IVY AVILA PIUS's 4.A1 : LATIHAN 1 - OpenLearning

Soalan 1

Setelah menonton video tentang LO 1, maka bincangkan hubung kait antara pembangunan ekonomi dengan hubungan etnik di Malaysia (sebelum merdeka, selepas merdeka dan sekarang)
Setelah menonton video LO1, ekonomi negara bergantung kepada kaum yang terdapat di Malaysia. Pada zaman penjajahan, ekonomi dilihat tidak memberansangkan. Hal ini disebabkan oleh pembahagian kerja yang dilakukan oleh penjajah pada masa itu. Contohnya, Melayu bekerja di kampung sebagai nelayan, Cina berniaga dan bekerja di lombong manakala India di ladang atau estet. Hal ini menyebabkan ekonomi tidak dapat berkembang dengan baik. Namun selepas merdeka DEB diperkenalkan dan ekonomi negara bertambah baik. Pada masa kini ekonomi negara agak stabil dan setiap kaum dapat berganding bahu dalam membangunkan ekonomi negara.

Soalan 2

Setelah memahami LO 2, terangkan bagaimanakah kedudukan ekonomi Bumiputera / Kaum Cina / Kaum India / Kaum lain sebelum dan selepas Dasar Ekonomi Baru? Sila pertimbangkan impak jawapan anda ke atas keadaan politik, ekonomi dan sosial semasa.
Sebelum pelaksanaan DEB kedudukan ekonomi Bumiputera, India, Cina dan kaum lain berbeza-beza. Kaum Cina dilihat memonopoli ekonomi kerana mereka menjalankan perniagaan pada masa itu. Namun selepas pelaksanaan DEB, ia dapat mengurangkan jurang ekonomi dan pendidikan yang wujud sebelum merdeka. Kedudukan ekonomi setiap kaum juga semakin meningkat. Pelaksanaan DEB ini juga bertujuan untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat pada masa itu. Pelaksanaan ini juga untuk memastikan semua kaum yang ada di Malaysia dapat merasai perindustrian dan dapat bersama-sama membangunkan ekonomi negara.

Soalan 3

Video LO 2 juga ada membincangkan berkenaan dasar-dasar yang telah dan akan dilaksanakan oleh kerajaan dalam memacu ekonomi negara. Huraikan dasar-dasar yang berkaitan dengan isu agihan dan pertumbuhan ekonomi di Malaysia.
Antara dasar yang dilaksanakan ialah Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar Pembangunan Nasional (DPN) dan Dasar Wawasan Nasional (DWN). Semua dasar ini dilaksanakan untuk meningkatkan ekonomi antara kaum dan juga negara. bagi DEB, dasar ini diwujudkan untuk menyatukan ekonomi pelbagai kaum yang sebelum ini berbeza-beza. Selain itu, dasar ini juga untuk meningkatkan taraf kehidupan orang miskin dan menyusun semula sistem masyarakat. Seterusnya, untuk memastikan etnik Melayu pada masa itu melibatkan diri dalam perindustrian. Manakala DPN adalah untuk mengurangkan ketidakseimbangan ekonomi pelbagai etnik. DWN pula adalah berkaitan dengan DEB dan DPN.

Soalan 4

LO 3 menekan isu globalisasi dan ekonomi. Bincangkan peranan globalisasi dan impaknya kepada keadaan ekonomi multi-etnik di Malaysia. Juga fokus kepada kekuatan kepelbagaian etnik di Malaysia (yang tiada pada negara lain) dalam menyumbang kepada kelestarian ekonomi Malaysia.
Era globalisasi ini dilihat memberi impak positif dan juga negatif kepada sesebuah negara. Dari segi positif, era globalisasi ini amat berkait rapat dengan kepelbagaian etnik di Malaysia. Hal ini dapat dilihat dengan peningkatan ekonomi pelbagai kaum dan mempunyai sistem pendidikan yang mencukupi. Malaysia juga mencapai kejayaan ekonomi apabila Bank Negara diiktiraf oleh world bank. Namun begitu, bagi negara yang miskin impak era globalisasi ini akan memberi kesan negatif kepada negara mereka. Kesimpulannya, di era globalisasi ini kerajaan perlu mencari titik keseimbangan antara agenda pertumbuhan dan agenda agihan yang adil.

Comments

Chat