UKM-NM-SYAMSIATUL KHUSNA's 3.A4 : Aktiviti 4 - OpenLearning

1. Bagaimanakah kandungan buku-buku teks dapat memupuk hubungan etnik?


Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina dan India. Kemajmukan kaum ini menyebabkan perpaduan merupakan asas yang amat penting dalam mewujudkan keharmonian dan keamanan dalam kalangan rakyat Malaysia. Buku teks telah menjadi medium penting bagi mewujudkan kesepaduan ini. Kandungan buku-buku teks dapat memupuk hubungan etnik melalui penggunaan bahasa Melayu yang telah diaplikasikan dalam buku tersebut. Bahasa merupakan medium terbaik dalam memupuk hubungan etnik. Bagi kata lain, bahasa melayu menjadi bahasa penghantar utama di dalam buku teks. Pada masa yang sama, buku teks mengandungi penyampaian nilai-nilai murni dalam bahasa Melayu yang mudah difahami berserta ilustrasi gambar yang menarik. Secara tidak langsung, menarik minat pembaca yang terdiri daripada pelbagai etnik dan akhirnya penyampaian nilai murni dalam buku tersebut mencapai objektif. Hal ini demikian kerana, pembaca yang terdiri daripada pelbagai etnik akan mengamalkan nilai murni dan meningkatkan lagi penguasaan dalam bahasa melayu melalui pembacaan buku teks. Maka, penguasaan dalam bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan akan memudahkan dan merancakkan lagi komunikasi yang baik antara seama etnik dan dengan mudah dapat mengeratkan lagi hubungan etnikyang berbilang kaum.

2. Industri hiburan sebagai mekanisme pemupukan jalinan hubungan dalam kalangan masyarakat pelbagai budaya di Malaysia.


Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai penduduk daripada pelbagai bangsa.. Oleh itu, setiap orang memainkan peranan yang penting dalam memupuk hubungan yang baik dan harmoni antara semua kaum di Malaysia . Salah satu agen yang memainkan peranan untuk memupuk jalinan hubungan dalam kalangan masyarakat pelbagai budaya di Malaysia adalah industri hiburan. Industri hiburan mendapat tempat di hati kebanyakkan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Masyarakat kini lebih gemar menonton televisyen berbanding membaca bahan ilmiah. Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) perlu memastikan filem dan drama yang ditayangkan mengandungi elemen yang baik, bersifat kesepaduan serta tidak menyentuh sensitiviti kaum lain agar jalinan hubungan antara kaum di Malaysia tidak terjejas malah menjadi bertambah erat. Contoh cerita yang mampu memupuk jalinan hubungan dalam kalangan rakyat Malaysia adalah Upin dan Ipin. Upin dan Ipin mengajar kita bahawa sahabat daripada kaum yang berlainan bukanlah sesuatu yang perkara yang buruk. Hubungan baik dengan jiran tertangga daripada pelbagai kaum menunjukkan bahawa setiap kaum saling melengkapi antara satu sama lain dan hubungan yang baik boleh terjalin antara kaum yang berbeza. Melalui kisah Upin dan Ipin, kita seharusnya sedar bahawa hubungan antara manusia itu tidak akan terjejas sekiranya hubungan terjalin antara satu kaum dengan kaum yang berlainan. Oleh itu, industri hiburan memainkan peranan yang penting sebagai mekanisme untuk memupuk jalinan hubungan dalam kalangan masyarakat pelbagai budaya di Malaysia.

3. Apresiasi seni (seni lakon, seni tampak, seni suara, seni reka, dll) dalam masyarakat pelbagai kaum.


Apresiasi boleh didefinisikan sebagai suatu penghargaan atau penilaian positif terhadap sesuatu karya yang dihasilkan manakala seni pula bermaksud hasil ciptaan manusia yang mempunyai nilai estetika tertentu. Secara umumnya, apresiasi seni merupakan penghargaan kepada hasil karya seni. Variasi kesenian di Malaysia adalah hasil campuran pelbagai daripada pelbagai kaum sebagai lambang budaya sesuatu bangsa selain daripada tujuan untuk hiburan dan mengiringi upacara-upacara adat tertentu. Sebagai contoh untuk seni alatan muzik, masyarakat kaum Melayu terkenal dengan muzik gamelannya manakala masyarakat kaum India terkenal dengan tabla yang dimainkan secara solo atau mengiringi upacara keagamaan, persembahan, perkahwinan dan sebagainya. Seruling popular di negara China dan budaya muzik orkestra kaum Cina dibawa masuk oleh imigran dari negara China ke Malaysia pada zaman sebelum merdeka. Contoh lain pula ialah seni tari. Seni Tarian Zapin dan Mak Yong merupakan sejenis tarian tradisional masyarakat Melayu dan juga sangat terkenal dalam kalangan kaum Melayu. Tarian ini pada kebiasaanya akan dipersembahkan dalam majlis kahwin atau persembahan majlis biasa. Bagi masyarakat India, Tarian Kathak dan Tarian Bharata Natyam merupakan salah satu gaya tarian klasikal India. Tarian ini merupakan salah satu tarian yang penuh tradisi. Tidak kurang juga dengan masyarakat Cina, Tarian Kipas serta Tarian Naga adalah tarian yang sangat popular di kalangan mereka. Kita sering melihat Tarian Naga dipersembahkan sewaktu hari perayaan kaum Cina. Mengikut kepercayaan orang Cina, Tarian Naga dipersembahkan dengan tujuan memohon iaitu mengharapkan sesuatu yang lebih baik dengan memberikan kesenangan, kemakmuran dan kejayaan.

4. Apakah kawalan-kawalan yang diperlukan dalam memupuk perpaduan kaum di Malaysia?


Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai masyarakat yang majmuk. Sebuah masyarakat majmuk cenderung untuk berlakunya konflik yang melibatkan perkauman dan agama. Oleh itu, kawalan-kawalan yang dapat memupuk perpaduan amatlah diperlukan. Antara kawalan yang diperlukan adalah perlembagaan. Dalam perlembagaan ini, sudah dinyatakan hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta hak-hak kaum lain dalam mendapatkan pembahagian ekonomi, pendidikan dan sebagainya. Kedua, kawalan ekonomi. Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang telah diperkenalkan oleh kerajaan selepas merdeka adalah bertujuan untuk merapatkan jurang ekonomi di antara kaum. DEB juga diperkenalkan untuk membasmi kemiskinan dan menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat tanpa mengira kaum. Ketiga, kawalan dari segi pendidikan. Malaysia mempunyai sistem sekolah vernakular yang bermula dari zaman penjajahan British lagi. Hal ini menyebabkan agak sukar untuk membentuk satu acuan masyarakat yang bersatu padu kerana penggunaan bahasa pengantar dan juga kurikulum yang berbeza. Oleh itu, sekolah kebangsaan perlu diperkasakan lagi agar dapat dijadikan landasan untuk menanam sifat patriotisme dalam kalangan pelajar. Selain itu juga, di peringkat pengajian tinggi haruslah mempunyai aktiviti yang dapat mengalakkan lagi perpaduan diantara kaum dalam kalangan mahasiswa. Akhir sekali, penerimaan budaya antara kaum. Kebanyakkan konflik antara kaum yang dihadapi dahlu adalah disebabkan kurangnya penerimaan budaya di antara kaum di Malaysia. Kini, konflik yang dihadapi sudah berkurangan dan penerimaan budaya semakin disambut baik. Sebagai contoh, semasa Hari Raya bagi umat Islam, kaum Cina dan India juga turut berkunjung ke rumah terbuka dan menyambut bersama.

5. Orientasi parti politik yang ada sekarang lebih cenderung ke arah polarisasi kaum atau perpaduan?


Polarisasi bermaksud sikap perkauman, yang menjadi tulang belakang masalah utama perpaduan antara kaum atau etnik berbilang bangsa di negara ini. Unsur-unsur perkauman ini lebih jelas apabila dibandingkan dengan kesanggupan bagi mencapai integrasi atau perpaduan nasional. Sentimen ini telah ditanam kukuh oleh penjajah Inggeris pada setiap negara yang dijajahnya dengan pembentukan atau adunan mereka iaitu ‘pecah dan perintah. Sisterm vernakular juga dilihat faktor kepada ledakan polarisasi kaum. Politik masa kini dilihat sebagai satu fenomena perkauman. Dalam konteks Malaysia, isu-isu perkauman pula membawa erti isu-isu yang melibatkan perkara-perkara yang sensitif dalam Malaysia berkaitan dengan hak-hak keistimewaan Melayu, kontrak sosial, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, status Bumiputera, sistem kuota dan perkara-perkara stereotype. Pihak politik kini lebih dilihat memperjuangkan hak-hak perkauman berbanding kepentingan mengerakkan perpaduan sesama kaum. Hal ini adalah disebabkan kelebihan atau kekurangan yang diberikan kepada kaum-kaum berdasarakan Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Politik masa kini dilihat Isu-isu perkauman di dalam medan politik ini tidak boleh dibahaskan, didebatkan atau dibincangkan secara terbuka kerana ia akan membawa kepada api permusuhan hasil daripada perasaan kurang senang dan tidak berpuas hati. Isu-isu sensitif ibarat api dalam sekam yang menyala dalam diam-diam hingga boleh membawa kepada kebakaran. Ia menjadi satu fenomena perang dingin. Ini juga adalah salah satu sebab yang bakal membawa kepada insiden konflik atau pergaduhan antara kaum. Secara konklusinya, dapat dilihat politik Malaysia kearah polarisasi dan isu-isu ini juga melibatkan perlakuan memperlekehkan dan merendah-rendahkan kaum lain serta mempertikaikan hak orang lain.

6. Orientasi Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) yang ada sekarang lebig cenderung ke arah polarisasi kaum atau perpaduan?


Terdapat banyak Orientasi Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) telah ditubuhkan untuk kebaikan pembangunan negara. Antara contoh-contoh NGO yang terdapat di Malaysia kini adalah Rakan Cop, ABIM, ALIRAN, Majlis Belia Malaysia dan lain-lain lagi. Dapat dilihati bahawa kebanyakan NGO yang tertubuh ini telah memberi manfaat kepada masyarakat, tetapi disebabkan kebanyakan badan NGO yang ditubuhi atas agama dan kaum, perpaduan masih susah dicapai. Pertubuhan-pertubuhan NGO ini hanya melindungi hak dan manfaat sesuatu kaum atau agama tersebut. Ini telah manggalakkan polarisasi kaum. Selain itu, masyarakat juga tidak mendapatkan pertolongan daripada badan NGO yang dianggap berlainan daripada kaum atau agama mereka. Lama-lama lagi, interaksi dan sifat tolong menolong antara kaum akan kehilangan. Masyarakat majmuk kita akan mula dibahagi mengikut agama dan kaum masing-masing. Hal ini akan mengancam perpaduan negara. Tambahan pula, disebabkan lokasi NGO yang berlainan, penduduk di lokasi tertentu tidak dapat menerima bantuan daripada NGO yang dianggap akan memelihara kepentingan kaumnya dan juga tidak mencari pertolongan daripada NGO lain atas sebab agama atau kaum yang tidak sama. Ini akan menimbulkan ketidakpuasan penduduk terhadap sesuatu agama atau kaum kerana menganggap pertolongan tidak diberi atas sebab agama dan kaum yang berlainan. Untuk melindungi perpaduan dalam negara, organisasi-organisasi NGO mesti bekerjasama dan menolong masyarakat tanpa mengira kaum dan agama. Di samping itu, ia juga sangat penting untuk bagi masyarakt tahu bahawa walaupun organisasi NGO tersebut tertubuh atau agama atau kaum tertentu, pertolongan masih akan diberi tanpa mengira kaum atau agama.

7. Permainan tradisional masyarakat Malaysia sebagai warisan dan wadah memupuk persafahaman antara pelbagai etnik.


Permainan tradisional merupakan warisan peninggalan nenek moyang yang terdahulu. Walaupun pada masa kini kewujudan permainan moden bagai cendawan tumbuh selepas hujan, tetapi permainan ini masih tetap perlu dimartabatkan. Sebagai bukti, permainan tradisional seperti ‘Galah Panjang’, ‘Cari Cucu’, ‘Rebut Negeri/tarik tali’, ‘Baling Tin’, ‘Baling Selipar’ dan lain-lain. Semua jenis permainan ini memerlukan persefahaman antara ‘anak buah’ dengan ketua ataupun sesame ahli kumpulan. Contohnya, permainan tarik tali, sekiranya ada antara pemainan atau anggota sesebuah kumpulan tidak bersefahaman dengan ahli lain, maka mereka bakal kecundang. Permainan tradisional ini tidak mengira latar belakang seseorang individu pemain. Berbanding dengan jenis permainan kini atau moden, kebanyakan daripada permainan sebegini secara individu, tidak bercampur gaul dengan masyarakat lain dan menyebabkn individu kini lebih bersikap individualistik dan anti sosial. Natijahnya permainan tradisional mampu untuk memupuk persefahaman sesama kaum dan menaikkan semangat perpaduan tanpa mengira warna kulit, anutan agama mahupun budaya dan adat resam yang diamalkan .

Comments

Chat