IVY AVILA PIUS's 4.A3 : LATIHAN 3 - OpenLearning

Soalan 1

Apakah impak globalisasi kepada negara kita Malaysia?
Malaysia merupakan sebuah negara yang telah mencapai era globalisali dan juga kemajuan yang setanding dengan negara luar. Era globalisasi ini memberi impak besar dalam kemajuan negara kita. Antara impak globalisasi yang dapat dilihat ialah kemajuan ekonomi negara selain itu globalisasi juga mewujudkan perdagangan bebas di negara kita. Selain itu, ia juga dapat menambah keupayaan modal dalam negara. Namun begitu, terdapat juga impak negatif di dalam era globalisasi ini. Oleh itu, pihak yang berwajib seharusnya bijak dalam menyeimbangkan impak globalisasi di negara ini.

Soalan 2

Apakah impak globalisasi kepada tindakan pengukuhan (affirmative action) dan hubungan etnik di Malaysia?
Affirmative action ialah tindakan yang diambil oleh kerajaan untuk mengukuhkan ekonomi negara. Antara affirmative action yang dilaksanakan ialah DEB. Impak yang kita dapat lihat dalam affirmative action ialah membasmi kemiskinan dan menstrukturkan semula masyarakat pelbagai etnik di Malaysia. Dari segi ekonomi pula, globalisasi sangat memberi impak kepada ekonomi setiap kaum kerana tidak semua kaum yang terdapat di Malaysia ini mempunyai latar belakang ekonomi yang baik. Kesimpulannya, globalisasi ini bukan sahaja memberi kesan positif namun ia juga memberi impak negatif kepada sesetengah etnik.

Soalan 3

Bagaimanakah pihak universiti menangani arus globalisasi dalam kalangan pelajar?
Pihak universiti dapat menangani arus globalisasi dalam kalangan pelajar adalah dengan mewajibkan pelajar untuk mengambil mata pelajar yang melibatkan pembangunan budaya bangsa dan negara. Sebagai contoh, mata pelajaran hubungan etnik. Mata pelajaran ini wajib untuk universiti di mana ia akan mendidik pelajar untuk lebih memahami mengenai sejarah kemerdekaan, pentingnya hubungan etnik di kalangan pelajar dan juga mendidik pelajar untuk sentiasa berfikiran terbuka terhadap arus globalisasi yang semakin berkembang di negara kita. Seterusnya, pelajar dapat menilai baik buruknya arus globalisasi ini.

Soalan 4

Adakah konsep kesaksamaan/kesamaratan dalam agihan dan pertumbuhan dari segi wilayah – Semenanjung Sabah dan Sarawak?
Dari segi kesaksamaan/ kesamarataan dalam agihan dan pertumbuhan di semenanjung, etnik utamanya iaitu Melayu Cina dan India tidak diasingkan. Maksudnya dari segi perniagaan etnik Cina dilihat lebih ramai namun dari segi kepimpinan pula etnik Melayu yang banyak menjadi peminpin. Hal ini menunjukkan setiap etnik di Malaysia mempunyai kelebihan masing-masing. Begitu juga di Sabah dan Sarawak, pertumbuhan ekonomi dikawal oleh pemimpin negeri masing-masing. Oleh itu, semua rakyat dapat merasai kesaksamaan atau kesamarataan yang dalam agihan dan pertumbuhan ekonomi di Malaysia.

Comments

Chat