Soalan 1
Kenalpasti ciri-ciri utama sistem pendidikan di Malaysia berdasarkan sejarah perkembangannya dari zaman sebelum merdeka hingga kini.a) Zaman Sebelum Merdeka (1400-1956) Dalam sistem pendidikan bagi tempoh ini, ia dibahagikan kepada dua fasa, iaitu sebelum zaman kolonialisme British dan semasa zaman kolonialisme British. FASA 1 (Sebelum Zaman Kolonialisme British) Sistem pendidikan negara kita telah wujud sejak zaman kegemilangan empayar Melaka lagi. Kedatangan Islam pada abad ke rantau Asia pada abad ke-15,menjadikan sistem pendidikan pada masa itu berteraskan agama Islam. Pada zaman ini juga, agama Islam diajar di rumah-rumah guru, kemudian berpindah ke masjid, surau dan madrasah dan akhirnya berpusatkan di sekolah pondok. PERKEMBANGAN PENDIDIKAN ISLAM MERENTASI 3 PERINGKAT: 1. Peringkat Pertama : (berpusat di rumah guru) murid-murid belajar mengaji al Kuran dan fardu ain daripada guru-guru yang di panggil ulama.Peringkat 2. Kedua :( berpusat di masjid, surau dan madrasah) wujud untuk tampung bil. murid yang kian bertambah. para ulama disanjung tinggi oleh masyarakat. Kadang-kadang mereka di undang ke istana untuk mengajar kaum kerabat Raja. 3. Peringkat Ketiga:( berpusat di rumah pondok) sekolah agama tradisional pertama tiada sukatan yang piawai. kurikulum berdasarkan masjid Al Haram di Makah. subjeknya adalah tauhid, fekah, hadith, nahu, sufi, tasawwuf dan akhlak, b.arab dan jawi. murid tinggal di pondok Tok Guru. tamat pengajian, mereka akan berkhidmat di kampung masing-masing ada juga yg melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi supaya dapat memasuki universiti tempatan. Pada tahun1511, apabila Portugis menawan Melaka, mereka telah memperkenalkan pendidikan berasaskan agama kristian mazhab Roman Katolik. Kemudian bertukar kepada mazhab Protestant apabila Melaka jatuh ke tangan Belanda. Tahun 1786, bila Inggeris memerintah tanah Melayu, sistem pendidikan bertukar kepada sistem pendidikan Inggeris. FASA 2 (Semasa Zaman Kolonialisme 1786-1956) Walaupun zaman kolonialisme British merentasi lebih kurang 2 abad, Jepun telah pun memerintah negara ini pada tahun 1942 hingga 1945. Dalam tempoh itu, semua sekolah yang sedia ada di arah tutup melainkan sebilangan kecil sahaja yang di buka untuk mengajar Bahasa Jepun. Peringkat Pertama : (Sebelum Perang Dunia Kedua 1786-1941) Sistem Pendidikan di Tanah Melayu Dikategorikan kepada lima peringkat. Terdiri daripada pendidikan rendah, menengah, latihan perguruan, pendidikan vokasional dan teknik, dan pendidikan tinggi. Sejarah tanah Melayu tahun 1854 Gabenor Negeri-Negeri Selat telah di arah oleh pihak pengurusan Syarikat India Timur untuk sediakan laporan mengenai status pendidikan ketika itu dan nasihatkan Kerajaan India tentang tindakan susulan yang perlu diambil dalam beberapa perkara. Di bawah pemerintahan British ketika itu, ketiga-tiga kaum etnik Melayu, Cina, India diasingkan dari segi pendidikan. British mengamalkan dasar “Pecah dan Perintah “ dalam sistem pendidikan yang direka bentuk bertujuan untuk timbulkan pembahagian dalam kalangan rakyat jelata. Orang Melayu diberi pendidikan asas selama enam tahun sahaja bagi mencapai objektif berikut:- 1. Bekalkan kemahiran asas melalui Ilmu hisab agar anak-anak lelaki dapat jalankan perniagaan secara kecil-kecilan apabila dewasa nanti. 2. Pupuk kesedaran mengenai kepentingan nilai-nilai murni seperti kesucian peribadi, kebersihan persekitaran dan 3. Memastikan kefasihan bahasa Inggeris dalam kalangan anak-anak Raja. Bagi orang India, mereka diberi pendidikan asas bagi tempoh yang sama seperti orang Melayu. Apabila tamat persekolahan, mereka akan menjadi buruh di ladang-ladang getah dan trek ketapi. Dasar seperti ini membantutkan mobiliti ekonomi dan geografi kaum tersebut. Orang cina diberi kebebasan untuk tubuhkan sekolah-sekolah mereka serta gunakan kurikulum, guru-guru dan buku teks dari negara cina. Ini kerana, British berpegang kepada dasar bahawa bukan tanggungjawab mereka untuk bekalkan pendidikan kepada rakyat tempatan Dengan dasar tersebut, tidak hairan apabila British tubuhkan sekolah-sekolah Inggeris untuk membekalkan tenaga pekerja bagi jentera pentadbiran British sahaja. b) Zaman Selepas Merdeka (1963-1975) Perkembangan sistem pendidikan di Malaysia selepas merdeka bermula pada tahun 1963 hingga 1975. Tahap pertamanya(1963-1965) pula menekankan perlaksanaan Akta Pelajaran 1961. Antara yang dilaksanakan dalam tahap pertama ini, termasuklah pemansuhan Peperiksaan Masuk Sekolah Menengah(1964), penubuhan sistem Pendidikan Aneka Jurusan(1965) dan penubuhan Pusat Latihan Daerah. Tahap kedua(1966-1970) pula dilaksanakan dibawah Rancangan Malaysia Pertama yang digubal untuk menyelesaikan masalah ekonomi dan sosial yang timbul pada masa itu. Antara yang dilaksanakan dalam tempoh ini termasuklah penubuhan Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional, penyelarasan sistem pendidikan melalui Polisi Pendidikan Kebangsaan serta penubuhan Lembaga Peperiksaan Malaysia. Tahap ketiga(1971-1975) merupakan pengubahsuaian sistem pelajaran dan latihan untuk memenuhi keperluan-keperluan perkembangan ekonomi serta mengeluarkan lebih ramai tenaga kerja mahir bagi melancarkan perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru. Antara yang ditekankan ialah peranan pendidikan dalam perpaduan(Rancangan Malaysia Kedua), penubuhan Rukun Negara dan Pusat Pengajian Sains. c) Pendidikan semasa Dalam jangka waktu ini, ideologi negara bagi sistem pendidikan adalah Rukun Negara dan tumpuannya adalah sejajar dengan pembangunan negara. Aspek yang sangat penting dalam pendidikan iaitu berkaitan dengan etika turut ditekankan dalam Rukun Negara, iaitu ‘Kesopanan dan Kesusilaan’. Aspek ini sering diaplikasikan dalam banyak mata pelajaran yang diajar di sekolah-sekolah bagi mewujudkan para pelajar yang tinggi moral dan etika mereka. Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran ditubuhkan pada bulan September 1974 untuk mengkaji pelaksanaan sistem pelajaran kebangsaan bagi: “Mengkaji semula matlamat dan berkesannya sistem pelajaran sekarang, termasuk kurikulumnya, dalam rangka dasar palajaran yang wujud, dengan tujuan untuk memastikan bahawa keperluan tenaga rakyat negara dapat dipenuhi sama ada dari segi jangka pendek mahupun jangka panjang, dan lebih-lebih lagi untuk memastikan bahawa sistem pelajaran itu dapat memenuhi matlamat negara ke arah melahirkan masyarakat yang bersatupadu, berdisiplin dan terlatih.” (Sumber: Education In Malaysia, 1980) Mengikut Laporan Kabinet pada tahun 1979 bagi peringkat sekolah rendah iaitu kurikulum, kemahiran adalah tertumpu kepada bidang komunikasi, alam sekitar, perkembangan diri yang menekankan aspek 3M dan perkembangan bakat, membantu murid yang lemah serta mengadakan program pengayaan, pengajaran pemulihan diperbaiki lagi dan Kurikulum Baru Sekolah Rendah dicadangkan. Bagi peringkat sekolah menengah pula, sistem baru bagi pelajaran vokasional, jurusan perdagangan dipertingkatkan, penekanan terhadap mata pelajaran Matematik, Sains dan Bahasa, penekanan kepada aktiviti ko-kurikulum, bimbingan dan kaunseling diwujudkan di sekolah serta Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah dicadangkan. Pada tahun 1990-an, peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR), Penilaian Menengah Rendah(PMR), Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia(STPM) telah diperkenalkan. Selain itu, beberapa akta telah digubal untuk memantapkan sistem pendidikan di negara ini termasuklah: i. Akta Pelajaran 1995 ii. Rang Undang-Undang Pendidikan 1995 iii. Rang Undang-Undang Institusi Pengajian Tinggi Swasta 1996 iv. Rang Undang-Undang Universiti dan Kolej(Pindaan 1996) v. Rang Undang-Undang Majlis Pendidikan Tinggi Negara 1996 vi. Rang Undang-Undang Lembaga Akreditasi Negara 1996 Perkembangan terhadap sistem pendidikan berterusan sehingga ke hari ini antaranya termasuklah penubuhan Sekolah BESTARI 1995, Koridor Raya Multimedia 1999, Ujian Bahasa Inggeris(MUET), PSMI 2003, Sekolah Wawasan dan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006. Perlaksanaan pelbagai program ke arah perkembangan sistem pendidikan ini akan berlanjutan untuk masa-masa yang akan datang. Pelajar-pelajar yang dahagakan ilmu pengetahuan terus meningkat dari setahun ke setahun dalam mendaftarkan diri mereka ke sekolah-sekolah rendah dan menengah serta IPT di seluruh Malaysia.
Soalan 2
Bincangkan bagaimana ciri-ciri yang dinyatakan di atas mempengaruhi perhubungan antara pelajar-pelajar pelbagai kaum dan agama.Negara tercinta kita Malaysia merupakan sebuah negara yang rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum, bangsa dan agama. Setiap kaum menganutiagama dan budaya masing-masing dan hidup secara harmoni dengan kaum lain.Oleh itu, tidak dapat dinafikan bahawa betapa pentingnya impliksasi kepelbagaian sosiobudaya di kalangan rakyat Malaysia. Budaya mempengaruhi cara individu berfikir, cara individu bertindak, juga mempengaruhi pandangan, perasaan dan pembawaan. Budaya hidup, adat resam, kelas social dan agama yang dibawa oleh pelajar yang terdiri daripada pelbagai kaum telah memberi kesan terhadap iklim bilik darjah serta menunjukkan perbezaan dari segi tingkah laku, pemikiran dan cara berkomunikasi. Sehubungan dengan itu,implikasi kepelbagaian sosiobudaya adalah perlu dijalankan melalui pendidikan supaya kanak-kanak yang menjadi masa depan negara akan menghayati dan menerima kepelbagaian sosiobudaya. murid-murid daripada kaum dan jantina yang berlainan harus ditempatkan dalam satu kumpulan yang sama supaya peluang untuk berinteraksi terbuka luas. Tindakan ini membolehkan murid-muird memahami dan menghormati antara satu sama lain. Contohnya, murid lelaki akan menghormati murid perempuan. kementerian berusaha membentuk bangsa yang bersatu dan saling menerima perbezaan budaya antara kaum.langkah ini diambil untuk menggalakkan interaksi dalam kelas sosial, pelaksanaan aktiviti bahasa juga dapat menerap nilai-nilai kebudayaan sesama pelajar yang berbilang kaum.