Soalan 1
Setelah menonton video tentang LO 1, maka bincangkan hubung kait antara pembangunan ekonomi dengan hubungan etnik di Malaysia (sebelum merdeka, selepas merdeka dan sekarang)Dasar pecah dan perintah dilaksanakan oleh penjajah sebelum kemerdekaan menyebabkan rakyat pelbagai kaum dan etnik dipecah dan dimanipulasikan mengikut kepentingan pihak penjajah.untuk menguasai ekonomi dan politik di Tanah Melayu. Orang melayu kebanyakan menjadi nelayan dan petani serta ditempatkan di kawasan luar bandar.Orang Cina pula melibatkan diri dalam bidang perlombongan(biji timah) yang lebih menguntungkan dan tinggal di kawasan bandar. Orang India pula bekerja sebagai peladang, penoreh getah, penjual kain dan tinggal di pinggir bandar. Masyarakat peribumi pula tertumpu dalam anyaman dan pencarian hasil hutan. Ini menyebabkan jurang ekonomi yang ketara berlaku antara rakyat pelbagai etnik dan perasaan tidak puas hati terhadap kaum lain oleh sesetengah rakyat. Dasar ekonomi bebas terus dilaksanakan selepas merdeka dan Malaysia mengalami pertumbuhan ekonomi. Namun masalah kemiskinan berlaku apabila faedah permbangunan ekonomi tidak dapat dinikmati oleh rakyat. Kebanyakan isi rumah etnik Melayu adalah miskin, diikuti oleh etnik India berbanding dengan etnik Cina. Pada masa ini pula, melalui pembangunan ekonomi negara dalam konteks perpaduan nasional, rakyat pelbagai kaum tidak lagi dikenali mengikut sektor atau pekerjaan dan pembangunan negara yang lebih seimbang antara negeri-negeri di Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak boleh dilihat.
Soalan 2
Setelah memahami LO 2, terangkan bagaimanakah kedudukan ekonomi Bumiputera / Kaum Cina / Kaum India / Kaum lain sebelum dan selepas Dasar Ekonomi Baru? Sila pertimbangkan impak jawapan anda ke atas keadaan politik, ekonomi dan sosial semasa.Sebelum Dasar Ekonomi Baru(DEB): Kaum Cina menguasai kawasan dan pekerjaan perlombongan Kaum India menguasai kawasan dan pekerjaan perladangan, Kaum Melayu menguasai kawasan dan pekerjaan pertanian serta perikanan. Selepas DEB: Laporan Rancangan Malaysia Keenam telah menunjukkan bahawa kadar kemiskinan negara pada tahun 1990 ialah 17.1% berbanding 49.3% pada tahun 1970. Pelbagai perkhidmatan dan kemudahan awam seperti kemudahan pendidikan, kesihatan, bekalan air dan elektrik ditawarkan kepada rakyat oleh kerajaan. Peningkatan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin di luar bandar
Soalan 3
Video LO 2 juga ada membincangkan berkenaan dasar-dasar yang telah dan akan dilaksanakan oleh kerajaan dalam memacu ekonomi negara. Huraikan dasar-dasar yang berkaitan dengan isu agihan dan pertumbuhan ekonomi di Malaysia.Dasar Ekonomi Baru: Strategi penyusunan semula masyarakat dilaksanakan supaya dapat menghapuskan pengenalan kaum berdasarkan tempat tinggal serta kegiatan ekonomi. Usaha membasmi kemiskinan rakyat turut dilaksanakan di bawah dasar ini. Pembentukan sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan orang Melayu dan kaum Bumiputera supaya mereka dapat menguruskan dan memiliki sekurang-kurangnya 30% daripada semua jenis peringkat kegiatan ekonomi. Dasar Pembangunan Nasional: Program memastikan keseimbangan kaum dalam pelbagai aspek tercapai dijalankan di bawah dasar ini. Salah satu objektifnya adalah menjadi Malaysia negara maju dan mengukuhkan keadilan sosial, nilai etika, moral, kualiti hidup dan mengamalkan prinsip pentadbiran yang adil dan kecemerlangan ekonomi.
Soalan 4
LO 3 menekan isu globalisasi dan ekonomi. Bincangkan peranan globalisasi dan impaknya kepada keadaan ekonomi multi-etnik di Malaysia. Juga fokus kepada kekuatan kepelbagaian etnik di Malaysia (yang tiada pada negara lain) dalam menyumbang kepada kelestarian ekonomi Malaysia.Globalisasi berperanan untuk meningkatkan prestasi dan kedudukan ekonomi Malaysia di persada dunia kerana proses globalisasi membawa kemajuan ilmu pengetahuan dan teknologi terutama teknologi komunikasi, seperti teknologi media cetak dan media elektronik. Impak positif globalisasi kepada keadaan ekonomi multi-etnik Malaysia ialah mewujudkan dan meningkatkan perdagangan bebas, menggalakkan persaingan antara penduduk pelbagai etnik ataupun dengan negara lain, perluasan pasaran, pemindahan teknologi, peningkatan kualiti produk penduduk pelbagai kaum dalam sektor yang berlainan. Kekuatan kepelbagaian etnik di Malaysia yang tiada pada negara lain juga menyumbang kepada kelestarian ekonomi Malaysia. Hal ini adalah disebabkan melalui pembangunan dan perancangan ekonomi dirangka, semua kumpulan etnik Malaysia dapat menyertai semua bidang dan peringkat kegiatan ekonomi untuk mencapai perpaduan negara. Perpaduan antara rakyat pelbagai kaum tentu memberi sumbangan kepada kemajuan negara tanpa kira dalam bidang ekonomi atau bidang lain.