Perwarisan Berlainan Agama
Menurut Jumhur, ulama bersepakat bahawa untuk tidak membenarkan pewarisan harta pusaka orang Islam kepada bukan Islam dan sebaliknya. Hal ini berdasarkan hadis " لا يرث مسلم كافر ولو كافر مسلم"
Namun demikian, Islam tidak melarang atau menyekat alternatif lain seperti wasiat dan hibah. Orang Islam boleh memberikan hartanya menerusi wasiat atau hibah dengan syarat tidak melebihi 1/3 daripada hartanya.
Oleh yang demikian, orang Islam boleh menerima wasiat atau hibah yang diberikan oleh orang bukan Islam kepadanya kerana tidak ada syarat seagama bagi mendapat wasiat dan hibah.