Question 1.
Bincangkan hubung kait antara pembangunan ekonomi dengan hubungan etnik di Malaysia (sebelum merdeka, selepas merdeka dan sekarang). Discuss on the relationship of Malaysia's economic development and ethnic relations from pre-independence, after independence and current situation point of view.Sebelum kemerdekaan semasa penjajahan orang British, tanah melayu mengamalkan dasar dwiekonomi iaitu ekonomi tradisional dan ekonomi dagangan. Penglibatan kerajaan dalam dasar dasar ekonomi adalah amat minimum.Orang Melayu banyak terlibat dalam ekonomi tradisional sperti pertanian & perikanan,orang cina dalam sektor perlombongan dan orang india dalam sektor toreh getah.Ini menyebabkan mereka menjadi miskin dan tidak maju berbanding penjajah yang mengamalkan dasar etnik dagangan.Selepas kemerdekaan pula,DEB diperkenalkan dengan tujuan membasmi kemiskinan orang luar bandar serta menyusun semula struktur khususnya dalam sektor ekonomi.Tujuannya adalah untuk mengelakan berlakunya rusuhan kaum seperti pada 13 Mei.Sekarang pula, rancangan Lima Tahun diperkenalkan.Pada masa sekarang, Malaysia melaksanakan Rancangan Lima Tahun yang ke 11 yang bertemkan Pertumbuhan Berpaksikan Rakyat. Hubungan antara ketiga-tiga zaman ini, dapat menunjukkan bahawa dapat peningkatan dari segi ekonomi negara. Bukan senang untuk membangunkan sebuah negara yang berbilang etnik, namun perlulah sikap keterbukaan serta kerjasama antara semua ahli masyarakat.
Question 2.
Terangkan bagaimanakah kedudukan ekonomi Bumiputera / Kaum Cina / Kaum India / Kaum lain sebelum dan selepas Dasar Ekonomi Baru? Nyatakan impak Dasar Ekonomi Baru ke atas kumpulan etnik di Malaysia. Explain the economic ranking and situation namely for the Bumiputras, the Chinese, the Indians and other ethnicity after the implementation of New Economic Planning. State the impacts of the New Economic Policy on the Malaysian ethnic group.Sebelum wujudnya DEB setiap kaum dapat dikenali mengikut aspek ekonomi iaitu kaum cina (tinggal di Bandar) terlibat dalam bidang perniagaan, kaum Melayu yang tinggal di luarterlibat dalam pertanian dan kaum India (tinggal di estet atau kebun getah) terlibat dalam pertanian getah. Ini semua akibat daripada penjajahan barat yang menyusun kaum-kaum ini mengikut kecenderungan ekonomi.Pada ketika itu,setiap kaum mempunyai tahap pencapaian ekonomi dan mempunyai tahap pemilikan ekonomi yang berbeza.Didapati bahawa 49.3% dari semua keluarga di Semenanjung Malaysia menerima pendapatan di bawah garis miskin. Dari jumlah semua keluarga miskin, 86% berada di kawasan luar bandar dan 14% lagi berada di kawasan bandar. Kadar kemiskinan mengikut kaum pada tahun 1970 adalah menunjukkan kaum Melayu adalah berada di atas sekali dengan 64.8% diikuti dengan kaum India sebanyak 39.2% dan kadar kemiskinan kaum Cina adalah paling rendah iaitu 26%.Usaha yang telah diambil oleh kerajaan bagi mengatasi masalah sosial ekonomi ialah mewujudkan peluang pekerjaan,menambah daya pengeluaran dan pendapatan,mengurangkan jurang perbezaan pendapatan di antara kaum dan di antara kawasan bandar dan luar bandar, memodenkan kehidupan di luar bandar,mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan bumiputra, memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat.,meningkatkan kemudahan infrastruktur. Tetapi, kebanyakkan hak istimewa diberikan kepada golongan bumiputera dan bukan etnik lain. Walau bagaimanapun, tujuan utama DEB ialah untuk memajukan orang bumi dan saya rasa, usaha tersebut telah membantu orang bumi melibatkan diri dlm sektor perdagangan.