Era-era Dalam Hubungan Etnik Di Malaysia - OpenLearning
NUR AFIQAH BINTI MOHD FU'AT'
 1.A3 : Video
H16A0234
Dr. Mohd Nawi Bin Ismail
Universiti Malaysia Kelantan 
 
Berdasarkan video yang telah saya tonton, selepas terjadinya Perang Dunia Kedua yang melanda Malaysia, Malaysia telah mengharungi beberapa era sepanjang zaman iaitu Era Konflik (1945-1960), Era Tegang Tapi Stabil (1961-1970) dan Era Kesepaduan (1971-kini).
Era Konflik berlaku pada tahun 1945 hingga tahun 1960 berpunca daripada rusuhan etnik iaitu konflik inter-etnik, antara bangsa CIna dan Melayu yang tercetus daripada tindakan Bintang Tiga selepas tamatnya penaklukan Jepun, yang berlaku selepas 14 hari peristiwa tersebut. Tambahan pula, huru hara buruh yang berlaku apabila pemimpin kesatuan sekerja yang terlibat mengorganisasi rusuhan dan mogok ini telah ditangkap dan pertubuhan mereka diharamkan dan penglibatan Bintang TIga dengan membunuh tiga orang pengurus ladang keturunan Eropah di Sungai Siput sehingga diisytiharkan Darurat dan era ini tamat pada 1960 . 
 
Diikuti pula dengan era 'tegang tapi stabli' yang berlaku selama 9 tahun iaitu pada tahun 1961 sehingga tahun 1970. Ia berlaku apabila pembentukan Malaysia pada tahun 1963 yang merangkumi 20 perkara dengan Sabah dan Perjanjian 18 Perkara dengan Sarawak. Pada tahun 1963 hingga tahun 1966 konlik antara Malaysia dan Indonesia yang dikenali sebagai neo-colony turut berlaku. Majlis Perundingan Rakyat diwujudkan untuk menggubal Rukun Negara dan mengenakan Dasar Ekonomi Baru. Peristiwa pahit 13 Mei 1969 antara kaum Cina dan Melayu telah membawa kepada kewujudan Dasar Ekonomi Baru. Bermula 1970 hingga kini, bermulalah era kesepaduan kerana perpaduan kaum dilihat semakin utuh dan semakin melengkapi antara satu sama lain.
 

Kesimpulannya , peristiwa pahit 13 Mei 1969 bukan sahaja dicatatkan sebagai sejarah pertelingkahan kaum yang menggariskan sempadan - sempadan yang harus diteliti dan dipelihara oleh semua pihak , malah ia turut memaparkan rahsia - rahsia pembinaan negara bangsa yang mencakupi bidang - bidang politik , sosial dan ekonomi serta betapa pentingnya integrasi nasional . Andai kata petanda - petanda yang diperolehi itu gagal dimanfaatkan , sudah tentu cita - cita untuk membina Malaysia sebagai negara maju dan makmur akan menjadi bayangan sahaja.

Comments

Chat