“Mungkinkah Berlakunya Peristiwa 13 Mei Jika Saudara/Saudari Tidak Memainkan Peranan Dalam Mengukuhkan Kesepaduan Sosial Di Malaysia?” Beri pendapat saudara/saudari?
What is the answer to this question?13 mei 1969 merupakan sejarah hitam yang telah berlaku di negara Malaysia. Peristiwa ini dikelaskann sebagai sejarah hitam kerana rusuhan yang amat dasyat telah berlaku antara kaum cina dan kaum melayu. Antara faktor yang menyebabkan berlakunya peristiwa ini adalah disebabkan ketidak puas hati kaum cina terhadap orang melayu terhadap hak istimewa orang Melayu. Semasa kempen Pilihan Raya 1969, ahli-ahli politik dari kalangan parti pembangkang telah membangkitkan soal-soal bangsa Malaysia berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Walaupun ini merupakan faktor yang menyebabkan peristiwa 13 mei tetapi bagi pendapat saya akar punca berlakunya peristiwa adalah disebabkan oleh ketidaksepaduan antara kaum cina dan kaum melayu pada masa itu. Oleh itu jawapan saya bagi soalan atas adalah ya. Jika kita sebagai rakyat malaysia tidak memainkan peranan dalam mengukuhkan kesepaduan sosial di Malaysia sudah pasti peristiwa 13 Mei akan berlaku semula. Hal ini demikian kerana negara Malaysia dibina dengan asas perpaduan antara kaum. Oleh itu, jika asas tersebut tidak diamalkan oleh rakyat Malaysia saya yakin menyatakan negara Malaysia tidak akan berada dalam keadaan aman dan damai seperti yang kita sedang alami sekarang. Malaysia sebagai negara yang majmuk , perpaduan dan keharmonian antara kaum ibarat masa yang pada bila-bila masa akan meledak tanpa kita ketahui dan ramalkan. Pemerintah Malaysia harus lebih mengambil cakna agar tidak terulangnya peristiwa hitam tersebut. Di antaranya adalah : 1.)Partai politik berasaskan kaum-kaum tertentu harus di perhalusi 2)Sudah tiba masanya untuk pemerintah Malaysia lebih tegas dengan sistem pendidikannya yang berasaskan kaum-kaum tertentu dengan tujuan mendidik pembauran /asimilasi mulai dari kecil lagi. 3) Pemerintah Membuat program agar non melayu menyukai bahasa melayu dan fasih menuturkannya 3) Program perjumpaan muhibah dengan melibatkan semua kaum senantiasa dilaksanakan. Sebagai rakyat yang cintakan keamanan, kita perlu menanganinya dari berlaku lagi pada masa akan datang. Kita jangan mengambil mudah di atas keamanan yang sedang kita rasakan, kerana di sebalik itu terdapat anasir-anasir yang sedang berusaha untuk memporak-perandakan keadaan.