Soalan 1
Isu Murtad dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia.GEJALA murtad di kalangan orang Islam negara ini sudah sampai ke tahap kritikal. Bilangan kes orang yang dilahirkan Melayu-Islam yang mohon tukar nama asal serta saudara baru yang tidak mengamalkan cara hidup Islam atau mahu balik ke agama asal meningkat tahun demi tahun. Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria menggemparkan seluruh negara apabila menyebut bilangan mereka yang murtad mencapai hampir suku juta. Semasa pendedahan ini dibuat pada tahun 2008 dulu, ramai yang tidak percaya. Ada juga yang mempersenda, kononnya beliau menyebut angka macam membilang jari saja. Hakikat semakin ramai orang Islam yang terpesong sangat menakutkan. Bekas Mufti Kuala Lumpur Ustaz Shaari Bustamah pernah memaklumkan bahawa bilangan murtad di ibu kota sehingga Julai 1997 ialah 3,000 orang. Kajian di Jabatan Statistik menunjukkan terdapat 4,776 permohonan pada tahun 1989 sahaja. Mengikut rekod Mahkamah Syariah, seramai 863 kes telah dirujuk kepadanya antara tahun 2000 hingga 2010 bagi tujuan menukar status agama Islam. Daripada bilangan ini, 168 kes telah diluluskan. Kajian lain menunjukkan bahawa 519 permohonan menukar nama Islam kepada bukan Islam dihantar kepada Jabatan Pendaftaran Negara antara 1994 dan 1997, yang mana 48 peratus permohonan diluluskan.
Soalan 2
Isu Hak Penjagaan Anak Bagi Pasangan Yang Salah Seorang daripada Mereka Memeluk Islam.Menerangkan kepada masyarakat di Malaysia bahawa maksud anak-anak tersebut berstatuskan agama Islam adalah mereka bertiga dianggap sebagai seorang Islam sepanjang tempoh mereka belum lagi mencapai umur baligh. Status keislaman mereka sebelum tempoh baligh akan berkait rapat dengan pembahagian harta pusaka khususnya. Apabila anak-anak tersebut telah mencapai umur baligh, mereka akan diberikan hak untuk memilih sama ada ingin memeluk agama Islam ataupun memeluk agama Hindu.
Soalan 3
Isu Penurunan Salib di Kampung Medan.Kehidupn masyarakat di Malaysia sememangnya dilatari oleh masyarakat terdiri dari pelbagai kaum ,bangsa dan agama. Kepelbagaian yang wujud ini dapat membina kesefahaman diantara pelbagai kaum di Malaysia. Namun tidak kurang juga memberi kepincangan dalam kehidupan masyarakat yang pelbagai di Malaysia. Secara jujurnya saya katakan setiap manusia mempunyai sikap rasis dalam hidup mereka. Masing- masing mempunyai sikap membela kaum,agama dan bangsa sendiri. Jika diteliti sikap radikal agama bukan hanya tertumpu pada kaum melayu sahaja.Malah kaum lain juga mempunyai sikap yang sama kepada masyarakat islam di Malaysia. Sebelum ini kekecohan berlaku ekoran isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible berbahasa melayu. Dalam isu agama islam pula juga tidak kurang hebatnya apabila terdapat sesetengah individu seperti Alvin Tan yang memuat naik gambar "selamat berbuka puasa bersama bakutea" yang menjadi viral di media sosial. Kes kedua pula melibatkan individu yang sama yang mempersendakan Azan dengan membuat remix lagu berunsurkan melodi muzik. Dalam penulisan ini saya tidak meletakkan kesalahan pada mana-mana kaum atau agama. Hal ini demikiaan kerana tidak ada agama yang menyuruh umatnya berbuat kejahatan. Semua agama menganjur pada keharmonian dan kebaikan. Dalam penulisan ini saya akan membahaskan fungsi dua badan penting dalam sesebuah negara . Pertama kerajaan dan yang kedua media. Pada perspektif kerajaan ,saya tertarik untuk membahaskan tentang kewujudan Akta Hasutan 1948 dan Akta Multimedia Malaysia. Kita mempunyai Akta dan undang-undang yang jika dilihat secara teorinya dapat melindungi semua rakyat pelbagai kaum di Malaysia. Namun bagaimana dari segi penguatkuasaan? Organisasi di bawah kementerian mana yang sepatutnya terlibat jika isu ini berlaku? Mengapa tiada tindakan drastik dibuat ke atas pesalah? Sehinggakan orang yang radikal dari segi agama ini dapat lepas lari keluar negara? Walaupun melakukan kesalahan yang sama kali kedua masih dapat hidup bebas di luar negara? Apakah tujuaan wujudnya Akta dan penguatkuasaan Akta ,namun tidak di aplikasikan demi menjaga keharmonian rakyat? Atau perlaksanaan akta ini hanya retorik politik semata-mata? Perbahasan kedua adalah mengenai isu media di Malaysia. Media mempunyai kuasa yang amat penting dalam membentuk dan membina fikiran rakyat. Pada saya media adalah satu medan pertembungan idelologi yang memusatkan penyampaian maklumat dan keuntungan jualan. Namun dalam usaha mencari keuntungan adlah tidak wajar mensensasikan berita sehingga membawa kepada perpecahan. Hal ini demikiaan kerana fungsi dan etika kewartawanan itu sendiri adalah untuk menyampaikan berita yang telus dan tepat pada rakyat.
Soalan 4
Isu Penggunaan Kalimah Allah oleh Masyarakat Kristian.Dari satu sudut, kita dapati, pelbagai pandangan diutarakan dengan melihat dari pelbagai sudut. Secara asasnya, apa yang paling penting adalah, prinsip Islam itu sendiri dalam menilai isu sebegini. Berdasarkan pengamatan dari segenap aspek, baik dari hujah mereka yang membenarkan mahupun hujah mereka yang melarang, kesimpulan umum yang dapat dibuat adalah, ianya lahir (samada bersetuju atau menolak) daripada hujah-hujah yang zhonniyyah atau tidak muktamad. Namun, ketika berhadapan dengan sesuatu isu setempat, pendirian seseorang ahli ilmu atau ulama’ selalunya dibina atas timbangan keilmuan yang teliti, setelah melihat segenap sudut yang perlu diperhatikan termasuklah maslahat sesebuah masyarakat Islam di tempat tersebut. Oleh yang demikian, dalam isu penggunaan kalimah “Allah” bagi orang-orang Kristian ataupun orang-orang kafir yang lain, pendirian seseorang ahli ilmu itu hanyalah berbentuk tarjih (menguatkan salah satu pendapat) setelah menilai isu ini dari pelbagai sudut.
Soalan 5
Isu Penggunaan Kalimah Allah oleh Masyarakat Kristian.Dari satu sudut, kita dapati, pelbagai pandangan diutarakan dengan melihat dari pelbagai sudut. Secara asasnya, apa yang paling penting adalah, prinsip Islam itu sendiri dalam menilai isu sebegini. Berdasarkan pengamatan dari segenap aspek, baik dari hujah mereka yang membenarkan mahupun hujah mereka yang melarang, kesimpulan umum yang dapat dibuat adalah, ianya lahir (samada bersetuju atau menolak) daripada hujah-hujah yang zhonniyyah atau tidak muktamad. Namun, ketika berhadapan dengan sesuatu isu setempat, pendirian seseorang ahli ilmu atau ulama’ selalunya dibina atas timbangan keilmuan yang teliti, setelah melihat segenap sudut yang perlu diperhatikan termasuklah maslahat sesebuah masyarakat Islam di tempat tersebut. Oleh yang demikian, dalam isu penggunaan kalimah “Allah” bagi orang-orang Kristian ataupun orang-orang kafir yang lain, pendirian seseorang ahli ilmu itu hanyalah berbentuk tarjih (menguatkan salah satu pendapat) setelah menilai isu ini dari pelbagai sudut.
Soalan 6
Isu Kepala Lembu di Kuil / Rumah Penganut Hindu.Demonstrasi kepala lembu adalah suatu demostrasi telah diadakan di depan pintu pagar Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK), Shah Alam, Selangor pada hari Jumaat, 28 Ogos 2009 selepas sembahyang Jumaat dengan menggunakan kepala lembu sebagai lambang protes. Daripada ribuan jemaah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, kira-kira 200 jemaah lelaki telah berjalan kaki sejauh 2 km, berarak ke bangunan SUK Shah Alam iaitu ibu pejabat Menteri Besar Selangor Tan Seri Abdul Khalid Ibrahim dan Rodziah Ismail. Salah seorang daripada mereka membawa kepala lembu yang masih berdarah dan dipijak-pijak sebagai tanda protes terhadap kerajaan campuran Pakatan Rakyat yang seolah-olah 'lembu dicucuk hidung'. Dalam laman web sebelumnya ,memang ada cadangan membawa kepala lembu. Kepala lembu itu mulanya tersangkut di pagar masjid Shah Alam . Lembu dan babi pernah mencetuskan peristiwa 'Black hole Culcutta' di India