.
6. Orientasi Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) yang ada sekarang lebig cenderung ke arah polarisasi kaum atau perpaduan?
orientasi organisasi bukan kerajaan dilihat lebih cenderung kearah perpaduan kerana mereka memberi bantuan dan sumbangan tanpa mengira kaum dan agama.
7. Permainan tradisional masyarakat Malaysia sebagai warisan dan wadah memupuk persafahaman antara pelbagai etnik.
permainan tradisional perlu dikekalkan agar ia tidak luput ditelan zaman, ia juga akan menjadi warisan dan dapat mengeratkan hubungan silaturahim kerana permainan tradisional ini bukan sahaja untuk menyihatkan tubuh badan, malah ia juga dapat memberi pengajaran kepada kita agar sentiasa bersatu padu dan bekerjasama didalam setiap pekerjaaan yang kita lakukan.