Sufia Federico's 8.A3 Aktiviti 3: Peranan Agama, Budaya dan Ekonomi - OpenLearning

1. Huraikan peranan (i) agama dan (ii) budaya dan nilai dalam membina personaliti berjiwa Malaysia.


Pada pendapat saya, peranan agama, budaya dan dalam membina personaliti berjiwa Malaysia ialah ia berperanan penting dalam membentuk akhlak seseorang individu. Dalam hal ini, agama berperanan dalam memberi bimbingan dan panduan seseorang untuk menjadi insan yang lebih baik dan mempunyai akhlak yang tinggi dalam diri. Budaya pula berperanan dalam memberi mempengaruhi sikap seseorang itu. Buday yang baik akan membantu untuk membawa sikap seseorang itu lebih baik dan begitu lah sebaliknya. Manakala nilai pula membantu seseorang itu untuk menjadi seorang individu yang betanggungjawab terhadap perkara-perkara di sekelilingnya. Apabila seseorang itu memiliki nilai yang baik, maka sikap seseorang itu aka menjadi positif dan baik juga. Oleh itu, ketiga-tiga perkara ini adalah amat penting dalam membina personaliti berjiwa Malaysia yang tinggi dengan budaya ketimuran ataupun budaya-budaya yang baik.

2. Ekonomi boleh memberikan kesan negatif kepada perpaduan kaum di Malaysia. Bincangkan.

What is the answer to this other question?
Seperti yang kita ketahui, ekonomi adalah perkara yang mempengaruhi kehidupan masyarakat dunia dengan memberi kesan yang amat tinggi tidak kira kesan positif mahupun negatif. Di Malaysia, dapat kita lihat ekonomi lebih dipengaruhi oleh masyarakat Cina. Masyarakat lain pula masih kurang terbabit dalam ekonomi disebebkan pelbagai faktor. Apabila hal ini berlaku, kemungkinan besar untuk kaum-kaum lain merasa tidak puas hati adalah tinggi dan hal ini mungkin boleh membawa kepada munculnya perasaan ingin memberontak dalam diri masyarakat kita. secara tidak langsung, perpaduan dalam negara kita akan berada di thap yang bahaya kerana rasa tidak puas hati rakyat di atas ketidaksamaan tahap ekonomi dalam negara. Tambahan lagi, ramai masyarakat Melayu masih terperuk dalam kemiskinan kerana tidak mampu melibatkan diri dalam perdagan ataupu ekonomi di negara. Ketidak samarataan ini akan menyebabkan perpaduan sukar dicapai kerana rasa iri hati masyarakat kita.

Comments

Chat